1. Persediaan kewangan. Persediaan ini penting terutama bagi yang ingin mendapatkan perkhidmatan di klinik atau hospital swasta. Sekurang-kurangnya RM5000 perlu disediakan untuk bersalin sahaja. Ini kerana bersalin secara pembedahan menyebabkan kos meningkat sehingga RM5000++. Ini baru proses kelahiran. Kemudian perlu memasukkan kos berurut selepas bersalin dan juga jamu-jamu kesihatan – set bersalin bagi para wanita yang mementingkan kesihatan dan kecantikan luaran dan dalaman. Dalam keadaan-keadaan tertentu, ada yang perlukan pembantu ketika dalam pantang. Maka ada tambahan kos lagi. Pembantu ini akan memastikan kita dpt rehat sewajarnya. Jika dihitung-hitung, sekitar RM7000 juga perlu disediakan bagi menghadapi saat-saat sebelum dan selepas kelahiran. Ada yang tak kisah membayar lebih demi keselamatan dan ketenangan melalui proses-proses antara hidup dan mati ini..
2. Menyediakan pembantu. Sekiranya kita merancang untuk berpantang di rumah sendiri, carilah pembantu agar kita dapat menjaga kesihatan selepas melahirkan dengan baik. Agar juga kita cepat pulih dan bertenaga selepas proses melahirkan. Sebolehnya, tak perlu susahkan ibu di kampung untuk menjaga kita. Apatah lagi jika ibu kita uzur ataupun ibu kita sibuk dengan aktiviti harian. Apatah lagi dalam melahirkan anak kedua. Kehadiran pembantu sangat-sangat membantu kita menghadapi tempoh berpantang dengan tenang. Terima kasih kepada pembantu ummi dan sahabat yang menguruskan ummi untuk mendapat pembantu tersebut. Moga Allah menganjari anda. Buat pembantu ummi pula, ummi sangat-sangat berterima kasih kepadanya kerana melayani Anis dan menguruskan keperluan ummi dan rumah dalam saat-saat kita menempuhi ibadah puasa di bulan ramadan.. inilah pertolongan Allah buat ummi dan kita semua.
3. Persediaan Bayi. Bagi kelahiran pertama, banyak persediaan yang diperlukan. Pakaian, lampin, katil bayi, ubat-ubatan dan sebagainya. Namun setelah melahirkan anak kedua, tidak byk persediaan yang diperlukan. Cuma ummi akan memastikan semua baju dan keperluan bayi dibersihkan dan letakkan dalam bekas dan di tempat sepatutnya. Kali ni ummi cuma menambah satu benda penting iaitu tempat tukar lampin bayi. Doktor nasihatkan semua aktiviti mengurusan anak di atas meja agar luka pembedahan dpt dijaga dengan baik. Pengalaman dibedah semasa melahirkan Anis sgt memberi pengajaran kepada ummi. Ini kerana ummi berdikari dalam berpantang. Tinggal dirumah kita sendiri. Oleh itu kelengkapan pengurusan selepas melahirkan sangat penting. Bila lahir anak kedua.. segalanya akan jadi mudah walaupun menjaga diri sendiri dalam pantang. Oh ya. Ummi juga berterima kasih kepada Kak Shikin yang perkenalkan ummi laman web barang2 terpakai keperluan bayi. Jadi ummi dpt membeli sebuah rocker berjenama dgn harga yang sgt murah.Masih cantik lagi pula tu. Rocker tersebut memang sangat memudahkan ummi menguruskan Ammar di rumah dan luar rumah. Kebetulan ia pula muat diletakkan dlm stroller kakak. Wah mudah sungguh ummi membawa Ammar ke program atau shopping J.
Bersambung
2 comments:
k. Misah, boleh bagi link website tu tak? nak cari used car seat...:) jzkkk
salam fizi. Sebelah kanan blog akak ni scroll ke bawah skit ada beberapa website yg boleh Fizi rujuk. Enjoy shopping :).
Post a Comment