Hmm baru ada kesempatan nak sambung citer Si Anis nie. Kami sampai kat Seri Malaysia Bagan Lalang dah tengahari. Selepas makan dan taklimat, kul 12.30 kami pun masuk dewan dan mula beretreat..
Bila Ummi mesyuarat....
Tengok tu.. bila ummi mesyuarat, Anis duduk kat lantai dan bermain. Kena pakaikan baju tebal dan topi sebab Anis tak tahan sejuk. Nanti kalau tak pakaikan macam tu dia akan batuk-batuk. Anis mengidap bronkitis... alahai anak ummi, moga Anis akan sihat dan ceria bersama Ummi ke mana-mana program untuk peningkatan diri dan pengislahan.. kita sama-sama mencari redha Allah ya dik.. sayang anak ummi...
Anis Ceria Ummi Bahagia
Bila penat baring dan lapar, Anis mula merengek.. tapi kejap je.. Bila dan kenyang dan dapat layanan sedikit, Anis akan happy semula dan boleh dibiarkan bermain sendiri... Ummi kena handle aktiviti la dik... nanti Ummi main ngan Anis lagi ya sayang..
Bila Penat Baring...
Hai.. saya Anis. Sesekali nak dukung la Ummi... penat tau Anis baring je...
Wahai Anak...
Wahai anak..
betapa perihnya ibu melahirkanmu..
membesarkanmu...
tiada yang Ummi inginkan..
melainkan kau menjadi
Hamba-Nya yang bertaqwa
Anak Ummi dan Baba yang berbakti
Hamba-Nya yang mujahidah..
Semoga anak Ummi yang ceria ini
akan menjadi mukminah solehah
agen Islah pewaris dakwah Rasulullah...
No comments:
Post a Comment