Cikgu Basri org lama. Dia tidak mengenali Ummi sgt tapi Ummi mengenalinya.. melalui org lain.. melalui kajian yang Ummi lakukan terhadap gerakan Islam di kalangan pelajar. Ramai sekali org menghadiri pengkembumiannya.. kerana ramai sekali anak-anak didiknya yang kini menjadi daie meneruskan usaha-usahanya..... Utk cikgu Basri... Ummi sempat menukilkan senuah puisi buatnya...
Pak Cik Fuaad adalah seorang hartawan.. beliau miliki 2 orang isteri. Salah seorangnya kawan baik Ummi - Cik Nor. Ketulusannya mengambil Cik Nor dan keadilannya dlm menjalankan tanggungjawab sgt mengharukan Ummi... dan.. dia telah pergi menemui Rabbnya setelah 5 hari menjadi tetamuNya di Mekah.... setalah beliau menunaikan tanggungjawab membawa kedua-dua isterinya pergi Haji dlm tahun yg berlainan... Maha KasihMu ya Allah... Moga Ummi juga akan mendapat husnul khatimah... amen
Ini Cikgu Basri. Ummi, Anis dan Baba sempat ziarah cikgu pada 02.06.08
Puisi Buat Cikgu Basri
Perginya ditangisi
hilangnya pasti dirindui
jasanya kan terpahat disanubari
kehilangannya tiada galang ganti
dia obor penyuluh hati
tatkala kelam sinar ilahi
membimbing murid mendidik generasi
lelah, letih tak kenal henti
Mudamu bertenaga
Mudamu bertenaga
tuamu penuh pengalaman berharga
walau tubuh tidak gagah lagi
tega kau terus berbakti berbudi
demi keredhaan Ilahi
Cikgu Basri yg kukenali
gelak tawamu mewarnai hati
luncur tuturmu penuh berisi
pengalaman hidupmu terlalu bernilai tinggi
sebagai khazanah buat kami
menjadi ibrah generasi demi generasi
Bersemadilah dirimu penuh kerehatan
kerna jerih payahmu pasti mendapat balasan
semoga Allah memperkenan
alam barzahmu taman-taman kebahagiaan. .
Aku yang mencemburuimu. ..
---
Ummu Anis
blog arwah Akh Fuaad : http://afkassim.blogspot.com
No comments:
Post a Comment