Pabila April menjelang, aku pasti akan teringat kembali detik bersejarah dalam hidupku.. dalam bulan ini tanggal 30 April tahun 2006 aku telah diijabkabulkan dengan suamiku. Alhamdulillah. Walaupun ketika itu usiaku bakal mencecah 31 tahun, namun Allah Maha Kaya kerana telah mengabulkan doakanku agar palin lewatku pun aku berumahtangga biarlah jangan sampai usiaku melebihi 3o tahun. Terima kasih Allah. Syukurku pada-MU.. Alhamdulillah pada 30 April yg lalu, aku dan hubby lunch bersama bagi meraikan ulang tahun kedua perkahwinan kami. Hubby kata 'macam baru kawin jer. Tak rasapun mcm dah dua tahun'. Sebagai isteri tentunya seronok mendengar kata-kata sebegini dari seorang suami. Menunjukkan cinta dan ikatan kasih masih segar seperti baru kawin :).
Yang best setiap tahun hari ulang tahun perkahwinan aku disusuli 1 Mei iaitu Hari Buruh. Cuti!!! Jadi pagi tu pegi jalan-jalan ambil angin dan riadhah di Tasik Titiwangsa. Siap bawa bekal Teh Tarik isteri :). Abang memang suka teh tarik yg aku buat. Katanya lagi best dari kedai mamak. Thanks Abang.. Pagi tu seronok. Aku, Abang dan Anis jalan-jalan dan dpt snap beberapa keping gambar berlatarbelakangkan Eye On Malaysia.... Terima kasih Abang kerana kasihmu yg tulus dan suci sepanjang perkahwinan ini. Thanks juga kerana memberikan masa berkualiti untuk Ummi dan Anis sebab Abang memang sibuk.
KOLEKSI LENSA ARKIB
Ummu Anis
Abang memang makan banyak hehe. Abis semua :)
Ni la gambar kami : Anis, Baba dan Ummi
Abang tgh minum teh tarik buatan isteri sambil Anis pula enjoy dalam stroller dia.
Tengok tu Anis... sampai meniarap dlm strollernye. Nampak muke jer. Asalkan Anis selesa tak pe... Asalkan tak meragam :). Anak Ummi n Baba memang baikkan?
Ni dengan Ummi pula. Huh berpeluh gak walaupun jalan jer. Tapi best!
11 Mei 1958
Ini adalah tarikh lahir suamiku. Tapi tahun ni tak sempat nak raikan. Hanya ucapan je. Tahun lepas pegi lunch dan belikan hadiah utk Abang. Tapi walaupun tak rai Abang dah dpt hadiah awal.. sebuah Handphone Samsung... Happy bestday yang ke 50 tahun Abang... Umur Abang dan separuh abad rupanya.. dan Anis baru nak masuk setahun.. Moga Allah berikan umur yg berkat buat abang.
25 June 1975
Ini hari lahirku. tahun ni tahun yang ke 33. Terima kasih Allah.. syukurku pada-Mu. Berikan aku usia sehingga aku menemui sahabat seperjuangan dlm JIM dan memberikan aku suami yang baik dan anak yang comel. Semoga Allah memberikan kita sakinah, mawaddah dan rahmah.. Ameen ya Allah
KOLEKSI LENSA ARKIB PERKAHWINANKU..
Saat diijabkabulkan oleh ayahku. Akhi Rahim, Akh Zairul, Akh Aris Adnan dan Akh Muhaymin atau lebih dikenali sebagai Kebab Brain dlm JIM turut meraikan majlis kami
Sahabat handai yang menyertai rombongan lelaki . Ummi Rose, Kak Suriati, Kak Roha dan Ustazah Anisah serta Ustaz Alias yg menjadi tempat rujuk dan jururunding perkahwinanku
Barisan pimpinan tertinggi JIM yang turut hadir. Sebelah suami, Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Setiausaha Agung
Adik-adik dari UKM turut hadir dengan menyewa sebuah bas. Turut dlm gambar Presiden JIM dan isteri (baju biru) yang tarikh perkahwinan mereka 9 April. Sama bulan dgn kami :).
2 comments:
Comelnya pengantin perempuan!
Comel ape...ha..ha!
Post a Comment