lihatlah potret di atas
alangkah sayu sang ayah
menangisi pemergian buah hati
insan kecil yg tidak mengerti
andai engkaulah bayi itu....
Lihatlah anakku..
wajah suci bersih anak-anak kecil
yang tidak berdosa... gugur satu persatu
seolah-olah pembersihan umat Islam Palestin sedang berlaku
namun Maha Suci Allah..
banyak rakan-rakanmu yang gugur di Palestina
malah lebih ramai lagi yang lahir dan bakal dilahirkan..
Anis Solehah..
Dirimu masih bisa bermain ceria
tenang dan damai
Kau miliki Ummi dan Baba
yang sedia memimpin tangan
melayani kerenahmu tanpa jemu
Namun sayang...
kau lihatlah rakanmu yang berada di Palestina...
permainan mereka hujanan senjata
sentuhan mereka penuh luka...
keletah mereka gaya perwira
mimpim mereka bergelar syuhada.. sedari kecil..
ditangan mereka bukan mainan biasa
tapi sebilah kunci
agar dikembali ke rumah dan tanah air sendiri..
Ingatlah wahai anakku...
saat kita senang lenang di sini
mereka sedang menderita di sana
walau derita mereka hanya sementara
kerana syurga sedang menanti bila-bila
namun derita adalah derita
maka rasakanlah bersama mereka
kerana mereka itu saudara kita
dicubit peha kanan peha kiri turut terasa
kita dan mereka laksana satu anggota
sebahagian sakit maka sakitlah bahagian yang lainnya..
Moga kau akan mengerti, memahami dan merasai
bila sampai usiamu
dan moga kau tidak lupa
bahawa mereka adalah rakanmu dan saudara kita..
dan hati Ummi sering berkata..
andai mereka anakku
adakah Ummi bisa melalui ini semua?
No comments:
Post a Comment