Sunday, March 29, 2009

Musim Demam dan Batuk

Ini bilik Dr Hasmawati di Damai Hospital.. cantikkan?

Assalamu'alaikum Anis..

Hmm.. sekarang ni Anis sedang batuk2. Bila batuk-batuk ni.. Ummi mula risau. Anis boleh jadi pneumonia kalau tidak dikawal batuk-batuk ni. Dah hampir seminggu Anis batuk. Tapi masih undercontrol. Ummi berikan madu. Tapi Anis perlu juga ambil Ventamol (lelah) dan loraden (utk alergi). Tapi baru-baru ni Baba berikan ubat baru yg dicampur ubat selsema, batuk dan alahan. Jadi Anis tak perlu makan ubat banyak-banyak. Cuma 1 Ubat sahaja. Minggu ni pulak Ummi ada program TOPS.. bimbang pulak Ummi sebab Anis kena duduk dgn Ummi dlm bilik aircond nie..

Ummi cadang Isnin ni kita jumpa Dr Hasmawati untuk dptkan rawatan. Ummi kena pastikan dada Anis tidak berbunyi jika bernafas. Jika berbunyi bermakna lendir/kahak dah masuk dlm paru-paru.. susah hati Ummi kalau ini berlaku.. jadi.. bertahan ya dik.. Isnin ni kita jumpa Dr pakar kanak-kanak kat Hospital Damai iaitu Dr Hasmawati. Bukan tak nak jumpa dr biasa di Klinik biasa tapi Ummi ada pengalaman bila pegi Dr biasa ni check Anis, dada tak bunyi. Tapi bila check dgn Dr pakar, alamak.. dada Anis bunyi. Dr Wati kata kerana stetoskop yg digunakan oleh doktor pakar kanak-kanak adalah yg khusus.. dia punya kepekaan sgt tinggi..

Ummi suka jumpa Dr Wati.. doktor Wati akan bahasakan diri dia Ummi kepada Anis. Pastu apabila nak gunakan sesuatu alat, doktor akan breif Ummi betul-betul siap demo penggunaan pertama pada Anis kepada Ummi. Doktor Wati juga akan berikan stetoskop pada Ummi dan bagi Ummi dgr sendiri keadaan dada Anis.. yg paling best kalau ada masalah di mana-mana, Ummi just SMS kat Dr Wati dan dia akan balas apa-apa pertanyaan masalah kesihatan Anis pada Ummi.. thanks Dr Wati..

Ummi ada baca dlm buku, kalau kita pregnant, carilah doktor yg kita selesa dan seronok bila kita jumpa dia utk buat check up.. yup Ummi dah jumpa iaitu Dr Fauziah Hasan pakar ONG di Ampang Putri.. doktor yang sambut Anis gak.. dan doktor untuk Anis.. Dr Wati... jadi.. bersabarlah Anis ya.. esok kita jumpa doktor Wati..

Kita hanya berusaha yg terbaik... selebihnya Allah lah yang menyembuhkan...

Monday, March 23, 2009

Selamat Maju Jaya Adik-adik IIC

Petang-petang sambil tunggu Baba, Ummi suka menziarahi adik dan rakan-rakan Ummi di rumah-rumah maya mereka. Seronok dpt mengetahui perkembangan mereka. Dengan itu Ummi dpt tahu IIC exam minggu ni... dah tahu dah dari Uda Nas tapi hmm.. Ummi lupa la.

Kepada adik-adik Ummi dan Kakak Anis di IIC dan diucapkan agar dapat menjawab dengan baik dan beroleh kejayaan serta keberkataan dlm exam dan dalam pembelajaran antum semua..

Ummu Anis dan Anis menyayangi antum semua.. from us with love..
good luck!

Thursday, March 19, 2009

Terima kasih Fizi : Mem Of The House : http://memoth.blogspot.com/ atas tag ini. Terharunye lihat penerangan for ummuanis :)




The rules are:

1. Admit one thing you feel awful about (involving being a mom). Once you have written it down, you are no longer allowed to feel bad. Remember you are a good mom!

Bila keletihan kadang-kadang tak dpt nak layan kerenah sikecil Anis... selalu sedih bila fikir balik membiarkan Anis. Ummi jeles dgn Baba sebab sentiasa layan Anis dalam apa jua keadaan...

2. List 7 things you love about your kids, you love doing with your kids, or that your kids love about you.i love...

  • Bermain dgn Anis atas katil
  • Mendengar Anis berzikir LailahaillahMuhammadurrasulullah dan Subhanallawalhamdulillawalailahaillallahwallahuakbar ketika menidurkan ‘baby Aishah’ (baby doll) dia.
  • Mendengar Anis nyanyi lagu. Anis pandai nyanyi lagu twinkle twinkle, lagu sayang Allah-Rasulullah-ibu ayah, lagu Head n shoulders knees n toes dan Babaku pulang dari kota...
  • Melihat perkembangan baru Anis sejak dia dilahirkan hingga kini
  • Membaca buku dan al-Quran bersama-sama Anis. Anis dah boleh ikut baca al-Fatihah sekali dgn Ummi
  • Bila dalam program Anis sgt memberikan kerjasama.. thanks Anis.. dah ramai org bagi komen Ummi bertuah dpt anak mcm Anis.. pandai bawa diri, tak kacau Ummi dlm program
  • Main tok-tok ugee bersama Anis hehe.. last sekali Anis akan bunyi dulu ok o ook ooookkk (bunyi ayam berkokok)

3. Send this to 5 other moms of the year that deserve a reminder that they too are the best moms that they can be. Remember to send them a note letting them know you have selected them, and also add a link to your post that directs people back to the person who nominated you.

list of special mom from me...

http://didikcinta.blogspot.com// - Ummu Umayr
http://mamahanan.blogspot.com/ – Mama Hanan
http://wadee-al-ain.blogspot.com/ – Durratul Ain
http://syukra.blogspot.com/ – Mama Sarah
http://almuna.blogspot.com/ – Kak Alia

Can i have more names?This award goes to 7 great blogging moms : -
Untuk semua Ummi dan Mama yg menjadi rakan blog Ummu Anis

Pendakwah Dari Pintu Neraka...

Assalamu'alaikum Anis..

Sekarang Ummi ditugaskan semula sebagai editor majalah JIM - Perspektif. Alhamdulillah Ummi memang berminat dgn kerja-kerja mengedit ni. Ummi tumpang gembira apabila majalah JIM ini akan diterbitkan semula... sebagai menyokong usaha-usaha ini, Ummi menyambut cabaran sebagai editor.. tak berbayar pun :). Tapi Ummi gembira sebab dpt menyumbang kepada jamaah.

Kerja-kerja editing ini ganjarannya ialah memberi ruang yg byk untuk Ummi menimba ilmu pengetahuan dgn membaca karya-karya penulis yang Ummi perlu edit. Terkini Ummi sedang mengedit tulisan Dr Danial Zainal Abidin, seorang penulis besar di negara kita. Beliau juga merupakan ahli JIM dan kini tokoh dalam JIM. Dalam mengedit tulisan beliau ini... Ummi terpana dan terkesan dgn perenggan berikut (sebenarnya keseluruhan tulisannya..) untuk dikongsi dgn rakan-rakan Ummi.. tak boleh bagi semua.. kena beli majalah Perspektif baru boleh baca semua :).

JOM kita tengok apa Dr DD lakarkan dlm karya minda supernya....

Sebahagian umat Islam pada hari ini memejamkan mata mereka dari kemungkaran yang berlaku dalam masyarakat. Lorong hidup mereka hanya menghubungkan mereka kepada rumah dan tempat kerja sahaja. Di tempat kerja pula mereka hanya menjadi pak turut walaupun dalam perkara yang jelas bercanggah dengan Islam. Mereka berpegang kepada konsep ‘kubur kamu, kamu jaga dan kubur aku, aku yang jaga’. Sahabat Talhah bin Ubaidillah pernah berkata, “Cukuplah menjadi keaiban pada seseorang jika dia sekadar duduk diam di rumahnya sahaja.” Perkara ini disebutkan di dalam Tabaqat ibn Saad.

Mereka yang meninggalkan dakwah tidak akan cemerlang kerana azab Allah akhirnya akan menimpa mereka. Dalam sebuah hadis riwayat Imam Tirmizi, nabi bersabda, “Demi Allah hendaklah kamu mengajak kepada makruf dan hendaklah kamu mencegah kemungkaran dan jika ini tidak dilakukan akan datanglah kepadamu balasan berbentuk seksaan daripada Allah dalam masa yang terdekat dan ketika itu kamu semua akan berdoa sedangkan Allah tidak akan mengabulkan doa-doa kamu.” Hadis ini bertaraf hasan.

Anisku sayang.. semoga kita tidak leka untuk melakukan tugas dakwah.. jika kita terleka... semoga Allah bangkitkan kita daripada lena dan kejutkan kita daripada kealpaan yang berpanjangan... semoga Allah pelihara kita dlm apa jua keadaan supaya tidak futur dijalan-Nya...

Minggu Keluarga JIM 2009


Minggu ni 14 - 21 Mac adalah minggu keluarga JIM. Oleh itu kebanyakan aktiviti JIM di seluruh Malaysia mengadakan Hari Keluarga JIM Daerah ataupun Negeri masing-masing.. bermula dengan Hari Keluarga JIM Pusat pada minggu lepas.

Tema Hari Keluarga JIM tahun ini ialah 'Syariat Dijulang Keluarga Cemerlang'

Jika minggu lepas kita bersama dgn Hari Keluarga JIM Pusat.. minggu ni Anis dan Ummi akan bersama-sama dgn Hari Keluarga JIM KL.. seronoknya.. mandi sungai lagi.. Anis mesti seronok sebab ari tu mula-mula takut air.. pastu tak nak naik-naik dari air.. sampai menggeletar kesejukan pun masih nak main air lagi.. Baba plak dah dpt main air tak ingat nak ambil Anis daripada Ummi... so Ummi tak dpt la nak menyelam dan berenang-renang...

So Anis.. this week JOM hari Keluarga lagi!!

Wednesday, March 18, 2009

Jawab Tag G-Ha

Sebagai memenuhi hasrat Najihah.. ni jawapan akak seadanya.. kira ok la ya.

Arahan : Use the first letter of your name to answer each of the following questions:-

1-What is your name? Siti Hamisah Manan
2-A four letter words? SALE!!!!
3-Boy's name(s)? Salman Haiqal (Hubby kata Hazim nak namakan adik lelaki dia dgn nama ni)
4-Girl's name(s)? Solehah tapi depannya ada Anis la sebab Ummu Anis :)
5-Occupations? Sukarelawan tapi bergaji
6-A colour? Suka biru
7-Something you'll wear? Saya hanya pakai jubah jer
8-Something found in school? Sahabat
9-Food? Sedapnyer.. laksa laksa
10-Something found in the badroom? Sandal
11-A place? Slim River
12-A reason being late? Si kecil.. alasan..
13-Something you'd shout? Shut up children.. ni masa jadi cikgu kat sekolah
14-A movie title? Sound of Music
15-A musical group? Snada
16-A street name? SS/10 : ni nama jalan masa menyewa kat Sri Gombak
17-A type of car? Sonata
18-The title of song? Suraya.. seperti mana engkau dan mentari... my best friend name..

Tq G-Ha... ok ker jawapan nie...?

Tuesday, March 17, 2009

Eh.. Kenapa nangis tu sayang...


Ha.. ni la dia gelagat Anis. Nangis ambil pegang belon. Tak suka belon dia diusik.. ish..ish Anis ni.. kena la berkawan dan share ngan kawan-kawan tau..tak baik main sorang-sorang..

Oh ya! Hari ni Ummi nak masukkan beberapa keping gambar pada Hari Keluarga JIM Pusat yang lepas. Gambar-gambar berkaitan aksi ahli keluarga kita dalam aktiviti-aktiviti yang disertai.. JOM Anis!

Ni ahli kumpulan kita.. boleh tahan juga dlm pertandingan ni. Abang Hazim pun pandai bagi idea

Masing-masing tekun mencari jawapan yg unik dan ingin berbeza dari yang lain

Malamnya kita ada BBQ.. yummy..

Ha.. ni aksi-aksi dlm acara sukaneka... bowling kelapa.. Baba teror gak la sebab dpt jatuhkan semua botol kecuali satu... tahniah Baba

Ni anak Ummi ni... sibuk nak tido.. mengantuk sebab bangun awal sgt.. jadi Ummi nak sertai aktiviti kena la kendong Anis gak... tak pe the bundle of joy! :)

Hai ni la anak Baba sorang ni.. sibuk nak dgn Baba jugak.. Bila selesai jer tazkirah Subuh dan semua orang bangun.. Anis pun sibuk la pegi cari Baba. 'Baba ni...' 'Baba ni..' Anis berkata-kata sambil cari Baba dia.. So kena la join pak cik-pak cik tu main sekali dgn Baba... dah mengantuk baru cari Ummi..

Anis yang suka Baby.. nnt insyaAllah Anis ada baby kat rumah ya sayang... sibuk dia dgn Baby Imtiyaz tu. Masa tu Ummi plak tengah dengar Dr Har citer tentang family planning dan cara nak dpt anak lelaki secara saintifiknya :).. Anis pun sibuk jugak..

Aha.. main ikat kaki pula.. teror kumpulan Baba nie... jgn sampai Baba terseliuh dah la kan...

Ish.. ish.. suka benar Baba ngan Pak Cik Zaid nie.. dah jumpa apa yg mereka kembarkan.. ada-ada jer diorang ni kan dik.. apa-apa je la..

Ha sekianlah sahaja warna-warna pada Hari Keluarga JIM Pusat.. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Semoga ukhuwwah yang terbina, tersemat, terikat, terpahat akan lestari selamanya....The End.

Monday, March 16, 2009

Hari Keluarga JIM

Abang Hazim, Anis dgn belon dan Baba kat tepi sungai. (Anis ni pantang nampak Baba, memang dia akan jalan pi cari Baba dia.. Ummi tak leh wat ape sbb nanti Anis nangis.. hai anak Baba nie..

Wah! Lamanya Ummi tak mengemas kini blog Ummi. Hmm.. Mak Cik Ee pun dah bising-bising dah.. :). Pelawat blog Ummi pun mesti dah boringkan bila bertandang ke blog Ummi ni.. Asyik-asyik posting yg lama.. :).

Ok la. Sebenarnya byk sekali bahan-bahan dan cerita-cerita ingin Ummi masukkan dlm blog ni.. namun Ummi kebelakangan ni boleh katakan tak de 'mood'. Balik rumah jer dah keletihan.. Bila Anis nak tidur Ummi pun tidur sekali... letih.. Anis menyusu.. di masa yg sama Anis plak bakal dapat adik :) alhamdulillah. Jadi layan keletihan je la.. ahh byk plak Ummi membebel.. hehehe..

Alhamdulillah hari minggu yang baru berlalu, kita telah berpeluang menyertai Hari Keluarga pejabat Ummi. Best! Hari keluarga tu dilaksanakan di Impian Rimba Resort. Seronok. Keluarga kita yang hadir ialah Baba, Mak Cik Ana, Ummi, Kakak Hajar, Abang Hazim dan.. Anis Comel la...

Ummi sertakan gambar Anis buat kenang-kenangan... nanti bila ada masa Ummi akan menulis dengan lebih panjang dan masukkan gambar2 keluarga kita pada Hari Keluarga tersebut okey... tu je dulu buat pengunjung blog Ummi...



Anis Bad mood sebab ramai orang kacau dan usik... geram tengok Anis.. jangan la marah sayang... mereka semua tu nak kawan ngan Anis..

Waaa.. sedapnya Anis makan ice cream... hehe tapi sikit je tau.. pastu Ummi la yang abiskan..

Akibat bangun awal ikut solat subuh.. jam 7 pagi pada hari kedua Anis lena semula..

Monday, March 2, 2009

Latihan TOPS 03 - 2009

Tarikh : 14 dan 15 Feb 2009
Tempat : Classroom, Kuliyyah Engineering, UIA Gombak

Alhamdulillah TOPS pakej kursus 2 hari telah berjaya dianjurkan oleh Akademi Islah Malaysia dengan kerjasama JKPA. Seramai 42 orang peserta telah menghadiri program tersebut. 38 daripadanya telah mengikuti program ini sepenuhnya. Peserta terdiri daripada 24 lelaki dan 18 perempuan. 6 peserta lelaki dan 7 peserta perempuan berumur 30 tahun ke bawah (Gen Y).

Kursus telah berjaya memberikan peserta ilmu pengetahuan yang sangat-sangat bermakna dan berguna terutama tentang kisah-kisah berkaitan sejarah dan susur galur bangsa Israel. Peserta juga telah dibekalkan dengan fakta-fakta berlandaskan nas tentang peri pentingnya bersama dalam perjuangan membebaskan Palestin daripada penjajahan dan melihat Islam dan umat Islam kembali menguasai Bumi Palestin.

Peserta juga dapat mendengar dan bersama merasai pengalaman dengan ikhwah dan akhawat yang telah berjaya sampai di Gaza dan juga yang terkandas dlm usaha masuk ke Gaza. Pelbagai kisah benar terkini diperdengarkan kepada peserta.

Di samping mendengar pelbagai kisah tentang Palestin, peserta kemudiannya diminta utk membuat sendiri presentation dgn rakan-rakan dlm bengkel. Berbekalkan pelbagai bahan tentang Palestin dlm bentuk ‘softcopy’ dan juga perkongsian pengalaman berceramah tentang Palestin oleh Felo PACE, peserta kemudiannya berpeluang mempersembahkan ‘Ceramah Palestin’ mereka.

Kursus dua hari ini telah diakhiri dengan penyampaian sijil oleh Presiden JIM kepada semua peserta yangtelah berjaya menamatkan kursus sepanjang dua hari tersebut.

Akademi Islah Malaysia mengucapkan terima kasih di atas sokongan peserta dan semua JKPA yang terlibat dlm mengendalikan kursus TOPS ini.

InsyaAllah TOPS seterusnya adalah pada 28 dan 29 Mac 2009 dengan menggunakan modul yang sama. Kepada yang berminat, sila hantarkan penyertaan saudara/i kepada AIM dengan menyertakan Nama Penuh, No HP, No KP dan alamat email.

Jazakumullahukhairanjaza’

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50
Bagaimanakah aktivisme pelajar bermula? Apakah pernana PBMUM dan PKPIM dalammembantuk minda pelajar yang berani membawa aspirasi dan suara rakyat? Apakah peranan ABIM, Al Arqam, Tabligh dalam membentuk gerakan dakwah di kalangan pelajar? Bagaimana Latihan Kader Dakwah berjaya membentuk semula kefahaman Islam yang murni di kalangan mahasiswa pada 1970an? Benarkah DEB gagal membentuk pelajar yg kembali dari luar negara berkhidmat utk kerajaan BN? Apakah IRC) Bagaimanakah IRC memainkan peranan dlm kebangkitan dakwah kampus? benarkah IRC sering mendatangkan masalah di kampus-kampus dan menjadi punca perpecahan gerakan dakwah? Sejauh manakah peranan IRC dalam perkembangan dakwah Islam di Malaysia? Siapakah sebenarnya ahli-ahli IRC? Buku ini menyingkap persoalan-persoalan di atas yang adakaitan dgn susur-galur keterlibatan pelajar di dalam dan di luar kampus. Perbagai persatuan dan organisasi yang wujud di sekeliling kehidupan pelajar yang membentuk dan mencerna minda mahasiswa dan akhirnya memunculkan jati diri sebenar mahasiswa dgn idealisme mereka tersendiri sebagai generasi pemuda harapan bangsa, negara dan agama. Wajar dimiliki oleh mereka yg cintakan ilmu, sejarah khususnya mahasiwa sendiri agar mereka tahu bagaimana sejarah kebangkitan mahasiswa bermula. Agar mereka tahu bahawa mahasiswa adalah suara dan jiwa rakyat!

My Box.net Files. Berkongsi beautiful powerpoint dgn rakan-rakan lain. feel free to download :)