Ha.. ni la dia gelagat Anis. Nangis ambil pegang belon. Tak suka belon dia diusik.. ish..ish Anis ni.. kena la berkawan dan share ngan kawan-kawan tau..tak baik main sorang-sorang..
Oh ya! Hari ni Ummi nak masukkan beberapa keping gambar pada Hari Keluarga JIM Pusat yang lepas. Gambar-gambar berkaitan aksi ahli keluarga kita dalam aktiviti-aktiviti yang disertai.. JOM Anis!
Ni ahli kumpulan kita.. boleh tahan juga dlm pertandingan ni. Abang Hazim pun pandai bagi idea
Masing-masing tekun mencari jawapan yg unik dan ingin berbeza dari yang lain
Malamnya kita ada BBQ.. yummy..
Ha.. ni aksi-aksi dlm acara sukaneka... bowling kelapa.. Baba teror gak la sebab dpt jatuhkan semua botol kecuali satu... tahniah Baba
Ni anak Ummi ni... sibuk nak tido.. mengantuk sebab bangun awal sgt.. jadi Ummi nak sertai aktiviti kena la kendong Anis gak... tak pe the bundle of joy! :)
Hai ni la anak Baba sorang ni.. sibuk nak dgn Baba jugak.. Bila selesai jer tazkirah Subuh dan semua orang bangun.. Anis pun sibuk la pegi cari Baba. 'Baba ni...' 'Baba ni..' Anis berkata-kata sambil cari Baba dia.. So kena la join pak cik-pak cik tu main sekali dgn Baba... dah mengantuk baru cari Ummi..
Anis yang suka Baby.. nnt insyaAllah Anis ada baby kat rumah ya sayang... sibuk dia dgn Baby Imtiyaz tu. Masa tu Ummi plak tengah dengar Dr Har citer tentang family planning dan cara nak dpt anak lelaki secara saintifiknya :).. Anis pun sibuk jugak..
Aha.. main ikat kaki pula.. teror kumpulan Baba nie... jgn sampai Baba terseliuh dah la kan...
Ish.. ish.. suka benar Baba ngan Pak Cik Zaid nie.. dah jumpa apa yg mereka kembarkan.. ada-ada jer diorang ni kan dik.. apa-apa je la..
Ha sekianlah sahaja warna-warna pada Hari Keluarga JIM Pusat.. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Semoga ukhuwwah yang terbina, tersemat, terikat, terpahat akan lestari selamanya....The End.
No comments:
Post a Comment