Friday, November 28, 2008
Anis yang suka membaca
Sekrg dah boleh mengira sampai tujuh :). Satu ketika dulu semua nombor yg diajar akan disebut empat.. tapi sekrg dah pandai dah sebut nombor hingga tujuh. Apa sahaja diajar.. kejap je dah pandai ikut.. hmm.. betullah anak ibarat kain putih. Apa yg mak ayah diajar akan cepat dapat.. jadi jadilah ibu bapa yg mengajarkan yg baik-baik utk anak kita. Bacalah anakku.. bacalah.. moga tabiat ini abadi dlm dirimu selamanya..
Akhirnya Atok dan Opah menjadi tetamu Allah
Pada malam tersebut semua adik beradik Ummi, suami dan isteri masing-masing serta cucu-cucu atok dan opah berkumpul di Kompleks Tabug Haji Kelana Jaya kecuali abang sulung Ummi - Pak Long Anis. Semua berkumpul. Gembira berbaur sedih. Gembira dgn keberangkatan Atok dan Opah.. sedih kerana ini pertama kali berpisah jauh. Entah jumpa entah tidak lagi.. namun semua mengharap atok dan opah akan kembali beserta haji mabrur..
Doa Ummi agar atok dan opah sihat sejahtera agar dapat menunaikan ibadah dgn baik.. dapat menikmati kelazatan ibadah di Tanah Suci dan setelah kembalinya mereka nanti. Ummi doakan agar Allah merahmati opah dan atok, melindungi mereka, memayungi mereka dgn rahmatNya dan kasih sayangNya.. moga Allah mengampuni mereka.. membersihkan mereka dari segala dosa setelah kembali ke tanah air.. Ya Allah perkenankanlah permohonanku ini.
Aduhai Anak Ummi...Gelagat2 Anis
Dalam pagar tu ada anak kucing!
Gelagat 3 : Bila keluar rumah.
Kunci di tangan.
Nak ke mana melenggang tu nak ooiii..
ala rileks la Ummi...
Nak bukak mangga ni.. nak kuar..
Gelagat 4 : Di Nurseri
Aktif. Suka main sendiri. Tak byk ragam. Mudah bagi makan - tak suka jalan2. Terlibat dgn semua aktiviti termasuk solat. Sangat suka membaca..
Sunday, November 23, 2008
PPN dah abis
Tuesday, November 18, 2008
Dia Menjadikan dan Mematikan
Anis yang Ummi sayangi.. pada tarikh ini Ummi disahkan miscarriage. Hasrat untuk menimang cahaya mata kedua tidak kesampaian. InsyaAllah ada rezeki akan datang, Anis akan memperolehi adik. Bagi Ummi ini semua telah ditakdirkan dan pastinya Allah memberikan yang lebih baik pada masa akan datang. Sebagaimana pengalaman Ummi mengandungkan Anis dan melahirkanmu sayang... Anis adalah anugerah dari Allah buat Ummi kerana ketika 6 minggu Ummi mengandungkan ANis.. Ummi juga hampir2 kehilangan anak Ummi ni.. Anis adalah lambang kebesaran Allah yang real Ummi lalui... syukur padaMu ya Rabb.. Apapun yang berlaku.. Allah know the best...dan Ummi pasrah..
Fakta :
Kira-kira 25% daripada wanita mengalami sekurang-kurangnya sekali keguguran dalam alam reproduktifnya. Manakala keguguran berulang iaitu tiga kali staupun lebih hanya berlaku kira-kira pada 1% wanita. Keguguran boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti kecacatan kromosom, kecacatan organ utama, jangkitan kuman ataupun virus, masalah pelekatan janin dan penyakit ibu yang tidak terkawal seperti kencing manis.
Keguguran yang berlaku secara rawak kebanyakannya berlaku pada awal kandungan iaitu 3 bulan pertama kehamilan. Besar kemungkinan keguguran ini berlaku disebabkan kecacatan kromosom janin (50% daripada keguguran). Keadaan ini lebih kerap berlaku pada ibu yang berumur lebih tua. Kadar keguguran selepas 3 bulan pertama adalah 1 hingga 2% sahaja. Penyebab keguguran selepas 3 bulan pertama lazimnya berbeza dengan penyebab keguguran ada awal kandungan.
Daripada kajian, tidak banyak yang boleh dilakukan bagi menghalang keguguran pada awal kandungan. Lazimnya, ibu hanya dinasihatkan supaya berehat, mengelakkan daripada membuat hubungan kelamin ataupun diberikan ubat-ubatan bagi menguatkan rahim.
Mengikut kajian, langkah ini tidak menunjukkan pembaikan dalam menghalang keguguran. Mengikut hukum Tuhan, janin yg tidak baik atau cacat dan tidak serasi untuk hidup memang akan digugurkan. Oleh itu ibu yang mengalami keguguran tidak patut rasa bersalah menyebabkan keguguran kerana melakukan atau memakan sesuatu ataupun tersilap melakukan araupun mengambil sesuatu... (sumber : Soal Jawab Kehamilan oleh Dr Fauziah Mohd Hasan, Pakar O&G Ampang Putri Specialist Hospital, hlm 10-11 terbitan PTS, 2004)
Ya Rabb.. Yang Maha Besar... ONLY YOU KNOW THE BEST!
Friday, November 14, 2008
PPWN dan PPN 2008 semakin hampir...
Saturday, November 8, 2008
Penyakit Dalam Ukhuwwah
Wahai orang-orang beriman! Jauhilah kebanyakan prasangka kerana setengah-setengah prasangka itu berdosa. Dan janganlah kamu mengintip dan janganlah kamu mengumpat satu sama lain. Apakah seorang dari kamu suka makan daging saudaranya yang telah mati" Sudah tentulah kamu jijikkannya. Hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Menerima taubat dan Maha Pengasih. (Al Hujurat : 12)
2. Janganlah kita suka mengintip kesalahan orang lain. Tindakan mencari keaiban orang yang kadang-kadang merupakan tindakan susulan dari prasangka buruk terhadap mereka. Dan kadang-kadang merupakan tindakan permulaan untuk mencari dan mengetahui keaiban-keaiban dan keburukan-keburukan orang lain. Sebagai contoh, kita bertanya orang lain tentang kesalahan dan keburukan org yang kita prasangkakan itu. Kita juga cuba mengintai-intai keaibannya mungkin dengan mendapatkan maklumat melalui sumber-sumber lain seperti membaca sms-sms beliau dan lain2 lagi
3. Apabila prasangka buruk telah wujud, keaiban saudara kita dicari-cari maka dengan mudah kita pula akan memperkatakan keaiban saudara kita itu. Dan kita terkadang rasa seronok nak share perkara tersebut dgn yang lain. Bukan share bertujuan utk sama-sama mengambil jalan dan tindakan untuk memperbaiki saudara kita namun dgn asalnya dari prasangka dan mengintip keaiban, maka kita dengan itu mudahlah bercerita tentang saudara kita tersebut dan mengumpat keburukan-keburukannya.
Walau terkadang kita tahu perbuatan kita ini merupakan perbuatan yang hina namun apabila hati telah bersarang dgn prasangka dan dendam, akal yang sihat dan iman yang sejahtera tidak mampu lagi dapat mengawal hati kita yang dipenuhi dengan penyakit-penyakit di atas..
Astagfirullahal'azim.. Ya Allah ampunkan dosaku. Lindungilah aku dari penyakit-penyakit demikian. Berilah aku petunjuk ke jalanMu....
Wednesday, November 5, 2008
Fasik Sesudah Beriman
- Jgn sekali-kali merendah-rendahkan orang lain. Kerana dgn itu kita merasakan diri kita pula yang hebat. Kita perlu insafi.. sehebat manapun sangkaan kita dgn amal kita.. kita belum tahu kesudahan hidup kita.. kita belum tahu nasib kita di akhirat kelak.. Sedarilah anakku.. jgn kau takbur dgn kehebatan yg ada padamu kerana itu semua engkau perolehi dgn izin Allah.. Ingatlah kisah ini ; seorang pelacur masuk syurga kerana memberi minum seekor anjing yg kehausan.. seorang pembunuh masuk ke syurga setelah dia bertaubat dan berhijrah utk menjadi lebih baik hanya dlm perjalanan menuju kebaikan
- Anakku... tutupilah keaiban saudaramu.. kelak nanti Allah akan menutupi keaiban kita. Ayuhlah anakku kita sibuk dgn keaiban kita.. byk sungguh keaiban kita yg perlu kita insafi. Ayuhlah kita sibuk dengan dosa kita daripada kita sibuk dengan dosa orang lain seolah-olah kita pula yang suci bersih... astagfirullahalazim.. moga Allah ampunkan dosa kita
- Anakku.. jgn kau menggelar saudaramu dgn panggilan yang hina... sehina mana pun dia di matamu mungkin ada kemuliaannya di sisi Allah.. jgnlah kita menjadi penilai dan penghukum.. jadilah kita penasihat dan pembimbing.. alangkah jeleknya panggilan-panggilan kepada saudara kita sendiri dgn panggilan-panggilan yang cukup hina.... dan kita tak rasa bersalahpun memanggil saudara kita dan orang yang paling rapat dengan kita dengan panggilan yang sedemikian... Ya Allah ampunkanlah daku... moga Allah membimbing hati adik dan Ummi ya.
Ya Allah.. jadikanlah anakku anak yang solehah.. soleh wa musleh.. semoga ia akan menjadi pembela kepada agamaMu ya Allah.. jadikan ia abdi kepada agamaMu wahai yang Maha Mendengar... lembutkan hatinya ya Allah... rendahkan hatinya... Wahai yang Maha Pemberi...
Singkatnya Masa Berlalu
Masa yang sedikit tapi bermakna
Begitulah Anis anakku. Kita punyai waktu yg singkat. Dalam waktu yg singkat dan sedikit itu utk kita melakukan aktiviti bersama sgt terhad.. kini dlm keadaan Anis bakal dapat adik lagi la Ummi rasa keletihan yg bersangatan.. tambahan pula tekanan darah Ummi yg sangat rendah.. lagi la balik kerja rasa nak baring saje :). Tapi Ummi tak boleh layan sgt fiil tu. InsyaAllah pengalaman kali kedua mengandungkan anak Ummi ni Ummi lebih bersedia dan berpengetahuan :). Di samping baca buku dan share pengalaman dgn kawan-kawan lain.
Ha.. bercakap tentang waktu sedikit yg bermakna terutama utk famili ni Ummi dak kongsikan pic semasa kita ke Tasik Metropolitan di Batu Caves.. Seronok Ummi tengok gelatat Anis yg mahu makan sendiri. Jom..
Dlm pinggan kita letak roti..
Ini rotinya!
Roti ni sedap makan dgn sup.. daging ke ayam ke
Yum.. yum.. sedapnya Ummi masak
Baba tolong tengokkan Anis makan.. bersepah tu.. Baba kata biarkan supaya anak tidak terencat perkembangan semula jadinya.. hehe.. para ibu yg baru ni kdg2 tak tahan tgk sepah2 tu.. cepat je nak kemas2kan anak.. :)
hah! Baba pun nak makan jugak. Takkan Anis jer.. huii cam sedap jer sup ni..
Sesekali... dapat bersama sekeluarga sebegini dlm kesibukan.. walaupun sekejap tapi sgt bermakna..
- Luangkan masa bersama keluarga walau sekejap dan walau sesibuk mana pun kita. Ini akan dapat mengeratkan perhubungan dan kemesraan sesama keluarga. Tak perlu pergi bercuti jauh-jauh.. ni kata KW JIM Dr Har satu masa dulu. Isunya 'masa berkualiti' untuk famili.
- Masa yang diluangkan sebegini akan mewujudkan nafas baru dlm kehidupan seharian perhubungan suami isteri :). Bermesralah kerana kemesraan itu akan membibitkan kebahagiaan.
- Biar anak mencuba untuk berdikari dan belajar dari kehidupannya. Jgn dihalang-halang tapi bimbinglah mereka dgn baik. cth nak makan sendiri kan bersepah. Ummi mesti rasa hishh rasa nak segera kemas dan lap2 anak tu.. biarkan dia.. ia akan belajar dari sekolah kehidupannya dan dengan bimbingan kita.