Anis,
Rakyat Palestin sekarang ini sangat-sangat dizalimi. Dibunuh sesuka hati seolah-olah mereka tiada hak untuk hidup aman di tanah air sendiri! Mereka dibom setiap hari. Seolah-olah nyawa mereka tiada harga. Itulah yang sedang dilaksanakan oleh Israel laknatullah!
Ummi dan Baba sentiasa menyokong dan bersama-sama dengan perjuangan rakyat Palestin. Ummi dan Baba akan buat apa yang termampu... Bila Anis dah besar sikit.. boleh la Ummi bawa Anis pegi Demo.
Hari ni Ummi dan Baba serta kawan-kawan Ummi akan turun berdemo menyatakan bantahan terhadap tindakan biadap, kurang ajar, tak berperikemanusiaan Israel terhadap penduduk Palestin terutama di Gaza. JIM Menyeru semua rakyat Malaysia tak kira bangsa dan agama turun menyatakan keperihatinan kita : Hari ini Jam 2.00 petang bermula di Kompleks Tabung Haji ke Kedutaan Amerika Syarikat. Hari ini office Ummi di tutup separuh hari bermula jam 12.00tghr.
InsyaAllah Ahad ni pula kita akan bersama-sama Baba di Masjid Padang Balang. Baba akan bagi talk tentang Palestin.
Baba bagi talk tentang Palestin
2006. Waktu ni Baba antara yg lead DEMO bersama pertubuhan lain.
Baba mantan Pengerusi JIM International dan Naib Presiden JIM
Baba di celah-celah ribuan rakyat Malaysia yang prihatin dgn isu hak rakyat Palestin
Ummi dan sahabat-sahabat bersama dalam demo membantah serangan Israel terhadap Palestin 2006
Ya Allah Engkau hancurkanlah ZIONIST! Engkau bantulah rakyat Palestin.
No comments:
Post a Comment