Alhamdulillah.. setelah beberapa kali mencuba akhirnya kini Anis tidak lagi minta nenen...
Selepas Ummi buat kali pertamanya membiarkan permintaan Anis, dan juga setelah menerima beberapa pandangan.. akhirnya Ummi membuat keputusan berdasarkan kapasiti Anis sendiri... apa dia?
Anis perlu dipujuk. Kaedah melumurkan sesuatu yg tidak disukai majoriti kanak-kanak tidak boleh dipraktikkan pada Anis. Gunala bawang putih ke.. asam jawa ke.. Anis akan nenen juga :). Kerana sakit, kerana tak sampai hati tengok Anis nangis malam-malam, akhirnya Ummi cuba kaedah pujuk, alihkan perhatian kepada benda lain, masa Baba ada minta Baba la yg layan Anis.. jadi perhatian Anis tidak tertumpu kepada nenen.. Terima kasih kepada Baba yg tidak jemu layan Anis..
Kini dah 3 hari Anis tidak lagi minta nenen dari Ummi... Maafkan Ummi ya Anis. Ummi doakan Anis membesar dgn sihat, cerdas, pintar.. menjadi hamba-Nya yang bermanfaat untuk manusia dan alam menurut syariat Allah... Thanks kerana menjadi anak Ummi yang baik sekali..
Luv U so MucH
Saturday, April 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment