8 Feb 2009
Pusat Khidmat Rakyat, Taman Melawati
Alhamdulillah Akademi Islah dgn kerjasama JKPA telah berjaya menganjurkan Latihan DERU. Seramai 21 peserta telah mendaftar (19 telah mengikuti kursus dgn penuh) dan mengikuti latihan dengan jayanya.
Tn Hj Zairulshahfuddin Zainal Abidin yang berpengalaman dalam misi kemanusiaan di dalam dan luar negara (yang juga Naib Presiden JIM dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Antarabangsa) sebagai moderator dalam latihan tersebut telah berjaya memberikan maklumat dan ilmu pengetahuan berguna sebagai persediaan untuk menjadi sukarelawan. Di samping mendapat ilmu pengetahuan dari segi teori, para peserta juga telah 'dibawa' dlm simulasi misi kemanusiaan ke Gaza.
Program satu hari ini 9.30-6.00 ini juga telah mendedahkan kepada para peserta tentang perkara-perkara yang tidak dijangkakan akan berlaku di tempat misi dijalankan. Dengan pengalaman beliau di Afghanistan contohnya, moderator telah dpt berkongsi kejadian-kejadian yang membuka minda peserta agar bersedia sebaiknya untuk menjadi ahli misi kemanusiaan.
Sudah pasti teori akan tinggalkan teori jika tidak dipraktikkan. Manakala pengalaman menjadi ahli misi kemanusiaan sudah pasti memperkayakan lagi kita dengan ilmu pengetahuan daripada pengajaran yang ‘live’ dimedan. Oleh itu sebagaimana yang dimaklumkan oleh pengerusi JKPA, peserta yang telah mengikuti kursus ini akan menjadi TOP LIST untuk dihantar secara rasmi dlm misi-misi kemanusiaan sama ada di dalam atau di luar negara kelak.
Bersama ini disertakan gambar-gambar pada hari program tersebut.
Hj Zairul memberi penyampaian kepada peserta
No comments:
Post a Comment