Wednesday, June 24, 2009

Setulus Kasihmu Abah..

Anis, sekrang kita berada dlm bulan Jun dan pada hari ini bulan Rejab bertandang lagi. Ini menandakan Ramadan semakin menghampiri kita. Bulan barakah yg punyai pelbagai keistimewaan utk kita sebagai hamba dan umat Muhammad s.a.w bakal menjenguk kita lagi. Mudah-mudahan kita akan sampai ke bulan itu insyaAllah.

Jun istimewa buat Ummi, buat Baba dan pada tahun ini buat Anis juga. Mengapa? Kerana dlm bulan ini jatuhnya ulang tahun kelahiran Ummi iaitu pada 25 Jun. Manakala pada 21 Jun pula adalah Hari Bapa. Jika Mei adalah bulan jatuhnya ulang tahun kelahiran Baba dan Hari Ibu dan bulan utk kita meraikan Baba dan juga Ummi, kini giliran Ummi pula utk diraikan dan ikuti oleh Baba. Nice kan? Bagaimana pula Anis? Oho.. 5 Rejab yg jatuhnya dlm bulan Jun juga adalah ulang tahun kelahiran Anis Solehah dlm bulan Islam. 5 Rejab juga terjadinya Perang Tabuk di Zaman Rasulullah..

InsyaAllah kita akan meraikan hari-hari penting ini bersama-sama dlm bulan Jun ini. Pastinya ada special kek utk kita bertiga ^+^.

Sebenarnya Ummi ingin sekali mendedikasikan sebuah penghargaan pada Hari Bapa ini buat Bapa Ummi iaitu Manan Bin Salleh.. Atok Manan Anis :).



Setulus Kasihmu Abah...
Tahun lepas genapkan usia Abah 70 Tahun. Namun walaupun dlm Kad Pengenalan Abah tahun kelahiran yg tertera adalah 1938, namun menurut Abah beliau lahir 2 tahun lebih awal dari tahun yg didaftarkan tersebut. Al maklumlah Abah lahir sebelum merdeka, jadi macam-macam berlaku. Manakala dalam tempoh tahun-tahun awal hidupnya, Abah terpaksa melalui tragedi bersejrah dunia iaitu Perang Dunia Ke 2 sekitar 1942. Kalau ikut perkiraan Abah, usia Abah pada masa ini ialah 6 tahun. Kalau pada hari ini usia 6 tahun di TADIKAlah. JAdi tidak hairanlah kalau Abah mmg lahir pada tahun 1936 dan didaftarkan pada tahun 1938.

Kini tahun 2009. Usia Abah menjangkau 73 tahun. Bak kata org.. dah ada subsidi 10 tahun dari usia kewafatan Rasulullah (63 tahun). Walaupun usia Abah melewati 70an, namun sehingga kini Abah masih sihat, tegap walau sedikit melengkung badannya. Abah tiada penyakit darah tinggi, kencing manis atau pun jantung. Abah juga tiada obesiti. Abah still kurus seperti usia muda malahan lebih kurus sedikit isi badannya kerana dimamah usia tua. Tubuh Abah masih sasa. Benjolan-benjolan otot walaupun telah tua masih jelas kelihatan. Aku kagum dgn kesihatan Abah.

Kenapa Abah sihat? Amalan Abah sejak muda-muda ialah 'makan pada waktunya'. Abah pantang kalau meninggalkan sarapan apatah lagi makan tengahari mahupun makan malam. Menu Abah selalunya berat sejak pagi sampailah ke malam. Aku sering ditegur kerana selali tidak mahu menjamah makan malam sejak remaja. Namun teguran itu aku kesampingkan. Abah selalu kata 'nanti dah tua baru nampak kesannya. Sekarang tak apa la.. badan muda lagi' nasihat Abah yang sering menusuk ke telingaku dan adik beradikku yang lain. Dan.. ternyata Abah benar.. kini bila usiaku memanjat ke angka 40an.. setelah melahirkan anak.. baru aku terasa dan merasai kesan-kesan tindakan tidak berdisiplinku dlm bab makanan.

Abah datang daripada keluarga susah. Ayah Abah, Salleh adalah penghijrah dari Medan, Indonesia. Datang ke Tanah Melayu mencari rezeki dan bermastautin. Di kampungku sekarang inilah tempat Abah dibesarkan sejak kelahirannya. Abahku keturunan Rawa. Jadi memang dlm sejarah, orang Rawa ramai bertandang dan duduk di Slim River.

Sejak Usia 7 tahun, Abah menjadi Yatim dan beberapa tahun kemudian menjadi yatim piatu. Kesian Abah. Abah cuma menumpang kasih kakak dan abangnya. Pernah juga Abah berhijrah ke Ipoh semasa bujangnya mengikuti Pak Ngah (Abang Abah yang kedua - yg sulung telah meninggal sewaktu kecil) berkerja. Namun selepas bertemu jodoh dgn mak, Abah terus sahaja menetap di Kg Tengah, Kuala Slim.

Abah tidak punya pendidikan tinggi. Jadi membaca rumi pun Abah masih merangkak-rangkak. Abah lebih mudah membaca Jawi. Oleh itu jika Abah tidak pandai duduk bersama, belajar bersama, menyuruh mengulangkaji.. aku tak salahkan Abah. Juga tak salahkan mak. Abah tak belajar tinggi. Setakat darjah 1 - 2 sahaja. Namun bagiku Abah seorang yang bijak. Sebab Abah mahir ilmu pertukangan. Rumah kami pun Abah buat sendiri dan dibantu saudara mara. Abah juga boleh berbahasa tamil hasil pergaulannya dgn rakan-rakan India sejak kecil dan Abah juga pandai menggunakan senapang dan tembakan Abah selalunya tepat. Itulah kepandaian Abah.

Hasil perkahwinan Abah dan Mak, kami 10 beradik dilahirkan. Aku punya 3 abang dan 3 orang kakak. Manakala 3 adik perempuan dan seorang adik lelaki. Kami semua telah berkeluarga kecuali adik bongsuku masih lagi membujang.

10 orang? Ya 10 orang adalah jumlah anak yang ramai. Tapi Abah tabah membesarkan kami 10 beradik. Aku sangat kagumi kecekalan dan kesabaran Abah. Bukan itu sahaja.. kecekalan dan kesabaran Abah dihiasi oleh sifat lemah lembut sebagai seorang bapa... mungkin itu menyebabkan aku rapat dgn Abah sehingga digelar oleh mak sebagai anak manja Abah.

Membesarkan 10 orang anak yang mempunyai beza 2 tahun bagi setiap anak memang sanat mencabar. Abah cuma seorang penoreh getah. Awal-awalnya Abah memajak tanah getah orang lain. Dengan itu Abah menoreh kemudian duit hasil jualan getah dibahagi dua antara abah dan Pemilik kebun. Bertahun-tahun begitulah abah membesarkan kami. Untuk menambah pendapatan, abah ambil upah jual buah-buahan hasil dari kebun Pak Long (Abang sulung mak).

Selalunya lepas menoreh dan makan tengahari, Abah akan keluar semula untuk menjual buah-buahan hingga petang. Begitulah rutin hidup Abah untuk mencukupkan makan, pakai dan pelajaran kami adik beradik.

Namun kemudian rezeki abah bertambah baik. Selepas kejadian banjir 1975 (aku pun tak lahir lagi) abah sebagai ketua keluarga telah diberi sebidang tanah oleh kerajaan. Kemudian Abah dapat skim Pekebun Kecil dan diberikan sebidang tanah yg ditanam getah. Abah juga mendapat sepasang lembu untuk dipelihara dan dinikmati hasilnya. Alhamdulillah abah antara orang kampungku yang menjadi dalam memelihara lembu. Sehingga duit hasil jualan lembu peliharaan yg beranak pinak tersebut dapatlah menampung kami sekeluarga untuk meneruskan hidup.

Setelah mendapat kebun sendiri, abah masih memajak kebun getah orang lain. Ini kerana abah akan menoreh getah berselang hari agar susu getah boleh sentiasa banyak. Ia bertujuan untuk menjana pendapatan lebih. di satu ketika yang lain, Abah menoreh dan abah juga menjadi jaga di sebuah felda yang b aru dibuka di Gunung Besout. Demi membolehkan anak-anak semuanya disekolahkan, bayaran yuran sekolah dilangsaikan, tambang bas disediakan dan duit belanja sekolah disediakan kepada anak-anak, abah keluar rumah menyuluh pokok ke getah meredah dingin dinihari dan kemudiannya sebelum asar, abah akan menunggang motor membelah belantara untuk memulakan tugas sebagai jaga. Perjalanan ke Gunung Besout hanya boleh melalui hutan dan jalan tanah merah. Jauhnya perjalanan ini berpuluh kilometer dan abah akan sampai ke kawasan felda tersebut hampir senja. Esok pagi-pagi Abah dan sampai semula ke rumah utk turun menoreh semula. Itulah rutin Abah. Aku hanya nampak abah merebahkan badannya setelah balik menoreh. Abah akan bingkas bangun semula menjelang asar untuk bersiap-siap meredah belantara semula.

Satu ketika dalam bulan ramadan dan abah masih membuat rutin kerja yang sama, aku melihat peluh abah menitik ketika menurunkan tabung susu getah yang akan dihantar untuk dijual. Dapat aku rasakan betapa penatnya abah menjalankan rutin hariannya dalam bulan ramadan tersebut.. Aku tidak dapat menahan air mataku melihat situasi tersebut pada waktu itu. Lantas dlm hatiku, aku terus berazam untuk belajar bersungguh-sungguh dan berjaya dalam pelajaranku. Aku tidak mahu abah kecewa sebagaimana beliau kecewa dgn kakak-kakak dan abang-abangku yang masing-masing tidak sampai kesempatan untuk menjejakkan kaki ke menara gading. Aku tahu, walaupun abah tidak belajar tinggi, tapi beliau sangat ingin melihat ada di antara anak-anaknya berjaya dalam pelajaran.

Kebetulan pula dalam sepuluh adik beradikku, aku bernasib baik. Sejak bermula tingkatan 1, aku memperoleh biasiswa daripada kerajaan persekutuan sehingga aku memasuki tingkatan 6. Dengan biasiswa tersebut, aku dapat membeli buku-buku rujukan untuk keperluanku di samping keperluan lain pembelajaran. Aku juga menggunakan duit biasiswa untuk yuran. Oleh itu, ringanlah sedikit bebab abah. Ini juga mungkin sebagai salah satu motivasi juga untuk aku belajar dgn tekun di samping kegetiran abah yg menyuntik semangatku untuk berjaya.

Aku bukanlah otak genius. Tak pandai sangat juga. Dalam adik beradik 10 orang, tiada seorangpun berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Tapi Alhamdulillah Allah telah memilih aku di antara adik beradikku untuk memberikan sedikit kegembiraan kepada kedua orang tuaku khususnya Abah.

Aku berjaya mendapat keputusan agak cemerlang dlm SRP kemudian SPM. Dan aku sendiri pilih dan direstui abah untuk mengikuti tingkatan 6 walaupun emak menentang keras meminta aku ambil diploma di ITM. Oleh kerana tiada subjek yang sesuai dgn minatku dan keputusan SPMku, aku nekad untuk menyambung pelajaran di tingkatan 6 sahaja. Sebelum itu abah telah merestui aku menukar aliran daripada sains kepada sastera walaupun mak dan keluarga sebelah emak lagi sekali menentang. Kata-kata abah mudah sahaja untukku, 'abah tak tahu. Kak Teh lah lebih tahu apa yang Kak Teh nak. Abah cuma boleh berdoa aje. Kak Teh pilihlah jalan Kak Teh kalau Kak Teh rasa itu boleh membawa kejayaan". Itulah abah.. dan aku senang sekali dgn tuturnya dan kepercayaan yang diberikannya kepadaku dlm menentukan masa depanku sendiri.

Antara perkara yang menyentuh hatiku tentang abah ialah tindakan abah yang dalam senyap memberikan sokongan dan dorongan kepadaku untuk belajar. Aku mengerti abah tak pandai nak bagi nasihat dan tunjuk ajar dlm pelajaran. Pandai-pandai kami sendirilah. Tapi satu tindakannya yang aku sedari ialah, abah akan turut berjaga malam jika aku juga berjaga jauh malam untuk mengulangkaji. Mula-mula aku tidak perasaan. Tapi lama-kelamaan baru aku perasan apabila setiap kali aku nak masuk tidur, barulah abah akan tutup televisyen dan tidur. Jadi sekiranya aku belajar sampai jam 12 mlm, maka sampai jam 12 malamlah abah akan menonton TV sambil menghisap rokok kegemarannya. Sebelum tidur abah akan pastikan berhampiran tempat tidurku telah terpasang ubat nyamuk. Kalau tiada, beliau akan memasangkan ubat nyamuk untukku..
Sampai saat terpenting dalam hidupku ketika keputusan STPM akan diumumkan. Inilah penentu kepadaku sama ada aku akan menjadi mahasiswa atau aku akan meneruskan tradisi adik beradikku yang lain iaitu menjadi pekerja kilang. Ketika keputusan STPM dikeluarkan aku berada di Shah Alam kerana berkerja. Aku sengaja memenuhi masa menunggu keputusan STPM yg mengambil masa 3-5 bulan itu untuk menimba pengalaman. Oleh kerana ketidakberadaanku di Slim River, maka abah telah mengambil keputusan STPMku... hatiku sangat berdebar pada waktu itu. Tidak sabar aku mahu kembali ke kg dan mengetahui keputusanku. Sebab kalau aku telefon pun, abah tak faham tentang keputusan tersebut.

Aku segera pulang ke Slim River setelah memohon cuti dari majikan. Alhamdulillah, keputusan STPMku setetlah kukira-kira unit bagi setiap subjek yang ku ambil, aku yakin keputusan itu mampu untuk aku diterima sebagai mahasiswa. Dalam tempoh percutian tersebut, aku lantas hadir ke sekolah untuk berjumpa guru-guruku. Ramai guru mengucapkan tahniah. Apatah lagi batch aku adalah batch yg telah mencatatkan keputusan yg sgt cemerlang bagi sekolah dlm peperiksaan STPM. Kami cuma ada dua kelas dan sekitar 30 pelajar sahaja. Dan lebih separuh mendapat keputusanyg membolehkan kami memasuki menara gading. Guru-guru sangat gembira dan memuji-muji batch kami. Aku pula tersenarai sebagai pelajar ke 3 terbaik.

Satu lagi saat yg mengharukan aku tentang abah apabila aku berjumpa guru sejarahku iaitu Cikgu Faridah. Setelah mengucapkan tahniah kepadaku beliau telah menceritakan saat-saat abah mengambil keputusan di sekolah.. Abah berjumpa dengan Cikgu Faridah untuk ambik slip keputusan STPMku. Cikgu Faridah memberitahuku bahawa Abah mengalirkan air mata bila guruku memberitahu bahawa aku boleh masuk ke universiti dgn keputusan tersebut. Abah juga menyebut bahawa aku adalah anak harapannya yang sangat diharapkannya dapat terus belajar sehingga peringkat tinggi. Abahku bangga walaupun tidak berpendidikan tinggi dan sebagai penoreh getah, ia juga punya anak yang dapat belajar sehingga ke universiti.

Harapan abah tercapai dan aku bersyukur. Masih terbayang-bayang saat aku melambai-lambai abah dan mak ketika majlis membaca ikrar pelajar baru di UKM pada tahun 1995. Itulah pertama kali dalam hidup abah, abah dapat berada di menara gading yang selama ini ditontonnya melalui drama-drama TV dan didengarnya daripada jiran-jiran yang menghantar anak mereka ke situ. Tapi pada hari tersebut, betapa bangganya beliau bertemu orang sekampung dan beliau hadir sebagai bapa yang turut menghantar anak ke universiti. Abah ada menceritakan kepadaku kata-kata sahabat sekampung kami 'ada jugak anak engkau Nan masuk universiti. Dapat jugak anak penoreh getah sampai ke sini'. Ayahku hanya mampu mengukir senyum penuh makna..

Hari ini, aku telah berkerja. Aku telah mempunyai ijazah sarjana muda dan sarjana. Aku juga telah bersuami dan mempunyai anak. Namun sehingga kini, aku adalah antara anak yang sering dirindui kepulangannya oleh abah.. Jika lama tak balik kampung.. pasti abah akan bagi tahu kakakku.. 'manalah Kak Teh ni. Merajuk ke dia'. Begitulah selalunya. Jika beliau ke rumah adik-bradikku yang lain, abah sgt ingin datang ke rumahku. Tapi selalu tak berkesempatan sebab mak selalu nak balik cepat-cepat. Abah hanya akan menelefonku dan meminta maaf tak dapat datang ke rumahku. Bagiku itu tidak mengapa. Yang penting, akulah kena disiplinkan diri dan mencari ruang setiap bulan untuk menjenguk abah dan mak sambil memberikan wang belanja bulanan.

Alhamdulillah kini, karektor Abah yng kusayangi dan kusanjungi hadir dlm kehidupanku... Aku bersyukur kerana lelaki yang menjadi suamiku kini persis laku dan lagaknya seperti abah.. lemah lembut, sangat penyabar dan santun.. kalah aku yang wanita (mungkin terikut sifat mak yang garang :)). Suamiku juga ada mirip-mirip abah dari segi rupa.. dan kini suamiku juga sangat penyabar dalam mendidik anakku dan memanjakan anak kami Anis Solehah.

Ya Allah, engkau berkatilah dua bapa ini iaitu bapaku dan bapa kepada anak-anakku. Engkau tempatkanlah mereka ditempat sebaik-baiknya dalam syurgaMu... jika semalam keperitan seorang ibu mengandungkan, melahirkan dan menyusukan anaknya... maka begitu jugalah keperitan dan kegetiran yang dialami oleh seorang bapa yang menjalankan amanah dan tanggungjawanya membesarkan anak-anak sehingga mereka dapat menjalani kehidupan sebaik-baiknya apabila dewasa.... maka oleh itu kasihilah keduanya dan hormatilah keduanya...
Ni gambar Atok Manan

Ni Baba dan Anis Solehah

No comments:

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50
Bagaimanakah aktivisme pelajar bermula? Apakah pernana PBMUM dan PKPIM dalammembantuk minda pelajar yang berani membawa aspirasi dan suara rakyat? Apakah peranan ABIM, Al Arqam, Tabligh dalam membentuk gerakan dakwah di kalangan pelajar? Bagaimana Latihan Kader Dakwah berjaya membentuk semula kefahaman Islam yang murni di kalangan mahasiswa pada 1970an? Benarkah DEB gagal membentuk pelajar yg kembali dari luar negara berkhidmat utk kerajaan BN? Apakah IRC) Bagaimanakah IRC memainkan peranan dlm kebangkitan dakwah kampus? benarkah IRC sering mendatangkan masalah di kampus-kampus dan menjadi punca perpecahan gerakan dakwah? Sejauh manakah peranan IRC dalam perkembangan dakwah Islam di Malaysia? Siapakah sebenarnya ahli-ahli IRC? Buku ini menyingkap persoalan-persoalan di atas yang adakaitan dgn susur-galur keterlibatan pelajar di dalam dan di luar kampus. Perbagai persatuan dan organisasi yang wujud di sekeliling kehidupan pelajar yang membentuk dan mencerna minda mahasiswa dan akhirnya memunculkan jati diri sebenar mahasiswa dgn idealisme mereka tersendiri sebagai generasi pemuda harapan bangsa, negara dan agama. Wajar dimiliki oleh mereka yg cintakan ilmu, sejarah khususnya mahasiwa sendiri agar mereka tahu bagaimana sejarah kebangkitan mahasiswa bermula. Agar mereka tahu bahawa mahasiswa adalah suara dan jiwa rakyat!

My Box.net Files. Berkongsi beautiful powerpoint dgn rakan-rakan lain. feel free to download :)