Raya di Kampung Slim. Anis, Baba dan sepupu2 serta Pak Anjang.
Alhamdulillah. Tahun ni sekali lagi dapat kita beraya Eiduladha di Kampung Ummi. Walaupun Atok dan Opah tak de kerana berada di Mekah, Ummi dan beberapa adik-beradik Ummi yang lain dpt berkumpul bersama-sama. Mak Ngah, kakak Ummi yang sulung lah yang lead umah kat kampung dan masak2 utk kita semua.Tahun ni 7 ekor lembu telah dikorbankan di Kampung Tengah iaitu Kampung Opah. Bersebelahan Sg Slim, 7 ekor lembu selamat diqurbankan.. Ummi, Baba dan Anis telah sama-sama dpt menyaksikan pengqurbanan lembu2 tersebut. Jom tgk gambar kita!
lembu-lembu yang dikorbankan
Masa ni Ummi membayangkan kisah Nabi Ibrahim dan Ismail... Hebat pengorbanan keduanya..
Ini Sungai Slim. Tempat Ummi bermain dan bermandi-manda masa kecik2! Tgk kat hujung tu.. Ummi pernah mengarus ke sana bersama adik beradik Ummi yang lain. Pastu Ummi menyelam dan berenang ke hilir mengikut arus.. bestnyer zaman kanak-kanak
Jambatan ni jambatan baru. Dulu jambatan gantung tapi ketinggian gantung lebih kurang sama.. Ummi penah panjat kat atas tu dan dushhh!!.. terjun ke dalam Sungai.. ANis percaya tak? huhu itu la Ummi ANis masa kecik2 :(0)
No comments:
Post a Comment