Friday, February 19, 2010

Gurauan Membawa Padah!

Pernah tak kita dengar di kalangan pelajar bergurau dgn rakan-rakan? Sedang rakan berjalan atau berlari-lari, rakan lain yg duduk hulukan kaki lalu rakan yang sedang berlari tersebut terseradung lalu jatuh? Ada juga gurauan melampau lain di mana ketika rakan sekelas sedang berdiri, kerusi tempat beliau duduk di tarik lalu apabila rakan tersebut hendak duduk akhirnya terjatuh ke lantai.

Mungkin rakan pelajar yang bergurau ini tidak tahu impilkasi gurauan beliau tersebut... namun kesan daripada gurauan sebegini seorang kanak-kanak darjah 6 telah mendapat rawatan di hospital kerana tangannya patah. Ini berlaku setelah rakan sekolahnya telah menghulurkan kaki menampan perjalanan mangsa terbabit. Salah satu tulang yg patah tersebut berselilisih maka pembedahan perlu dilakukan agar tulang berselisih tersebut dpt ditarik dan dicantumkan.

Semoga kejadian ini dpt memberi pengajaran kepada semua pelajar. Semoga pihak guru dapat memberikan pengajaran dan pembelajaran bermakna kepada semua pelajar dgn menunjukkan contoh sebenar gurauan yang membawa padah ini.

Semoga Allah memberikan pendidikan yg baik untuk rakan pelajar yang bergurau tersebut dan memberikan kesembuhan yang baik kepada pelajar yang telah menerima akibat daripada gurauan rakannya tersebut.

No comments:

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50
Bagaimanakah aktivisme pelajar bermula? Apakah pernana PBMUM dan PKPIM dalammembantuk minda pelajar yang berani membawa aspirasi dan suara rakyat? Apakah peranan ABIM, Al Arqam, Tabligh dalam membentuk gerakan dakwah di kalangan pelajar? Bagaimana Latihan Kader Dakwah berjaya membentuk semula kefahaman Islam yang murni di kalangan mahasiswa pada 1970an? Benarkah DEB gagal membentuk pelajar yg kembali dari luar negara berkhidmat utk kerajaan BN? Apakah IRC) Bagaimanakah IRC memainkan peranan dlm kebangkitan dakwah kampus? benarkah IRC sering mendatangkan masalah di kampus-kampus dan menjadi punca perpecahan gerakan dakwah? Sejauh manakah peranan IRC dalam perkembangan dakwah Islam di Malaysia? Siapakah sebenarnya ahli-ahli IRC? Buku ini menyingkap persoalan-persoalan di atas yang adakaitan dgn susur-galur keterlibatan pelajar di dalam dan di luar kampus. Perbagai persatuan dan organisasi yang wujud di sekeliling kehidupan pelajar yang membentuk dan mencerna minda mahasiswa dan akhirnya memunculkan jati diri sebenar mahasiswa dgn idealisme mereka tersendiri sebagai generasi pemuda harapan bangsa, negara dan agama. Wajar dimiliki oleh mereka yg cintakan ilmu, sejarah khususnya mahasiwa sendiri agar mereka tahu bagaimana sejarah kebangkitan mahasiswa bermula. Agar mereka tahu bahawa mahasiswa adalah suara dan jiwa rakyat!

My Box.net Files. Berkongsi beautiful powerpoint dgn rakan-rakan lain. feel free to download :)