2 hari Ummi cuti sebab Anis mengalami ruam2(eczema) yang teruk seluruh badan. Kesian Anis. Masa umur ANis 3-6 bulan Ummi selalu cuti sebab ANis bronkitis.. selalu demam. Bila demam dan selsema akan berjangkit kepada batuk-batuk yang teruk. Kalau dengar Anis batuk.. hai rasa nak menangis Ummi. Rasa biarla Ummi yang batuk jgn Anis. Tapi tak boleh juga. Sebab bila Ummi batuk nnt Anis pulak mudah dijangkiti.
Teringat Ummi kata-kata Mak Cik Yus.. kalau anak demam atau sakit apa perlu ibu bapa buat dulu? Ada yg kata bagi ubat, bawa klinik dan sebagainya. Hehe.. semua kurang tepat.. kata Cik Yus yang penting Ibu-ibu amik cuti dulu.. utk beri perhatian kepada ci comel atau si kecil...sebab saat itulah si kecil kita tu sgt perlukan ibunya. Bagi yg pernah pengalaman anak demam, pasti setuju pabila anak kecil demam, dia akan merengekdan nak melekat kat Umminya kalau boleh 24jam. Apatah lagi kalau yg menyusu badan. Pengalaman Anis demam sampai 40 darjah C sgt menggerunkan Ummi.
Untuk kes ruam ni, selepas Ummi jaga ANis dirumah empat hari baru la ruam-ruam Anis ok. Sabtu, Ahad dan amik cuti Isnin dan Selasa. Kemudian Ummi bawa ANis jumpa doktor pakar kanak-kanak, Dr Hasmawati di Damai Service Hospital di Taman Melawati.. Ni Dr Anis sejak lahir tau. Dr Hasmawati tahu sejarah Anis yang kena bronkitis semasa umur 3 bulan dan Pneumonia masa umur sekitar 10 bulan. Bila dia tengok aje punggung Anis tu ha teruslah Doktor kata "kesiannya anak Ummi' (Dr bahasakan dirinya Ummi pada Anis).
Doktor bagi 4 jenis cream utk hilangkan ruam2 tu.. dan satu cabaran Ummi ialah apabila Doktor kata 'Anis kena cepat-cepat belajar tak pakai diapers. Sebab diapers adalah salah satu faktor ruam demikian sementelah pula Anis ni sgt alergi. Huh cabaran tu. Tapi Ummi yakin Anis akan dpt lakukannya awal.. mudah-mudahan sebab terkini Anis dah pandai bagi tahu Ummi kalau dia poopoo.. Anis akan datang kat Ummi. merengek geli dan tunjukk punggungnya..
Susahnya rasa nak hantar Anis ke nurseri....sebab selalu bila balik nurseri ruam Anis datang lagi.. pastu Ummi rawat weekend dan bila anta nurseri ruam akan datang lagi.. Rasa nak berhenti kerja dan nak buka nurseri sendiri! Moga Allah berikan Ummi kelapangan, kekuatan dan rezeki untuk buka nurseri Ummi sendiri pertengahan tahun depan.. Ya Allah realisasikanlah impian hambaMu ini...
Hari ni Ummi hantar Anis ke nurseri. Ummi harap pihak nurseri dpt menjaga ANis dgn baik dan memastikan kebersihan di nurseri tersebut. Ahhh.. beratnya hati Ummi nak hantar ANis!
Ummi terpaksa potong rambut Anis jadi pendek dan nipis supaya Anis tak garu-garu kepala sampai berdarah.. siannyer Anis.. nampak la dahi yg luas tu (^0^)
No comments:
Post a Comment