Sunday, April 18, 2010

Aksi Suami Mithali Contest!!! Jom Sertai!!

tempoh contest : 18 April - 30 April
dilanjutkan ke 11 Mei 2010
sempena birthday Baba..(^v^)
Nama Ibu : Siti Hamisah Manan
Nama Bapa : Azahari Abdul Kadir
Nama baby : Ammar Mujahid


Aha.. ummi pun sekarang ni nak juga buat contest. Contest ni bersempena 4th Anniversary ummi pada 30 April 2010 ini!!! (^v^) dan juga pembukaan blogshop ummi mumshoppe. Ini adalah salah satu cara untuk memperkenalkan blog ummi kepada rakan-rakan :).

Kenapa ummi pilih tajuk contest ni?
  1. Kerana suami yang saling membantu dalam rumah tangga terutama dlm menghadapi saat awal mendapat sikecil dan melayan sikecil sgt penting dlm hidup seorang isteri dan ibu
  2. Dewasa ini nilai-nilai sebegini kurang ditonjolkan padahal ummi yakin ramai masyarakat (para suami dan ayah) di luar sana yang memiliki ciri-ciri suami mithali yang ringan tulang membantu para isteri meladeni anak kecil mereka
  3. Sebagai satu penghargaan kepada sang suami yang telah rajin membantu isteri. InsyaAllah kerajinan mereka itu sgt2 dihargai oleh para isteri
  4. Sebagai satu sokongan bagi para suami dan bapa yang sanggup bersusah payah turut sama bangun malam, mandikan baby, basuh wee wee baby, pakaikan lampin dan bedung baby..yakinlah di dunia anda bahagia dgn hubungan erat keluarga insyAllah di sana nnt lagii bahagia.. ameen..
  5. kerana ummi sgt menghargai keprihatinan dan kerajinan baba dalam hal ini..

Syarat-syarat penyertaan

  1. Terbuka kepada semua mummy hehe sebab mummy yg kena pilih gambar2 suami yg mithali bersama anaknya..
  2. Beri keterangan kepada gambar yang dihantar cth disertakan
  3. Jadi la follower blogshop ummi (mumshoppe.blogspot.com) dan Yati (e-shoppe-aksesori.blogspot.com) ekk (yati adalah penaja bersama utk contest ummi ni) agar dpt tambah kenalan
  4. Copy n paste banner contest dan letak di sidebar blog anda (linkkan dgn entry contest ni ye)
  5. Sertakan nama anda, nama suami dan nama anak+umur anak dan email anda untuk memudahkan urusan penghantaran hadiah nnt ya.
  6. Tinggalkan entry penyertaan anda di bahagian comment entry contest ni ya
  7. Hadiah??? Aha kepada pemenang, ada untuk mummy, ada hadiah daddy dan ada hadiah juga untuk anak. Best tak?? barulah dikatakan keluargakan?? semua dpt hadiah!!Hadiahpun ada kaitan dgn anniversary ummi :)

Selamat mengikuti contest pertama anjuran mumshoppe. Harap ada yg sudi join contest nie. Kesudian ummi kami hargai… Sekian terima kasih

  1. Tempat pertama : 1 set(3 botol utk mummy dan 3 botol utk daddy ya..) perfume utk mummy n daddy+hadiah sesuai utk anak
  2. Tempat kedua : 1 set(2 botol sda) perfume utk mummy n daddy+hadiah sesuai utk anak
  3. Tempat ke 3 : 1 set (1 botol sda) perfume utk mummy n daddy+hadiah sesuai untuk anak
  4. 3 hadiah saguhati : keychain singkatan nama keluarga (campur nama isteri dan suami ke atau lain-lain. maksimum 3 huruf)
  5. Ada Hadiah SPECIAL..sgt2 SPECIAL menanti pemenang 1,2 dan 3 di samping hadiah-hadiah di atas!!!tak caya??? tunggu... :)

Gambar pemenang tempat pertama akan dimasukkan dalam tulisan ummuanis dlm majalah Perspektif JIM tentang kekeluargaan dalam keluaran akan datang insyaAllah (cetakan majalah ni 1000 naskhah)

Saturday, April 17, 2010

Kita menang tempat ke 2 :)

Alhamdulillah. Ummi dpt mesej daripada mamazakwan yang ummi menang contest dia kategori dodoian dlm sleeping cutie contest yg ummi telah sertai bulan lepas.. apa hadiah dia ye? Tungguuuu :). tqvm mamazakwan atas pemilihan ini :)

Saturday, April 3, 2010

Bacalah Anakku


Hujung minggu lepas PESTA BUKU ANTARABANGSA 2010. Ummi telah diminta oleh kawan ummi utk menjadi MC Pertandingan Membaca anjuran syarikatnya. Hmm.. lama dah tak jadi MC prgm2 mcm tu. Alahmdulillah ummi dpt membantu kawan ummi tu. Memang seronok jadi MC nie :). Apatah lagi di tempat terbuka seperti itu.

Atas kesudian ummi membantu kawan ummi tu, ummi dptlah hadiah di atas. 1 Set Bestari Bacalah Anakku. Kaedah Bacalah Anakku ini mmg bagus. Dalam pertandingan yg ummi jadi MC tu, anak-anak yg bertanding telah menggunakan kaedah anakku. Semuda umur 4 tahun adik-adik yg comel tu telah pandai membaca. Dalam pertandingan tu 4-6 tahun semua pandai baca. Teks diberi spontan dan semua tulisan warna hitam. Kira hebatlah adik-adik ni.

So bila balik sekarang ni.. setiap malam nak CD Abu Ada Ayam... CD tu dgn lagu dan visual.. so memang la Anis suuukaaaa sgt. Kat rumah hari-hari baca buku Bacalah Anakku.. raaaajin sgt anak ummi ni. Mudah-mudahan next yr Anis dah boleh baca. Pandai baca cepat dpt tahu byk ilmu! So boleh la ummi belikan set buku-buku ensiklopedia plak :).

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50
Bagaimanakah aktivisme pelajar bermula? Apakah pernana PBMUM dan PKPIM dalammembantuk minda pelajar yang berani membawa aspirasi dan suara rakyat? Apakah peranan ABIM, Al Arqam, Tabligh dalam membentuk gerakan dakwah di kalangan pelajar? Bagaimana Latihan Kader Dakwah berjaya membentuk semula kefahaman Islam yang murni di kalangan mahasiswa pada 1970an? Benarkah DEB gagal membentuk pelajar yg kembali dari luar negara berkhidmat utk kerajaan BN? Apakah IRC) Bagaimanakah IRC memainkan peranan dlm kebangkitan dakwah kampus? benarkah IRC sering mendatangkan masalah di kampus-kampus dan menjadi punca perpecahan gerakan dakwah? Sejauh manakah peranan IRC dalam perkembangan dakwah Islam di Malaysia? Siapakah sebenarnya ahli-ahli IRC? Buku ini menyingkap persoalan-persoalan di atas yang adakaitan dgn susur-galur keterlibatan pelajar di dalam dan di luar kampus. Perbagai persatuan dan organisasi yang wujud di sekeliling kehidupan pelajar yang membentuk dan mencerna minda mahasiswa dan akhirnya memunculkan jati diri sebenar mahasiswa dgn idealisme mereka tersendiri sebagai generasi pemuda harapan bangsa, negara dan agama. Wajar dimiliki oleh mereka yg cintakan ilmu, sejarah khususnya mahasiwa sendiri agar mereka tahu bagaimana sejarah kebangkitan mahasiswa bermula. Agar mereka tahu bahawa mahasiswa adalah suara dan jiwa rakyat!

My Box.net Files. Berkongsi beautiful powerpoint dgn rakan-rakan lain. feel free to download :)