Alhamdulillah tahun ni Ummi bertugas pula sebagai penjaga gerai buku JIM! Seronoknya.. kerana Ummi berbadan dua.. jadi Ummi ambil jadual pagi, separuh hari dan berselang hari :). Ummi jaga pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat pagi.
Ummi seronok nak bersama jaga gerai JIM. Walaupun Ummi tahu penat.. tapi ini sebagai tanda sokongan Ummi kepada buku-buku JIM dan rakan Ummi, Abang Wan Am yg menjadi pengurus projek Pesta Buku utk gerai JIM. Tambahan pula ini adalah tahun pertama JIM ada gerai di Pesta Buku...
Hari ni hari kedua Ummi menjaga gerai JIM. Hari ni rasa seronok dari hari kelmarinnya kerana hari ni gerai JIM di datangi oleh wakil Perpustakaan HUKM dan juga kedai buku dari Singapura.. Wah.. seronoknya bila mereka memborong semua jenis buku JIM! terkenang pula Ummi alangkah bagusnya kalau buku Ummi dah terbit! ish Abang Wan Am ni lambat lah.. :).
Sebelum balik office Ummi pegi jalan2 sekejap ke gerai PTS... saje nak tengok buku-buku PTS.. ha.. Ummi jumpa satu buku yg sgt menarik minat Ummi utk membeli dan membacanya.. apa dia?
Tada..!!!
Ummi beli buku ni sebab?
1. Ummi mmg sedang kumpul buku2 tentang poligami - nak buat koleksi :)
2. Ummi nak tahu pandangan-pandangan penulis2 buku tentang poligami
3. Sebab penulis ni juga pengamal poligami
4. Sebagai rujukan dan ilmu utk Ummi pula menulis buku tentang poligami .. mudah-mudahan Allah perkenan dan permudahkan Ummi :)
5. Memperkayakan lagi pengetahuan Ummi tentang poligami dan bandingkan dgn pengalaman Ummi sendiri.....
InsyaAllah Ummi akan buat ulasan terhadap buku ini setelah selesai di baca.. ini sebagai latihan kepada Ummi yg diberikan tugas juga utk membuat ulasan buku utk majalah JIM dan portal JIM....
Nanti Ummi upload gambar2 pesta buku ya!
No comments:
Post a Comment