Begitu pantas masa berlalu. Sedar tak sedar dah hampir seminggu umat Islam berpuasa dlm bulan ramadan. Seronok dan tenang rasanya menunaikan ibdah dalam bulan yang mulia ini. Walaupun menunggu hari melahirkan adik Anis, alhamdulillah ummi masih diberi kekuatan untuk berpuasa. Walaupun baba nasihatkan supaya tidak berpuasa agar ummi beroleh tenaga ketika melahirkan, namun sayang sungguh rasanya untuk ummi meninggalkan puasa ramadan ini walaupun syarak membenarkannya.. terbayang-bayang hadith yg mengatakan bahawa walaupun puasa ini boleh diganti pasti ia tidakkan akan sama dgn puasa di bulan ramadan. Selagi terdaya ummi akan terus berpuasa insyAllah.
Teringat kata-kata seorang ustaz di radio IKIM.fm dalam slotnya di radio tersebut tentang perbezaan yg dirasai olehnya ketika bulan ramadan. Baginya waktu pagi dalam bulan ramadan tidak sama sebagaimana waktu pagi yang beliau lalui dalam bulan-bulan yang lain. Dinihari dalam bulan ramadan dihiasi dgn suasana bening.. hening.. bermakna ia melambangkan kesucian dan keindahan bulan tersebut yg tidak dirasai dlm bulan yang lainnya..
Benar sekali kata-kata ustaz tersebut.. ramadan membawa berjuta rahmat dan berkat. Alangkah indahnya peluang bersolat tarawikh yg tidak didapati dalam bulan yang lain.. maka rugilah mereka yang meninggalkan tarawikh yg dtg setahun sekali dlm bulan ramadan.. Alangkah seronoknya berbuka dan bersahur. Kegembiraan yang dijanjikan Allah iaitu ketika berbuka dan ketika bertemu Tuhannya.. Alangkah damainya qiamullail dan membaca sebanyak mungkin al-Quran dlm bulan ramadan.. jika sebelum ini beratnya bangun dinihari menghadap Ilahi.. kini.. ramadanlah masa utk mendidik diri kembali untuk hampir dgn-Nya di waktu subuh hening..
Semua ini perlu direbut oleh umat manusia yang beriman kepada Allah s.w.t.. dan ummi bersyukur kerana dapat menikmati keindahan ramadan ini walaupun mungkin seketika bersama anak dlm kandungan ummi.. mudah-mudahan anak yg lahir ini turut merasai tempias keberkatan dan keindahan ramadan beberapa hari sebelum saat-saat kelahirannya.. ameen..
Thursday, August 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
SALAM...
Moga selamat melahirkan
anak...
Amin..
Salam Afna. Jzkk ya. Alhamdulillah dah selamat..
Post a Comment