Tuesday, January 22, 2008

Anis Solehah Satu Anugerah

Minggu lepas 19 dan 20 Jan, semua staff ibu pejabat JIM telah mengadakan Retreat. Kami telah memilih Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang untuk dijadikan tempat memerah fikiran ; memuhasabah, menilai dan merancang. Walaupun jauh, namun suasana yang selesa serta pantai yang indah menjadikan Bagan Lalang satu destinasi yang baik untuk program sebegini. 13 orang staff telah hadir dalam program ini termasuklah baby comelku Anis Solehah.

Anis Solehah
Anis lahir 20.07.2007. Satu angka yang unik dan menarik. Dilahirkan hari Jumaat 4.15am di Hospital AnNur Bangi. Jadi 20 Jan lepas genaplah usia Anis 6 bulan. Sedar tak sedar dah besar Anis :).
Anis ketika usia 2 hari..




Anis Solehah yang Solehah
Anis seorang anak yang sgt baik. Sejak lahir tidak banyak ragam. Ketika retreat baru-baru ni rasa sangat terharu dengan anugerah Allah ini. Anis sangat memberikan kerjasama ketika umminya bermesyuarat.


Sejak awal perjalanan lagi Anis OK. Dalam perjalanan yang hampir 2 jam tu Anis bermain. Bila penat dia tidur.


Anis tidur dalam kereta setelah makan pagi

Bila dah cukup tidur Anis jaga. Tapi dia tak nangis. Dia duduk dalam car seat dia dan bermain dengan bermainannya.

Ni la Anis... dah jaga pun.

ANIS YANG CERIA... buah hati Ummi

bersambung....

2 comments:

Miss Nukleas said...

assalamualaikum,

wah comelnya. kalau kita rindu kat anis, kita boleh datang blog ni ler nampaknya.

peluk cium utk anis...

Makcik Gee

pharie said...

salam kak misah.

wah.anis solehah! Dlm blogger comel teramat sgt, tgk live pon comel teramat jugak.huhu..=)

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50
Bagaimanakah aktivisme pelajar bermula? Apakah pernana PBMUM dan PKPIM dalammembantuk minda pelajar yang berani membawa aspirasi dan suara rakyat? Apakah peranan ABIM, Al Arqam, Tabligh dalam membentuk gerakan dakwah di kalangan pelajar? Bagaimana Latihan Kader Dakwah berjaya membentuk semula kefahaman Islam yang murni di kalangan mahasiswa pada 1970an? Benarkah DEB gagal membentuk pelajar yg kembali dari luar negara berkhidmat utk kerajaan BN? Apakah IRC) Bagaimanakah IRC memainkan peranan dlm kebangkitan dakwah kampus? benarkah IRC sering mendatangkan masalah di kampus-kampus dan menjadi punca perpecahan gerakan dakwah? Sejauh manakah peranan IRC dalam perkembangan dakwah Islam di Malaysia? Siapakah sebenarnya ahli-ahli IRC? Buku ini menyingkap persoalan-persoalan di atas yang adakaitan dgn susur-galur keterlibatan pelajar di dalam dan di luar kampus. Perbagai persatuan dan organisasi yang wujud di sekeliling kehidupan pelajar yang membentuk dan mencerna minda mahasiswa dan akhirnya memunculkan jati diri sebenar mahasiswa dgn idealisme mereka tersendiri sebagai generasi pemuda harapan bangsa, negara dan agama. Wajar dimiliki oleh mereka yg cintakan ilmu, sejarah khususnya mahasiwa sendiri agar mereka tahu bagaimana sejarah kebangkitan mahasiswa bermula. Agar mereka tahu bahawa mahasiswa adalah suara dan jiwa rakyat!

My Box.net Files. Berkongsi beautiful powerpoint dgn rakan-rakan lain. feel free to download :)