Masa yang sedikit tapi bermakna
Begitulah Anis anakku. Kita punyai waktu yg singkat. Dalam waktu yg singkat dan sedikit itu utk kita melakukan aktiviti bersama sgt terhad.. kini dlm keadaan Anis bakal dapat adik lagi la Ummi rasa keletihan yg bersangatan.. tambahan pula tekanan darah Ummi yg sangat rendah.. lagi la balik kerja rasa nak baring saje :). Tapi Ummi tak boleh layan sgt fiil tu. InsyaAllah pengalaman kali kedua mengandungkan anak Ummi ni Ummi lebih bersedia dan berpengetahuan :). Di samping baca buku dan share pengalaman dgn kawan-kawan lain.
Ha.. bercakap tentang waktu sedikit yg bermakna terutama utk famili ni Ummi dak kongsikan pic semasa kita ke Tasik Metropolitan di Batu Caves.. Seronok Ummi tengok gelatat Anis yg mahu makan sendiri. Jom..
Dlm pinggan kita letak roti..
Ini rotinya!
Roti ni sedap makan dgn sup.. daging ke ayam ke
aaa... masukkan ke mulut. Tapi kena buka mulut dulu
Yum.. yum.. sedapnya Ummi masak
Baba tolong tengokkan Anis makan.. bersepah tu.. Baba kata biarkan supaya anak tidak terencat perkembangan semula jadinya.. hehe.. para ibu yg baru ni kdg2 tak tahan tgk sepah2 tu.. cepat je nak kemas2kan anak.. :)
hah! Baba pun nak makan jugak. Takkan Anis jer.. huii cam sedap jer sup ni..
Sesekali... dapat bersama sekeluarga sebegini dlm kesibukan.. walaupun sekejap tapi sgt bermakna..
Akhirnya.... ni dia.. gambar kita bertiga la.. semua pakai biru.. kebetulan yg betul.
Apa yang Ummi belajar :
- Luangkan masa bersama keluarga walau sekejap dan walau sesibuk mana pun kita. Ini akan dapat mengeratkan perhubungan dan kemesraan sesama keluarga. Tak perlu pergi bercuti jauh-jauh.. ni kata KW JIM Dr Har satu masa dulu. Isunya 'masa berkualiti' untuk famili.
- Masa yang diluangkan sebegini akan mewujudkan nafas baru dlm kehidupan seharian perhubungan suami isteri :). Bermesralah kerana kemesraan itu akan membibitkan kebahagiaan.
- Biar anak mencuba untuk berdikari dan belajar dari kehidupannya. Jgn dihalang-halang tapi bimbinglah mereka dgn baik. cth nak makan sendiri kan bersepah. Ummi mesti rasa hishh rasa nak segera kemas dan lap2 anak tu.. biarkan dia.. ia akan belajar dari sekolah kehidupannya dan dengan bimbingan kita.
No comments:
Post a Comment