Minggu lepas ummi mengikuti usrah di pejabat ummi. Naqibah ummi dalam usrah tersebut ada berkongsi berkenaan motto hidup beliau iaitu 'hiduplah penu kesedaran'.
Motto beliau ni membuatkan ummi terkesima seketika. Membuatkan ummi berfikir dan merenung kembali diri ummi, kehidupan ummi dan kehidupan sekeliling ummi.
Seterusnya mak cik Lainy menceritakan mengapa motto tersebut menjadi pilihannya.. kerana baginya jika kita hidup penuh kesedaran kita akan berfikir sebelum bertindak. Kita akan menjaga perbuatan, tutur kata kerana semua tindakan kita diperhati oleh Allah dan akan diberi catatan oleh-Nya. Kita juga akan hidup sekadarnya.. akan bersyukur dgn pemberian Allah yg memberikan kita apa-apa sahaja dlm bahagian kehidupan ini kita mengikut apa yg sepatutnya buat kita... kita tidak akan merungut, tidak akan menyakiti orang lain dan akan sentiasa menjaga diri dan tindakan kita..
Sangat betul tazkirah daripada mak cik Lainy tersebut. Ia menusuk ke kalbu ummi. Kesan tazkirah beliau tersebut telah menyebabkan ummi berfikir dan berusaha untuk berhati-hati dlm tindakan ummi.
Semoga Allah merahmati naqibah ummi tersebut. Dan semoga tazkirah tersebut sentiasa akan tersemat dlm kehidupan ummi... Hiduplah Penuh Kesedaran ... wahai diri yang sentiasa lupa dan sentiasa tidak puas dgn nikmat dunia ini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment