Alhamdulillah.. setelah sekian lama tidak mencoret diblog peribadi ini, kini semangat menulis datang kembali dgn kehadiran 'dia' yang diingini dan diharapkan :). Terima kasih Allah kerana kini Anis dan Ammar bakal mendapat seorang lagi ahli baru dalam keluarga.
Jika semuanya berjalan lancar dgn izin Allah maka ahli baru dalam keluarga kami akan lahir sekitar Mac 2012. Alhamdulillah rezeki yang Allah bagi mudah sungguh hamil kembali setelah merancang dua tahun.
Maka dengan itu minat untuk menulis tentang anak-anak dan persediaan kelahiran kembali semula :). 2 tahun lepas pun byk yang tertangguh.
Semoga Allah beri kekuatan untuk menulis kembali.
No comments:
Post a Comment