Tuesday, May 27, 2008

Monday, May 26, 2008

Giliran Aktiviti Ummi Pula Ya

Hmm... asyik tengok gelagat Anis dan perihal Anis je.. Kali ni nak tulis pasal Ummi pulak la ya Anis Solehah. Hmm sejak bujang, sejak mengenali Islam melalui usrah.. sejak itulah Ummi mula aktif dalam program-program yg mendekatkan diri kepada Allah. Alhamdulillah, Allah telah temukan Ummi dengan kawan-kawan yang baik. Kalau Ummi tak jumpa kawan-kawan yg baik ni.. tak tahulah apa akan jadi pada Ummi.. hehehe.

Masa Ummi bujang, Ummi selalu tak lekat di rumah. Balik Kampung pun jarang. Atuk Anis selalu bising naper Ummi tak balik. Kalau hujung minggu je.. wah mesti ade je program Ummi. Daurah la, Seminar la, Program JIM peringkat nasional lah.. dan tidak ketinggalan juga masuk hutan, masuk gua, trekking, dan yg paling best dan mencabar pada peringkat awal.. abseiling. Abseiling paling best kat Teluk Segadas, Pulau Pangkor.. Namun zaman Ummi panjat Gunung, masuk gua, masuk hutan, merentas sungai dan berabseiling seolah-olah dah berlalu.. humm.. tak tahu la bila ada peluang lagi ya dik..

Dan kini alhamdulillah, masih berprogram lagi namun dalam bentuk yg lain dan lebih santai. Kalau dulu Ummi adalah antara urusetia yg bersama buat program.. tapi kini.. Ummi menjadi penasihat atau menyampaikan program/penceramah/pengendali slot.. dah berusia la maksudnya Ummi ni.. bukan tua api semakin dewasa !

Alhamdulillah. So sekarang jom tengok aktiviti Ummi plak!

Keindahan Bersama Mu (KBM)
Alhamdulillah program Keindahan Bersama Mu ini semakin rancak diseluruh tanah air. Tahniah Pak Long, Pak Lang n the Gang dari Johor yangtelah berusaha sehingga KBM ni dpt dijalankan di negeri-negeri lain selain Johor. Dengan bantuan di peringkat awal akhirnya KBM negeri lain boleh mengendalikan KBM mereka sedikit dgn pertolongan sedikit atau tanpa pertolongan langsung dari Team KBM Johor. Bagusnya cara kerja sebegini. Ia membuahkan ramai 'pekerja' untuk Islam!

Kini aku berpeluang bersama TEAM KBM KL. Alhamdulillah. Setelah berpeluang menjadi peserta KBM IPT Nasional, aku telah bersama team KBM KL menjalankan KBM. Tapi selalu juga tak dpt ikut penuh. Tapi ketika KBM di Sek Keb Meru Klang, aku dpt mengendalikan slot Hijrah bersama Bai... oh alangkah seronoknya dpt bersama adik-adik melihat wajah-wajah mereka yg masih muda belia... dapat juga bersama adik-adik usrah yg menjadi fasilitator... dengan amal sedikit dan perkongsian ilmu dgn adik-adik peserta KBM ni mudah-mudah menjadi sebahagian amal pengislahan yang diterima Allah.. amin..


peserta khusyuk melakukan aktiviti dalam KBM.. sementara Anis sporting bersama Kak Syuhada ketika Ummi mengendalikan slot ni. Thanks kakak dan Anis..


USRAH
Oh.. Usrah paling asas. Paling bermakna dalam hidup.. tanpa usrah.. sudah pasti aku hanyut dlm arus kehidupan. Alhamdulillah setelah mengenali usrah dan bak kata dhanny jatuh cinta dgn usrah hidupku byk berubah. Sejak 1997 aku mengikuti Usrah.. hingga kini aku masih lagi berusrah. Mengikuti usrah di daerah Batu, JIM KL dan juga tidak ketinggalan usrah di pejabat tempat aku bekerja. Di masa yang sama aku membawa usrah. Sejak tahun 2000 aku membawa usrah.. hingga kini aku masih membawa usrah. Bermula dengan usrah di KYPM bangi, JAD, Bangi, UKM Bangi, MIAT Sepang, Kolej Brindley, kini aku membawa usrah di IPT di KL.. Syukurku pada Mu Ilahi.. walaupun kusedari diriku ini bukanlah terbaik dlm menjadi seorang daie.. namun Kau masih beri aku peluang menjejaki sunnah Rasulullah.. menyelusuri jalan-jalan yang pernah ditelusuri oleh baginda serta sahabat-sahabat baginda... moga aku kan terus bersama jalan ini sehingga denyutan nadi terakhir..

Usrah di pejabat dan usrah bersama adik-adik di IPT.. biasalah makan-makan dan minum-minumpun salah satu aktiviti usrah.. bak kata pepatah Arab.. Poketku dakwahku.. :)


KONSIS
Konsis - Konvensyen Mahasiswa Nasional adalah program menghimpunkan pelajar IPT. KONSIS yg ni adalah KONSIS peringkat Zon. Mereka dihimpunkan untuk mendengar ilmu-ilmu bagi memantapkan kefahaman tentang Islam dan memantapkan ilmu pengetahuan dlm menjadi seorang daie.. di masa yg sama dan paling penting ialah memantapkan iman dan ukhuwwah untuk terus berada dijalan dakwah...


Barisan peserta yang ceria dan bersedia untuk menerima ilmu dan ditarbiyah. Sebelum tu awal-awal lagi kena buat aktiviti utk merapatkan ukhuwwah sesama peserta.. termasuk fasi.

Ini barisan pimpinan muda KONSIS!


EMI 08
Walaupun last minute terpaksa menggantikan orang lain, namun Alhamdulillah rasa seronok dpt berkongsi dengan adik-adik lepasan SPM dlm program Eksplorasi Menara Ilmu ni. Berkongsi tentang Cinta dan Cita... ahh... untukmu adik-adikku.. kejarilah cita-citamu.. jangan kau peduli tentang cinta melainkan cinta Ilahi, Rasulullah, kedua ibu bapa, para sahabat seperjuangan dan keluargamu. Cinta kepada insan lain yang bakal kau pilih menjadi suamimu biarlah Allah jua menentukannya... kerana yakinilah.. jika kau meyakini takdir Ilahi.. maka kau panjatkanlah doa kudusmu agar kau menemui cinta sejati sama ada suami atau isteri yg akan lebih mendekatkan dirimu pada Ilahi... Adik-adikku.. andai jodoh tiba.. terkadang yg datang itu tanpa disangka dan dipinta.. namun yakinilah takdir untukmu dan peganglah.. 'perempuan mukmin untuk lelaki mukmin'!

Sebahagian peserta EMI lelaki dan wanita.


dan... talk aku bersama Ummi Roses...
lihat tu Anis sentiasa di sisi menemani Ummi sampai bagi talk pun...

Sunday, May 18, 2008

Aktiviti Anis

Jom melihat aktiviti Anis di rumah. Macam-macam dia buat!

Anis seronok bermain. Ni dia baru pandai main benda ni. Sebelum ni dia ambil dan terbalikkan. Tapi setelah lama observe mcm mana Ummi main, akhirnya.. Anis pandai dah tekan button merah kan atas tu dan melihat hasil tekanan tersebut dgn bola-bola kecil melambung-lambung dlm bekas tu.. hehehe. Anis sgt seronok kerana tindakan dia berhasil. Dia dah berjaya menggerakkan bola-bola dlm bekas tu! ye ye.

Anis sangat suka membaca buku. kalau pagi-pagi tengah nangis pun bagi la dia buku dia kan diam dan kemudian mula bising membaca buku-buku dia..

Hah! Anis naik tangga! Setakat ni dah 3 kali naik tangga sampai atas! Anis telah menaiki 18 anak tangga! Mula-mula test power. Kemudian Anis dah pandai panjat tangga cari Baba! Anis... Anis.. Sekarang tak boleh tinggal-tinggal Anis lama-lama kat ruang tamu. Pasni nak kene beli pagar untuk Anis.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Berkorban apa saja...

harta atau pun nyawa..

itulah kasih mesra..

Sejati dan mulia...

Dari Ummi dan Baba...

Saturday, May 17, 2008

Tarikh-Tarikh Penting Dalam Hidupku

30 April 2006
Pabila April menjelang, aku pasti akan teringat kembali detik bersejarah dalam hidupku.. dalam bulan ini tanggal 30 April tahun 2006 aku telah diijabkabulkan dengan suamiku. Alhamdulillah. Walaupun ketika itu usiaku bakal mencecah 31 tahun, namun Allah Maha Kaya kerana telah mengabulkan doakanku agar palin lewatku pun aku berumahtangga biarlah jangan sampai usiaku melebihi 3o tahun. Terima kasih Allah. Syukurku pada-MU.. Alhamdulillah pada 30 April yg lalu, aku dan hubby lunch bersama bagi meraikan ulang tahun kedua perkahwinan kami. Hubby kata 'macam baru kawin jer. Tak rasapun mcm dah dua tahun'. Sebagai isteri tentunya seronok mendengar kata-kata sebegini dari seorang suami. Menunjukkan cinta dan ikatan kasih masih segar seperti baru kawin :).

Yang best setiap tahun hari ulang tahun perkahwinan aku disusuli 1 Mei iaitu Hari Buruh. Cuti!!! Jadi pagi tu pegi jalan-jalan ambil angin dan riadhah di Tasik Titiwangsa. Siap bawa bekal Teh Tarik isteri :). Abang memang suka teh tarik yg aku buat. Katanya lagi best dari kedai mamak. Thanks Abang.. Pagi tu seronok. Aku, Abang dan Anis jalan-jalan dan dpt snap beberapa keping gambar berlatarbelakangkan Eye On Malaysia.... Terima kasih Abang kerana kasihmu yg tulus dan suci sepanjang perkahwinan ini. Thanks juga kerana memberikan masa berkualiti untuk Ummi dan Anis sebab Abang memang sibuk.


KOLEKSI LENSA ARKIB
Ummu Anis



Abang memang makan banyak hehe. Abis semua :)

Ni la gambar kami : Anis, Baba dan Ummi


Abang tgh minum teh tarik buatan isteri sambil Anis pula enjoy dalam stroller dia.


Tengok tu Anis... sampai meniarap dlm strollernye. Nampak muke jer. Asalkan Anis selesa tak pe... Asalkan tak meragam :). Anak Ummi n Baba memang baikkan?

Ni dengan Ummi pula. Huh berpeluh gak walaupun jalan jer. Tapi best!

11 Mei 1958
Ini adalah tarikh lahir suamiku. Tapi tahun ni tak sempat nak raikan. Hanya ucapan je. Tahun lepas pegi lunch dan belikan hadiah utk Abang. Tapi walaupun tak rai Abang dah dpt hadiah awal.. sebuah Handphone Samsung... Happy bestday yang ke 50 tahun Abang... Umur Abang dan separuh abad rupanya.. dan Anis baru nak masuk setahun.. Moga Allah berikan umur yg berkat buat abang.

25 June 1975
Ini hari lahirku. tahun ni tahun yang ke 33. Terima kasih Allah.. syukurku pada-Mu. Berikan aku usia sehingga aku menemui sahabat seperjuangan dlm JIM dan memberikan aku suami yang baik dan anak yang comel. Semoga Allah memberikan kita sakinah, mawaddah dan rahmah.. Ameen ya Allah
KOLEKSI LENSA ARKIB PERKAHWINANKU..

Saat diijabkabulkan oleh ayahku. Akhi Rahim, Akh Zairul, Akh Aris Adnan dan Akh Muhaymin atau lebih dikenali sebagai Kebab Brain dlm JIM turut meraikan majlis kami


Sahabat handai yang menyertai rombongan lelaki . Ummi Rose, Kak Suriati, Kak Roha dan Ustazah Anisah serta Ustaz Alias yg menjadi tempat rujuk dan jururunding perkahwinanku

Barisan pimpinan tertinggi JIM yang turut hadir. Sebelah suami, Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Setiausaha Agung

Adik-adik dari UKM turut hadir dengan menyewa sebuah bas. Turut dlm gambar Presiden JIM dan isteri (baju biru) yang tarikh perkahwinan mereka 9 April. Sama bulan dgn kami :).

Saturday, May 10, 2008

Anis makan...

Alhamdulillah Anis tak de masalah bab makan ni. Umur 6 bulan Anis dah mula menunjukkan tanda-tanda untuk makan. Susu ibu jer dah tak cukup :). So makanan Anis ialah nasi bubur + ikan tenggiri + sayur-sayur spt brokoli, labu, bayam, carrot. Sesekali campur kentang. Makan Anis dicampur sedikit butter atau minyak mazola (jagung) supaya berlemak dan Anis boleh cepat membesar! Nak tengok mcm mana Anis makan? Jom.



Apa yang Anis makan tu ya...? Di samping makan utama nasi bubur yang diblend, Anis juga makan buah di antara wakt makan nasi. Selalunya Anis makan nasi waktu pagi. Pastu buah pastu makan nasi lagi tengahari. Pasti makan buah lagi petang. Dan malam makan nasi.. banyaknyer Anis makan... Tapi masih juga kurang berat badan.. Hai.. orang Slim la katakan.. Buah apa Anis makan? Buah paer hijau, apple, pisang. Buah-buah ni direbus dulu dan diblend. Kadang-kadang campur skit masu. Jadila puri buah! rasanya.. nyum..nyum..nyum... Baba Anis pun suka puri buah. Kalau Anis tak abis makan Baba yg akan makan. Tapi.. Anis tak tinggalkan untuk Baba dia! hehehe..

Ini la makanan Anis.. Ini bayam + labu + butter.





Ini nak buat puri Apple dan Pear


Makanan dah siap blend diisi dalam bekas. Ni stok utk 1 hari :)


Lepas isi dlm bekas disimpin dlm peti sejuk supaya tahan lama. Bila nak makan panaskan la menggunakan food warmer AVENT juge..

Anis juga makan biskut..



Wednesday, May 7, 2008

Rutin Anis

Ha kalau sebelum ni Anis Breakfast. Pastu apa Anis buat ya? Kalau dah makan apa lgi.. Lepas mandi pagi Anis akan tidur selama 1-2 jam pada waktu pagi dan 1-2 jam pula pada waktu petang.. Alhamdulillah Anis bukanlah anak yg suka meragam. Bila dah cukup tidur Anis akan bangun. Dan jom lihat apa Anis buat..

Anis Lena diperaduan..bersama turtlenya yg comel..


Haa... Anis dah jaga.. bulatnya mata anak Ummi..

Cak... Ha.. Anis suka belek mata ulat nih..
Lepas ni Anis akan makan tengahari dan teruskan bermain serta membaca buku-bukunya. Petang nanti dia akan tidur balik. Dan bangun pula untuk makan malam (petang). After penat bermain-main Anis akan tidur semula sekitar jam 9.00-10.00 malam....

Apakah yg paling berharga yang akan ditinggalkan selepas kematian? Amal soleh, sedekah jariah dan doa anak yang soleh/solehah. semoga Anis menjadi anak Ummi yg solehah dan doakan Ummi kelak ya. Terus baik sampai besar tau!

Gelagat Anis Solehah Bangun Tidur

Anis yang ceria.. Anis.. Anis.. Anis Ceria Ummi Bahagia sayang..


Thursday, May 1, 2008

Anis Breakfast

Menurut Dr Hasmawati iaitu doktor pakar kanak-kanak di Kohilal, pagi-pagi kena bagi Anis makan nasi terus. Sebab memandangkan Anis kurang berat badan. Kalau tgk di majalah, ibu-ibu perlu susukan anak dulu sebelum beri makan. Tapi kalau susukan dulu nanti Anis kurang la makan. So bangun jer pagi Anis bersiap untuk makan nasi..


Ha.. sebelum makan nasi.. Anis main dulu


Tengok tu.. masih melekat kat buku-buku dia..




Ini pula playground Anis.. diruang tamu. Dengan segala toys dia.. Jadi Anis tak de la ke sana ke mari tak tentu arah. Sekurang-kurangnya di boleh bermain-main dan santai kat playground dia ni... lagi satu. Sebenarnya ada angan-angan nak buka nurseri sendiri... nak jaga anak sendiri.. so sebelum mimpi tu menjadi kenyataan.. buat la nurseri kecil-kecilan untuk Anis di rumah..


Ini la breakfast Anis. Nasi lembik dicampur ikan tenggiri, brokoli dan butter. Ni salah satu daripada resepi makanan Anis.



Sedapnya Anis mamam..


Anis yang comot...ni lepas breakfast.. alhamdulillah abis satu mangkuk tadi.

TIPS : Brokoli bagus untuk pemakanan bayi. Ia kaya dgn mineral. Tapi kalau nak masukkan brokoli dalam makanan baby masukkan biji-biji bunga yang atas tu saja.. bukan mcm orang dewasa makan. Masukkan di akhir masakan bubur. Jangan lama-lama.. supaya khasiatnya tak hilang.

Bersambung...

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50
Bagaimanakah aktivisme pelajar bermula? Apakah pernana PBMUM dan PKPIM dalammembantuk minda pelajar yang berani membawa aspirasi dan suara rakyat? Apakah peranan ABIM, Al Arqam, Tabligh dalam membentuk gerakan dakwah di kalangan pelajar? Bagaimana Latihan Kader Dakwah berjaya membentuk semula kefahaman Islam yang murni di kalangan mahasiswa pada 1970an? Benarkah DEB gagal membentuk pelajar yg kembali dari luar negara berkhidmat utk kerajaan BN? Apakah IRC) Bagaimanakah IRC memainkan peranan dlm kebangkitan dakwah kampus? benarkah IRC sering mendatangkan masalah di kampus-kampus dan menjadi punca perpecahan gerakan dakwah? Sejauh manakah peranan IRC dalam perkembangan dakwah Islam di Malaysia? Siapakah sebenarnya ahli-ahli IRC? Buku ini menyingkap persoalan-persoalan di atas yang adakaitan dgn susur-galur keterlibatan pelajar di dalam dan di luar kampus. Perbagai persatuan dan organisasi yang wujud di sekeliling kehidupan pelajar yang membentuk dan mencerna minda mahasiswa dan akhirnya memunculkan jati diri sebenar mahasiswa dgn idealisme mereka tersendiri sebagai generasi pemuda harapan bangsa, negara dan agama. Wajar dimiliki oleh mereka yg cintakan ilmu, sejarah khususnya mahasiwa sendiri agar mereka tahu bagaimana sejarah kebangkitan mahasiswa bermula. Agar mereka tahu bahawa mahasiswa adalah suara dan jiwa rakyat!

My Box.net Files. Berkongsi beautiful powerpoint dgn rakan-rakan lain. feel free to download :)