Alhamdulillah.. hari ini 30.04.09 genaplah usia perkahwinan Ummi dan Baba untuk 3 tahun. Begitu singkatnya masa berlalu.. terasa baru sahaja beberapa bulan Ummi dan Baba menjadi suami isteri.
Perkahwinan merupakan sebuah ikatan penyatuan dua insan yang berbeza dan berlainan dunia. Apatah lagi usia Ummi dan Baba jauuuhhhhh berbeza. Beza usia Ummi dan Baba 17 tahun! Justeru Mahligai Ummi dan Baba dipenuhi dgn warna-warni kehidupan. Terasa Ummi ibarat menjalani kehidupan seperti Aisyah RA di sisi Rasulullah s.a.w. :).
Ummi bersyukur kerana Allah telah menganugerahkan kepada Ummi seorang suami yang menjadi idaman Ummi. Seorang lelaki yang aktif dlm jamaah. Berkepimpinan. Pandai bergurau. Lemah lembut. Sangat membantu dlm urusan keluarga. Walaupun kehadiran insan seperti Baba tidak pernah Ummi jangkakan.. namun Ummi pasrah dgn pemberian ini. Moga Allah terus mendidik Ummi agar bersyukur dgn setiap pemberiannya walaupun terkadang Ummi 'melatah' juga :).
Sepanjang membina mahligai cinta bersama Baba... alhamdulillah Allah telah kurniakan kepada Ummi Anis Solehah yang comel.. dan.. akan datang pula insyaAllah teman Anis di rumah.. siapa lagi.. adik Anis lah (^v^).
Semoga Allah merahmati keluarga kita. Semoga Allah terus mendidik Ummi dgn kesabaran, ketenangan menghadapi ujian dlm kehidupan. Semoga Allah terus memberikan kepada Ummi sahabat-sahabat baik yang sentiasa memberikan nasihat yang baik kepada Ummi spt Ummi Ida, Kak Zai, Kak Anfal dan yg lainnya.. Ameen Ya Rabb.. Untuk Baba.. terima kasih kerana melayani kerenah Ummi selama ini.. hehe..
Ummi juga ucapkan selamat ulang tahun perkahwinan kepada sahabat baik Ummi dan Baba iaitu Pak Cik Zaid. Ulang tahun perkahwinan beliau juga bulan april dan utk tahun ke 3. Pak Cik Zaid berkahwin dgn Mak CIk Suriati pada 9 April 2006. Selamat Berbahagian Pak Cik Zaid dari kami sekeluarga. Terima kasih atas ucapan SMS dan tanda ingatan kepada ulang tahun perkahwinan Ummi dan Baba..
Ummi (tudung ungu) ketika walimah Pak Cik Zaid dan Mak Cik Su