Tuesday, October 28, 2008

Seronoknya Jemput Makan

Alhamdulillah. Perancangan Ummi untuk menjamu sahabat-sahabat Ummi akhirnya terlaksana. 25 syawal bersamaan 25 oktober (Sabtu) dapatlah kita meraikan sahabat-sahabat Ummi serta adik beradik Ummi di rumah kita.

Seronok rasanya kerana ini pertama kali Ummi menjemput tetamu-tetamu kita tu ke rumah Ummi. Ramai yg datang menyambut jemputan Ummi tapi ada juga yg menguzurkan diri kerana kekangan masing-masing. Tak apalah.

InsyaAllah tetamu yang datang ke rumah kita membawa berkat. Datang bersama doa. Tetamu pertama sekali yg hadir boss Ummi iaitu Tuan Yaakub dab prof Salwani. Alhamdulillah dgn buat jamuan ni Ummi pun dpt menghulurkan salam perkenalan kepada jiran-jiran dekat Ummi. Seronok bila mereka datang sekeluarga. Ramai juga kawan-kawan Ummi yg datang dan tak duga juga Kak Sopi yg agak jauh tu datang jugak ke rumah kita.. Tetamu akhir kita, Akh Zaid, Prof Sahrim dan Akh Yusuf. Kalau Pak Cik Zaid yg dtg mesti byk gambar kan?

Punyala sibuk sampai Ummi tak sempat nak snap-snap gambar, cuma dpt satu copy gambar special.. huhu..gambar saper tu...? Tak pe nanti kita mintak gambar dari Pak Cik Zaid ya.

Alhamdulillah Ummi dapat menghidangkan kepada tetamu Ummi, Laksa Utara, Sup Tulang + Meehun Sup, Nasi Impit Kuah Kacang, Spagetti, dan yg dtg lambat2 skit blh dpt Teh Tarik Special.


ni je gambar sempat diambil.

Inilah dua insan istimewa yang telah membantu Ummi. Uda Nas dan Kak Adik (betul ke gelaran ni). Uda Nas dan Kak Adik tido rumah kita sejak jumaat mlm dan sabtu mlm. Byk sungguh mereka bantu Ummi. Hai.. rajin sungguh.. sesuai dijadikan calon isteri :) huhu... tapi Ummi memang terharu dgn bantuan dan pertolongan mereka.. dari bantu menyediakan masakan hinggalah mengemas rumah kita.. dan sudah pastinya pandai melayan Anis Solehah Ummi. Thanks Uda Nas dan Adik... semoga Allah memberkati. Kehadiran kalian berdua sebagai satu wasilah dlm mempereratkan ukhuwwah di antara kita..

Ada rezeki kita jamu lagi tetamu tahun depan. Tapi baba kata buat masa puasa.. iftar jamaie..

Anis dah Pandai Jalan

Alhamdulillah.. beberapa minggu yang lepas Anis dah pandai jalan.. Wah.. semenjak pandai jalan ni asyik nak jalan jer.. tak penat ke Anis.. huhu dengan terkedek-kedeknya bawa lampinnya tu..


Anis.. Anis.. jalan-jalan la sayang... oh ya Ummi lupa plak.. nanti Ummi belikan kasut ya.


Hai.. Dah Besar dah Anis
Begitulah cepatnya masa berlalu. Dari hanya kantung yang kecil.. ANis menjadi bayi yang semakin membesar dalam rahim Ummi. Dari 2.3kg semasa dilahirkan, kini Anis dah besar dan dah boleh jalan.. Semoga Allah memberkati kehidupanMu sayang.. dan Ummi sgt bersyukur dengan 'anugerah' Allah ini kepada Ummi...

Vide0 1


Anis ketika berumur 6 minggu dlm kandungan. Pada masa ini Ummi turun darah. dari pagi sampai mlm. rasa macam Anis dah tak wujud dah. Tapi alangkah takjubnya Ummi dgn kebesaran Allah.. 'apabila Dia katakan Jadi maka Jadilah'. itulah yg Ummi rasa ketika itu. Saat Ummi tidak lagi menaruh harapan pada kandungan kedua Ummi ni(Anis Solehah) namun Allah telah memberikan Ummi satu 'anugerah' dan merasai secara live pada diri Ummi kebesaran Allag s.wt.. Asal-asal Ummi gi jumpa Dr Fauziah kat APSH nak buat DNC utk bersihkan rahim.. tengok-tengok jantung Anis berdegup.. Subhanallah, Allahuakhbar..




Video 2

Mengikuti perkembangan ANis sejak dlm kandungan sangat menyeronokkan. Ummi yakin itulah yg dirasai oleh setiap ibu yg inginkan kelahiran bayi yg dikandungnya. Lihat saje Anis masa umur 4 bulan... masa ni belum cukup tempoh ditiupkan roh tapi pergerakan Anis sgt aktif.

Alhamdulillah akhirnya Anis lahir ke dunia pada 20.07.2007 bersamaan 5 Rejab 1428H dgn berat 2.3kg. Walaupun kecil tapi Anis lahir melalui pembedahan. Anis dilahirkan di Hospital Pakar An Nur di Bangi, Selangor.

~~~~(^0^)~~~~

Ni koleksi gambar kelahiran Anis pada hari kedua. Gambarni ehsan daripada Pak Cik Zaid Kamaruddin yg dtg ziarah Ummi dan Adik pada hari kedua kelahiran Anis. Yg dukung Anis tu Mak Cik Su la isteri Pak Cik Zaid.




Anis Solehah bersama Dr Fauziah Hasan. Utk pengetahuan Anis, ni la Dr yang telah menyambut kelahiran Anis. BUkan setakat itu, beliaulah yg telah memeriksa Ummi sejak kandungan pertama dan juga ketika Ummi mengandungkan Anis. Ummi mendapat perkhidmatan beliau di Hospital Pakar Ampang Puteri sehinggalah bersalinkan Anis di Hospital Pakar An Nur di Bangi. Sgt besar jasa Dr Fauziah ni pada Ummi, Baba dan Anis. Semoga Allah melimpahkan rahmat kepada beliau sekeluarga dan diberikan sebaik-baik ganjaran untuknya.

Thursday, October 23, 2008

Tuesday, October 21, 2008

Raya KBM

Alhamdulillah, minggu lepas berkesempatan untuk bersama KBM KL menjalankan KBM. Ada beberapa sebab Ummi menyertai KBM kali ini. Pertama kerana ia dibuat pada masa pejabat iaitu hari bekerja. Kedua ia dibuat di Bangi.. kampung Ummi.. :). Masa dalam perjalanan ke Bangi baba siap call lagi.. "kalau pegi Bangi jangan lupa balik Gombak". Huhu.. Baba bimbang Ummi menyorok kat ceruk-ceruk di Bangi... hihi Bangi yang penuh nostalgia.. nantilah Ummi citer pasal Bangi n Ummi ni.

Seronoknya KBM kali ni bila dibuat waktu hari bekerja, kerana Anis tak perlu ikut Ummi. Adik di nurseri. Jadi kebajikan Anis terjaga.. kalau tak nnt Anis nak makan susah, nak tidur pun terganggu. Ummi pula tak dpt fokus sepenuhnya dgn pgrm.Kebetulan boss Ummi kat pejabat JIM membenarkan Ummi utk hadir ke program ni sebab program ni juga salah satu cabang kerja-kerja Ummi. Inilah keje dlm NGO JIM ni sebanarnya di samping keje-keje pentadbiran yang dilakukan.

Setelah sekian lama tak berKBM, kali ni Ummi dpt hadir pada pagi hari pertama. Jadi sempatla bantu-bantu2 tengok-tengokkan adik-adik peserta dlm KMKY dan Army Yell. Huh... seronok rupanya dpat bergaul semula dgn adik-adik muda ni. Sampai adik-adik gelarkan Ummi ni Kak Teh Rock.. Hihi. Ish.. payah tu. Adik-adik pun mcm terkejut yang Ummi ni adalah Ummi kepada Anis Solehah.. ingatkan belum kawin.. hihi.

Ummi dpt ikut KBM ni pada hari pertama hingga zohor dan pada hari kedua hingga habis. Alhamdulillah. Adik-adik ni memang baik-baik. Nakkan perubahan. Nakkan kebaikan dan pembaikan. Wajah-wajah mereka yang comel-comel dan bersih adalah wajah-wajah harapan ibu-bapa dan agama dan negara. Semoga mereka menjadi insan yang soleh wa musleh. Semoga Allah membuka pintu hati mereka dan memberikan petunjuk kepada mereka dalam mengapai redhaNya.. Ummi pun sayangkan adik-adik Kasih Ummi nie...

Semoga Allah bagi peluang lagi pada Ummi pada masa akan datang utk bersama-sama dlm TEAM KBM KL.



Ni gambar kumpulan kasih Ummi

Ha! Tu Ummi dgn adik-adik kasih

Ni keseluruhan adik-adik kasih yg join.

Lepas abis program Ummi pun ajak beberapa org geng2 KBM
ke Restoran D'Limau Nipis di Bangi.
Ni gambar Untie Ee dgn D'limau Special Jus.
Nampak bestkan air ni. Sedap air ni. Ummi belanja untie Ee

Monday, October 20, 2008

Jalan-Jalan Raya-Raya

Sambutan Hari Raya JIM di Taman Melawati
Dari kiri Anis, Ummi, Mak Tok dan Baba
Tahun ni tema serba HIJAU!



Berakhirnya cuti raya apalagi, open house pun bermula la Anis. Byk betul jemputan yang Ummi dapat dan byk pula yg tak dapat nak diraikan.


Seawal 5 syawal Mak Cik Norjie buat aqiqah buat baby barunya. Pastu Cik Wan Norsiah pun jemput open house jumaat berikutnya. Hmm tak dapat nak penuhi kerana kekangan yang dihadapi.


Disamping itu banyak juga jemputan kenduri kahwin. Pada 11 dan 12 syawal yg lepas berturut-turut jemputan. Bermula dgn jumputan kenduri anak-anak Pak Andak dan Pak Cik Johari (Kak Nihlah dan Abang Mujahid) sehinggalah ke Jamuan Hari Raya JIM Daerah Batu pada 11hb malamnya dan Hari Raya JIM keesokan harinya.. huh penat gak nih. Tapi untuk hujung minggu tu, Ummi, adik dan baba dapatlah menunaikan tanggungjawab memenuhi jemputan mereka semua. Alhamdulillah. Menerima dan menghadiri jemputan adalah wajib. Patut tunaikan hak mereka kalau tak de aral yang menghalang.

Minggu berikutnya alhamdulillah kita dapat pegi Umah Pak Uda Halim di Kajang. Pak Uda tak balik raya ari tu. Alhamdulillah dpt jumpa mak sedara Anis yg lain. Kebetulan beberapa hari sebelum tu semua adik-beradik Ummi datang ke rumah Pak Long untuk kenduri berbuai anak Pak Long yang bongsu. Ummi tak dpt datang sebab Baba tak de. Nak drive jauh lak. InsyaAllah nanti kita buat open house kat umah kita lah! :)). Rajin ke Ummi ni ya? Tengoklah keadaannya nanti ya dik...


Semoga dengan memenuhi jemputan dan kunjung mengunjung sesama saudara akan merapatkan ukhuwwah antara kita dan ditulis sebagai pahala amal oleh malaikat..ameen.


Ni Pak Cik Zaid Kamaruddin, Presiden JIM dan juga isterinya Kak Suriati Haron. Mereka ni kawan baik Ummi :).

Anugerah Seorang Sahabat

Tiba-tiba rasa rindu ngan Along.. lama tak jumpa Along.
Seorang sahabat anugerah Allah.
SELAMAT HARI RAYA EIDULFITRI
Memori antara kita tetap terpahat diingatan..




Sahabatku : Along Suraya

Dedikasi untuk Along tersayang..
Semoga Allah merahmati persahabatan kita
Semoga Allah mempertemukan kita di Syurga. ameen..
Terima kasih kerana menjadi sahabat yg baik buat akak..
Mudah-mudahan Anis Solehah akan menjadi insan sebaik along :).
Syukur diatas anugerah bersahabatan ini yang diikat dgn tali persaudaraan
Baik-baik melayari kehidupan berumahtangga
Moga Allah segera anugerahkan zuriat
permata hati penyeri ikatan
Salam rindu dari Kak Misah

Along dan suaminya Azim di United Kingdom

Friday, October 17, 2008

Secangkir Pedoman di Eidulfitri

Banyak perkara yang berlaku sepanjang ramadahan dan Syawal ini. Alhamdulillah, berdasarkan pengalaman Ummi, beberapa pengajaran Ummi perolehi :

1. Kesabaran amat penting dlm melalui kehidupan ini. Sabar dlm mengerjakan perintah Allah, sabar dlm menjauhi larangan Allah dan sabar dlm ujian dan ditimpa musibah. Kesabaran selalunya akan digantikan dengan kenikmatan berganda.. alhamdulillah itulah yg Ummi lalui sejak ramadhan sehingga Eidulfitri

2. Syukurilah nikmat Allah yg banyak kepada kita. Hitunglah nikmat Allah kepada kita dan jgn kita hanya menghitung nikmat orang lain dan menghitung kekurangan diri kita. Sekiranya kita asyik dengan menghitung nikmat orang lain sedang kita tidak mensyukuri nikmat yang ada pada kita.. nikmat yang Allah beri pada kita tidak dapat kita nikmati. Malahan kita boleh terjurus menjadi hambaNya yang tidak bersyukur. Alhamdulillah Ummi bersyukur dengan nikmat yang Allah beri pada Ummi.

3. Alangkah manisnya ikatan silaturrahim. Oleh kerana itulah ia menjadi saranan dari Khaliq kita kepada kita. Alangkah manisnya dapat bertemu saudara-mara, saling ziarah menziarahi, saling hadiah menghadiahi. Ia akan menggembirakan hati saudara-mara kita.

4. Hulurkan sedekah dan pemberian walau sedikit. Kerana pemberian yg dihulurkan dgn ikhlas akan membuahkan kebahagian kepada penerima dan juga pemberi.. ini akan menghidupkan hati-hati.

5. Alangkah Pengasih dan Penyayangnya Allah kepada kita, menyediakan ramadhan yang mulia ini. Oleh itu setiap detik memberi makna. Ramadhan dapat melembutkan hati kita yg mungkin keras selama ini. Kita perlu berusaha sebaik mungkin agar hati yg lembut setelah melalui sesi tarbiyah dibulan ramadhan dapat terus bertahan sehingga ramadhan berikutnya.

6. Ujian itu adalah tarbiah. Hadapinya dgn sabar dan tenang akan membuahkan nikmat.

7. Berbuat baik kepada orang lain. Satu saat ketika kita memerlukan orang lain akan berbuat baik kepada kita.

Alhamdulillah. Semoga Allah memberkati kita semua.

Ya Allah berilah aku petunjukMu yang berterusan agar dpt melalui hidup ini dengan sabar untuk meraih keredhaanMu

Sekian catatan Ummi untuk Syawal yang jua akan berlalu pergi

Thursday, October 16, 2008

Temerloh Yang Permai

Alhamdulillah. Sampai kat Temerloh, ada Mak Lang Chah tengah tunggu kita. Sebab Mak Tok akan ikut kita ke KL. Mak Tok dah tua dan sakit-sakit. Jadi Mak Tok tak boleh tinggal sorang-sorang. Sian Mak Tok kan. Sebagai anak, kita perlulah berbakti kepada kedua ibu bapa kita bila sampai peringkat usia mereka yg dah lanjut. Kadang-kdang sampai ke peringkat menjaga org tua seperti menjaga bayi.. mcm yg Allah sebut dlm Al Quran. Alhamdulillah balik dari Temerloh, seminggu Mak Tok duduk dgn kita. Best sgt sebab kali ni Mak Tok selesa dgn rumah baru kita! :). Ha nanti Ummi citer ttg keistimewaan Mak Tok dlm satu entry khusus. Perjalanan hidup Mak Tok sgt mengujakan Ummi. Mak Tok penah dpt anugerah ibu mithali kategori Ibu Tunggal peringkat negeri Pahang!

Pasar Minggu di Temerloh
Oh seronoknya! Inilah yang Ummi tunggu-tunggu. Pegi pasar Pahang cari ulam-ulam, dan pastinya ikan Patin dan Talapia. Nyum..nyum.. Tambahan pula Opah dan Atok dari Perak akan datang ke umah Mak Tok bersama Mak Anjang dan Pak Anjang ANis. Ni pertama kali mereka bertemu! Alhamdulillah sampai jugak hajat Ummi untuk pertemukan mereka...

HA! Ni Pasar Minggu Temerloh!


Ramai Mak Cik - Mak Cik berniaga. Kebanyakannya ulam-ulaman.

Baba sedang pilih sotong yg segar. lauk-pauk kat sini mmg fresh-fresh!

Pasar Minggu bi betul-betul sebelah Sg Pahang. Baba kata dan berkurun pasar ni wujud kat sini. Ni kena kaji sejarah nih!

Tengok dik kebesaran Allah! Lobak putih ni macam tangankan? Ada 5 jari dan dua daripadanya mcm cacat skit. Saje Ummi ambil gambar yg unik ni.

Haha.. ni dia makanan popular di Pahang. Ikan Patin dan di bawah ni ikan Talapia. Goreng pun sodap! fresh!

Setelah membeli belah, apa lagi.. Ummi pun duduklah di dapur memasak hidangan ikan Patin masak tempoyak, Talapia bakar, sambal sotong, sayur-sayuran dan ulam-ulaman disajikan. Seronok mereka makan. Kebetulan abang sulung Anis, Abdullah pun dtg beraya umah Mak Tok dgn isteri dan anak-anaknya. Huhu kelakar jer tgk Anis, Aina dan Aiman main sama-sama. Anis Baba kata kena panggil Mak Adik la sebab Anis lebih muda dari anak buahnya Aina :).

Jam 4 petang plak baru la Atok dan Opah sampai... ada sedara datang kat Perak jadi lambat skit bertolak ke Temerloh. Yang penting sampai. Alhamdulillah bertemulah dua buah keluarga ni di Temerloh.. Terima kasih Anjang kerana bawa Opah dan Atok ke Temerloh. Yang bestnya semua masakan licin! Tak ada baki nak bawak balik huhu.


Jalan JAM!
Kemas punya kemas, selepas maghrib baru boleh bertolak balik. MasyaAllah.. jalan sangat jam! Ditakdirkan kereta Baba meragam.. mujur ada insan baik hati tumpangkan kita dari tol Bentong sampai rumah. Ni kerana kesiankan adik la yg terlena dlm kepanasan.. Alhamdulillah hampir kul 1 pagi kita sampai dirumah. Adik terus menerus lena.. senang hati Ummi.. Baba pula kena settlekan kereta dan sampai umah jam 5 pagi! Syukur Allah telh mudahkan segalanya dan kita sgt terhutang budi kepada keluarga yang membantu kita yang terkandas di tepi highway pantai timur tu.

Apa pengajaran kita perolehi sepanjang syawal ni? bersambung..

Wednesday, October 15, 2008

Raya di Temerloh!

Nak Jumpa Mak Tok
Alhamdulillah, raya kali ni, kali ke 3 dah Ummi kesempatan singgah beraya di rumah Ummi Baba di Temerloh. Perjalanan kali ni agak menggusarkan juga sebab Anis demam. Suhu Anis sgt tinggi. Pagi Sabtu Ummi dan Baba bawa adik ke Klinik. Dapatkan antibiotik khusus Anis - augmentin. Dah dpt ubat buntut dan antibiotik Anis pun semakin redha suhu. Tapi rengek demam tu berterusan.. sian adik.

Setelah selesai pegi klinik dan beli belah di pasar untuk makan tengahari, Ummi pun mula bersiap2 kemas barang-barang untuk balik Temerloh. Perkiraan perjalanan kita lepas zohor ikut batangkali menghala ke genting dan kluar di Genting Sempah. Perjalanan sekitar 3 jam kalau tak berhenti-berhenti. So setelah makan tengahari agak2 dlm kul 4 jugak la, kita pun bertolak ke Temerloh. Tapi sebelum tu.. pastinya singgah Tg Malin umah kawan Ummi dan juga sedara adik iaitu rumah Mak Along. Anis kena panggil Mak Kak Along tu Mak Alang tau. Ummi?.. huhu dah biasa panggil Mak Cik.. susah nak tukar panggil Kak..


Singgah Umah Along di Tg Malim
Ha.. Along ni kawan Ummi yang paling best! Yg lain best gak tapi Kak Along Anis ni sgt special di hati Ummi. Tak nak puji lebih2 huhu. Tapi hanya Allah yg tahu betapa baiknya Along kepada Ummi... Jadi Ummi sedaya upaya akan menziarahi Mak Kak Along Suraya ni bagi terus eratkan silaturrahim.. tambahan pula Baba dgn Ayah dan Mak Kak Along sgt rapat masa kecik-kecik. Rumah diorang pun dekat-dekat kat Temerloh tu. Ha.. rasa janggal tak? Ummi kawan Along. Baba kawan Mak Along... ni la namanya pertembungan 2 generasi... moga Anis nanti tak 'konpius' ya dik.. :).

Baba kata "kejap je ya singgah rumah Along". Ummi kata "ok". Tapi bila sampai.. Baba la yg paling riuh bercerita kisah silam dan kisah politik. Baba jumpa Pak Cik SHaril... apalagi.. sembang la. Sedar-sedar jam dah kul 6.. Tapi best dan seronok jumpa keluarga Along. Sekurang-kurangnya terubat rindu Ummi kat Along yg sedang belajar PhD di Cardiff United Kingdom. I love U Along. Selamat Hari Raya dari akak sekeluarga. Mak Ayah Kak Misah dan adik beradik lain tanya khabar Along. Moga Allah berkati ukhuwwah kita.


Ni ahli keluarga Along kecuali kiri sekali. Tengah-tengah tu Mak Along. Sebelah kanan Mak Along Kak Pikah. Tahun depan Pikah gi UK sambung medic. Sebelah kiri lak Kak Humairah masih sekolah menengah di MRSM. Kiri sekali tu Kak Nurul di Universiti Malaysia Sabah. Tak sempat jumpa Angah. Tudung hitam tu sepupu Mak Along.. sedara kita juga.


Ni gambar kenangan bersama Mak Along. Ayah Kak Along dah semakin kurus! Demam di hari raya... Sian Pak Lang Anis ni. Adik pun apa kurangnya... tu lena dlm dukungan Ummi.. demam..

Dlm perjalanan ke Temerloh.. adik lena dlm carseat. Rehat la sayang.. kita nak jumpa Mak Tok ni. Alhamdulillah jam 9.30pm kita sampai di Temerloh.

Bersambung..

Tuesday, October 14, 2008

Eid Mubarak - Meraikan Kemenangan

Menjelang Syawal
Tahun ini raya di Perak. Tahun lepas Ummi n Anis raya di Temerloh kampung Baba. Tahun lepas Ummi dan ANis dah raya dengan Baba dan Mak Tok sekeluarga.. Tahun ini Ummi dan Anis beraya tanpa Baba pada raya pertama dan kedua. Tahun ni bukan giliran Ummi dan Anis beraya dgn Baba tapi giliran keluarga satu lagi beraya dgn Baba. Walau apapun keadaannya, alhamdulillah Ummi gembira dan sedih menyambut Eidulfitri kali ini. Gembira kerana kita akan menyambut hari raya. Berjumpa sanak saudara. Sedih kerana sayang mengenangkan ramadhan yang bakal pergi.


29 Ramadhan, Anis dan Ummi siap-siap balik ke Kampung Atok dan Opah di Perak. Seperti biasa Baba hantar kita ke Kg. Kita tak sempat buka puasa ngan Atok. Lambat sebab pegi shopping baju raya dulu dgn Baba di JJ dan Carefour. Tahun ini dapat la Ummi, Baba dan ANis berbaju raya sedondon hijau.. Seronok Ummi. Berikan hadiah baju raya untuk Baba. Baba dah byk abis duit utk tampung keperluan lain. Jadi Ummi sengaja surprise belikan baju raya untuk Baba. Baba happy dan suka dgn baju-baju pilihan Ummi.

Sampai dirumah dah malam. Anispun terus tidur jer sejak masuk kete petang tu. Pagi esoknya Baba dah nak balik KL. Nak beraya dgn keluarga satu lagi pula. Tapi sebelum balik, Ummi dan Baba jalan2 di pekan Slim River beli lauk pauk utk Anis dan juga beli santan untuk Atok bakar lemang.. fuh... beratur lama rupernya nak dapat santan... baru Ummi tau.. selalu Atok yg beli..




Ni keadaan pasar basah di Slim River. Antara peniaga di sini ialah anak kepada sepupu Ummi Kak Ngah. Cucu kepada Tok Ngah Anis. Mereka sgt pandai berniaga. Utk hari ni sahaja mereka buka empat kedai utk jual barang2 basah ni. Mereka pandai berniaga kalahkan bangsa Cina...



Muka Baba yg cool tunggu giliran dapatkan santan.. 2 kilo jer nak beli.. Kalau Atok mesti dapat terus. Sebab Atok org glamer.. semua org kenal tu sebab kalau dtg terus dapat santan.. Aci tak?

Di Pagi Syawal
Ummi tak dapat bersolat Hari Raya tahun ni. Tahun lepas solat di Masjid Temerloh. Anis pun ikut sekali solat di Masjid tu :). Tahun ni raya mcm tahun-tahun yg lain. Meriah dgn kehadiran saudara mara. Walaupun Baba takde di sisi kita pada hari mulia tersebut, namun ia tidak mengurangkan kegembiraan dan kemeriahan hari raya kita. InsyaAllah tahun depan kalau ada umur kita pula akan beraya bersama Baba. Yang terdekat.. raya Haji kita akan raya dgn baba :).

Lepas semua balik dari solat, kita pun bermaaf-maafan. Seronok masa ni. Ummi dapat peluk Atok, dapat peluk Opah dan bagi tahu Ummi sayang Opah. Anis pun pandai sgt salam-salam ni. :).

Syawal pertama ni ramai juga saudara mara yg hadir. Sebelah Atok mahupun Opah. Atuk skrg dah jadi Abang sulung. Tinggal Atok dan Tok Itam je yang masih hidup. Adik beradik Atok yg lain dan dijemput Ilahi. Atok Ngah, Atok Cik Udin, Opah Cu Lamah, dan keluarga Atok yg lain semua telah kembali kepadaNya. Jadi, pagi-pagi syawal ini, ada antara anak buah Atok ni akan dtg menziarahi Atok.

Manakala sebelah Opah pula, Opah dah jadi anak sulung juga. Atok Long dah meninggal. Jadi adik-adik Opah dan anak-anak buahnya akan datang ke rumah Opah seawal satu syawal. Suasana sangat meriah dgn kehadiran saudara-mara. Masa ni la nak kenal saudara mara.


Syawal Kedua - Rumah Atok diserbu
Raya tahun ni ramai plak saudara mara Atok yg dtg. Atok Tam beserta anak-anak dan cucu-cucu dan anak-anak dan cucu-cucu Atok Ngah, telah datang beraya ke rumah Atok. Wah meriahnya. Penuh rumah Atok dan Opah laksana kenduri. Maka Mak Andak Anis pun ditugaskan utk membuat Nasi Ayam special.. (tahun ni Ummi tak dpt tolong ke dapur.. kena jaga ANis lah. Anis plak tak nak main dgn org lain.. tu la tak kenal sepupu.. jarang jumpa..pasni kena selalu ziarah ya dik).

Hajat dihati nak beraya di rumah Terbuka JIM Perak pun tak kesampaian.. Ramai sgt saudara-mara yang datang. Yang bertahun-tahun tak jumpa pun kali ni datang bertandang. Mungkin kerana Atok dan Opah tahun ni akan pegi tunaikan Haji insyaAllah, maka saudara-mara amik kesempatan ziarah. Bimbang tak jumpa lagi. Begitulah lazimnya org nak berpergian jauh.


Syawal Ke 3
Ha! Hari ni Baba balik rumah kita! Tak terasa masa berlalu. Tup-tup Baba dah nak datang. Kebetulan pulak raya ke 3 Anis demam. Demam rindu.. 3 hari tak jumpa Baba. Ditambah pula sepupu-sepupu Anis pun demam lepas sorang-sorang sejak 1 syawal.. maka dah agak dah ANis pun akan kena demam jugak. Mujur Baba dah nak balik.. sedap sikit hati Ummi. Panasnya badan adik tak terkata. Makan ubat pun panas lagi... risau Ummi. Nasib baba dah bekalkan dgn ubat2 utk Anis. Cuma ubat lelah dan antibiotik tak ada. Baba lupa. Ummi pun lupa juge.

Seawal 10 pagi Anis dah demam. Ummi pun segera SMS Baba supaya tak tangguhkan perjalanan balik. Alhamdulillah Baba sampai tepat pada masa yang dijangkakan... Terima kasih Baba. So bila Baba ada, Anis memerap dgn Baba je la. Rindu la tu. Alhamdulillah dik.. sekurang-kurangnya adik ada Baba dan Baba punbalik beraya dgn kita.

Trip pertama dari Ipoh yang sampai



Ni Atok dan Tok Tam.. seronok dan sayu tengok mereka dua beradik makan mcm ni.. mcm mana la Ummi dah tua nanti ya kalau panjang umur..


Oleh kerana ruang tamu besar dan penuh. Menantu-menantu dan cucu Atok, Makan di ruang dapur je la.. nasiblah. Tu Pak Ngah, Pak Andak, Pak Anjang dan Pak Cik Anis. Semua tu menantu Atok yg bertungkus lumus masa bakar lemang dan sediakan nasi ayam tu.. tabik.


Ni Mak Ngah Yati dan Opah Tam. Isteri Tok Tam. Seronok betul mereka makan-makan cam ni. Tok Tam kata tahun depan kita kena ke Ipoh plak. Tok Tam nak jamu NAsi Udang.. Cam best jer tu dik. Bagus la.. Baba pun ada sekali tahun depan. Bestnyer.


Syawal Ke Empat : Singgah Ziarah rumah Along Suraya dan balik Temerloh! -

bersambung..

Friday, October 10, 2008

Ramadhan Berlalu Pergi..

Ramadhan..
kehadiranmu dirindui
pemergianmu ditangisi..

Berlalulah sudah bulan ramadhan yang mulia. Bulan rahmah. Bulan berhimpun segala kebaikan utk diraih oleh hamba-Nya. Beruntunglah mereka yg memanfaatkannya.. rugilah mereka yg membiarkan ia pergi begitu sahaja.

Keluarlah sudah kita dari madrasah ramadhan.. Apakah ada perubahan? Owh.. hanya yang empunyai diri tahu situasi sendiri. Moga-moga Allah telah memberikan inayah dan hidayah.. dibukakan pintu-pintu kebaikan. Diterima segala amalan dan menjadikan diri kita lebih baik dari sebelumnya..

Alangkah sayunya hati.. meninggalkan bulan rahmat. Walau keletihan badan namun dapat dirasa kemanisan iman. Diri dengan sendiri tahu diri. Menjaga amal agar tidak diracuni sifat mazmumah. Kini benteng ramadahan telah diangkat.. jiwa-jiwa akan berkelana seperti biasa..

Moga-moga tarbiyah ramadhan yg telah dilalui... akan dapat membenteng nafsu dan hati.. agar menjadi hambaNya yg diredhai dan meredhai.. sehingga kita ketemu ramadhan sekali lagi..



~~~(^o^)~~~
10 ramadhan terakhir..
mengecapi saat-saat akhir ramadahan
dgn iktikaf dimasjid bersama suami dan Anis



Setelah 3 tahun berpindah, Masjid UIA menjadi tempat iktikaf. Tahun-tahun sebelumnya di Masjid UKM bersama Norbahiah dan Along Suraya

Sejak dilahirkan ANis belum ketinggalan iktikaf di Masjid

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50
Bagaimanakah aktivisme pelajar bermula? Apakah pernana PBMUM dan PKPIM dalammembantuk minda pelajar yang berani membawa aspirasi dan suara rakyat? Apakah peranan ABIM, Al Arqam, Tabligh dalam membentuk gerakan dakwah di kalangan pelajar? Bagaimana Latihan Kader Dakwah berjaya membentuk semula kefahaman Islam yang murni di kalangan mahasiswa pada 1970an? Benarkah DEB gagal membentuk pelajar yg kembali dari luar negara berkhidmat utk kerajaan BN? Apakah IRC) Bagaimanakah IRC memainkan peranan dlm kebangkitan dakwah kampus? benarkah IRC sering mendatangkan masalah di kampus-kampus dan menjadi punca perpecahan gerakan dakwah? Sejauh manakah peranan IRC dalam perkembangan dakwah Islam di Malaysia? Siapakah sebenarnya ahli-ahli IRC? Buku ini menyingkap persoalan-persoalan di atas yang adakaitan dgn susur-galur keterlibatan pelajar di dalam dan di luar kampus. Perbagai persatuan dan organisasi yang wujud di sekeliling kehidupan pelajar yang membentuk dan mencerna minda mahasiswa dan akhirnya memunculkan jati diri sebenar mahasiswa dgn idealisme mereka tersendiri sebagai generasi pemuda harapan bangsa, negara dan agama. Wajar dimiliki oleh mereka yg cintakan ilmu, sejarah khususnya mahasiwa sendiri agar mereka tahu bagaimana sejarah kebangkitan mahasiswa bermula. Agar mereka tahu bahawa mahasiswa adalah suara dan jiwa rakyat!

My Box.net Files. Berkongsi beautiful powerpoint dgn rakan-rakan lain. feel free to download :)