Alhamdulillah, kini aku telah kembali semula bergelumang dengan usrah adik-adik. Ahh.. alangkah seronoknya bersama-sama mereka dalam halaqah. Berkongsi ilmu, pengalaman, rasa dan idea. Berkongsi perasaan, idealisme dan melebarkan ukhuwwah dengan orang baru...
Alhamdulillah.. setelah lebih setahun terhenti membawa usrah dan berpergian dgn adik-adik, kini aku menikmati kembali keistimewaan rasa seorang naqibah..
Terima kasih Allah.. syukurku kepada-Mu kerana Engkau masih menyayangi diri ini... masih memberi ruang dan peluang untuk aku berbakti dan bersama hamba-Mu yang mukmin menegakkan syiar-Mu... Aku hanyalah insan kerdil yang sentiasa menagih perhatian dan kasih sayang-Mu walaupun aku tahu aku bukanlah hamba-Mu yang yang terbaik tetapi sentiada cuba pemberbaiki diri....Thank you Allah..
InsyaAllah sabtu ini aku akan berkatibah bersama adik-adik usrahku... sudah tentu Anis Solehah : 'the bundle of joy' akan kuangkut ke sana ke mari.. Maaf ya dik.. Moga Allah memelihara kita dan semoga Allah akan menjadikan adik seorang mujahidah dan syahidah.. ameen..
Friday, February 22, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment