Alhamdulillah. Semalam ummi memenuhi tuntutan tarbiyyah buat diri yg telah mengikrarkan diri utk untuk sentiasa memperbaiki dan mencari redha-Nya sebagai seorang daie. Sudah agak lama juga diri tidak disibukkan dgn program tabiyyah sebegini. Seperti terimbau kembali zaman pelajar IPT di mana program yang konsisten utk setiap semester dan setiap tahun.
Syukur kepada-Mu Ilahi kerana masih menyayangiku. MAsih memberi peluang kepadaku untuk terus menghirup dan menikmati santapan-santapan rohani dan terus berada di samping insan-insan soleh dan solehah, berada bersama majlis ilmu, berada bersama sahabat seperjuangan satu tujuan, satu destinasi.
Walaupun kini ummi telah bertambah tanggungjawab kerana perlu mengangkut anak-anak ummi Anis dan Ammar ke program..namun ummi sgt bersyukur..tunduk dan menitiskan air mata..kerana ummi masih mampu berada di sini bersama sahabat seperjuangan, mengikuti tarbiah, tidur dan berqiamullail bersama...Alangkah indahnya hidup ini andai disinari cahaya Ilahi...
Semoga kita akan berada lagi dlm majlis-majlis sebegini ya anak-anak ummi..syukur kepada Allah yg telah menganugerahkan ummi anak-anak yg tidak byk kerenah. Terima kasih kepada baba yg memberikan sokongan yg tidak berbelah bahagi...dan..akhirnya...ummi terpana dan malu sendiri dgn teguran Allah .."dan nikmat Allah yang manakah yang kamu dustakan"..
di rumah Ibu Yus sebagai moderator utk pgrm sembang2 tokoh bersama Ibu Yus oleh adik-adik IPT DHL dlm MUKHRIN 2010
No comments:
Post a Comment