15 Mei 2009
Ummi dan rakan-rakan Ummi telah melakukan lawatan khusus ke Raudhatus Sakinah. Iaitu sebuah Pusat Perlindungan dan Bimbingan Remaja Putri yang telah ditubuhkan di bawah JIM. Ia telah beroperasi sejak 1998.
Di sini ditempatkan para remaja yang bermasalah terutamanya yang telah terlanjur melakukan seks diluar nikah atau 'zina'. Di sini mereka dibimbing selama setahun. Usaha-usaha untuk membawa mereka untuk kembali ke pangkuan fitrah insan yang suci dan murni dilakukan secara intensif..
Di sini bermula langkah mencari jalan pulang.. Jalan pulang yg dicari itu diiringi dgn tangisan penyesalan di dinihari dgn qiamullail setiap hari. Manakala 2 kali seminggu melatih nafsu dgn menahan lapar dahaga dgn berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis. Mereka juga mengikuti kelas-kelas pengajian fardhu 'ain, kuliah-kuliah bimbingan, halaqah usrah dan sebagainya. Mudah-mudahan usaha yg sebegini dapat membimbing semula mereka ke jalan yang benar..
Namun bukan semua kes yg diterima oleh RS ini kerana keterlanjuran pelatih itu sendiri.. ada juga dik kerana perbuatan 'haruan makan anak' iaitu sumbang mahram. Ada juga kerana ditipu kawan akhirnya ternoda..
Walaupun masih ada yg berdegil.. namun kebanyakan mereka telah dapat dididik dan dibimbing dengan sebaik-baiknya. Kembali kepada fitrahnya. Dan tidak ingin menoleh kembali sejarah hitam yang pernah terpalit dalam kehidupan mereka..
Sebahagian pelatih RS kusyuk mendengar tazkirah. Sedang memberikan ucapan ialah Ketua Pegawai Operasi di pejabat Ummi. di sebelah dan di tepi dinding sebelah kiri adalah rakan-rakan sepejabat Ummi Kak Zila, Nazirah dan Munirah
rakan sepejabat Ummi Joanes Lukas atau Yahya Lukman turut memberikan perkongsian yg sgt menyentuh hati. Abang ni memeluk agama Islam lebih 3 tahun yang lalu. Jadi dia berkongsi pengalamannya yg sgt manis kerana menemui jalan pulang kepangkuan Islam. Bagi beliau, umat Islam yg memang telah Islam sejak lahir sgt beruntung.. jadi pesan beliau.. hargailah Islam dan iman yang kita miliki....
Ya Allah Yang Maha Pengampun.. Wahai Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang.. Ya Rabb Yang Maha Lemah Lembut, Yang Memiliki Pengampunan.. Engkau ampunkan dosa-dosa adik-adikku dan sahabat-sahabatku yang ingin kembali kepadaMu. Semoga Engkau menerima taubat mereka... Ampunkanlah juga dosaku dan terimalah jua taubatku kerana masih ada kelemahan dlm usaha pengislahan utk umat manusia di tanah airku....
No comments:
Post a Comment