Thursday, November 18, 2010

Di Kolam RenangKVK

Lama sungguh ummi tak update blog ni yer :). Anis tahu tak Anis dan Ammar sukeee sgt kolam? Ha at last Anis dan Ammar dpt mandi kolam kat KVK ni bila Abe Lu (Aiman), Alu(Along) dan Abang (Aif) dtg ke rumah kita ketika cuti sekolah masa raye Eidulfitri.. hehe lama dah gambar niekan. Tak dpt nak bawa Ammar dan Anis selalukan sini coz Ummi n Baba weekend mmg jarang ada kat umah.. sesekali bleh bawa Anis Ammar kat kolam kira ok la yer anak-anak ummi.. at least tak yah tunggu bercuti baru dpt mandi kolam! Di masa yg sama sepupu-sepupu Anis dan Ammar boleh jadikan rumah kita sebagai destinasi percutian mereka... alhamdulillah.






Ammar mandi kolam sampai tak nak naik! Bila letak kat tepi kolam, suka hati dia jer terjun sendiri dlm kolam hehe..Ummi saje jer tunggu tepi kolam n suruh Aong tunggu dlm kolam.. nak tgk akal si Ammar nih! Berani sungguh! Oh Ammar Mujahid!

Friday, October 1, 2010

WACANA PENDIDIKAN SEKSUALITI

kepada mereka yang berminat, para pendidik, ibu bapa, NGO, aktivis masyarakat. ayuh daftarkan diri anda ke wacana ini. Jangan lepaskan peluang anda utk mendengar daripada mereka yang pakar dan arif tentang perkara ini. Tiada yuran penyertaan. Ianya GRATIS! PERCUMA!. untuk penyertaan email saya di shm.jim@gmail.com.



Thursday, July 8, 2010

Cloth Daiper

Minggu ni ummi telah menambah satu lagi barang jualan untuk blogshop ummi, mumshoppe. Cloth Daiper! Lama sgt ummi teringin nak pakaikan Ammar dan sekaligus menjual cloth daiper ni. Cloth Daiper ni bagi ummi bagus, sebab selamat, jimat, jadikan ummi lebih rajin utk uruskan CD hehe dan... selamatkan bumi!! so tunggukan testimoni ummi utk cloth daiper ni yer.. nnt kawan2 ummi blh cuba.. memang berbaloi! Percayalah.. :)


Blm sempat amik gambar Ammar dgn CD lagi. Just upload ganbar dari supplier ummi :). Ni adalah antara jenis CD yg ummi jual online dan juga boleh dptkannya di Farmasi Kelularga Greenwood!




brand Babyland Printed

Brand Coolababy

Brand Rainbow


Brand Sunny Minky




nnt upload kat faceboon mumshoppe. So bolehlah pelanggan ummi membelinya.. buat masa ni stok terhad. Tapi kalau nak pre-order pun tak de masalah :)
Harga? Kat mumshoppe nanti :)

Sunday, July 4, 2010

Terlalu lama..



Assalamu'alaikum wbt.

Lama sungguh ummi tak menulis atau posting kat blog ni. Masa berlalu begitu pantas.. cuma ummi uploadkan beberapa gambar kenangan buat ummi sempena ulangtahun kelahiran ummi yg lalu di mana umur ummi genap 35 tahun :) alhamdulillah..



bersama rakan2 di pejabat yg turut menyambut ulang tahun kelahiran. gabung dari Jan hingga June :)

di samping majlis keraian kelahiran, juga majlis utk perpisahan..bagi staf yg akan menamatkan perkhidmatan. Di atas ni Abang Wan Am..(bukan pak cik yer Anis :)).Lama ummi sama-sama keja dan juga dlm KARISMA dgn Abang Wan.. kini ummi dan beliau tiada jodoh lagi :). Belaiu terbang lebih tinggi dlm kerjayanya :)


kebetulan pada hari yg sama bertemu dan menghadiahkan kepada pemenang pertama contest suami mithali blog ummi.. tahniah.. dtg ambil hadiah di ofc ummi :)


alhamdulillah.. sebagai meraikan Anis yg nak makan kek... so kita beli kek utk makan ramai2 :)..Ammar masa ni dah tido la.. so no pic dia :)

Saturday, May 29, 2010

Gift Untuk Pemenang Contest 1-3

Salam kepada semua pemenang. Tak lupa juga utk peserta yang menyertai contest anjuran ummi yg lalu. Ummi mohon maaf lambat nak umum n update. InsyaAllah di hadiah misteri utk pemenang di samping hadiah yg ditulis sebelum ini. Harap semua pemenang bertuah ni seronok mendapat hadiah handmade ini. Hadiah ni utk dilekatkan dlm kereta anda. Atau boleh juga di frame dan digantung kat rumah.. pastu tulislah kat bawah hadiah yg diframe ni 'hadiah kemenangan untuk suami mithali'.. We're a happy famili.. hehe.. okey insyaAllah hadiah anda akan dihantar dlm minggu hadapan.. bersabar ye tunggu.. TERIMA KASIH SEMUA kepada pembaca dan pengunjung blog ummi yg ikhlas membaca dan mengikuti blog ummi seikhlasnya tanpa niat2 lain.... (^v^). Ummuanis love u all dan salam ukhuwwahfillah!

TEMPAT PERTAMA

TEMPAT KEDUA
TEMPAT KETIGA


Sunday, May 23, 2010

Pemenang Contest

Assalamu'alaikum wbt..

Lamaaanyerr tertangguh umumkan pemenang contest yg ummi anjurkan.. hehe macam-macam berlaku... termasuk pelbagai dugaan dan cabaran dlm keluarga dan kerjaya.. termasuklah kewujudan blog dan entry blog ni hehe takpe lah.. live must go on.. biasalah namanya hidup pasti ada cabaran.. cuma jgn mengalah dgn cabaran.. tanganinya dan berusaha mengharunginya!!chayokk ummi chayok!! Hehe apa ummi mengomel ni.. yelah blog ummi, ummi citer pasal ummi la bukan pasal org lean..



Setelah dinilai.. di bawah ni mereka yg terpilih menjadi pemenang contest ummi. Tahniah yer.. bagi pemenang, sila tinggalkan alamat pengeposan dlm comment entry ni utk hadiah ya. Terima kasih kepada semua 11 peserta yg menyertai pertandingan ini.. sokongan anda sgt2 dihargai dan salam perkenalan dari ummuanis dan yati..











TAHNIAH!!!

Monday, May 17, 2010

Nostalgia di Multaqa

dari kiri : ummuanis, hasnor, aini, anfal dan Gee
Nostalgia mengungkit rasa
andai boleh kuulang semula
zaman 'gemilang' kita semua
kuingin pulang semula ke 'daerah kita'
saat kita ketawa, sedih, gembira, menangis bersama...
kerana di 'daerah kita'.. ukhuwwah itu suci
sifat kita bukan nafsu nafsi
kita menjalin ikatan seikhlas hati..
semalam berbalah hari ini mesra kembali
pelukan kita pelukan datang dari jiwa
tangis ria kita kongsi bersama
andai ada resah dan prasangka
kita luahkan sesama kita..
andai bisa aku kembali ke 'daerah itu'
aku ingin kembali padanya
kerana ukhuwwah kita tidak pernah menipu
kita bersahabat seadanya
berjuang mendapat redhaNya
dengan kelemahan dan kekuatan kita...
from the botton of my heart..
miss u all..

Thursday, May 13, 2010

Bagaimana Menjayakan Penyusuan Susu Ibu??



Bagaimana menjayakan penyusuan susu ibu..
anda sukar? anda menghadapi cabaran???

  • susahnya..?
  • berkerjaya sibuk boleh ke susukan anak full breasfeed?
  • perah susu sikit, anda kecewa?
  • Bagaimana jadual mengepam?
  • perlukan suplement tambah susu?
  • bilakah masa sesuai perah susu lepas bersalin?
  • Breasdfeed mengurangkan kecantikan badan?
  • Berapa lama tahan susu ibu disimpan?
  • bagaimana kualiti susu selepas dibekukan?
  • Mcm mana nak susukan anak di nurseri?


Penceramah bertauliah bersama anda..


Anda akan berkongsi pengalaman dgn rakan lain yg berpengalaman
Anda perlukan peng
etahuan dan sokongan
Jom daftar dan dapatkan rakan seperti anda yang menyusukan anak
anda perlu berkongsi pengalaman dan cabaran
dan wujudkan dan sertai pusat sokongan penyusuan dikawasan kita!!!


AYUH APA TUNGGU LAGI??? JOM DAFTAR!!


YURAN RM40 individu/RM75 Berpasangan
Utk penyertaan hubungi ummi : 0192227506
atau email :
ummu_anis@yahoo.com
pembayaran?????
boleh bank inkan dlm acc ummi
Mbb 562209051290 Siti Hamisah Manan
pas byr emailkan butir pembayaran dan contact no

Wednesday, May 12, 2010

Peserta Suami Mithali Contest!!

Salam semua..
kita layan dulu gambar2 ni k...
nnt ummi bagi detail pada gambar2 nie..
huhu ummi sibuk laa..
tapi mesti nak share gak ngan kawan2 sumer..
TAHNIAH buat ISTERI yang share gambar nie..
TAHNIAH buat SUAMI yg memiliki isteri yg iktiraf diri anda mithali..
TAHNIAH buat SUAMI DAN BABA, ABAH, DADY, PAPA...
kerana anda telah menjadi contoh suami mithali...
TAHNIAH DAN TQ SEMUA YA...













Birthday Baba 11 Mei

Alhamdulillah semalam birthday baba yang ke 52... hmm dah senior dah babakan? Hehe.. Baba ni generasi baby boomers. Ummi pula generasi X.. So pertembungan 2 generasi dlm sebuah rumahtangga.. hehe.. best!

Ummi doakan agar baba dipanjangkan usia yg sihat, dimurahkan rezeki yang berkat, dikurniakan kehidupan yang tenang, aman dan sentosa. Ummi juga doakan agar kesabaran baba semakin kuat dlm mengemudi rumahtangga 2 bahtera 1 nakhoda ini... Ameen...

Mlm ni kita potong kek, baca doa selamat ye.. semoga semalat semuanya.. Yey!

InsyaAllah gambar2 suami mithali yg menyertai pertandingan tersebut akan diuploadkan... nnt ummi akan umumkan pemenangnya minggu hadapan.. Hadiah utk mummy, daddy dan keluarga dah sedia.. hadiah misteri pun dah ada... tunggu ye kawan2.

Doakan kami sekeluarga sejahtera dan lindungan dan redha-Nya ya.. ameen

Sunday, April 18, 2010

Aksi Suami Mithali Contest!!! Jom Sertai!!

tempoh contest : 18 April - 30 April
dilanjutkan ke 11 Mei 2010
sempena birthday Baba..(^v^)
Nama Ibu : Siti Hamisah Manan
Nama Bapa : Azahari Abdul Kadir
Nama baby : Ammar Mujahid


Aha.. ummi pun sekarang ni nak juga buat contest. Contest ni bersempena 4th Anniversary ummi pada 30 April 2010 ini!!! (^v^) dan juga pembukaan blogshop ummi mumshoppe. Ini adalah salah satu cara untuk memperkenalkan blog ummi kepada rakan-rakan :).

Kenapa ummi pilih tajuk contest ni?
  1. Kerana suami yang saling membantu dalam rumah tangga terutama dlm menghadapi saat awal mendapat sikecil dan melayan sikecil sgt penting dlm hidup seorang isteri dan ibu
  2. Dewasa ini nilai-nilai sebegini kurang ditonjolkan padahal ummi yakin ramai masyarakat (para suami dan ayah) di luar sana yang memiliki ciri-ciri suami mithali yang ringan tulang membantu para isteri meladeni anak kecil mereka
  3. Sebagai satu penghargaan kepada sang suami yang telah rajin membantu isteri. InsyaAllah kerajinan mereka itu sgt2 dihargai oleh para isteri
  4. Sebagai satu sokongan bagi para suami dan bapa yang sanggup bersusah payah turut sama bangun malam, mandikan baby, basuh wee wee baby, pakaikan lampin dan bedung baby..yakinlah di dunia anda bahagia dgn hubungan erat keluarga insyAllah di sana nnt lagii bahagia.. ameen..
  5. kerana ummi sgt menghargai keprihatinan dan kerajinan baba dalam hal ini..

Syarat-syarat penyertaan

  1. Terbuka kepada semua mummy hehe sebab mummy yg kena pilih gambar2 suami yg mithali bersama anaknya..
  2. Beri keterangan kepada gambar yang dihantar cth disertakan
  3. Jadi la follower blogshop ummi (mumshoppe.blogspot.com) dan Yati (e-shoppe-aksesori.blogspot.com) ekk (yati adalah penaja bersama utk contest ummi ni) agar dpt tambah kenalan
  4. Copy n paste banner contest dan letak di sidebar blog anda (linkkan dgn entry contest ni ye)
  5. Sertakan nama anda, nama suami dan nama anak+umur anak dan email anda untuk memudahkan urusan penghantaran hadiah nnt ya.
  6. Tinggalkan entry penyertaan anda di bahagian comment entry contest ni ya
  7. Hadiah??? Aha kepada pemenang, ada untuk mummy, ada hadiah daddy dan ada hadiah juga untuk anak. Best tak?? barulah dikatakan keluargakan?? semua dpt hadiah!!Hadiahpun ada kaitan dgn anniversary ummi :)

Selamat mengikuti contest pertama anjuran mumshoppe. Harap ada yg sudi join contest nie. Kesudian ummi kami hargai… Sekian terima kasih

  1. Tempat pertama : 1 set(3 botol utk mummy dan 3 botol utk daddy ya..) perfume utk mummy n daddy+hadiah sesuai utk anak
  2. Tempat kedua : 1 set(2 botol sda) perfume utk mummy n daddy+hadiah sesuai utk anak
  3. Tempat ke 3 : 1 set (1 botol sda) perfume utk mummy n daddy+hadiah sesuai untuk anak
  4. 3 hadiah saguhati : keychain singkatan nama keluarga (campur nama isteri dan suami ke atau lain-lain. maksimum 3 huruf)
  5. Ada Hadiah SPECIAL..sgt2 SPECIAL menanti pemenang 1,2 dan 3 di samping hadiah-hadiah di atas!!!tak caya??? tunggu... :)

Gambar pemenang tempat pertama akan dimasukkan dalam tulisan ummuanis dlm majalah Perspektif JIM tentang kekeluargaan dalam keluaran akan datang insyaAllah (cetakan majalah ni 1000 naskhah)

Saturday, April 17, 2010

Kita menang tempat ke 2 :)

Alhamdulillah. Ummi dpt mesej daripada mamazakwan yang ummi menang contest dia kategori dodoian dlm sleeping cutie contest yg ummi telah sertai bulan lepas.. apa hadiah dia ye? Tungguuuu :). tqvm mamazakwan atas pemilihan ini :)

Saturday, April 3, 2010

Bacalah Anakku


Hujung minggu lepas PESTA BUKU ANTARABANGSA 2010. Ummi telah diminta oleh kawan ummi utk menjadi MC Pertandingan Membaca anjuran syarikatnya. Hmm.. lama dah tak jadi MC prgm2 mcm tu. Alahmdulillah ummi dpt membantu kawan ummi tu. Memang seronok jadi MC nie :). Apatah lagi di tempat terbuka seperti itu.

Atas kesudian ummi membantu kawan ummi tu, ummi dptlah hadiah di atas. 1 Set Bestari Bacalah Anakku. Kaedah Bacalah Anakku ini mmg bagus. Dalam pertandingan yg ummi jadi MC tu, anak-anak yg bertanding telah menggunakan kaedah anakku. Semuda umur 4 tahun adik-adik yg comel tu telah pandai membaca. Dalam pertandingan tu 4-6 tahun semua pandai baca. Teks diberi spontan dan semua tulisan warna hitam. Kira hebatlah adik-adik ni.

So bila balik sekarang ni.. setiap malam nak CD Abu Ada Ayam... CD tu dgn lagu dan visual.. so memang la Anis suuukaaaa sgt. Kat rumah hari-hari baca buku Bacalah Anakku.. raaaajin sgt anak ummi ni. Mudah-mudahan next yr Anis dah boleh baca. Pandai baca cepat dpt tahu byk ilmu! So boleh la ummi belikan set buku-buku ensiklopedia plak :).

Tuesday, March 30, 2010

Hargai usaha anak kita


Dulu setiap kali lipat kain Anis kacau ummi. Kain yg ummi lipat akan diambil dan dibongkar kembali lipatan tu.. hmm.. tengok je la ummi. Tak boleh nak marah. Nanti terbantut pula perkembangan Anis.

Kemudian, masa ummi lipat kain lagi, Anis kacau. Tapi dah improve. Tolong lipat. Tapi lipatnya bergulung-gulung :).

Kini, Anis masih membantu ummi setiap kali ummi lipat kain. Anis tengok ummi lipat. tengok cara ummi lipat. Tengok cara ummi susun baju yg dilipat. Hasilnya seperti yang di atas :).. untuk anak perempuan ummi berumur 2 tahun 8 bulan.. ummi consider lipatan Anis di atas ada 'kelas' tersendiri.. sebab lipatan agak cantik dan kemas.. lagi satu Anis telah bezakan lipatan baju adik Ammar dan baju Anis..(seluar jeans tu Anis punya. Baju lubang2 dan bawahnya tu Ammar punya) good girl..:).

Memang sedari kecik ummi discover Anis memang independent..alhamdulillah. Dan setiap kali Anis lipat, ummi akan biarkan lipatan kain Anis. Ummi akan lipat semula bila Anis dah tak nampak :). Tapi depan Anis, ummi tak pernah ambil dan buka semula lipatan kain yang Anis lipat. Ummi hargai usahamu anakku.. dan ummi mahu Anis tahu.. ummi bangga Anis dpt lipat kain tu dgn baik dan ringan tangan tolong ummi..

Bukan sekadar lipat kain.. Anis juga rajin tolong baba jemur kain :). Kalau baba halang atau buat tak ikut peraturan Anis, Anis akan nangis dan minta baba ikut seperti arahan dia utk jemur kain.... kalau tak.. kain tu tidak akan terjemur.. Anis..Anis.. anakku.. :))).

Sepasang Penyeri Mahligai Cinta

Tatkala dirimu bermain ria
bibir ummi merekah ketawa
hati ummi berbunga bahagia
ohh tuhan.. indahnya syurga dunia
diwarnai riuh suara anak-anak tercinta..

Anak-anakku..
kau pengubat sunyi
penawar duka dihati
..pada ketika lara sesekali menghampiri
bila kupandang wajahmu
hati yang kusam segar kembali..

Ohh...alangkah bertuahnya ummi
dianugerahkan sepasang penyeri hati
kehadiranmu sangat ummi syukuri
menghias dan mewarnai
mahligai cinta baba ummi

Semoga kita bertemu kembali
di negeri abadi
dalam syurga Ilahi...



detik-detik Ammar dan Anis bermain leka
tatkala ummi buat kerja di rumah (^v^)




Monday, March 29, 2010

Bila anak sakit..

Bila anak sakit apa yang kita patut buat? Tanya Kak Yus pada beberapa orang rakannya. Bagi ubat? sebahagian menjawab pertanyaan tersebut.

Bagi Ummi pula bila diajukan soalan tu jawapan ummi : "amik cuti. jaga anak kat umah. Pastikan sihat baru keje semula".

Aha tepat sekali jawapan tu.. ye lah anak sakit perlukan perhatian kita. Hari ni Ammar demam + cirit-birit. Keracunan makanan suspek doktor bila bawa Ammar ke klinik pagi ni. So hari ni ummi cuti la jaga Ammar.

Pagi lepas hantar Anis ke nurseri, bawa Ammar ke klinik. Pastu balik rumah dan pastikan Ammar mendapat rawatan yg sewajarnya.. Alhamdulillah selepas pindah ni rumah dekat dgn hospital Damai (ada Dr Wati - Pakar Kanak-kanak). Dekat dgn nurseri ADNI dan PPBA. Dan.. dekat dgn pejabat. Semuanya ambil masa 5 minit sahaja... Alhamdulillah lokasi rumah kita ni bagi ummi sgt strategik. Tiada lagi tension jika mtg weekend sbb nak bawa Ammar dan Anis pun tak la jauh sangat... jalan pula jln dalam kawasan perumahan.. tidak perlu lagi ke jalan besar.. ummi senang sekali tinggal di sini.. (^v^).. rumahpun lapang.. senang nak tgk Anis dan Ammar kat ruang tamu bila ummi sedang kat dapur :)

Suasana rumah ni pun sejuk, tenang, damai dan malam-malam dgr bunyi deruan air bawah tanah yg deras.. hehe mula2 seram gak. Tapi lepas di explain bahawa air bawah tanah tu ada saluran yg dibina kira ok la.. mudah-mudahan kawasan ni tidak la jadi mcm bukit antarabangsa tu ye.. nnt la bila rajin ummi upload la gambar-gambar Mahligai kita ni..



nilah di mahligai kecil kita..
ni permandangan di luar rumah.
bawah tu dlm rumah.
waktu pagi berkabus, sejuk, sunyi, aman, tenang..
boleh dgr bunyi unggas, kicau burung, bunyi air terjun
Alhamdulillah.. thank you Allah atas nikmat-Nya..





kepada kawan-kawan ummi meh la datang singgah umah.
menginap pun boleh terutama bila baba tak bermalam di rumah kitakan?
mcm kak faiz ari tu :). Jemput datang!

Sunday, March 21, 2010

Idea bernas

Petang tadi ummi jumpa kawan ummi yg nak beli barang-barang jualan di blog ummi. Romper gift set + sock tu. Bagus juga idea dia.. beli 1 set gif set tu pastu kalau ada kawan-kawan yang bersalin berikan 1 set ( 1pc romper + 1 pair sock). Letakkan 1 set romper tu dlm bekas hadiah atau apa2 je la bekas yg cantik. So dah jadi hadiah yg comel.. dan murah jer. Bila balik ummi fikir bagus gak idea tu.. why not kalau ummi pun tawarkan cam tu dlm blog utk kawan-kawan ummi dan juga buat perkara yang sama di farmasi keluarga greenwood baba...

pastu ummi pun terfikir utk buat service utk mana-mana kawan2 ummi yg jauh-jauh tu utk membolehkan mereka pesan barang dari ummi utk diberikan kepada kawan atau saudara mara mereka dan ummi poskan ke alamat yg mereka inginkan. Mereka perlu byk charge pos dan wrapping la. Pasti penerima seronok mendapat kiriman hadiah yang tak disangka-sangka oleh teman dan sahabat seperjuangan atau sedara mara. Sebagai contoh Along kat UK pesan gift set utk dipos ke anak buahnya (Anak Angah). Bila Along dah pilih gift set, byr utk postage dan wrapping then ummi poskan hadiah tu ke tuan empunya.. free handmade card.. hehe bab2 kreatif ni ummi mmg suka.. sian Along jadi contoh..

So dibawah ni adalah model ummi dgn carter's rompernya.. umuq baru nak masuk 7 bulan tapi pakai romper tu saiz 12month! huh! :)


Thanks ummi pakaikan romper yg come ni utk Ammar.
Best dan selesalah!
(agaknya ni la kata-kata Ammar pada ummi :))


Friday, March 19, 2010

Anis dan Dapur Little Tikes

"Wah.. cantiknya.." itulah perkataan pertama Anis apabila melihat kitchen dia.. Apalagi.. ralitlah anak dara ummi ni di dapur dia masak-masak setiap kali balik dari nurseri.

2-3 hari lepas tu.
Ummi..ummi...... ummi nak roti bula-bula ke? (roti sapu butter letak gula hehe Anis panggil roti bula-bula. Dia suka sgt roti mcm ni sebab? Baba diapun suke.. ni anak baba Anis nih).

ummipun jawab la... "nak"
"hmm.. baba nak roti bula-bula ke? baba pun jawab "nak".

Anispun terus kata "OK". PAstu dia pun sibuk amil roti mainan tu dan letak dlm pembakar roti mainan dia.. PAstu amik roti dan action mcm ambil gula dan taburkan gula atas roti. Pasti isi dlm piring mainan dia dan bagi ummi dan baba... hehe comelnya... dulu selalu main pinggan mangkuk ummi.. now.. invest sket la beli kitchen dia ni.. tapi secondhand je.. thank niza TLC :).

Sekrg ni anak dara ummi ni mmg suka masak. Bukan setakat masak je.. siap jaga Upin dan Jambo dia.. buatkan susu dlm b otol dan bagikan susu.. semuanya dilakonkan sebiji mcm mana ummi buat kat dia...

Takpe la Anis, mak cik Rosnah kata bila anak-anak nak tolong masak jgn halang nnt bila besar anak tak nak masak kita plak marah. Tapi awal2 anak nak main masak2 (utk develop skill gak tu) kita tak bagi. Ummi masa kecik main masak2 kat bawah rumah. Mian pasir, tanah, kulit kerang jadi duit syiling, Daun jadi duit kertas.. abis bunga-bunga dan pokok2 bunga opah jadi mangsa main pondok-pondok.. huhu.. now manala anak-anak dpt main cam tu.. so sebagai sokongan supaya Anis tetap dlm menjalani kehidupan childhoodnya yg happy.. inilah kitchen utk Anis Solehah.. untuk tatapan Kak Ee juga yg nak tgk kitchen Anis.

utk Ammar nnt apa pula ya ummi?? hmm...tunggula Ammar besar nnt camner huhu..




yg ni pula kitchen ummi la......

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50
Bagaimanakah aktivisme pelajar bermula? Apakah pernana PBMUM dan PKPIM dalammembantuk minda pelajar yang berani membawa aspirasi dan suara rakyat? Apakah peranan ABIM, Al Arqam, Tabligh dalam membentuk gerakan dakwah di kalangan pelajar? Bagaimana Latihan Kader Dakwah berjaya membentuk semula kefahaman Islam yang murni di kalangan mahasiswa pada 1970an? Benarkah DEB gagal membentuk pelajar yg kembali dari luar negara berkhidmat utk kerajaan BN? Apakah IRC) Bagaimanakah IRC memainkan peranan dlm kebangkitan dakwah kampus? benarkah IRC sering mendatangkan masalah di kampus-kampus dan menjadi punca perpecahan gerakan dakwah? Sejauh manakah peranan IRC dalam perkembangan dakwah Islam di Malaysia? Siapakah sebenarnya ahli-ahli IRC? Buku ini menyingkap persoalan-persoalan di atas yang adakaitan dgn susur-galur keterlibatan pelajar di dalam dan di luar kampus. Perbagai persatuan dan organisasi yang wujud di sekeliling kehidupan pelajar yang membentuk dan mencerna minda mahasiswa dan akhirnya memunculkan jati diri sebenar mahasiswa dgn idealisme mereka tersendiri sebagai generasi pemuda harapan bangsa, negara dan agama. Wajar dimiliki oleh mereka yg cintakan ilmu, sejarah khususnya mahasiwa sendiri agar mereka tahu bagaimana sejarah kebangkitan mahasiswa bermula. Agar mereka tahu bahawa mahasiswa adalah suara dan jiwa rakyat!

My Box.net Files. Berkongsi beautiful powerpoint dgn rakan-rakan lain. feel free to download :)