Wednesday, March 19, 2008
Sunday, March 16, 2008
Keindahan Bersama-Mu
Alhamdulillah, semalam aku telah berpeluang untuk bersama-sama mengikuti program Keindahan Bersama-Mu (KBM) sebagai peserta. Turut menjadi peserta ialah adik usrahku; Fiza.
Syukur kepada-Mu ya Allah, dalam pelbagai kekangan dan ketidakpastian untuk bersama program ini sepanjang hari akhirnya dapatku atasi. Syukurku kepada-Mu kerana suamiku juga memudahkan urusanku dengan menjaga baby kami Anis pada malamnya untuk aku terus menhayati program ini sehingga penghujung malam...
Telah lama rasanya aku tidak menyertai program sebegini. Semenjak berkahwin, aku jarang mengikuti program seumpama ini. Masa aku masih bujang... pantang ada program, apatah lagi program sebegini, aku pasti menyertainya..
Lenturnya Hati
Alhamdulillah ya Allah.. syukur aku kepada-Mu.. aktiviti ini telah melenturkan hatiku yang keras.. menjernihkan karat-karat dihati-Ku.. Program ini banyak menyedarkan aku untuk mengkoreksi diri.. yang kurasakan semakin jauh dari-Mu..
Alangkah alpanya aku... 33 tahun umur telah berlalu pergi.. entah akan ada esok bagiku lagi.. apakah benar 30 tahun itu akan berbaki usia untukku.. atau..
Aktiviti dalam program ini byk menyedarkan aku kembali tentang siapa diriku dan apa tanggungjawabku..
Terima Kasih
Terima kasih Pak Lang and The Team dari Johor. Semoga Allah mengganjari kalian dengan ganjaran sebaik-baiknya.. Untuk anak ummi Anis Solehah.. terima kasih kerana menjadi anak yang baik :). Walaupun Anis belum mengerti.. namun anugerah Allah pada Anis sgt ummi hargai... Ahh.. seronoknya Anis dapat bermain sendiri tanpa merengek dan meragam ketika program sedang dijalankan. Untuk suamiku.. terima kasiih kerana memahami dan membantu untuk aku berjaya mengikuti program ini seharian walaupun tidak dpt bersama pada esoknya kerana mesyuarat..
Hanya Pada-Mu
Hanya pada-Mu ya Allah.. tempat kecintaanku.. dan kepada-Mu ya Rasulullah.. mengharum rinduku... semoga aku kembali pada-Mu dgn keredhaan... amin ya Allah..

Subscribe to:
Posts (Atom)