Alhamdulillah 31 April 08 Ibu Pejabat JIM di bawah JK Pembangunan dan Kebajikan Staff telah mengadakan Majlis Meraikan Kedewasaan. Majlis sebegini diadakan 3 kali setahun bagi meraikan staff yg menyambut kelahiran bagi (Jan, Feb, Mac, April)(Mei,Jun,Julai,Ogos,) dan (September, Oktober, November,Disember). Majlis sebegini diadakan bagi mencapai objektif ukhuwwah, kebersamaan dan teamwork.
Untuk Keraian pertama ini Ibu Pejabat meraikan :
Junainah Tolani (JK Dana) 18 Januari
Rozila Yahya (Pentadbiran) 2 Februari
Wan Muhammad Wan Ibrahim (JK Penerangan) 28 Februari
Hamisah Jaafar (Pengurus RS Selengor )11 Mac
Roshasni Marjumat (6 April)
Bagi mereka yang dirai, juga untuk diri sendiri, juga untuk sesiapa yg meraikan hari lahirnya pada bulan-bulan ini atau pada hari ini.. terimalah sajak ini..
Kita Semakin Dewasa
Pada hari ini...
pada tarikh kelahiran kita diingati
usia berlalu pergi
meninggalkan sisa-sisa masa
detik-detik menghadap yang Maha Esa..
namun adakah usia itu masih bersisa?
entah...
entah esok entah lusa
entah bila-bila
kita dipanggil-Nya
Pada hari ini...
Pada tarikh kelahiran kita
ada yang mengingati dan merai
ada yg membiarkan ia berlalu pergi
ada yg merenungi sebagai muhasabah diri
telah lama kesempatan IA beri..
ke mana usia ditala selama ini..
moga-moga DIA meredhai..
Pada hari ini..
Disaat tarikh kelahiran kita diingati
rupanya masa yang kita ada semakin pendek..
rupanya kesempatan yang Allah beri begitu lama..
rupanya nikmat yg dihirup terlalu banyak..
Moga dikesempatan mengingati hari lahir ini
kita kembali mengenang Ilahi..
di atas nikmat usia selama ini......
"maka nikmat Allah yang manakah yang kamu dustakan"?
---
SHM 010408

1 comment:
Ummu Anis..baru terjumpa teratak ummu anis walaupun rumah kita berdekatan.jemputla singgah ke 'teratak' ummu asiah pulak...baru saja diaktifkan. Seronok dapat jumpa sahabat di alam maya.
Post a Comment