Lantaran itu, kami sama-sama bersetuju untuk set tarikh 14 June untuk program Daurah Intensif I bagi usrah-usrah di IIC. Alhamdulillah dalam Daurah tersebut, aku dan adik-adik telah bersama-sama berkampung di ibu pejabat JIM sejak jam 9.00am pada 14 June hinggalah keesokan harinya dengan disudahkan dengan qiamullail yang dibimbing oleh Pak Andak.
Alhamdulillah sepanjang hari ini, kami telah bersama-sama menerima pengisian tentang Iman dan Ukhuwwah yang diberikan oleh Bro Dhanny.. ha.. tentang ni beliau ada masukkan dlm blog dia http://dhanysarip.blogspot.com. Siap ada powerpoint lagi dlm blog tu. Dalam sesi ini, Bro Dhanny telah meminta adik-adik meluahkan rasa kasih sayang antara sesama mereka.. tajuk ni bagi aku penting, sebab ukhuwwahfillah ni sangat berharga.. terkadang ukhuwwah ini lebih hebat lagi dari pertalian darah. Alhamdulillah, adik-adik pun happy dgn pengisian ini.
Asyi khusyuk menatap bait-bait ayat yg dituliskan buat dirinya
Anjang Kila membacakan warkah yang ditujukan kepadanya sambil Kak Yong khusyuk pula memerhati dan mendengar untaian kata-kata indah buat sahabat..
Alhamdulillah petang pula dgn sesi perkongsian sistem akhlak dalam Islam dan malamnya diikuti dengan Pengisian 'Mengenal Al Quran' oleh Ustazah Zaimah. Malamnya kami tidur bersama di Pej JIM dan sebelum subuh adik-adik berqiamullail bersama dgn bimbingan Pak Andak dan kuliah subuh juga bersama beliau.
Apa yang indahnya dalam program ini ialah dapat tidur bersama, makan bersama.. dan keesokan harinya, tersampailah hasrat berjaulah bersama kerana menghadiri kenduri otai kami dlm KBM di KL iaitu Akh Bai dan Uktie Sodd di Melaka - Bai kata perkahwinan kali kedua!.. dgn pakaian all purple.. adik-adik ni menjadi pengiring pengantin perempuan.. tahniah!
maklumat Daurah boleh dilayari di http://karisma-iic.blogspot.com
Inilah gambar kami seusrah... tak cukup korum lagi ni sebenarnya..
No comments:
Post a Comment