Thursday, August 27, 2009
Hampir seminggu berpuasa
Teringat kata-kata seorang ustaz di radio IKIM.fm dalam slotnya di radio tersebut tentang perbezaan yg dirasai olehnya ketika bulan ramadan. Baginya waktu pagi dalam bulan ramadan tidak sama sebagaimana waktu pagi yang beliau lalui dalam bulan-bulan yang lain. Dinihari dalam bulan ramadan dihiasi dgn suasana bening.. hening.. bermakna ia melambangkan kesucian dan keindahan bulan tersebut yg tidak dirasai dlm bulan yang lainnya..
Benar sekali kata-kata ustaz tersebut.. ramadan membawa berjuta rahmat dan berkat. Alangkah indahnya peluang bersolat tarawikh yg tidak didapati dalam bulan yang lain.. maka rugilah mereka yang meninggalkan tarawikh yg dtg setahun sekali dlm bulan ramadan.. Alangkah seronoknya berbuka dan bersahur. Kegembiraan yang dijanjikan Allah iaitu ketika berbuka dan ketika bertemu Tuhannya.. Alangkah damainya qiamullail dan membaca sebanyak mungkin al-Quran dlm bulan ramadan.. jika sebelum ini beratnya bangun dinihari menghadap Ilahi.. kini.. ramadanlah masa utk mendidik diri kembali untuk hampir dgn-Nya di waktu subuh hening..
Semua ini perlu direbut oleh umat manusia yang beriman kepada Allah s.w.t.. dan ummi bersyukur kerana dapat menikmati keindahan ramadan ini walaupun mungkin seketika bersama anak dlm kandungan ummi.. mudah-mudahan anak yg lahir ini turut merasai tempias keberkatan dan keindahan ramadan beberapa hari sebelum saat-saat kelahirannya.. ameen..
Friday, August 21, 2009
Ramadan Membentang Rahmat Ilahi
Kepada semua pengunjung blog ummuanis, mohon maaf atas salah dan silap. Moga Ramadan kali ini dimanfaatkan sepenuhnya dgn ibadah...
<<<<0000>>>>
Ramadan datang dan pergi
setahun hanya sekali
kini ia menjelang lagi
membentang rahmat daripada Ilahi
Ramadan bulan mulia
menuntut umat Islam berpuasa
saat ia datang bersua
tersingkaplah pintu syurga
berlabuhlah tirai neraka
terbelenggulah syaitan durjana
inilah peluang buat manusia
membersih diri menghapus dosa
mensucikan hati gandakan pahala
kerahmatan ramadan hanya padanya
digandakan pahala tak terhitung banyaknya
bahkan ada ganjaran rahsia
daripada Sang Pencipta buat hamba-Nya
disediakan lailatulqadar
mlm yang lebih baik
daripada seribu bulan
yang harus menjadi rebutan
Ramadan Karim
jangan persiakan kehadirannya
kerana belum tentu
tahun hadapan kan bersua lagi
ramadan kali ini
jangan biar ia berlalu
tanpa kita berbuat sesuatu
hargailah
penuhilah
semarakkanlah
ramadan kali ini
dengan amalan-amalan suci
agar diri kita kembali
mendapat ampunan dari ilahi
punya bekal untuk dihitungi...
usah biarkan ramadan berlalu pergi
tanpa kita meningkatkan diri
andai ditakdir maut menghampiri
sesal tiada gunanya lagi..
Wednesday, August 19, 2009
Kehadiran yang dinanti
Saban tahun, kegembiraan meraikan dan merayakan ramadan tiada taranya. Pesta ibadah! Qiamullail, tadarus al-Quran, tarawikh, sahur, puasa, kegembiraan berbuka, keenakan sedekah dan.. kemanisan i'tiqaf sepuluh malam terakhir.. semuanya indah belaka..
Terimbau kembali saat-saat i'tiqaf di masjid UKM sebagai student bersama Bahiah.. dgn alunan lagi yang akan dibuka setiap kali balik dari i'tiqaf iaitu Terampun Dosa - Rabbani... setelah Bahiah ke UK menyambung PhD, ummi bersama along pula beri'tiqaf di masjid yang sama. Dan setelah berumahtangga.. ummi i'tiqaf dgn baba. Dan.. Anis pun ummi bawa sama tau :). Setiap tahun tak pernah miss..
Tahun ini? Ummi juga menantikan kehadiran adik Anis. Kini ummi menghitung hari. Bila-bila masa sahaja ummi akan melahirkan adik Anis. Menurut doktor pakar OnG, baby dalam keadaan sihat. Berat pun telah mencecah 2.8kg. Ummi pun sihat-sihat sahaja. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar.
Sebagaimana nak sambut Ramadan, ummi juga mempersiapkan keperluan untuk menyambut kehadiran adik Anis ni. Alhamdulillah segala persediaan telah dilakukan sebaik-baiknya. Moga Allah permudahkan urusan ummi melahirkan kelak. Dalam bulan Ramadan.. memang mencabar. Namun moga-moga keberkatan Ramadan mengiringi kelahiran adik Anis. Jika Anis lahir 5 Rejab bersamaan tarikh Perang Tabuk, mungkinkah adik Anis lahir 10 Ramadan bersamaan Perang Badar? :). Hanya Allah mengetahui..
Selamat datang Ramadan.. nampaknya tahun ini ummi tak dpt i'tiqaf di masjid. Dan selamat datang ke dunia anakku.. moga menjadi anak soleh, mujahid pembela dan penegak agama Allah. Ameen..
Hadiah Sebuah Kesabaran
Hadith riwayat Muslim
Tuesday, August 11, 2009
'Moody' atau takde 'mood'?
Minggu lepas ummi dpt khabar kawan baik ummi, penah menjadi rakan sekerja, rakan serumah, rakan seusrah.. telah diuji dgn anaknya menghidap penyakit jantung berlubang. Anaknya lebih kurang sebaya Anis. Nama anaknya Jannah. Nama kawan ummi ni pun Anis. Nama panggilan.. Nama sebenarnya Khairunnisa'. Beliau dan anaknya akan ke India untuk menjalani pembedahan Ogos ini. Bukan sekadar jantung berlubang, namun penyakit rakan Anis ni jenis jantung berlubang yang cepat membesar lubangnya. Jadi perlu pembedahan segera. Berat badan Jannah pula kurang 12kg jadi IJN tak ada kepakaran untuk lakukan pembedahan. Sedangkan pembedahan segera sgt penting.
Alhamdulillah ummi telah menghubunginya bertanya khabar. Simpati ummi. Beliau pula rupa-rupanya ada anak kecil umur 3 bulan.. jadi akan ditinggalkan. Rakan-rakan mak cik Anis yang akan jaga anak kecilnya. Semoga Allah memberi keringanan kepada mak cik Anis dan dipermudahkan urusan dan diberikan kesembuhan kepada Jannah.
Pada esok paginya pula ummi dikejutkan dgn berita bahawa Ustazah Marhamah, kakak sejamaah ummi, sejawatankuasa bersama ummi dlm TPSM JIM menghidapi kanser payu dara...peringkat ke 3 dan agresif... Ustazah sahabat yg rapat dgn ummi... Oh tuhanku... terkedu dan tak terkata ummi dibuatnya.. semoga Allah berikan keringanan, ketabahan dan juga kesembuhan (tak mustahil) kepada kakak ummi tersebut. Mengalir air mata ummi dibuatnya.. rasa berat sgt dihati ummi menerima khabar berita tentang sahabat-sahabat ummi tersebut.. terasa sgt ujian-ujian mmg telah ditetapkan untuk setiap dari kita.. cuma bentuk sahaja yng berbeza.. oleh itu ia mengajar ummi untuk memperbaiki diri agar tidak mudah mengeluh, patah semangat dengan ujian yng sedikit.. kerana ada orang lain yang lebih hebat diuji...
Ya Allah semoga Engkau tabah dan sabarkan hati-hati kami menempuh ujian-Mu. Berikan kami kekuatan agar kami sentiasa bersyukur dengan setiap nikmat dari-Mu. Janganlah jadikan ujian ini melemahkan kami dlm perjuangan agama-Mu. Jadikanlah ujian ini sebagai keinsafan, kifarah dan peningkatan darjat disisi-Mu. Dan biarlah ujian ini menjadikan kami lebih hampir dan thabat di atas jalan dakwah-Mu wahai Yang Maha Mendengar, Wahai Yang Maha Penyayang, Wahai Yang Maha Mengasihani... Dari Engkau kami datang.. Kepada-Mu kami akan kembali... jadikanlah kami golongan yang akan kembali dgn seruan-Mu : "Wahai jiwa-jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku dan masuklah ke dalam syurga-Ku.." ameen...
Monday, August 10, 2009
Jemputan...
1 Ogos yang lepas ummi menerima jemputan daripada sahabat ummi dan baba iaitu hj Selamat Aliman. Asalnya ummi dan baba plan nak meraikan perkahwinan anak pertama beliau dgn Kak Faezah.. namun undangan ini tidak dpt dipenuhi kerana 'panggilan' program MANSUH yg berlaku pada 1 Ogos. Kenapa ummi nak sentuh berkenaan jemputan ini?
Di atas ni adalah bahagian dlm kad jemputan. Hjh Norizan itu ialah isteri kedua Hj Selamat. Alhamdulillah, walaupun yang berkahwin itu anak tiri kepada Hjh Norizan (Kak Ijan) namun Hj Selamat dan Kak Faezah turut meletakkan nama Kak Ijan dan anak-anak. Tahniah Pak Selamat dan Kak Faezah kerana memberikan penghormatan kepada Kak Izan dan anak-anak. Semoga keluarga besar antum beroleh keberkatan, kesejahteraan dan dikurniakan sakinah, mawaddah dan rahmah. Ya ia tidak semudah ABC untuk antum sampai ke tahap ini namun.. antum telah mencapainya! Tahniah..
Masa adalah rawatan untuk insan berubah, menilai diri.. namun adakalanya.. berilah sebanyak mana masapun... insan masih tidak berubah.. wallahu'alam.
Yang menzalimi akan mendapat balasan..
Apakah perasaan penzalim-penzalim ini ya? Adakah mereka akan memiliki kehidupan yang tenang? Mereka zalim terhadap rakyat yang ingin berhimpun menyatakan isi hati. Sudahlah badang kehakiman, surunjaya pilihanraya, suruhanjaya pencegah rasuah tidak dapat berfungsi dengan wibawa, apa lagi yang ada pada rakyat melainkan menyatakan hasrat menegur kerajaan di medan terbuka secara aman yang mana ia turut dibenarkan di bawah Perlembagaan Malaysia. Lihatlah kezaliman mereka yan telah menahan peserta demo hatta belum lagi penyertaan itu berlaku! lihatlah mereka yang ditahan seperti Cikgu Laila dan Ummu Asiah
Sudahlah mereka zalim kerana menahan seseorang tanpa hak pembelaan di bawah ISA.. Lantaran kezaliman itu mereka mencambahkan lagi kezaliman demi kezaliman dgn penahanan itu bila mana, mereka juga zalim kerana menafikan hak kehidupan seorang isteri di sisi suaminya, mereka zalim kerana manfikan hak seorang anak membesar dan hidup bahagia di sisi ayahnya. Mereka zalim kerana menafikan hak kehidupan sebuah keluarga yang mempunyai suami, isteri, anak-anak atau ayah, ibu dan anak-anak.. oohhh zalimnya mereka... tapi apa perasaan mereka? Orang yang menzalimi hak orang lain seolah-olah mereka insan yang tidak mempunyai hati dan perasaan...
Thursday, August 6, 2009
Eh buat apa tu?
dah besar dah anak Ummi ni ya. Dah masuk 35 minggu.. Alhamdulillah dah 2.4Kg. Taklah ummi bimbang sgt. Anis dulu lahir 2.3kg je. Baby pula dah pusing. Tak lagi songsang. Mudah-mudahan ummi dpt melahirkan dgn cara normal.
Apa adik Anis buat tu ya? Dr kata dia sedang korek telinga la... ish.. pandainye.. ^V^. Thanks Dr yg buat 3D ultrasound utk baby ni. Anis dulupun ada juga. Blh tgk dlm 'label' Anis.
Semoga Allah permudahkan urusan ummi melahirkan.. dan urusan-urusan lainnya.. ameen.
Ummi : sedang membuat persediaan menyambut baby baru dirumah kita :)
Saturday, August 1, 2009
Rakyat Pasti Menang!
Hari ini Himpunan Mansuh ISA berlangsung. Ramai rakyat turun bantah ISA. Seperti biasa polis mengganas. Bukan nak jaga ketenteraman tapi merekalah yg mula membuat kekecohan. Seperti biasa, rakyat berhimpun secara aman dgn hak di bawah peruntukan undang-undang masih dikacau. Ditahan sebelum berhimpun. Dah bersuraipun masih nak tembak gas pemedih mata. Pemimpin UMNO kat kayangan tu.. yang bersumpah dgn Nama Allah memegang amanah.. pasti ada jawapan dihadapan Allah kelak atau ... ?? Bersedialah. Jika sekarang menghadapi mahkamah rakyat, kelak nanti di mahkamah Allah tanpa ada daya lagi utk mengelak!
Ramai kawan-kawan Ummi di tahan termasuk ummuasiah dan merahhitam. Ummi yakin polis sengaja menahan mereka. Semoga sahabat-sahabat ummi yang ditahan tabah dan terus kuat semangat. Baba juga pernah menerima nasib yang sama.. tapi sebenarnya pihak polis tiada hak nak menahan mereka ini. Tapi begitulah yang berkuasa menyalahgunakan kuasa!