Tarikh : 14 dan 15 Feb 2009
Tempat : Classroom, Kuliyyah Engineering, UIA Gombak
Alhamdulillah TOPS pakej kursus 2 hari telah berjaya dianjurkan oleh Akademi Islah Malaysia dengan kerjasama JKPA. Seramai 42 orang peserta telah menghadiri program tersebut. 38 daripadanya telah mengikuti program ini sepenuhnya. Peserta terdiri daripada 24 lelaki dan 18 perempuan. 6 peserta lelaki dan 7 peserta perempuan berumur 30 tahun ke bawah (Gen Y).
Kursus telah berjaya memberikan peserta ilmu pengetahuan yang sangat-sangat bermakna dan berguna terutama tentang kisah-kisah berkaitan sejarah dan susur galur bangsa Israel. Peserta juga telah dibekalkan dengan fakta-fakta berlandaskan nas tentang peri pentingnya bersama dalam perjuangan membebaskan Palestin daripada penjajahan dan melihat Islam dan umat Islam kembali menguasai Bumi Palestin.
Peserta juga dapat mendengar dan bersama merasai pengalaman dengan ikhwah dan akhawat yang telah berjaya sampai di Gaza dan juga yang terkandas dlm usaha masuk ke Gaza. Pelbagai kisah benar terkini diperdengarkan kepada peserta.
Di samping mendengar pelbagai kisah tentang Palestin, peserta kemudiannya diminta utk membuat sendiri presentation dgn rakan-rakan dlm bengkel. Berbekalkan pelbagai bahan tentang Palestin dlm bentuk ‘softcopy’ dan juga perkongsian pengalaman berceramah tentang Palestin oleh Felo PACE, peserta kemudiannya berpeluang mempersembahkan ‘Ceramah Palestin’ mereka.
Kursus dua hari ini telah diakhiri dengan penyampaian sijil oleh Presiden JIM kepada semua peserta yangtelah berjaya menamatkan kursus sepanjang dua hari tersebut.
Akademi Islah Malaysia mengucapkan terima kasih di atas sokongan peserta dan semua JKPA yang terlibat dlm mengendalikan kursus TOPS ini.
InsyaAllah TOPS seterusnya adalah pada 28 dan 29 Mac 2009 dengan menggunakan modul yang sama. Kepada yang berminat, sila hantarkan penyertaan saudara/i kepada AIM dengan menyertakan Nama Penuh, No HP, No KP dan alamat email.
Jazakumullahukhairanjaza’
Monday, March 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment