Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Batang selasih permainan budak
Daun selasih dimakan kuda
bercerai kasih talak tiada
seribu tahun kembali jua
Anak Cina pasang lukah
lukah dipasang di Tanjung Jati
di dalam hati tidak kulupa
bagaikan rambut bersimpul mati
Kalau tuan mudik ke hulu
Belikan saya bunga kemboja
kalau tuan mati dahulu
nantikan saya dipintu syurga
Di atas tu adalah lagu dlm filem lama. Ummi tak ingat filem apa tapi lakonan Nordin Ahmad dan Zaiton. Indah gurindamnya.. Bagi ummi begitulah kasih sayang kedua ibu bapa.. tiada pernah henti... 'bercerai kasih talak tiada'.. Walau dah berumahtangga, punya keluarga dan kehidupan sendiri.. moga kasih ibu bapa tidak sirna.
Alhamdulillah kita berpeluang menjenguk Atok dan Opah di Slim River, hujung minggu yang lalu. Jelas terpancar kegembiraan Atok dan Opah yg dah lama tak jumpa Anis. Alhamdulillah dapat juga kita merasa air tebu manis hasil cucuk tanam opah di depan rumah dan juga buah rambutan yang kecil molek tapi 'kesing' kata atok. Manis, tidak berair dan lekang. Tapi tahun ni buah rambutan sgt sedikit.. jadi tak dpt nak bawa balik utk beri kawan-kawan.
Walaupun penat tapi bak kata iklan celcom.. berbaloi-baloi.. Dgn balik kampung ni ummi amik kesempatan masak best-best untuk baba.. al maklumlah ummi lately ni asyik tak laratnya bila dah balik dari kerja. Hujung minggu pula selalu ada program.. jadi kesempatan balik kg ni ummi masak masakan tradisi orang Perak (Gulai Asam Rebus) dan menunaikan hajat baba yg dah lama nak makan petai ^v^.
Ini dia hasil masakan ummi.. balik dari Kg keletihan tapi humm best! Sekurang2nya tertunai hajat baba yg turut 'mengidam' air tangan ummi yg dah lama kekeringan.. hihi
Aha gambar di bawah ni pula adalah tempat singgah solat dlm perjalanan nak balik Kg. Saje ummi amik gambar ni kerana rasa puas hati dgn perkhidmatan PERTRONAS yang sebegini. Baguslah gunakan kekayaan yang ada untuk kemudahan pengguna terutama umat Islam. Cantik suraunya. Bukan saje memudahkan musafir akan tetapi penduduk setempat di pekan tu. Jadi takde alasanlah kalau peniaga atau penduduk yang keluar pasar malam ke atau beli barang-barang ke sukar untuk mencari tempat solat.
Di samping surau yg selesa, PETRONAS juga selalu menjaga tandas dgn baik ni stetsen minyaknya. Terima kasih warga PETRONAS dlm hal ini.
No comments:
Post a Comment