Friday, July 31, 2009

MANSUH! MANSUH! MANSUH ISA!!!


KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA (JIM)

JIM Menyeru Ahli-ahlinya Dan Orang Ramai Berhimpun Di Kuala Lumpur 1 Ogos 2009.

Sudah 49 tahun akta zalim ISA mengancam kebebasan rakyat. Ramai tokoh negara yang ditahan tanpa bicara. Ramai isteri yang dipisahkan daripada suami tanpa alasan yang diketahui. Ramai anak yang membesar tanpa kasih sayang ayah, yang dipenjara tanpa diketahui sebabnya.

ISA membolehkan sesiapa sahaja ditahan tanpa bicara. Pihak berkuasa mencari jalan mudah. Tak perlu ada bukti. Polis boleh bertindak tanpa perlu mengemukakan dalil. Mahkamah diketepikan. Nyata sekali tidak profesional.

ISA bertentangan dengan syariat Islam dan prinsip keadilan sejagat. Pemerintah yang diharap menjaga rakyat, dengan sewenang-wenang, tanpa perlu membawa bukti, mengheret rakyatnya ke lokap dan penjara. Anak isteri dan keluarga teraniaya.

Ketika Bush menahan tanpa bicara di Guantanamo Bay, pemerintah Malaysia telah berkokok riuh rendah, menjustifikasikan ISA. Namun, ketika Obama mengarahkan penutupannya, kenapa diam membisu seribu bahasa???
Cukuplah 49 tahun, semenjak 1 Ogos 1960!!!

Sabtu ini, 1 Ogos 2009, JIM menyeru semua ahli-ahlinya dan seluruh rakyat Malaysia untuk berhimpun di Kuala Lumpur bagi menyatakan bantahan dan mendesak agar ISA dimansuhkan.

Perkara besar seringkali dicapai dengan perhimpunan besar dan pengorbanan besar. Perhimpunan besar telah berjaya menggagalkan gagasan Malayan Union. Perhimpunan besar telah berjaya memansuhkan PPSMI. Perhimpunan besar juga diperlukan untuk memansuhkan ISA!!!
Ayuh! Kita ke Kuala Lumpur, esok, 1 Ogos 2009. Kita tuntut:

· Mansuhkan ISA
· Bebaskan tahanan ISA
· Tutup Kem Tahanan Kamunting

Nota: JIM adalah anggota gabungan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)

Hj Nahar Md Nor
Setiausaha Agung JIM
31 Julai 2009

Monday, July 27, 2009

Koleksi Tudung Si Kecil di SHAMENSi



dimajlis kenduri Pak Cik Omar dan Mak Cik Sahara JIM Batu


Shamensi kedai pakaian muslimah milik Pasaraya Pak Aji. Ummi berkesempatan belikan untuk Anis tudung di sana Ummi suka tengok Anis pakai tudung. Ajar sejak kecil mudah-mudahan mudah bila baligh nanti.

Hari ni Ummi takde mood nak menulis panjang. Beberapa perkara 'mengganggu' minda dan emosi Ummi. Nanti Ummi menulislah berkenaan 'gangguan' tu..

Luv U Anis.

Sunday, July 26, 2009

Sahabatku kini sedang diuji...


Anis @ Khairunnisa Masjedi pernah menjadi rakan serumah Ummi. Rakan-rakan Ummi seperti Kak Basmin, Kak Ila, Along Suraya pastinya kenal dgn Kak Anis ni. Allah sedang menguji anak pertama beliau yg lebih kurang sebaya dgn Anis Solehah mengalami sakit jantung.. Semoga Allah permudah dan melancarkan urusan beliau. InsyaAllah, kitapun akan menyumbang kepada Kak Anis ni ya Anis Solehah.. mudah-mudah dpt meringankan bebannya...

Kepada rakan-rakan seperjuangan Ummi di Bangi yang ingin membantu.. sila teruskan membaca entri dibawah yang diambil daripada blog cikgubad.

Jika sesiapa yang mengenali cikgu Anis inilah masanya untuk membantu beliau. Beliau pernah berkhidmat sebagai pensyarah Matematik di Kolej Uniti semenjak 1997/98 lagi. Kini beliau sedang berkhidmat sebagai guru di sekolah menengah di kampung halamannya di Batu Pahat, Johor.

Entri kali ini dibuat khas untuk beliau. Beliau sedang mengalami ujian maha berat kerana anak sulongnya yang berusia kurang setahun sedang menderita sakit jantung berlubang. Keadaan anak beliau dilaporkan kian kritikal hari demi hari. Ini disebabkan lubang di jantungnya semakin membesar.

Menurut pakar IJN, anak beliau perlu dibedah segera bagi menyelamatkan nyawanya. Memandang kos perubatan yang relatif mahal anak cikgu Anis dinasihatkan menjalani pembedahan tersebut di sebuah pusat perubatan jantung di Bangalore India.
Beliau dijangka ke India dalam bulan Ogos ini – tarikhnya belum diketahui lagi – dan tinggal di sana kira-kira sebulan bersama anaknya untuk tujuan pemantauan pakar jantung di sana.
Sehubungan dengan itu, bagi membantu pemergian beliau dan anaknya ke sana dan membiayai kos sepanjang sebulan di sana, entri kali ini membuat seruan kepada sesiapa yang sudi untuk menyumbangkan derma ikhlas kepada cikgu Anis dengan kadar yang seberapa yang boleh.

Semua sumbangan boleh di’bank-in’kan ke akaun Maybank Khairunisa’ Masjedi bernombor : 151146582481.

Moga keluarga cikgu Anis tabah menghadapi ujian berat ini. Kita doakan sama-sama agar anak sulong beliau selamat menjalani pembedahan tersebut dan kembali ke tanah air dengan kesihatan yang lebih baik.

Amin ya rabb

Kepada semua yang akan menderma dan mendoakan kesihatan anak beliau saya bagi pihak keluarga cikgu Anis mengucapkan jutaan terima kasih.

Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik sdr/i sekalian.

Wednesday, July 22, 2009

Intai Kami Antara Nampak..

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Batang selasih permainan budak
Daun selasih dimakan kuda
bercerai kasih talak tiada
seribu tahun kembali jua

Anak Cina pasang lukah
lukah dipasang di Tanjung Jati
di dalam hati tidak kulupa
bagaikan rambut bersimpul mati

Kalau tuan mudik ke hulu
Belikan saya bunga kemboja
kalau tuan mati dahulu
nantikan saya dipintu syurga



Di atas tu adalah lagu dlm filem lama. Ummi tak ingat filem apa tapi lakonan Nordin Ahmad dan Zaiton. Indah gurindamnya.. Bagi ummi begitulah kasih sayang kedua ibu bapa.. tiada pernah henti... 'bercerai kasih talak tiada'.. Walau dah berumahtangga, punya keluarga dan kehidupan sendiri.. moga kasih ibu bapa tidak sirna.

Alhamdulillah kita berpeluang menjenguk Atok dan Opah di Slim River, hujung minggu yang lalu. Jelas terpancar kegembiraan Atok dan Opah yg dah lama tak jumpa Anis. Alhamdulillah dapat juga kita merasa air tebu manis hasil cucuk tanam opah di depan rumah dan juga buah rambutan yang kecil molek tapi 'kesing' kata atok. Manis, tidak berair dan lekang. Tapi tahun ni buah rambutan sgt sedikit.. jadi tak dpt nak bawa balik utk beri kawan-kawan.


Walaupun penat tapi bak kata iklan celcom.. berbaloi-baloi.. Dgn balik kampung ni ummi amik kesempatan masak best-best untuk baba.. al maklumlah ummi lately ni asyik tak laratnya bila dah balik dari kerja. Hujung minggu pula selalu ada program.. jadi kesempatan balik kg ni ummi masak masakan tradisi orang Perak (Gulai Asam Rebus) dan menunaikan hajat baba yg dah lama nak makan petai ^v^.


Ini dia hasil masakan ummi.. balik dari Kg keletihan tapi humm best! Sekurang2nya tertunai hajat baba yg turut 'mengidam' air tangan ummi yg dah lama kekeringan.. hihi


Aha gambar di bawah ni pula adalah tempat singgah solat dlm perjalanan nak balik Kg. Saje ummi amik gambar ni kerana rasa puas hati dgn perkhidmatan PERTRONAS yang sebegini. Baguslah gunakan kekayaan yang ada untuk kemudahan pengguna terutama umat Islam. Cantik suraunya. Bukan saje memudahkan musafir akan tetapi penduduk setempat di pekan tu. Jadi takde alasanlah kalau peniaga atau penduduk yang keluar pasar malam ke atau beli barang-barang ke sukar untuk mencari tempat solat.

Di samping surau yg selesa, PETRONAS juga selalu menjaga tandas dgn baik ni stetsen minyaknya. Terima kasih warga PETRONAS dlm hal ini.

Klip Video Anis Sambut Besday

Apa pencapaian Anis dlm usia 2 tahun? Di sini ummi senaraikan untuk pengetahuan Anis

1. Boleh membaca doa naik kenderaan dan doa makan dgn lancar

2. Boleh melagukan asma al husna versi biasa dan mengikuti asma al husna versi ESQ

3. Boleh membaca a ba ta dan ABC dan mengenal sebahagian besar huruf-huruf tersebut

4. Boleh bersama membaca al fatihah

6. Boleh mewarna fokus kepada objek walaupun masih tak kemas. Nanti ummi ambil gambar buku mewarna Anis ya

7. Boleh menyanyikan lagu twinkle2, Baba Blacksheep, 123 Sayang Allah, Rasulullah, Ibu Ayah, head n sholders

8. Hafal lagu2 dlm CD belajar Al Quran 1 - Readnetwork

9. Boleh membilang 1 - 10 dlm bahasa Melayu, Inggeris dan Arab

10. Boleh menyebut bulan Jan - Disember.. ini yg paling terkini

Gunakan potensi dan kebijaksanaan Anis untuk Allah dan Addinnya ya. Setiap insan Allah anugerahkan akal dan kebijaksanaan.. jgn sia-siakannya ya sayang..

Ummi dan Baba sentiasa memberikan perhatian dan kasih sayang sebaik-baiknya buat Anis..

Tuesday, July 21, 2009

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Sayang

20.07.2009 genap umur Anis Solehah 2 tahun. Alhamdulillah. Byk ilmu pengetahuan yang Ummi belajar sejak bergelar ibu.. dari saat persediaan sebelum mengandungkan Anis sehinggalah Anis dah berumur 2 tahun dan hingga saat ini.. Semoga Allah anugerahkan Anis Solehah kesihatan dan rezeki yang baik. Dijadikan Anis Solehah hamba-Nya yang beriman dan bertaqwa dan berbakti kepada dua orang tuanya. Ummi dan Baba sayaaaaaanngggggg Anis. Semoga Allah memelihara Anis di dunia dan akhirat.

Sudah tentu pagi2 pada 20.07.09 Ummi pakaikan Anis baju baru. Dan ambil foto Anis umur 2 tahun sebagai kenang-kenangan.



Kemudian Ummi buat majlis di nurseri. Cikgu-cikgu baca doa selamat. Anis potong kek dan beri hadiah pada kawan-kawan. Sweet sgt bila dalam majlis ni anak-anak diajar cara ambil hadiah, ucap terima kasih pada Anis dan Ummi. Bagi Ummi sekadar menggembirakan anak-anak di nurseri sebagaimana Anis gembira menerima hadiah ketika hari lahir orang lain... Moga doa anak-anak ini utk ANis dan Ummi dimakbulkan Allah.. Jom lihat kegembiraan Anis ( dan kawan-kawan.. dlm video)





Video bergambar akan diupload nanti..

Saturday, July 18, 2009

Makan bukan sebarang makan

Makan bukan sebarang makan
makan bersama rakan-rakan
makan bukan sebarang makan
mengerat ukhuwwah sesama insan

1. Bubur jagung + durian.. Ummi masak untuk sahabat-sahabat kat pejabat Ummi. Alhamdulillah dalam dua bulan lepas Ummi dan Baba decide utk puasa every week hari Khamis sehingga Ramadhan. Jadi lepas berbuka dan solat, malamnya Ummi suka masakkan bubur untuk Baba yg suka makan bubur2 manis ni. Jadi Ummi buat byk skit dan bawa ke pejabat dan makan bersama-sama rakan Ummi. Ni bubur jagung durian. Yumm yumm... kawan2 Ummi kata .. sedaaappp... terutama sebab free ^v^


2. Lihatlah kegembiraan rakan-rakan Ummi. Ummi pula sgt gembira dpt jamu mereka. Jadi tidak hairanlah kalau 'opah' Rosmawati Zainal pun ;) suka menjamu orang lain terutama kalau dia marah kat seseorang dia akan masakkan makanan untuk orang tu supaya reda kemarahan dan ukhuwwah bertaut kembali.... cam bestkan buat mcm tu? Hari ni Ummi jamu mereka bubur kacang durian dan tiada durian pula.. seronok makan bersama-sama



3. Kak Eda. Kawan Ummi. Belanja Ummi makan di JJ. Sebab raikan hari ulang tahun kelahiran Ummi 25 Jun 2009. Tapi baru kesempatan beliau belanja Ummi. Teringat satu ketika dahulu.. Ummi dan Mak Cik Along Suraya pun suka belanja adik-adik usrah kami makan.



Kesimpulan :

1. Memang seronok dan best dapat makan bersama rakan-rakan
2. Makan-makan begini ada nilai yg sgt bermakna..
3. Kita boleh eratkan ukhuwwah/persahabatan
4. Kita juga merasa puas dan seronok dpt spend masa dgn kawan-kawan bukan sekadar duduk-duduk dan bual-bual kosong...

oho.. next coming monday birthday Anis.. well Ummi dah ada plan utk raikannya! Tungguuuu....

Thursday, July 16, 2009

Saat Ini Ummi Kerinduan

Saat ini kerinduan. Kerinduan kepada seorang teman. Cik Nor yang kini berada dibandar Sri Putra Bangi. Ummi selalu dan asyik teringatkannya. Utk melepaskan sedikit kerinduan ummi selalu menziarahi blognya untuk mendapatkan perkembangan terkini tentang dirinya..

Ummi menyayanginya. Ummi dpt merasai apa yg dia rasai.. Ummi dpt menyelami kesedihan dan kesepiannya. Ummi dpt merasai berat bahu dan hatinya menghadapi kehidupan.. pun begitu ummi juga mampu merasai senyum dan keriangannya.. Mengapa ya?

Mungkin kerana ummi pernah satu usrah dgnnya. Mungkin kerana status ummi yg sama dengannya. Namun segala-galanya kerana hati ummi dgnnya telah bertaut ukhuwwahfillah. Kami berkongsi rasa, sedih, kecewa, gembira, ceria..

Ummi sentiasa berdoa untuk kebaikannya.. moga Allah memberikan beliau ketabahan dlm melalui hidup ini. Semoga Allah berikan keceriaan dlm perjalanan menuju cintanya dan Nya yang hakiki di sana..

Moga Allah mudahkan dan perkenankan hasrat ummi.. satu masa ummi nak bawa Anis bermalam di rumah Untie Nor supaya ummi dpt melepaskan rindu bersembang-sembang dgnnya dan beliau dpt melepaskan rindu bermain-main dgn Anis, anak Ummi..

Moga Allah perkenankan... I Luv U Kak...

Perkongsian Fail di blog

Ummi tak pasti rakan-rakan Ummi yg bertandang ke blog ummi ni perasan atau tidak. Ummi ada masukkan gadget yg mempunyai beberapa fail presentation dlm bentuk power point. Dah lama ummi cari kaedah untuk berkongsi bahan-bahan utk rakan-rakan melalui blog. Akhirnya ummi terjumpa kaedah ini di blog cikgubad. Thanks cikgu bad di Kolej Uniti Pasir Panjang. Cikgu Bad rakan sekerja ummi satu ketika dulu. Dia juga adalah guru ummi dalam mengajar Pengajian Malaysia.

Ummi kongsikan fail2 presentation yg ummi perolehi dari mailing list alumni kursus ELIT yg ummi pernah ikuti. Presentation ni bagi ummi menarik dan bagus sebagai bahan bacaan tambahan sesekali dan mungkin boleh dikongsi dlm halaqah atau just sebagai halwa minda dan hati buat yg menontoninya.

Wednesday, July 15, 2009

Anis dan Kucing




Anis dan kucing seperti baba dan kucing.. mana la tak tumpah kuah kalau bukan ke nasi.. Anis seperti baba pantang jumpa kucing mesti nak bermain dgn kucing!

Tempat StrategiK Anis Dalam Kereta


Anis Solehah, inilah tempat duduk paling strategik dan paling Anis suka ketika menjelang umur 2 tahun.. Kat sini Anis akan masukkan badan dlm tempat yang kosong tu (pembahagi antara 2 tempat duduk di belakang) dan akan bersila pula di atas tempat letak tangan yg dikeluarkan dari seat kat belakang kereta tu. Naper Anis suka sangat duduk kat situ ya? Sebab bila baba membelok di selekoh, Anis tetap steady kat tempat duduk tu tanpa terjatuh :). Itu la sebab Anis suka duduk kat situ hehe.. Ummi rakamkan saat-saat ni utk menunjukkan betapa 'comelnya' tubuh Anis sampai kat lubang tu pun boleh masuk ^0^..

Peristiwa Urumqi Jejaskan Imej China

KENYATAAN MEDIA
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
Rabu 15 Julai 2009


Peristiwa Urumqi Jejaskan Imej China

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) amat sedih dengan kematian yang banyak di Urumqi dan beberapa pekan lain di Turkistan Timur (Xinjiang Uighur Autonomous Region). Hakikat kejadian pembunuhan di sebuah kilang di Shaogun, wilayah Guangdong, mencetuskan pertumpahan darah di Urumqi, menggaris bawahkan penderitaan yang dialami oleh Turkistan Timur yang telah lama dijajah.

Peristiwa ini adalah reaksi spontan satu kaum yang telah lama dinafikan kebebasan dan terus tertindas hingga tiada harapan jalan keluar. Polisi regim Komunis yang berterusan mengamalkan transmigrasi, assimilisasi dan “penchinaan” (transmigration, assimilation and “sinification”) tanah jajahannya menjadi punca utama keresahan di Turkistan Timur serta wilayah lain seperti Tibet. Identiti ugama dan budaya masyarakat Uighur mahu dihapuskan oleh regim Komunis China. Diskriminasi kaum juga berleluasa. Umat Islam dilarang mengerjakan solat Jumaat atau melaksanakan ibadah haji.

China yang menyediakan dirinya untuk menjadi kuasa besar dunia dari segi ekonomi dan politik seharusnya mempamerkan teladan kepemimpinan yang baik di dalam mempertahankan hak asasi manusia dan keadilan sejagat. Pendirian yang kerap ditunjukkan sebagai memihak kepada golongan yang tertindas di pentas dunia, hanya bermakna jika tidak menindas masyarakat minoriti di dalam negerinya. Dunia memerhatikan gelagat China dan peristiwa Urumqi merupakan satu lagi titik hitam kepada kewibawaannya.

JIM bersetuju dengan pendirian kerajaan Turki. Kami juga mengalu-alukan usaha kerajaan Turki mendesak Majlis Keselamatan PBB untuk membincangkan kekejaman yang berlaku di Urumqi.

Kebisuan masyarakat antarabangsa memekakkan. Jaguh-jaguh keadilan dan hak asasi terhenti berkokok, rupanya tergamam di hadapan gergasi ekonomi ini.


JIM menyeru kerajaan China supaya:

1. Menangani punca sebenar di sebalik sejarah pergolakan yang berterusan oleh masyarakat Uighur, termasuk pencabulan hak asasi manusia secara sistematik dan berterusan terhadap mereka, penahanan sewenang-wenang dan pemenjaraan,

2. Memenuhi kewajipan antarabangsanya dengan menghentikan penahanan arbitrari dan penganiayaan terhadap orang tahanan,

3. Mematuhi segala piawaian antarabangsa mengenai keadilan dan pembuktian dalam penuduhan di mahkamah terhadap masyarakat minoriti Uighur,

4. Berhenti menggunakan kejadian terbaru ini sebagai satu alasan untuk terus menindas dan mendiskriminasi masyarakat Uighur dan

5. Menghormati dan memberikan sepenuhnya kebebasan beragama dan pengamalan budaya masyarakat Uighur dan masyarakat minoriti yang lain di China.

JIM menyeru kerajaan Malaysia menyatakan keprihatinannya terhadap peristiwa Urumqi serta nasib masyarakat minoriti yang tertindas di China..



Zaid Kamaruddin
Presiden

BN kalah bergaya PR perlu waspada

Pengundi Manek Urai telah selesai menjalankan tanggungjawab. Lebih 87 peratus dikhabarkan mereka keluar membuang undi dalam PRK semalam. Satu lawan satu. PAS lawan UMNO. Keputusannya semua dah tahu. PAS menang tipis dgn majoriti 65 undi berbanding lebih 1000 undi dalam pilhanraya 2008. Jadi boleh dikatakan walaupun kalah, UMNO kalah bergaya jika dibandingkan dgn 5 PRK sebelum ini di mana mereka tewas di Permatang Pauh, Kuala Trengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Penanti.

Banyak analisa boleh dibuat dlm PRK kali ini. Sama ada analisis itu bagi pihak BN khususnya UMNO ataupun PR khususnya PAS. Masing-masing mempunyai kekuatan dan kelemahan untuk dikaji bagi survival parti masing-masing.

Namun walau apapun... ternyata ada pihak masih menggunakan wang untuk memenangi undi, menggunakan jentera kerajaan, media untuk memenangkan pihak mereka walaupun ternyata akhirnya mereka kecundang jua! . Ternyata pilihanraya di Malaysia masih jauh daripada prinsip-prinsip amalan demokrasi. Pertarungan masih lagi belum bersifat 'jantan'. Ada pihak mendapat liputan dan ada pihak dikesampingkan. Pun begitu pihak yang dikesampingkan dalam liputan dan berita-berita berat sebelah yang menonjolkan kelemahan satu pihak dan kelebihan dipihak lain masih boleh bertahan dengan kemenangan.

Walau bezanya cuma 1 undi, 1 undi tersebut tetap membawa implikasi penuh erti!

Tuesday, July 14, 2009

Himpunan Mansuh 1 Ogos 2009


ISA Akta Zalim
ISA menafikan hak kemanusiaan
ISA tidak berfungsi sebagai undang-undang
ISA tidak menjaga kebajikan rakyat
ISA sekadar mempertahankan kuasa pihak-pihak tertentu
ISA kejam
ISA memutuskan hubungan kekeluargaan
ISA menafikan hak isteri, anak-anak, ibu bapa dan keluarga mangsa
ISA perlu dihapuskan
Kem tahan ISA di Kemunting perlu di TUTUP!!!
JOM BERHIMPUN DESAK MANSUHKAN ISA!!!

Tuesday, July 7, 2009

Puisi Gaza Berdarah

Puisi Gaza Berdarah dicipta dan disampaikan oleh Cikgu Mas Adeki pada hari Jualan Amal Pasaraya Pak Aji di Cheras.

Monday, July 6, 2009

Di Mana Anis Hujung Minggu Lepas?

Alhamdulillah.. Hujung minggu yang baru berlaku dipenuhi dengan program-program.

Sabtu 4 Julai
Muzakarah Nasional JIM di UIA. Kehadiran oleh Pimpinan Tertinggi Negeri dan Wanita JIM Negeri bersama setiausaha masing-masing bagi reviu perkembangan RJIM2. Pimpinan diingatkan kembali dgn matlamat RJIM iaitu "Mewujudkan barisan umat Islam yg melindungi manusia dan alam berasaskan syariah Islam ". Sehari suntuk program.

Minggu ni nurseri Anis tutup hari sabtu. Walaupun Ummi tak puas hati sebab hari sabtu adalah hari termasuk dlm perkhidmatan nurseri, namun apakan daya.. maybe Anis kena cari nurseri lain lepas ada adik nanti.. sebab pihak nurseri yg ada sekarang tidak melayani pelanggan sebagaimana yang dinyatakan dlm service yang ditawarkan... Bayar pula tu bukan murah..

Jadi seperti biasa, Ummi akan keluar awal dan Baba akan bantu uruskan Anis di awal pagi dan akan hantar Anis kepada Ummi selepas Anis selesai mandi dan makan. Tapi kali ni jenuh Ummi tunggu Anis tapi tak sampai-sampai... rupa-rupanya Anis main dgn Abang Azim dan Kakak Hajar tolong jaga dan tengok-tengokkan Anis di samping Baba dan Mak Tok yang juga tolong tengok-tengokkan Anis

Terima kasih Baba, Mak Tok, Abang Azim dan special thaks to Kakak Hajar yang tolong jaga Anis. Anis makan okey.. tidurpun okey.. Bila Ummi balik Anis nampak happy. Makan cukup, tidur cukup dan main pun cukup.. seronok main dgn abang Azim dia..

Ahad 5 Julai
Pagi-pagi ke Cheras bersama keluarga menyertai Majlis Jualan Amal - Sarapan di Pasaraya Pak Aji. Bagus sungguh pasaraya ni. Menjual produk Halal. Buat pula jualan amal sebagai tanggungjawab ummah. Byk cawangan diwujudkan bukan bertujuan untuk mengaut keuntungan akan tetapi bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai peniaga muslim untuk menyediakan perkhidmatan menjual barang-barang yang sah halal.

Inilah antara mereka yang dikasihi Allah iaitu orang kaya yang pemurah... seperti sahabat-sahabat Nabi antaranya Abdul Rahman bin Auf, Saidina Othman bin Affan....
Semoga Allah merahmati usaha mereka...



Berkopiah dan berbaju batik putih buang coklat tu ialah dermawan pemilik Pasaraya Pak Aji


Program dilaksanakan dihadapan pasaraya. Anak yatim turut dipanggil bersama meraikan dan diraikan dlm program ini

Anis bersama Dr Harlina Ketua Wanita JIM yg turut hadir memberikan sokongan kepada jualan amal utk umat Islam di nusantara


Ustaz Zul YDP JIM Cheras berucap dlm program. Ustaz ialah suami kepada Dr Harlina

Ini kita sekeluarga.. di mana Anis? Tgk betul-betul... hujung kiri sekali Kakak Hajar, depannnya baju biru Kakak Hafsah. Sebelah Kakak Hafsah, Mama Anis, dibahu Mama Anis tuu.... Anis.... kepala paling kecik di antara Dr Har dan Mama Anis hehehe... mata je bulat! Tudung pink tu Mak Tok. Sebelahnya baju hitam kolar merah, Abang Azim. Ummi dan Baba? Takde.. Ummi ambil gambar.. Baba.. dlm pasaraya..

Anis bersarapan dgn berselera sekali.. dah boleh makan pedas skit.

Friday, July 3, 2009

Suara Si Kecil Anis

ini adalah rakaman Anis membaca doa makan.

Hanya rakam suara sahaja. Kalau bergambar pasti tak dpt punya.. hehe

Wednesday, July 1, 2009

Suppliment Untuk Ibu Hamil

Alhamdulillah. Semalam Ummi bertemu lagi dgn Dr Fauziah untuk pemeriksaan bulanan ke atas kandungan Ummi. Alhamdulillah.. kini baby dah 1.4 kg. Menepati berat yang sepatutnya mengikut perkembagan minggu. Doktor kata perkembangan baby kali ni lebih baik dari segi berat berbanding Anis. Namun baby masih lagi songsang. Mudah-mudah baby akan berpusing la ya Anis.. mudah Ummi melahirkan nanti. Ameen...

Setelah selesai scan, doktorpun tanya Ummi. "Makan vitamin tak?''. Hmm makan kak (hehe panggil Kak je. Dah biasa dgn doktor Fauziah ni masa Ummi aktif dgn pelajar di Bangi). Pastu doktor kata.. Baby ni intelligent la. Nampak perkembangannya begitu. Hmm Ummi pun bersetuju. Salah satu kesan daripada mengambil vitamin tambahan Neurogain PB untuk ibu-ibu mengandung. Doktor kata Anis dulupun perkembangannya macam tu. Lantas Ummi mengiyakan dan memberi tahu bahawa belum umur 2 tahun (sekitar 1 tahun 9 bulan)Anis dah boleh baca Al fatihah, doa makan, doa naik kenderaan, Asma Al Husna versi biasa dan boleh ikut asma al husna versi ESQ dgn tape. Lebih awal lagi (1 tahun 5 bulan) Anis dah pandai zikir, lailahaillalah muhammadurrasulullah, Ya Allah 3x hu Ya Allah, Subhanallah walhamdulillah walailahaillahuwallahu akhbar. "MasyaAllah" jawab doktor. That's good.

Ketika mengandung doktor advise Ummi ambil Neurogain PB, Iberet Folic dan Calcium 600mg. Inila supliment 'besar-besar' yg Ummi kena telan pagi-pagi. Suppliment ni bagi Ummi tidak boleh dipandang ringan untuk kesihatan Ummi dan baby ketika mengandung. Maybe ada orang dia makan supliment yang lain. Tapi doktor preskripsi Ummi suppliment tersebut yang merupakan suppliment yang bagus (sebagai farmasi Baba pun kata suppliment ni bagus dan.. hmm of course mahal skit. Namun mahalpun berbaloi insyaAllah). NeuroGain baik utk perkembangan otak baby, Iberet folic juga baik utk kesihatan dan perkembangan baby dan juga bagus utk Ummi yang ada tekanan darah rendah dan inemia utk mendapatkan ion yg mudah release bagi mengelakkan sembelit. Manakala calsium pula sudah tentu baik utk perkembangan tulang Ummi dan juga baby. Jadi tak perlula Ummi minum susu Anmum (susu kadang2 amik juga tapi tak suka sgt. Tapi minum susu fresh bukan susu tepung :)). Byk sgt minum susu utk ibu mengandung tak bugus juga menurut doktor. Sebab nanti baby bila keluarga elergi laktosa pula.

Walaupun suppliment memainkan peranan, namun pemakanan lain yang sihat dan membantu pembesaran baby yang bagus dlm kandungan juga perlu diberi perhatian. Selain itu.. yang tak kurang penting dan perlu dipraktikkan ialah membaca Al quran utk baby dan bagi tahu kita baca quran untuknya dan doa untuk baby... Selalu berinterkasi dgn baby dan beritahu setiap tindakan kita seperti solat, usrah, membaca buku, berprogram dan sebagainya (ni tips rakan Ummi yan beri) supaya senang didik anak -anak mendengar kata. Ummi suka tengok anak-anak mak cik Anfal. Ummi kagum bila Ulya baru umur 3 tahun tapi dah pandai buat puzzle yg rumit2. Kalau kita baca tips dlm permainan anak-anak, puzzle ni bagus utk perkembangan intelektual kanak-kanak.

Sebagai ibu muslim, Ummi perlu bercita-cita melahirkan generasi yang cemerlang. Ummi mmg sgt mengharapkan daripada Allah agar Ummi dpt melahirkan anak-anak yang menjadi hamba Allah yang bertaqwa, yang cemerlang mindanya, dan menggunakan kebijaksanaan yang Allah anugerahkan itu untuk berjuang dijalan Allah, menegakkan syiar Allah, dan meninggikan DinulIslam. Jadil hamba yg cemerlang dan di masa yang sama menjadi daie yang cemerlang juga.. aktif dlm melaksanakan kerja-kerja pengislahan.. tidak hanya cemerlang dan fokus pelajaran semata-mata kemudian bila dah berkerjaya duduk dikerusi empuk dan selesa dan berada dalam dunianya tersendiri tanpa mempedulikan tanggungjawan terhadap umat dan Allah... inilah doa dan harapan Ummi buat Mujahidah Anis Solehah dan Mujahid... ? yang bakal lahir kelak.. Ameen..

^0^ dibawah ni Ummi ambil gambar2 terkini Anis posing dgn tudung.. si comel Anis yang sentiasa menjadi kegeraman Baba dan Ummi. Kalau ikut bulan Islam, Anis dah berumur 2 tahun pada 5 rejab yang baru berlalu. 5 Rejab juga adalah tarikh berlakunya perang Tabuk.


Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50
Bagaimanakah aktivisme pelajar bermula? Apakah pernana PBMUM dan PKPIM dalammembantuk minda pelajar yang berani membawa aspirasi dan suara rakyat? Apakah peranan ABIM, Al Arqam, Tabligh dalam membentuk gerakan dakwah di kalangan pelajar? Bagaimana Latihan Kader Dakwah berjaya membentuk semula kefahaman Islam yang murni di kalangan mahasiswa pada 1970an? Benarkah DEB gagal membentuk pelajar yg kembali dari luar negara berkhidmat utk kerajaan BN? Apakah IRC) Bagaimanakah IRC memainkan peranan dlm kebangkitan dakwah kampus? benarkah IRC sering mendatangkan masalah di kampus-kampus dan menjadi punca perpecahan gerakan dakwah? Sejauh manakah peranan IRC dalam perkembangan dakwah Islam di Malaysia? Siapakah sebenarnya ahli-ahli IRC? Buku ini menyingkap persoalan-persoalan di atas yang adakaitan dgn susur-galur keterlibatan pelajar di dalam dan di luar kampus. Perbagai persatuan dan organisasi yang wujud di sekeliling kehidupan pelajar yang membentuk dan mencerna minda mahasiswa dan akhirnya memunculkan jati diri sebenar mahasiswa dgn idealisme mereka tersendiri sebagai generasi pemuda harapan bangsa, negara dan agama. Wajar dimiliki oleh mereka yg cintakan ilmu, sejarah khususnya mahasiwa sendiri agar mereka tahu bagaimana sejarah kebangkitan mahasiswa bermula. Agar mereka tahu bahawa mahasiswa adalah suara dan jiwa rakyat!

My Box.net Files. Berkongsi beautiful powerpoint dgn rakan-rakan lain. feel free to download :)