Saturday, May 29, 2010

Gift Untuk Pemenang Contest 1-3

Salam kepada semua pemenang. Tak lupa juga utk peserta yang menyertai contest anjuran ummi yg lalu. Ummi mohon maaf lambat nak umum n update. InsyaAllah di hadiah misteri utk pemenang di samping hadiah yg ditulis sebelum ini. Harap semua pemenang bertuah ni seronok mendapat hadiah handmade ini. Hadiah ni utk dilekatkan dlm kereta anda. Atau boleh juga di frame dan digantung kat rumah.. pastu tulislah kat bawah hadiah yg diframe ni 'hadiah kemenangan untuk suami mithali'.. We're a happy famili.. hehe.. okey insyaAllah hadiah anda akan dihantar dlm minggu hadapan.. bersabar ye tunggu.. TERIMA KASIH SEMUA kepada pembaca dan pengunjung blog ummi yg ikhlas membaca dan mengikuti blog ummi seikhlasnya tanpa niat2 lain.... (^v^). Ummuanis love u all dan salam ukhuwwahfillah!

TEMPAT PERTAMA

TEMPAT KEDUA
TEMPAT KETIGA


Sunday, May 23, 2010

Pemenang Contest

Assalamu'alaikum wbt..

Lamaaanyerr tertangguh umumkan pemenang contest yg ummi anjurkan.. hehe macam-macam berlaku... termasuk pelbagai dugaan dan cabaran dlm keluarga dan kerjaya.. termasuklah kewujudan blog dan entry blog ni hehe takpe lah.. live must go on.. biasalah namanya hidup pasti ada cabaran.. cuma jgn mengalah dgn cabaran.. tanganinya dan berusaha mengharunginya!!chayokk ummi chayok!! Hehe apa ummi mengomel ni.. yelah blog ummi, ummi citer pasal ummi la bukan pasal org lean..



Setelah dinilai.. di bawah ni mereka yg terpilih menjadi pemenang contest ummi. Tahniah yer.. bagi pemenang, sila tinggalkan alamat pengeposan dlm comment entry ni utk hadiah ya. Terima kasih kepada semua 11 peserta yg menyertai pertandingan ini.. sokongan anda sgt2 dihargai dan salam perkenalan dari ummuanis dan yati..











TAHNIAH!!!

Monday, May 17, 2010

Nostalgia di Multaqa

dari kiri : ummuanis, hasnor, aini, anfal dan Gee
Nostalgia mengungkit rasa
andai boleh kuulang semula
zaman 'gemilang' kita semua
kuingin pulang semula ke 'daerah kita'
saat kita ketawa, sedih, gembira, menangis bersama...
kerana di 'daerah kita'.. ukhuwwah itu suci
sifat kita bukan nafsu nafsi
kita menjalin ikatan seikhlas hati..
semalam berbalah hari ini mesra kembali
pelukan kita pelukan datang dari jiwa
tangis ria kita kongsi bersama
andai ada resah dan prasangka
kita luahkan sesama kita..
andai bisa aku kembali ke 'daerah itu'
aku ingin kembali padanya
kerana ukhuwwah kita tidak pernah menipu
kita bersahabat seadanya
berjuang mendapat redhaNya
dengan kelemahan dan kekuatan kita...
from the botton of my heart..
miss u all..

Thursday, May 13, 2010

Bagaimana Menjayakan Penyusuan Susu Ibu??



Bagaimana menjayakan penyusuan susu ibu..
anda sukar? anda menghadapi cabaran???

  • susahnya..?
  • berkerjaya sibuk boleh ke susukan anak full breasfeed?
  • perah susu sikit, anda kecewa?
  • Bagaimana jadual mengepam?
  • perlukan suplement tambah susu?
  • bilakah masa sesuai perah susu lepas bersalin?
  • Breasdfeed mengurangkan kecantikan badan?
  • Berapa lama tahan susu ibu disimpan?
  • bagaimana kualiti susu selepas dibekukan?
  • Mcm mana nak susukan anak di nurseri?


Penceramah bertauliah bersama anda..


Anda akan berkongsi pengalaman dgn rakan lain yg berpengalaman
Anda perlukan peng
etahuan dan sokongan
Jom daftar dan dapatkan rakan seperti anda yang menyusukan anak
anda perlu berkongsi pengalaman dan cabaran
dan wujudkan dan sertai pusat sokongan penyusuan dikawasan kita!!!


AYUH APA TUNGGU LAGI??? JOM DAFTAR!!


YURAN RM40 individu/RM75 Berpasangan
Utk penyertaan hubungi ummi : 0192227506
atau email :
ummu_anis@yahoo.com
pembayaran?????
boleh bank inkan dlm acc ummi
Mbb 562209051290 Siti Hamisah Manan
pas byr emailkan butir pembayaran dan contact no

Wednesday, May 12, 2010

Peserta Suami Mithali Contest!!

Salam semua..
kita layan dulu gambar2 ni k...
nnt ummi bagi detail pada gambar2 nie..
huhu ummi sibuk laa..
tapi mesti nak share gak ngan kawan2 sumer..
TAHNIAH buat ISTERI yang share gambar nie..
TAHNIAH buat SUAMI yg memiliki isteri yg iktiraf diri anda mithali..
TAHNIAH buat SUAMI DAN BABA, ABAH, DADY, PAPA...
kerana anda telah menjadi contoh suami mithali...
TAHNIAH DAN TQ SEMUA YA...













Birthday Baba 11 Mei

Alhamdulillah semalam birthday baba yang ke 52... hmm dah senior dah babakan? Hehe.. Baba ni generasi baby boomers. Ummi pula generasi X.. So pertembungan 2 generasi dlm sebuah rumahtangga.. hehe.. best!

Ummi doakan agar baba dipanjangkan usia yg sihat, dimurahkan rezeki yang berkat, dikurniakan kehidupan yang tenang, aman dan sentosa. Ummi juga doakan agar kesabaran baba semakin kuat dlm mengemudi rumahtangga 2 bahtera 1 nakhoda ini... Ameen...

Mlm ni kita potong kek, baca doa selamat ye.. semoga semalat semuanya.. Yey!

InsyaAllah gambar2 suami mithali yg menyertai pertandingan tersebut akan diuploadkan... nnt ummi akan umumkan pemenangnya minggu hadapan.. Hadiah utk mummy, daddy dan keluarga dah sedia.. hadiah misteri pun dah ada... tunggu ye kawan2.

Doakan kami sekeluarga sejahtera dan lindungan dan redha-Nya ya.. ameen

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50
Bagaimanakah aktivisme pelajar bermula? Apakah pernana PBMUM dan PKPIM dalammembantuk minda pelajar yang berani membawa aspirasi dan suara rakyat? Apakah peranan ABIM, Al Arqam, Tabligh dalam membentuk gerakan dakwah di kalangan pelajar? Bagaimana Latihan Kader Dakwah berjaya membentuk semula kefahaman Islam yang murni di kalangan mahasiswa pada 1970an? Benarkah DEB gagal membentuk pelajar yg kembali dari luar negara berkhidmat utk kerajaan BN? Apakah IRC) Bagaimanakah IRC memainkan peranan dlm kebangkitan dakwah kampus? benarkah IRC sering mendatangkan masalah di kampus-kampus dan menjadi punca perpecahan gerakan dakwah? Sejauh manakah peranan IRC dalam perkembangan dakwah Islam di Malaysia? Siapakah sebenarnya ahli-ahli IRC? Buku ini menyingkap persoalan-persoalan di atas yang adakaitan dgn susur-galur keterlibatan pelajar di dalam dan di luar kampus. Perbagai persatuan dan organisasi yang wujud di sekeliling kehidupan pelajar yang membentuk dan mencerna minda mahasiswa dan akhirnya memunculkan jati diri sebenar mahasiswa dgn idealisme mereka tersendiri sebagai generasi pemuda harapan bangsa, negara dan agama. Wajar dimiliki oleh mereka yg cintakan ilmu, sejarah khususnya mahasiwa sendiri agar mereka tahu bagaimana sejarah kebangkitan mahasiswa bermula. Agar mereka tahu bahawa mahasiswa adalah suara dan jiwa rakyat!

My Box.net Files. Berkongsi beautiful powerpoint dgn rakan-rakan lain. feel free to download :)