InsyaAllah.. beberapa hari lagi muncullah tetamu yg ditunggu-tunggu oleh umat Islam.. Ramadhan.. bulan yg penuh barakah, rahmat. Ganjaran pahala dari Yang Mana Pengasih melimpah ruah buat hamba-hambanya.
Saban tahun, kegembiraan meraikan dan merayakan ramadan tiada taranya. Pesta ibadah! Qiamullail, tadarus al-Quran, tarawikh, sahur, puasa, kegembiraan berbuka, keenakan sedekah dan.. kemanisan i'tiqaf sepuluh malam terakhir.. semuanya indah belaka..
Terimbau kembali saat-saat i'tiqaf di masjid UKM sebagai student bersama Bahiah.. dgn alunan lagi yang akan dibuka setiap kali balik dari i'tiqaf iaitu Terampun Dosa - Rabbani... setelah Bahiah ke UK menyambung PhD, ummi bersama along pula beri'tiqaf di masjid yang sama. Dan setelah berumahtangga.. ummi i'tiqaf dgn baba. Dan.. Anis pun ummi bawa sama tau :). Setiap tahun tak pernah miss..
Tahun ini? Ummi juga menantikan kehadiran adik Anis. Kini ummi menghitung hari. Bila-bila masa sahaja ummi akan melahirkan adik Anis. Menurut doktor pakar OnG, baby dalam keadaan sihat. Berat pun telah mencecah 2.8kg. Ummi pun sihat-sihat sahaja. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar.
Sebagaimana nak sambut Ramadan, ummi juga mempersiapkan keperluan untuk menyambut kehadiran adik Anis ni. Alhamdulillah segala persediaan telah dilakukan sebaik-baiknya. Moga Allah permudahkan urusan ummi melahirkan kelak. Dalam bulan Ramadan.. memang mencabar. Namun moga-moga keberkatan Ramadan mengiringi kelahiran adik Anis. Jika Anis lahir 5 Rejab bersamaan tarikh Perang Tabuk, mungkinkah adik Anis lahir 10 Ramadan bersamaan Perang Badar? :). Hanya Allah mengetahui..
Selamat datang Ramadan.. nampaknya tahun ini ummi tak dpt i'tiqaf di masjid. Dan selamat datang ke dunia anakku.. moga menjadi anak soleh, mujahid pembela dan penegak agama Allah. Ameen..
Wednesday, August 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
selamat mymbut ramadhan ummi...dan,slmt mymbut kelahiran baru...
slamt mymbut ramadhan ummi...dan,slmt mymbut klhiran baru....
selamat melahirkan cahayamata baru..moga dipermudahkan..kak tolong komen kat entry terbaru ana..sukran!
salam akak,
dah selamat bersalin, moga dipermudahkan. canteknya bilik baby.
-najah-
salam ashiq. Tq kerana link ke blog akak.
Salam Zatul,
Blm ada kesempatan nak komen. InsyaAllah nnt
Salam Najah,
Jzkk.. biasa2 jer.. bukan bilik pun.. just one corner .. baby corner agar mudahkan pengurusan baby dlm pantang :). Belajar dari pengalaman :)..
Post a Comment