“Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya seluruh perkara adalah baik baginya. Dan tidaklah didapati seorang pun hal tersebut melainkan pada diri seorang mukmin. Jika dia merasakan kesenangan maka dia berSYUKUR. Dan itu lebih baik baginya. Jika kesusahan menerpanya maka dia berSABAR. Dan itu lebih baik baginya.” -
Hadith riwayat Muslim
Hadith riwayat Muslim
"Hummm BESSSTTT!" jawab Anis sambil geleng-geleng kepala menunjukkan sgt BEST!
Alhamdulillah setelah bersabar, Anis akhirnya dpt mandi sungai dan kolam sepuas-puasnya.. Thank you Allah.. Thank you baba..
Percayalah.. setiap apa yang hilang dari kita.. Allah akan gantikan dengan yang lebih baik! Cuma sabarlah.. kerana kesabaran itu satu nikmat yang diiringi kebahagian dan ketenangan... Thank you Allah atas anugerah kesabaran ini.
4 comments:
Salam ukht Misah,
Mendalam makna ungkapan ini 'Percayalah.. setiap apa yang hilang dari kita.. Allah akan gantikan dengan yang lebih baik! Cuma sabarlah.. kerana kesabaran itu satu nikmat yang diiringi kebahagian dan ketenangan... Thank you Allah atas anugerah kesabaran ini'.
Tapi apa yang telah hilang dari Misah, sedangkan Misah memiliki hampir segalanya terutamanya sebuah keluarga yang bahagia - ada baba ada Anis.
Salam kembali Cikgu Bad,
Hanya siapa yang mengerti akan mengerti :). Lagi mendalam maksud tu.
Alhamdulillah, that's why melihat yg positif daripada setiap ujian itu penting agar hati kita ini akan sentiasa tenang dan aman..
Lihat apa yg kita ada bukan apa yang kita hilang... :). Dgn itu kita akan pasrah dan redha :).
Dan nikmat Allah yg manakah yang kamu dustakan?
Barangkali orang yang mengerti itu - dlm konteks kisah Misah - kerana dia hidup dalam alam berpoligami. Justeru 'yang hilang itu' hanya orang yang berkenaan sahaja merasainya.
Apapun kebahagian itu hanya milik mereka yang ekstra-sabar dan ekstra-imannya.
Selamat berbahagia ukhti.
Salam Ramadhan al-mubarak 1430 H.
wah tajam sungguh firasat cikgu :). Apa pun kebahagian itu adalah milik sesiapa yg menghendakinya. Jika ia berkehendak ia akan berusaha.. dan Allah juga dah pesan.. Allah beserta orang-orang yg sabar. Sabar tiada rugi.. malah untung berbaloi-baloi. :). Moga Allah terus beri saya kesabaran dlm mengharungi apa juga mehnah kehidupan terutama yg membabitkan jalan dakwah. Bagaimana nak cemerlang kalau hati tak bahagia? betul tak? Thanks Cikgu Bad!
Post a Comment