Tuesday, June 30, 2009

Ummi dan PERKASA JIM

PERKASA singkatan kepada Perkhemahan Semangat Waja. Ia adalah salah satu modul tarbiah utk bahagian fizikal untuk kepimpinan JIM. Ia samalah seperti Training Camp yang dianjurkan oleh badan-badan kerajaan ataupun syarikat-syarikat swasta mahupun institusi-institusi tertentu. Cuma mungkin ia berbeza berdasarkan objektif dan fikrah pihak penganjur dan organisasi terlibat.

Tahun ini PERKASA JIM muncul kembali. PERKASA yang jatuh pada tahun ganjil ini adalah Perkasa ke 9 kalau diikut turutan dan sekiranya tiada pembatalan dilakukan. Kalau tak silap 2 kali Perkasa dibatalkan atas sebab-seba tertentu.

Berdasarkan pengalaman Ummi yang mula berjinak-jinak dengan Perkasa ni.. ternyata Perkasa kali ini amat berbeza sekali. Berbeza kerana kehadiran pada kali ini berbeza daripada kehadiran ke PERKASA sebelumnya.

Catatan Sejarah Ummi dan PERKASA

1999 Perkasa di UNITI, Negeri Sembilan.. Tidak dpt bersama. Masih berada dlm KARISMA

2001 Perkasa di Pulau Pangkor dibatalkan disaat-saat akhir walaupun pada masa itu persediaan telah dilakukan. Ada isu JI dan penangkapan di bawah ISA dalam tahun tersebut. Oleh kerana JIM dekat-dekat dgn nama JI maka keputusan membatalkannya demi kemaslahatan. Namun sebagai trekkers, sempat juga berjungle trekking dan membuat terjunan abseiling gaya australian. Tempatnya sgt cantik dan mmg terasa rugi PERKASA ni tidak menjadi sedangkan team trekkers yg dilatih dibawah BH telah sesat dan disesatkan di dalam hutan dan dibiarkan oleh BH. Begitulah pengalaman dgn BH, jika jadi urusetia, maka trekkerslah yang akan menjalani semua laluan, halangan yang akan dilalui oleh peserta! Jadi trekkers berminggu-minggu masuk keluar hutan bagi memastikan persediaan PERKASA dpt dijalankan sebaik-baiknya.

2003 Perkasa di Bukit Cerakah, Shah Alam. Kali ini menjadi trekkers lagi. Tugas utama menjaga abseiling akhawat yg mmg telah diperturunkan ilmunya oleh BH bersama dgn isteri Aziz JIMedia, Zee Harun. Pada tahun ini perkasa berjaya melonjakkan JIM Pahang.. masih terngiang-ngiang ucapan penuh semangat cikgu Alwi yg terus menyambut cabaran utk mengadakan PERKASA pada tahun berikutnya di Pahang. Terkenang juga JIM Perak yang sesat berjam-jam dlm hutan Bukit Cerakah.

2005. Maka Pahang menjadi Tuan Rumah. Kali ini giliran menjadi peserta kerana BH tidak lagi bersama dlm team PERKASA. Lagi pula PERKASA kali ini bukan PERKASA modul lasak seperti biasa. Ia adalah PERKASA yg tidak lagi masuk hutan akan tetapi masuk kampung, bandar, dan duduk dlm perbincangan. Walaupun asalnya menjadi urusetia juga namun terasa kali ini nak jadi peserta tambahan pula berada dlm team JKPW. Alhamdulillah seronok sekali berada dlm PERKASA tersebut. Byk yg dipelajari terutama bila bergandingan dgn senior - Kak Marhamah.

2007. PERKASA berada di Dewan terus di Serdang, Selangor... bagi yg muda ramai yg complain.. ini bukan PERKASA. Tapi kali ni tidak dpt mengikuti PERKASA.. Maternity Leave..

2009. Kali ini PERKASA muncul lagi. Di Dusun Eco Resort Bentong, Pahang. Ada lagi pembaharuan. Untuk orang muda! Kali ini menjadi urusetia pula yg fulltime membantu JK PERKASA induk. Kalau ikutkan layak menjadi peserta kali ini. Namun oleh kerana berada dlm team pengurusan yg perlu membantu menguruskan kelicinan persediaan PERKASA dan sementelahan pula keadaan diri berbadan dua yg tidak mengizinkan maka kali ini jadi urusetia dan bukan lagi trekkers. Tambahan pula modul kali ini ternyata berbeza lagi dgn sebelumnya.

Seramai 88 orang telah menghadirkan diri ke Perkasa yang terdiri daripada 46 Lelaki dan 42 perempuan yang diwakili oleh para belia berumur 35 tahun ke bawah dari seluruh negara kecuali Sabah dan Sarawak. Dengan tema pada tahun ini JOM BERSAMA MEMIMPIN PERUBAHAN, peserta telah melalui aktiviti lasak bercampur indoor bagi mencapai objektif yang disasarkan.

Alhamdulillah walaupun Ummi agak kepenatan, namun program ini telah dapat dijayakan dengan sebaik-baiknya. Semoga mereka yang hadir sebagai peserta dapat mendapat ilmu sebaik-baiknya dan menatijahkan hasil untuk JIM Daerah dan Negeri kelak. Ummi juga berharap agar objektif yang digariskan dapat dicapai sepenuhnya.

Persoalan yang tinggal sekarang ialah : what’s next??

Perjalanan dan perjuangan menimba ilmu,mengislah diri dan masyarakat tidak pernah henti sehinggalah nafas kita sendiri terhenti.... wallahu’alam.

Lensa PERKASA 2009

semua peserta



sebahagian peserta lelaki dgn kumpulannya dlm permainan polo air



sebahagian peserta wanita dengan fasi mereka

Ada di kalangan peserta yang membawa anak.. syabas!

Monday, June 29, 2009

Omi.. nak tudung.. Omi.. nak solat

"Omi.. Omi... nak tudung... Omi.. Omi... nak solat".
Hmm.. begitulah bicara Anis pada Ummi. Nak ajar Anis pakai tudung Ummi akan bagi tahu.. "Anis.. Ummi pakai tudung. Sambil jari Ummi menunjukkan tudung yang sedang dipakai. "Anis nak pakai tudung?" Cuba Ummi kepada Anis..

Lantas Anis jawab "Nak.. nak... nak tudung"
Kemudian Ummi cuba lagi.. "Anis.. jom kita solat.. Ummi Solat. Anis nak solat". Pancing Ummi kepada Anis. Lalu suara kecil Anis segera kedengaran "Ommiii... solat." "Ya Ummi nak solat. Anis nak solat? Jom kita solat". Itulah bicara Ummi pada Anis ketika nak ajak solat. Lantas Anis akan membiarkan dirinya dipakaikan tudung oleh Ummi dan kemudiannya solat bersama Ummi. Tapi solat Anis tak sampai pun seminit. Anis akan mula membuat aktivitiya tersendiri. Tapi tak mengapa. Tindakan tersebut Ummi lakukan sekadar untuk melatih sejak awal-awal.


Dan.. semalam.. ketika Ummi keluar kereta nak masuk ke rumah (Anis dah masuk dulu dgn Baba) tiba-tiba Anis meluru kepada Ummi yang sedang menuju pintu utama masuk ke rumah.. "Omi.. Omi...." rupa-rupanya Anis nak tunjukkan kepada Ummi bahawa Anis telah memakai tudung dgn sendiri yang terletak di atas sofa.. Hai.. Anis... Anis.. you make my life live.. inilah gambar Anis dimuka pintu yang memakai tudung hasil usahanya sendiri.. dan pasti Ummi takkan lepaskan peluang merakamkan 'Magic Moment' Ummi bersama Anis nie.. huhu.. si mata bulat Omi...


Saturday, June 27, 2009

Biarkan Anak Bermain - Dgn Video

Hmm... dlm seminggu ni Ummi rajin semula menulis di blog. Ada beberapa sebab :

1. Internet dirumah dan pulih.. yeaaayyyy.. ^0^
2. Camera Ummi yg masuk kilang semula telah Ummi dpt kembali dlm keadaan baik semula
3. Sengaja menghadirkan mood menulis kerana ada beberapa task berkaitan penulisan perlu Ummi lakukan.


Okey now kembali kepada tajuk yang Ummi nak tulis dlm blog pada hari ini iaitu :

Biarkan Anak Bermain.
Sebagai ibu muda, Ummi tahu ramai di kalangan rakan-rakan Ummi ni mengambil masa untuk mengadaptasi situasi diri daripada bujang kepada bersuami, daripada sepasang suami isteri kemudian beranak-pinak pula.

Semasa bujang pastinya kita punya karektor tersendiri. Namun bila dah berumah tangga, bersuami dan punya anak, pastinya kita perlu adjust sikap dan situasi kita agar semua yang terlibat dlm suasana baru tersebut diraikan dan happy :).

Ni Ummi nak menulis tentang keadaan anak-anak yang sedang membesar. Semasa kursus Asuh Fitrah yang Ummi pernah ikuti, penceramah iaitu Mak Cik Rosnah sgt menitikberatkan kepada ibu bapa agar melayani potensi anak. Terutama membiarkan anak berkraetiviti. Dan selalunya anak-anak ini berkreativiti (memahirkan dirinya dlm kehidupan) melalui bermain.

Ada di kalangan ibu muda ini yang memang pantang kalau rumah bersepah. Sebab dah biasa masa bujang.. semuanya teratur. Namun bila ada anak-anak kecil.. jeng..jeng..jeng.. inilah masanya kesabaran kita dlm bahagian tersebut akan diuji.. almaklumlah wanita... memang nak rumah selalu kemas, tersusun. Itu akan menyebabkan hati kita tenang. Namun.. nantu dulu! Ummi teringat kata-kata Baba 'sama ada nak rumah kemas atau perkembangan anak terbantut?' So pilihlah! Huh... untung Ummi ada penasihat profesional iaitu Baba Anis.

Alkisah baru-baru ini Anis suka meminta untuk bermain dgn susu tepung! Ummi dan Baba buatkan susu dia, dia pun sibuk nak juga ambil susu dan letakkan dlm botol. Anak-anak kecil ni, kan selalu tiru apa yang ibu bapa dia lakukan.. Satu malam Baba berikan Anis susu.. jadi Anis pun mainlah dgn susu yang diletakkan di dalam mangkuk dan diberikan sudu khas susu tepung yg selalu dibekalkan bersama susu dlm tin tersebut. Pada malam yang lain, Anis menangis nak main susu lagi.. Hmm.. kerana memikirkan susu yang mahal, dan malas nak layan kerenah Anis, Ummi biarkan Anis menangis. Dan akhirnya Anis berhenti menangis. Tak main susu dan akhirnya hisap susu yang Ummi bancuh.. tak lama lepas tu... TIDUR! Tapi tak bestnya Anis tidur dlm keadaan baru lepas menangis dan merajuk skit sebab Ummi tak layan kehendak dia..

Pada keesokan malamnya, Baba ada dirumah. Sedang Ummi dan Baba siap2 nak solat, Anis pun meminta 'nak.. nak.. nak'. Apalagi.. nak susu tepung la.... Hmm.. Ummi seperti biasa biarkan. Tapi Baba cakap pada Ummi.. 'tepung gandum ada? Kalau ada bagi Anis tepung gandum. Biar dia main. Kalau bersepah pun ia tak kotor, dan kalau dia termakan pun, tak merbahaya'. Ish manjanya anak Baba ni, getus hati Ummi. Tapi bila Ummi terus fikir balik.. betul jugak. Teringat plak entry Kak Anfal dlm blognya... kalau air tumpah lap. So kalau bersepah nanti kemas dan sapu.. abis cerita. Jadi seblm solat Ummi berikan Anis semangkuk (sikit je) tepung gandum. Wah.. gembiranya Anis... dan nak tahu apa Anis buat? jom tonton (video ni diambil selepas selesai Ummi dan Baba solat)


Ha lihatlah betapa happynya Anis bermain. Konon-konon sedang membancuh susu sebagaimana Ummi dan Baba bancuhkan susu untuknya. Happy? Yeah.. Anis happy tak menangis, Ummi dan Baba happy sebab Anis happy... akhirnya bila Baba keluar ke kedai untuk meneruskan kerja, Ummi dan Anis main gentel-gentel tepung tu dan kemudian daripada doh tepung tersebut Ummi membentuk huruf-huruf ABC dan suruh Anis teka... sambil main, sambil belajar... pengetahuan Anis mengenap huruf rumi pula semakin bertambah baik. Well done Anis!


Ruang Bermain di dalam rumah
Untuk memberikan Anis keselesaan, Ummi memang memperuntukkan ruang untuk Anis bermain. Jarang sekali Ummi kemas. Adala 2-3 kali dlm seminggu. Mula-mula sukar juga nak hadapi situasi tu sebab hmm.. Ummi ni sgt pengemas orgnya.. siapa yg pernah jadi teman serumah Ummi tahu la.. huhu.. terutama Along Suraya ^0^.

Okey dibawah ni adalah ruang untuk Anis bermain.. syssss.. itu masa kemasnya.. tapi kalau masa bersepah.. huhu.. Baba pun tak larat nak tengok.

So bagi ibu-ibu, biarkan anak bermain dan meneroka alam pembesarannya dgn bermain. Biarkan dia bermain. Dengan bermain dia belajar. Dengan bermain mereka mempertajankan kemahiran-kemahiran minda, tangan, pemerhatian, dan sebagainya sesuai untuk mereka yang sedang membesar. Sediakanlah tempat yg khusus agar kita tak tension kena selalu mengemas barang permainannya.. di masa yang sama sabarlah dlm mendidik anak kita agar akhirnya beliau pandai mengemas barang mainannya sendiri. Walaupun Ummi kadang2 tak sabar, tapi Baba telah tunjukkan contoh tauladan yg baik pada Ummi dlm menahan sabar ni ;).

Akhirnya, tq Baba yang banyak membimbing Ummi dlm meladeni anak-anak. Memang terbukti, Baba memang pandai melayani anak-anak sejak kecil.... so no wonder walau dah berumur 51 tahun, Baba still happy melayani anak-anak kecil... ^v^. One more to come Baba!

Thursday, June 25, 2009

Lensa Raikan B'day

Alhamdulillah,kawan sepejabat Ummi belikan kek dan raikan b'day utk Ummi pada hari ini dan kawan Ummi Kak Ee (15 Jun). Disertakan fotonya..

cantik keknya dan emmm sedap!!!
Ni Kak Ee yg sambut bday bulan Jun juga

Ni Kak Yatie yang belikan Kek utk Ummi dan Kak Ee

ni rakan sepejabat 1 level yg raikan Ummi dan Kak Ee
belakang Kak Syikin dan Kak Ee
Depan Kak Nana, Ummi dan Kak Yati

Terima kasih semua ^0^
Sekian

Genap Usia 34 tahun

Alhamdulillah.. hari ini genaplah usia Ummi 34 tahun. Dapat sms seawal 12 pagi ucapan dari teman sekerja. Kemudian sms dari adik usrah KY. Alhamdulillah... ada juga insan yg ingat hari ulang tahun kelahiran Ummi.

Pagi ni special breakfast dengan Baba di Bangi Kopitiam. Alhamdulillah. Lunch juga special dgn Baba. Alahmdulillah tempat keje Ummi pula dekat dgn kedai Farmasi Baba. Saje je nak beri kelainan pada diri sendiri dan ajak Baba yang suka lupa bab-bab macam ni. Sebagai isteri tak perlu la nak melenting dan merajuk. Kalau ada hubby yang mcm ni.. mudah saja.. kita lah kena ambil inisiatif untuk meraikan hari-hari istimewa dlm kehidupan kita.. Ingatkan saja hubby kita tu dan ajak la dia do something yang special utk kita pada hari tersebut.. betul tak?

Hari ini ada teman juga bertanya.. apa yang ingin dicapai tahun akan datang. Hmm.. sudah tentu Ummi jawab iaitu melancarkan perancangan untuk menyahut panggilan Ilahi menjalankan rukun ke 5 Islam. Kalau ikut perancangan maksimum usia yg Ummi sasarkan untuk ke Mekah sebelum 40 tahun. Namun kini Ummi merancang dlm tempoh 3 tahun Ummi nak menunaikan haji. Hmm mmg ada cabaran. Namun mudah-mudahan Allah murahkan rezeki Ummi. Dengan usia Baba pun dah melebih 50 tahun harap-harap Tabung Haji boleh consider :). Ummi yakin dgn usaha dan doa, insyAllah Allah pasti izinkan harapan Ummi ni terlaksana.

Dalam tahun ini sahaja, beberapa peristiwa penting yg merupakan nikmat daripada Allah akan Ummi lalui.. Pertama sudah tentu kelahiran adik kepada Anis. Jika diizinkan Allah, maka sepasanglah anak Ummi yg Allah anugerahkan. Ada orang nak anak tak dpt anak. Dan ada orang dpt anak semuanya sejantina.. tapi Ummi insyaAllah mudah-mudahan merasa ada anak perempuan dan lelaki. Walaupun telah 3 kali keguguran, namun Allah masih berikan Ummi rezeki mendapat anak-anak yg comel-comel nie..

InsyaAllah Ummi juga sedang dlm perancangan besar akan kehidupan kita sekeluarga. Di samping itu Ummi juga sedang berusaha penerbitkan buku sulung Ummi. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar..

Bila Ummi toleh kembali perjalan hidup Ummi.. masyaAllah byknya nikmat Allah yng telah Dia anugerahkan kepada Ummi. Pertamanya tentu nikmat iman dan taqwa kerana menemukan Ummi pada jalan dakwah. Dgn itu Ummu dpt mengislahkan diri menjadi individu muslim. Kemudian Ummi bertemu pula bertemu kerjaya di dalam JIM yang mana sgt2 Ummi hargai. Bagi Ummi inilah kerjaya di mana Ummi tidak mengalami tension dan Ummi temui satu falsafah di mana 'pergi kerja dgn harapan dan pulang dgn kepuasan'. Setiap hari yang dilalui, perasaan sentiasa ingin ke tempat kerja. Alhamdulillah.

Seterusnya Ummi telah Allah temukan jodoh dgn seorang insan yang sgt baik iaitu Baba Anis. Ummi bersyukur kerana Baba adalah suami impian Ummi yg telah Allah takdirkan buat Ummi.. walaupun terkadang Ummi rasa seperti tidak layak mendapat suami sebaik Baba.. tapi Allah know the best.. Ummi sgt yakin dgn ayat Allah 'lelaki yang baik utk perempuan yang baik dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik'. Maka semua itu telah ditakdirkan.. Sekiranya ada orang mengatakan mengapalah Baba memperisterikan Ummi... mudah-mudahan mereka itu kembalilah kepada ayat Al Quran tersebut. Sebab sesatu yg berlaku, pasti Allah lebih mengtahui da..n semuanya dgn kehendakNya jua.

Dan sehingga kini, Ummi pual sentiasa dilingkungi oleh sahabat-sahabat yang baik. Selalu berada dlm halaqah-halaqah ilmu. Sentiasa ada sahabat utk berkongsi rasa dan saling menegur. Masih menjalankan tanggungjawab bersama jamaah mengendalikan aktiviti dan masih diberi kesempatan oleh Allah utk bersama membimbing dan dibimbing dalam halaqah-halaqah usrah..
Bagi Ummi.. tiadalah nikmat yang lebih besar dari itu semua...

Sesungguhnya dalam usia 34 tahun ini.. Allah telah menganugerahkan Ummi pelbagai nikmat berbanding orang lain yang tidak memiliki apa yang Ummi miliki... Untuk mendidik diri Ummi supaya bersifat qanaah... maka Ummi sering mengingatkan diri Ummi utk melihat mereka yg kurang dari Ummi. Maka dgn itu kita akan lebih bersyukur.. namun jika kita selalu melihat kelebihan orang lain, maka akan selalulah kita merasakan kekurangan nikmat yang ada pada kita malahan mungkin tidak nampak nikmat yang melimpah ruah mengelilingi kita.. sehingga kita sentiasa mengungkit-ungkit kekurangan yang ada pada kita dari segi nikmat-nikmat pemberian Allah.. na'uzubillah.

Semoga kita akan sentiasa bersyukur dgn apa yang Allah telah beri kepada kita. Dengan itu kita akan pasrah dan redha dgn apa yang ada pada kita. Hasil syukur dan redha ini.. insyaAllah hati kita akan lebih bahagia.. jiwa kita akan lebih tenang dan kita akan boleh mendidik diri kita dgn sifat sabar. Namun semua itu memerlukan mujahadah yang tinggi Anis Solehah.. Semoga Allah terus membimbing kita.

Selamat ulang tahun kelahiran buat Ummi.. semoga Ummi akan sentiasa hidup dgn penuh kesedaran sebagaimana yang pernah diperingatkan oleh Naqibah Ummi.. dan akan sentiasa memperbaiki diri untuk mencapai redha Ilahi.. hidup gembira, bahagia, ceria dan.. penuh kesedaran.. Ameen...

"Maka nikmat Allah manakah yang kamu dustakan?"
(ayat yang sering diulang-ulang dlm surah Al Rahman)

Wednesday, June 24, 2009

Setulus Kasihmu Abah..

Anis, sekrang kita berada dlm bulan Jun dan pada hari ini bulan Rejab bertandang lagi. Ini menandakan Ramadan semakin menghampiri kita. Bulan barakah yg punyai pelbagai keistimewaan utk kita sebagai hamba dan umat Muhammad s.a.w bakal menjenguk kita lagi. Mudah-mudahan kita akan sampai ke bulan itu insyaAllah.

Jun istimewa buat Ummi, buat Baba dan pada tahun ini buat Anis juga. Mengapa? Kerana dlm bulan ini jatuhnya ulang tahun kelahiran Ummi iaitu pada 25 Jun. Manakala pada 21 Jun pula adalah Hari Bapa. Jika Mei adalah bulan jatuhnya ulang tahun kelahiran Baba dan Hari Ibu dan bulan utk kita meraikan Baba dan juga Ummi, kini giliran Ummi pula utk diraikan dan ikuti oleh Baba. Nice kan? Bagaimana pula Anis? Oho.. 5 Rejab yg jatuhnya dlm bulan Jun juga adalah ulang tahun kelahiran Anis Solehah dlm bulan Islam. 5 Rejab juga terjadinya Perang Tabuk di Zaman Rasulullah..

InsyaAllah kita akan meraikan hari-hari penting ini bersama-sama dlm bulan Jun ini. Pastinya ada special kek utk kita bertiga ^+^.

Sebenarnya Ummi ingin sekali mendedikasikan sebuah penghargaan pada Hari Bapa ini buat Bapa Ummi iaitu Manan Bin Salleh.. Atok Manan Anis :).



Setulus Kasihmu Abah...
Tahun lepas genapkan usia Abah 70 Tahun. Namun walaupun dlm Kad Pengenalan Abah tahun kelahiran yg tertera adalah 1938, namun menurut Abah beliau lahir 2 tahun lebih awal dari tahun yg didaftarkan tersebut. Al maklumlah Abah lahir sebelum merdeka, jadi macam-macam berlaku. Manakala dalam tempoh tahun-tahun awal hidupnya, Abah terpaksa melalui tragedi bersejrah dunia iaitu Perang Dunia Ke 2 sekitar 1942. Kalau ikut perkiraan Abah, usia Abah pada masa ini ialah 6 tahun. Kalau pada hari ini usia 6 tahun di TADIKAlah. JAdi tidak hairanlah kalau Abah mmg lahir pada tahun 1936 dan didaftarkan pada tahun 1938.

Kini tahun 2009. Usia Abah menjangkau 73 tahun. Bak kata org.. dah ada subsidi 10 tahun dari usia kewafatan Rasulullah (63 tahun). Walaupun usia Abah melewati 70an, namun sehingga kini Abah masih sihat, tegap walau sedikit melengkung badannya. Abah tiada penyakit darah tinggi, kencing manis atau pun jantung. Abah juga tiada obesiti. Abah still kurus seperti usia muda malahan lebih kurus sedikit isi badannya kerana dimamah usia tua. Tubuh Abah masih sasa. Benjolan-benjolan otot walaupun telah tua masih jelas kelihatan. Aku kagum dgn kesihatan Abah.

Kenapa Abah sihat? Amalan Abah sejak muda-muda ialah 'makan pada waktunya'. Abah pantang kalau meninggalkan sarapan apatah lagi makan tengahari mahupun makan malam. Menu Abah selalunya berat sejak pagi sampailah ke malam. Aku sering ditegur kerana selali tidak mahu menjamah makan malam sejak remaja. Namun teguran itu aku kesampingkan. Abah selalu kata 'nanti dah tua baru nampak kesannya. Sekarang tak apa la.. badan muda lagi' nasihat Abah yang sering menusuk ke telingaku dan adik beradikku yang lain. Dan.. ternyata Abah benar.. kini bila usiaku memanjat ke angka 40an.. setelah melahirkan anak.. baru aku terasa dan merasai kesan-kesan tindakan tidak berdisiplinku dlm bab makanan.

Abah datang daripada keluarga susah. Ayah Abah, Salleh adalah penghijrah dari Medan, Indonesia. Datang ke Tanah Melayu mencari rezeki dan bermastautin. Di kampungku sekarang inilah tempat Abah dibesarkan sejak kelahirannya. Abahku keturunan Rawa. Jadi memang dlm sejarah, orang Rawa ramai bertandang dan duduk di Slim River.

Sejak Usia 7 tahun, Abah menjadi Yatim dan beberapa tahun kemudian menjadi yatim piatu. Kesian Abah. Abah cuma menumpang kasih kakak dan abangnya. Pernah juga Abah berhijrah ke Ipoh semasa bujangnya mengikuti Pak Ngah (Abang Abah yang kedua - yg sulung telah meninggal sewaktu kecil) berkerja. Namun selepas bertemu jodoh dgn mak, Abah terus sahaja menetap di Kg Tengah, Kuala Slim.

Abah tidak punya pendidikan tinggi. Jadi membaca rumi pun Abah masih merangkak-rangkak. Abah lebih mudah membaca Jawi. Oleh itu jika Abah tidak pandai duduk bersama, belajar bersama, menyuruh mengulangkaji.. aku tak salahkan Abah. Juga tak salahkan mak. Abah tak belajar tinggi. Setakat darjah 1 - 2 sahaja. Namun bagiku Abah seorang yang bijak. Sebab Abah mahir ilmu pertukangan. Rumah kami pun Abah buat sendiri dan dibantu saudara mara. Abah juga boleh berbahasa tamil hasil pergaulannya dgn rakan-rakan India sejak kecil dan Abah juga pandai menggunakan senapang dan tembakan Abah selalunya tepat. Itulah kepandaian Abah.

Hasil perkahwinan Abah dan Mak, kami 10 beradik dilahirkan. Aku punya 3 abang dan 3 orang kakak. Manakala 3 adik perempuan dan seorang adik lelaki. Kami semua telah berkeluarga kecuali adik bongsuku masih lagi membujang.

10 orang? Ya 10 orang adalah jumlah anak yang ramai. Tapi Abah tabah membesarkan kami 10 beradik. Aku sangat kagumi kecekalan dan kesabaran Abah. Bukan itu sahaja.. kecekalan dan kesabaran Abah dihiasi oleh sifat lemah lembut sebagai seorang bapa... mungkin itu menyebabkan aku rapat dgn Abah sehingga digelar oleh mak sebagai anak manja Abah.

Membesarkan 10 orang anak yang mempunyai beza 2 tahun bagi setiap anak memang sanat mencabar. Abah cuma seorang penoreh getah. Awal-awalnya Abah memajak tanah getah orang lain. Dengan itu Abah menoreh kemudian duit hasil jualan getah dibahagi dua antara abah dan Pemilik kebun. Bertahun-tahun begitulah abah membesarkan kami. Untuk menambah pendapatan, abah ambil upah jual buah-buahan hasil dari kebun Pak Long (Abang sulung mak).

Selalunya lepas menoreh dan makan tengahari, Abah akan keluar semula untuk menjual buah-buahan hingga petang. Begitulah rutin hidup Abah untuk mencukupkan makan, pakai dan pelajaran kami adik beradik.

Namun kemudian rezeki abah bertambah baik. Selepas kejadian banjir 1975 (aku pun tak lahir lagi) abah sebagai ketua keluarga telah diberi sebidang tanah oleh kerajaan. Kemudian Abah dapat skim Pekebun Kecil dan diberikan sebidang tanah yg ditanam getah. Abah juga mendapat sepasang lembu untuk dipelihara dan dinikmati hasilnya. Alhamdulillah abah antara orang kampungku yang menjadi dalam memelihara lembu. Sehingga duit hasil jualan lembu peliharaan yg beranak pinak tersebut dapatlah menampung kami sekeluarga untuk meneruskan hidup.

Setelah mendapat kebun sendiri, abah masih memajak kebun getah orang lain. Ini kerana abah akan menoreh getah berselang hari agar susu getah boleh sentiasa banyak. Ia bertujuan untuk menjana pendapatan lebih. di satu ketika yang lain, Abah menoreh dan abah juga menjadi jaga di sebuah felda yang b aru dibuka di Gunung Besout. Demi membolehkan anak-anak semuanya disekolahkan, bayaran yuran sekolah dilangsaikan, tambang bas disediakan dan duit belanja sekolah disediakan kepada anak-anak, abah keluar rumah menyuluh pokok ke getah meredah dingin dinihari dan kemudiannya sebelum asar, abah akan menunggang motor membelah belantara untuk memulakan tugas sebagai jaga. Perjalanan ke Gunung Besout hanya boleh melalui hutan dan jalan tanah merah. Jauhnya perjalanan ini berpuluh kilometer dan abah akan sampai ke kawasan felda tersebut hampir senja. Esok pagi-pagi Abah dan sampai semula ke rumah utk turun menoreh semula. Itulah rutin Abah. Aku hanya nampak abah merebahkan badannya setelah balik menoreh. Abah akan bingkas bangun semula menjelang asar untuk bersiap-siap meredah belantara semula.

Satu ketika dalam bulan ramadan dan abah masih membuat rutin kerja yang sama, aku melihat peluh abah menitik ketika menurunkan tabung susu getah yang akan dihantar untuk dijual. Dapat aku rasakan betapa penatnya abah menjalankan rutin hariannya dalam bulan ramadan tersebut.. Aku tidak dapat menahan air mataku melihat situasi tersebut pada waktu itu. Lantas dlm hatiku, aku terus berazam untuk belajar bersungguh-sungguh dan berjaya dalam pelajaranku. Aku tidak mahu abah kecewa sebagaimana beliau kecewa dgn kakak-kakak dan abang-abangku yang masing-masing tidak sampai kesempatan untuk menjejakkan kaki ke menara gading. Aku tahu, walaupun abah tidak belajar tinggi, tapi beliau sangat ingin melihat ada di antara anak-anaknya berjaya dalam pelajaran.

Kebetulan pula dalam sepuluh adik beradikku, aku bernasib baik. Sejak bermula tingkatan 1, aku memperoleh biasiswa daripada kerajaan persekutuan sehingga aku memasuki tingkatan 6. Dengan biasiswa tersebut, aku dapat membeli buku-buku rujukan untuk keperluanku di samping keperluan lain pembelajaran. Aku juga menggunakan duit biasiswa untuk yuran. Oleh itu, ringanlah sedikit bebab abah. Ini juga mungkin sebagai salah satu motivasi juga untuk aku belajar dgn tekun di samping kegetiran abah yg menyuntik semangatku untuk berjaya.

Aku bukanlah otak genius. Tak pandai sangat juga. Dalam adik beradik 10 orang, tiada seorangpun berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Tapi Alhamdulillah Allah telah memilih aku di antara adik beradikku untuk memberikan sedikit kegembiraan kepada kedua orang tuaku khususnya Abah.

Aku berjaya mendapat keputusan agak cemerlang dlm SRP kemudian SPM. Dan aku sendiri pilih dan direstui abah untuk mengikuti tingkatan 6 walaupun emak menentang keras meminta aku ambil diploma di ITM. Oleh kerana tiada subjek yang sesuai dgn minatku dan keputusan SPMku, aku nekad untuk menyambung pelajaran di tingkatan 6 sahaja. Sebelum itu abah telah merestui aku menukar aliran daripada sains kepada sastera walaupun mak dan keluarga sebelah emak lagi sekali menentang. Kata-kata abah mudah sahaja untukku, 'abah tak tahu. Kak Teh lah lebih tahu apa yang Kak Teh nak. Abah cuma boleh berdoa aje. Kak Teh pilihlah jalan Kak Teh kalau Kak Teh rasa itu boleh membawa kejayaan". Itulah abah.. dan aku senang sekali dgn tuturnya dan kepercayaan yang diberikannya kepadaku dlm menentukan masa depanku sendiri.

Antara perkara yang menyentuh hatiku tentang abah ialah tindakan abah yang dalam senyap memberikan sokongan dan dorongan kepadaku untuk belajar. Aku mengerti abah tak pandai nak bagi nasihat dan tunjuk ajar dlm pelajaran. Pandai-pandai kami sendirilah. Tapi satu tindakannya yang aku sedari ialah, abah akan turut berjaga malam jika aku juga berjaga jauh malam untuk mengulangkaji. Mula-mula aku tidak perasaan. Tapi lama-kelamaan baru aku perasan apabila setiap kali aku nak masuk tidur, barulah abah akan tutup televisyen dan tidur. Jadi sekiranya aku belajar sampai jam 12 mlm, maka sampai jam 12 malamlah abah akan menonton TV sambil menghisap rokok kegemarannya. Sebelum tidur abah akan pastikan berhampiran tempat tidurku telah terpasang ubat nyamuk. Kalau tiada, beliau akan memasangkan ubat nyamuk untukku..
Sampai saat terpenting dalam hidupku ketika keputusan STPM akan diumumkan. Inilah penentu kepadaku sama ada aku akan menjadi mahasiswa atau aku akan meneruskan tradisi adik beradikku yang lain iaitu menjadi pekerja kilang. Ketika keputusan STPM dikeluarkan aku berada di Shah Alam kerana berkerja. Aku sengaja memenuhi masa menunggu keputusan STPM yg mengambil masa 3-5 bulan itu untuk menimba pengalaman. Oleh kerana ketidakberadaanku di Slim River, maka abah telah mengambil keputusan STPMku... hatiku sangat berdebar pada waktu itu. Tidak sabar aku mahu kembali ke kg dan mengetahui keputusanku. Sebab kalau aku telefon pun, abah tak faham tentang keputusan tersebut.

Aku segera pulang ke Slim River setelah memohon cuti dari majikan. Alhamdulillah, keputusan STPMku setetlah kukira-kira unit bagi setiap subjek yang ku ambil, aku yakin keputusan itu mampu untuk aku diterima sebagai mahasiswa. Dalam tempoh percutian tersebut, aku lantas hadir ke sekolah untuk berjumpa guru-guruku. Ramai guru mengucapkan tahniah. Apatah lagi batch aku adalah batch yg telah mencatatkan keputusan yg sgt cemerlang bagi sekolah dlm peperiksaan STPM. Kami cuma ada dua kelas dan sekitar 30 pelajar sahaja. Dan lebih separuh mendapat keputusanyg membolehkan kami memasuki menara gading. Guru-guru sangat gembira dan memuji-muji batch kami. Aku pula tersenarai sebagai pelajar ke 3 terbaik.

Satu lagi saat yg mengharukan aku tentang abah apabila aku berjumpa guru sejarahku iaitu Cikgu Faridah. Setelah mengucapkan tahniah kepadaku beliau telah menceritakan saat-saat abah mengambil keputusan di sekolah.. Abah berjumpa dengan Cikgu Faridah untuk ambik slip keputusan STPMku. Cikgu Faridah memberitahuku bahawa Abah mengalirkan air mata bila guruku memberitahu bahawa aku boleh masuk ke universiti dgn keputusan tersebut. Abah juga menyebut bahawa aku adalah anak harapannya yang sangat diharapkannya dapat terus belajar sehingga peringkat tinggi. Abahku bangga walaupun tidak berpendidikan tinggi dan sebagai penoreh getah, ia juga punya anak yang dapat belajar sehingga ke universiti.

Harapan abah tercapai dan aku bersyukur. Masih terbayang-bayang saat aku melambai-lambai abah dan mak ketika majlis membaca ikrar pelajar baru di UKM pada tahun 1995. Itulah pertama kali dalam hidup abah, abah dapat berada di menara gading yang selama ini ditontonnya melalui drama-drama TV dan didengarnya daripada jiran-jiran yang menghantar anak mereka ke situ. Tapi pada hari tersebut, betapa bangganya beliau bertemu orang sekampung dan beliau hadir sebagai bapa yang turut menghantar anak ke universiti. Abah ada menceritakan kepadaku kata-kata sahabat sekampung kami 'ada jugak anak engkau Nan masuk universiti. Dapat jugak anak penoreh getah sampai ke sini'. Ayahku hanya mampu mengukir senyum penuh makna..

Hari ini, aku telah berkerja. Aku telah mempunyai ijazah sarjana muda dan sarjana. Aku juga telah bersuami dan mempunyai anak. Namun sehingga kini, aku adalah antara anak yang sering dirindui kepulangannya oleh abah.. Jika lama tak balik kampung.. pasti abah akan bagi tahu kakakku.. 'manalah Kak Teh ni. Merajuk ke dia'. Begitulah selalunya. Jika beliau ke rumah adik-bradikku yang lain, abah sgt ingin datang ke rumahku. Tapi selalu tak berkesempatan sebab mak selalu nak balik cepat-cepat. Abah hanya akan menelefonku dan meminta maaf tak dapat datang ke rumahku. Bagiku itu tidak mengapa. Yang penting, akulah kena disiplinkan diri dan mencari ruang setiap bulan untuk menjenguk abah dan mak sambil memberikan wang belanja bulanan.

Alhamdulillah kini, karektor Abah yng kusayangi dan kusanjungi hadir dlm kehidupanku... Aku bersyukur kerana lelaki yang menjadi suamiku kini persis laku dan lagaknya seperti abah.. lemah lembut, sangat penyabar dan santun.. kalah aku yang wanita (mungkin terikut sifat mak yang garang :)). Suamiku juga ada mirip-mirip abah dari segi rupa.. dan kini suamiku juga sangat penyabar dalam mendidik anakku dan memanjakan anak kami Anis Solehah.

Ya Allah, engkau berkatilah dua bapa ini iaitu bapaku dan bapa kepada anak-anakku. Engkau tempatkanlah mereka ditempat sebaik-baiknya dalam syurgaMu... jika semalam keperitan seorang ibu mengandungkan, melahirkan dan menyusukan anaknya... maka begitu jugalah keperitan dan kegetiran yang dialami oleh seorang bapa yang menjalankan amanah dan tanggungjawanya membesarkan anak-anak sehingga mereka dapat menjalani kehidupan sebaik-baiknya apabila dewasa.... maka oleh itu kasihilah keduanya dan hormatilah keduanya...
Ni gambar Atok Manan

Ni Baba dan Anis Solehah

Friday, June 19, 2009

Award dari Teman

Semalam sedang Ummi melihat2 khabar berita rakan-rakan Ummi melalui blog, baru Ummi perasan Kak Eda telah menganugerahkan Ummi Award ni..


Boleh katakan perkenalan Ummi dgn Kak Eda ni masih baru. Namun kemesraan yg ditunjukkan oleh beliau seolah-olah Ummi dgn dia dah lama kenal. Ummi kenal Kak Eda sebab dia adik angkat pada kak Juwairiyah Zulkifli. Bila selalu jumpa Kak Eda dlm pgrm JIM, maka hubungan pun semakin mesra. Tambah erat dan mesra bila Ummi dgn Kak Eda jadi regu badminton wakil JIM KL dlm KSPPJ 2007 peringkat Zon Tengah.


Ni la Kak Eda (Farah Syahida).
Ni gambar dia bersama Ummi
selepas makan-makan di rumah mak cik Zai


Semoga ukhuwwah yang terbina berpanjangan. Ummi harap Kak Eda sentiasa mendapat perlindungan, rahmat dan cahaya petunjuk dari Ilahi dlm mengharungi kehidupan di dunia yg sementara ini. Ummi sayang Kak Eda kerana Allah :).


Terima kasih kita ucapkan pada Kak Eda kan Anis kerana anugerahkan Ummi award di atas. Hehe best dlm lingkungan kita-kita ye la ya. Anyway yg penting tanda ingatan sahabat kita kepada kita...

Nak tag siapa ya? Hmm.. Ummi sekarang ni sibuk sikit dgn urusan besar.. ^V~. Jadi blog pun jarang update. Jadi takde mood nak sambung tag ni... mudah-mudahan Allah mudahkan urusan kita ni Anis Solehah.

Wednesday, June 10, 2009

Magic Moment With Anis

Ha.. lama dah Ummi tak menulis di blog. Kdg2 post artikel org lain jer.. agak sibuk. Ummi dan Anis baru jer balik dari PERKASA JIM 2009. Alhamdulillah semua dah selesai.. cuma kini kepenatan masih meninggalkan saki-bakinya di tubuh Ummi.

Dan untuk hari ini.. pening mula menggigit-gigit kepala Ummi.. harapnya taklah berpanjangan membawa kepada demam.. Al maklumlah adik Anis ni makin aktif dan makin membesar.. dah 1kg dah! Ummi plak pun semakin menambah berat badan!

Punyalah sibuk, sampai hajat Ummi utk berkongsi dlm blog tentang perkembangan terbaru Anis yg sgt mengujakan Ummi dan Baba pun Ummi tak sempat.. so hari ni Ummi nak mengarkibkan untuk Anis perkara yg istimewa berkenaan diri Anis.

Perkara ni berlaku Jumaat lepas...

1. Khamis malam Jumaat :
Anis spt biasa makan malam bersama Ummi dan Baba. Seperti biasa juga Ummi akan ajar Anis supaya membaca bismillah dan doa makan sebelum makan. Jadi Anis akan membaca bismillah dgn berirama... pastu Ummi akan mulakan.. Allahumma...ba... Anis terus sambung bariklana.. sampai abis doa makan Anis baca.. oh.. rupanya Anis dah pandai baca doa makan... Umur Anis 1 tahun 10 bulan dan Anis sudah pandai baca doa makan sendiri.. tahniah Anis.. Ummi bersyukur dan gembira. Babapun gembira dan seronok lihat perkembangan Anis.

2. Pagi Jumaat
Pagi-pagi bila nak bertolak ke nurseri, Anis ambil 'quran' Anis. (buku jawi. Dpt free dari al amin serve. Buku terkini belajar jawi). Anis sgt minat dgn buku2 jawi ni yg dipanggil Al Quran. Ummi almost everynight akan baca alfatihah dgn Anis sblm Ummi tilawah Al quran. Anis akan ikut Ummi baca. Dan pagi Jumaat ini Ummi cuba test.. sedang ANis buka buku jawi Ummi pun mulakan membaca al fatihan .. bismillahirrahmanirrahim.. alham... Anis pun ikut 'alhamdulillahirabbil'alamin... sampai hujung al fatiha.. oh rupanya Anis pun dah pandai baca al fatihah sendiri sampai habis.. lagi sekali tahniah Anis Solehah..

InsyaAllah Ummi akan beri perhatian sebaik-baiknya meladeni perkembangan Anis. Ramai yg suggest pada Ummi agar mulakan mengajar hafalan ayat2 Al quran pada Anis. Bagi kakak2 ni perkembangan Anis sgt cepat berbanding umur ANis dan Ummi sedang lakukannya... Semoga Anis menjadi Anak yg solehah, hafizah dan pandai dlm bidang2 duniawi dan ukhrawi.. jadi insan yang bermanfaat untuk agama Allah ya sayang....

Wednesday, June 3, 2009

Secawan Kopi Secamca Garam - Artikel Menarik..


Saturday, May 23, 2009
Secawan Kopi Secamca Garam
(Kisah benar yang mencuit kalbu, lucu dan terharu!)

dari blog Ustazah Maznah

Seorang jejaka biasa, tidak lawa dan tidak berharta.
Dia terpikat gadis di sebelah rumahnya, pada akhlak, agama dan tidak kurang pula rupa parasnya.

Dia ingin berkenalan, tetapi segan.
Ingin bertegur sapa, tetapi tidak tahu bagaimana.
Akhirnya dia memberanikan diri, merisik ahli keluarga serta tuan punya diri.
Tanpa diduga hasrat hatinya bersahut, pinangannya disambut.

Suatu hari dia mengajak tunangnya keluar makan di sebuah restoran yang cantik.
Mereka memilih tempat duduk yang agak tersorok.
Oleh kerana itulah kali pertama keluar berduaan dengan perempuan, dia menggelabah tak keruan. Tiada sepatah kata mampu diucapkan.

Begitu juga dengan si gadis. Tetapi dia lebih tenang dan dapat mengawal perasaan.
Diperhatinya si jejaka yang keresahan. Pun tidak tahu bagaimana nak mulakan bicara. Pabila mata bertentang, hanya senyuman terukir di bibir.

Tiba-tiba jejaka memanggil pelayan: “Saudara, bawakan sedikit garam untuk kopi saya!”
Si gadis memandang penuh keheranan. Seumur hidupnya tidak pernah mendengar air kopi dibubuh garam?

Dia mengambil garam yang dibawa oleh pelayan dan meletakkan satu camca ke dalam cawan kopi dan meminumnya.

Gadis bertanya kenapa minum kopi dengan garam?
Dia menceritakan bahawa dia dibesarkan di sebuah kampong yang terletak di tepi pantai. Dia sangat suka bermain di pantai dan mandi manda di dalam laut yang masin airnya.
Air kopi yang masin menyingkap kenangan manis zaman kanak-kanaknya serta kedua ibu bapanya yang banyak berjasa, mendidik dan membesarnyakan.
Dan dia meneruskan bicara dengan suara yang perlahan, sedang air mata bergenang dibirai matanya.

“Kini mereka berdua telah berpindah ke alam baqa’. Moga-moga Allah cucuri rahmat ke atas roh mereka berdua”.

Bicara tulus yang terbit dari hati yang mulus benar-benar menyentuh hati si gadis. Tanpa disedari airmatanya turut berjurai menghiasi pipi. Jauh di lubuk hati dia bersyukur pada Ilhali yang telah mempertemukan dia dengan jejaka yang penyayang, setia dan berbakti kepada ibu dan bapa. Dia bersyukur kerana Allah telah memakbulkan apa yang dipintanya di dalam doanya selama ini.

Itulah kali pertama dan terakhir mereka keluar bersama sebelum diijab qabulkan sebagai suami isteri yang sah.
Hiduplah mereka berdua aman damai dalam sebuah rumahtangga yang bahagia. Setiap kali dia membancuh kopi untuk suaminya, diletakkannya secamca garam kerana itu yang digemari suaminya.

Selama 40 tahun melayari bahtera rumahtangga, mereka telah dikurniakan cahaya mata yang diasuh dengan sempurna.

Anak pertama dan kedua menjadi pakar bedah, anak ketiga seorang jurutera, anak keempat seorang peguam, anak kelima pakar sakit puan dan anak keenam belum tamat pengajian.
Kini, bapa yang penyayang telah pergi menyambut seruan Ilahi.
Beberapa hari selepas pemergiannya ibu menjumpai sepucuk surat yang ditulis untuknya.

Surat itu berbunyi:

Wahai isteriku tersayang, ibu kepada anak-anakku tercinta, maafkan aku. Sesungguhnya aku telah membohongimu satu kali sepanjang hidupku. Pastinya kau masih ingat saat kita keluar bersama di sebuah restoran. Aku menggigil, perasaanku bercelaru. Aku telah meminta pelayan membawakan garam untuk air kopiku. Sebenar aku hendak meminta gula, tapi tersebut garam. Aku malu untuk mengakui kesilapanku. Lalu aku terus minum air kopi yang dicampur garam.

Aku ingin berterus terang denganmu selepas itu. Namun aku tidak sanggup kerana bimbang kau akan menuduh aku seorang yang pandai menipu. Maka aku berjanji kepada diriku tidak akan membohongimu lagi sepanjang hidupku. Cukuplah sekali itu.

Wahai isteriku, kesayanganku. Sesungguhnya aku tidak suka kopi yang dicampur garam. Rasanya pelik. Tapi itulah yang aku teguk sepanjang hidupku bersamamu selama 40 tahun. Ia tidak menjadi masalah kepadaku. Cinta dan kasih sayangmu menghapus segala rasa yang tidak enak kopi yang bergaram. Aku tetap bahagia. Sekiranya ditakdirkan Allah aku bisa hidup sekali lagi di dunia ini, pasti aku akan memilih hidup bersamamu meskipun aku terpaksa meminum kopi dengan garam lagi. Tetapi apa yang ada di sisi Allah itu lebih baik dan lebih kekal. Aku berharap Dia akan menghimpunkan kita kembali di sisiNya di dalam syurga yang abadi…

Air matanya mengalir deras membasahi sekeping kertas yang terhampar diribaannya. Dia menangis sepuas-puasnya bagaikan kanak-kanak yang kematian ibu.
Suatu hari salah seorang anaknya bertanya: Mama apa rasa minum kopi dengan garam?
Dengan linangan air mata dia menjawab: “Itulah kenangan hidupku yang paling berharga. Ia lebih manis daripada gula!”

Monday, June 1, 2009

lagi kenduri kahwin



Lagi kenduri kahwin untuk adik-adik ummi dlm Karisma. Pasangan pertama Nusaibah dan Azim. Nusaibah anak boss Ummi akh Tuan Yaacob dan Kak Salwani. Pasangan kedua Zubair dan Kak Awla. Yg ni dua-dua Ummi kenal.

Kita cuma ada kesempatan pegi kenduri kaka Nusaibah dan Abang Azim. Sebab Kak Awla dan Abang Zubair jauhhhh kat Johor sana.

Semoga Allah memberkati perkahwinan mereka dan memberikan mereka sakinah mawaddah dan rahmah.. ameen.

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50
Bagaimanakah aktivisme pelajar bermula? Apakah pernana PBMUM dan PKPIM dalammembantuk minda pelajar yang berani membawa aspirasi dan suara rakyat? Apakah peranan ABIM, Al Arqam, Tabligh dalam membentuk gerakan dakwah di kalangan pelajar? Bagaimana Latihan Kader Dakwah berjaya membentuk semula kefahaman Islam yang murni di kalangan mahasiswa pada 1970an? Benarkah DEB gagal membentuk pelajar yg kembali dari luar negara berkhidmat utk kerajaan BN? Apakah IRC) Bagaimanakah IRC memainkan peranan dlm kebangkitan dakwah kampus? benarkah IRC sering mendatangkan masalah di kampus-kampus dan menjadi punca perpecahan gerakan dakwah? Sejauh manakah peranan IRC dalam perkembangan dakwah Islam di Malaysia? Siapakah sebenarnya ahli-ahli IRC? Buku ini menyingkap persoalan-persoalan di atas yang adakaitan dgn susur-galur keterlibatan pelajar di dalam dan di luar kampus. Perbagai persatuan dan organisasi yang wujud di sekeliling kehidupan pelajar yang membentuk dan mencerna minda mahasiswa dan akhirnya memunculkan jati diri sebenar mahasiswa dgn idealisme mereka tersendiri sebagai generasi pemuda harapan bangsa, negara dan agama. Wajar dimiliki oleh mereka yg cintakan ilmu, sejarah khususnya mahasiwa sendiri agar mereka tahu bagaimana sejarah kebangkitan mahasiswa bermula. Agar mereka tahu bahawa mahasiswa adalah suara dan jiwa rakyat!

My Box.net Files. Berkongsi beautiful powerpoint dgn rakan-rakan lain. feel free to download :)