- 1 Mei : Hari Pekerja dan sudah tentu hari merayakan ulang tahun perkahwinan Ummi dan Baba iaitu 30 April
- 11 Mei : Hari ulang tahun kelahiran baba
- 12 Mei 2009 : Hari bersejarah dlm politik Malaysia yg ada kaitan dgn YAB Ir Nizar
- 15 Mei : Hari memperingati Nakbah Palestin
- 16 Mei : Hari Guru
Semua itu ummi dah sentuh dlm blog ummi ni kecuali Hari Guru...
Ummi pernah menjadi guru kira-kira 6 bulan lamanya. Jadi guru memang seronok. Malahan cita-cita ummi juga adalah menjadi guru. Tapi khusus nak jadi guru tingkatan 6. Sebab? Nak ajar betul-betul pelajar tingkatan 6 supaya mereka berpeluang masuk IPT :). Cikgu Ummi selalu cakap mereka yg masuk tingkatan 6 ni satu langkah kaki telah berada di Menara Gading. Tinggal satu langkah saja lagi...
Ummi nak bantu anak-anak kampung yg tak dpt masuk matrik atau IPT selepas SPM ni agar mereka boleh masuk IPT dgn berjaya dlm peperiksaan STPM sama mcm ummi. Tapi lepas buat ijazah sarjana, ummi nak jadi pensyarah pulak. Tapi dlm perjalanan nak jadi pensyarah tu.. ummi akhirnya memilih untuk menginfakkan diri ummi berkerja dgn JIM walaupun ummi sebenarnya boleh memohon untuk menjadi pensyarah di IPT.. dan.. ummi puas berkerja dgn NGO - Jamaah JIM ini..
Namun begitu ummi tidak lupa utk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru ummi sejak TADIKA hinggalah ke IPT. Khususnya kepada cikgu-cikgu berikut (yg masih dlm ingatan)
- Cikgu Raja Noraziah : Cikgu BI ummi masa sekolah rendah
- Cikgu Ali : Yang bimbing ummi dlm sukan dan bawa ummi setiap kali wakil sekolah ke kejohanan di daerah dan peringkat negeri masa sekolah rendah
- Cikgu Subramaniam : yg ajar ummi lukisan masa tingkatan 4 dan 5 sehingga ummi menjadi antara pelajar yg mahir melukis dan selalu melahirkan lukisan yang baik. Cikgu Subra selalu ambil lukisan ummi
- Cikgu Naciammal : Yg ajar sejarah masa tingkatan 4 dan 5. Selepas dari inilah ummi sgt suka sejarah
- CIkgu Badariah : Ajar Bahasa Melayu dan bimbing ummi dlm kemahiran berpantun sehingga ummi menjadi wakil pemantun sekolah sejak tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Sambung pulak di tingkatan 6 (tapi tingkatan 6 kat sekolah lain masa tu)
- Cikgu Kamarulzaman : Ni mentor ummi. Sampai sekarang ummi akan selalu ziarah beliau sekeluarga. Byk bantu ummi dlm memberikan motivasi, dan juga menjadi rakan yg baik kepada ummi ketika sekolah sejak tingkatan 3 - 5. Beliau juga selalu menjadi teman debat ummi yg baik dlm membahaskan teks-teks (novel/sajak) dlm subjek kesusasteraan melayu
- Cikgu Faridah : Yang perkenalkan ummi dgn perkataan usrah masa tingkatan 6. Yg ajar sejarah sehingga minat ummi kepada sejarah sgt2 mendalam.. beliau juga jadi teman baik ummi.. selalu dgr masalah ummi
- Cikgu Muzammil : Yg bimbing ummi personally dlm BM masa form six. Dgn kesabarannya memberi tuisyen personal - free.. ummi berjaya cemerlang dlm kertas BM semasa STPM tahun 1994..
- Cikgu Junit : Yang menjadi penjamin ummi masa di IPT utk dpt tajaan JPA. Yg bagi pinjam buku-buku rujukan utk subjek2 tingkatan enam
- Sensei Ali : Pensyarah sejarah di UKM.. yg telah memberikan motivasi hebat kepada ummi utk berjaya dlm pelajaran kerana sejarah hidupnya yg menjadi jaga di UM kemudian menjadi student di UM dan dpt menyambung pelajaran di Universiti Meiji Jepun dlm ijazah sarjana dan kemudian PhD
- Utk semua guru-guru rasmi, pensyarah dan murabbi-murabbi dlm tarbiah.. semoga Allah memberkati kehidupan guru-guru yg telah mendidik dan membimbing ummi penuh kesedaran.. tanpa mereka.. tiada ummi yg sekarang ini bak kata SN Usman Awang...
Jadi Anis.. hargailah guru, dengar kata guru, hormati dan sayangilah guru.. insyaAllah pelajaran kita akan diberkati Allah swt.
No comments:
Post a Comment