Thursday, February 25, 2010

ammar my boy!

Dr Fauziah Hasan. Yg memantau perkembangan Ammar dlm rahim :) di Ampang Putri . Sempat dtg ziarah Ammar di Hospital An Nur


Handsome setelah dibersihkan hehe.

Happy dgn GAP I Love Mommy n baby tight.
Hasil shopping online :). Kalau ummi pegi tempat pgrm yg aircond..
ummi tak bimbang lagi dgn adanya romper dan tight sebegini..
anak ummi tak la sejuk sgt :)

upload siri-siri gambar hasil make up oleh Kakak Anis


Wednesday, February 24, 2010

Potret Perkembangan Ammar Mujahid

Ketika 1-2 hari selepas dilahirkan

Hampir sebulan dan dah cukur rambut

4-5 bulan dah boleh meniarap dan bermain

dah pandai make up!.. ni kerja kakak la nie :)

sayang seribu kali sayang.. rakaman Ammar ketawa dan bermain telah terdelete...

Friday, February 19, 2010

Gurauan Membawa Padah!

Pernah tak kita dengar di kalangan pelajar bergurau dgn rakan-rakan? Sedang rakan berjalan atau berlari-lari, rakan lain yg duduk hulukan kaki lalu rakan yang sedang berlari tersebut terseradung lalu jatuh? Ada juga gurauan melampau lain di mana ketika rakan sekelas sedang berdiri, kerusi tempat beliau duduk di tarik lalu apabila rakan tersebut hendak duduk akhirnya terjatuh ke lantai.

Mungkin rakan pelajar yang bergurau ini tidak tahu impilkasi gurauan beliau tersebut... namun kesan daripada gurauan sebegini seorang kanak-kanak darjah 6 telah mendapat rawatan di hospital kerana tangannya patah. Ini berlaku setelah rakan sekolahnya telah menghulurkan kaki menampan perjalanan mangsa terbabit. Salah satu tulang yg patah tersebut berselilisih maka pembedahan perlu dilakukan agar tulang berselisih tersebut dpt ditarik dan dicantumkan.

Semoga kejadian ini dpt memberi pengajaran kepada semua pelajar. Semoga pihak guru dapat memberikan pengajaran dan pembelajaran bermakna kepada semua pelajar dgn menunjukkan contoh sebenar gurauan yang membawa padah ini.

Semoga Allah memberikan pendidikan yg baik untuk rakan pelajar yang bergurau tersebut dan memberikan kesembuhan yang baik kepada pelajar yang telah menerima akibat daripada gurauan rakannya tersebut.

Monday, February 1, 2010

Pindah

Penatnyerrrr.. hmm masuk kali ni pindah kali ke 3! Tapi alhamdulillah.. hasrat utk pindah ke rumah sendiri akhirnya terlaksana... :). Thank you Allah. Engkau mendengar dan menunaikan permintaan hamba-Mu ini. Thank you Baba memudahkan urusan ummi beli rumah. Akhirnya kita menginap di rumah kita tapi masih menyewa dgn bank (^v^).

So now rumah tgh serabut. Amik masa 1-2 bulan utk clear menjadi Mahligai Kecil Cinta Kita :) hehe. Anis pun nampak happy dan seronok dgn umah kita nie.. lagi lapang utk Anis drive car Anis kan?

Syukur atas nikmat Allah...menjelang Tahun Baru 2010.. semakin dikenang semakin kerdil,malu dan menginsafkan dgn nikmat yang Allah bagi..
1. Ummi beroleh mujahid : Ammar. Dulu Anis kini Ammar.. so sepasanglah anak Ummi
2. Umur 35 Ummi dpt beli umah dgn usaha Ummi dan pertolongan Baba
3. Buku Ummi pertama Ummi berjaya diterbitkan

Hati ummi semakin lapang dan tenang. Satu pintu tertutup Allah bukakan pintu yg lain.. Jalan nampak susah tapi Allah permudahkan...rezeki muncul dari jalan yg tidak disangkakan.. Orang kata susah hidup berpoligami.. namun bagi ummi Alhamdulillah semakin kita sabar semakin Allah beri rezeki.. mudah-mudahan begitulah berpanjangan..

Untuk masa hadapan.. harapan Ummi Allah sampaikan hasrat ke Mekah dengan Baba sebelum umur Ummi 40 tahun. Moga Allah panjangkan umur Ummi dan Baba dan murahkan rezeki kita..ameen.

"Dan nikmat Allah yang manakah yang kamu dustakan?"

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50
Bagaimanakah aktivisme pelajar bermula? Apakah pernana PBMUM dan PKPIM dalammembantuk minda pelajar yang berani membawa aspirasi dan suara rakyat? Apakah peranan ABIM, Al Arqam, Tabligh dalam membentuk gerakan dakwah di kalangan pelajar? Bagaimana Latihan Kader Dakwah berjaya membentuk semula kefahaman Islam yang murni di kalangan mahasiswa pada 1970an? Benarkah DEB gagal membentuk pelajar yg kembali dari luar negara berkhidmat utk kerajaan BN? Apakah IRC) Bagaimanakah IRC memainkan peranan dlm kebangkitan dakwah kampus? benarkah IRC sering mendatangkan masalah di kampus-kampus dan menjadi punca perpecahan gerakan dakwah? Sejauh manakah peranan IRC dalam perkembangan dakwah Islam di Malaysia? Siapakah sebenarnya ahli-ahli IRC? Buku ini menyingkap persoalan-persoalan di atas yang adakaitan dgn susur-galur keterlibatan pelajar di dalam dan di luar kampus. Perbagai persatuan dan organisasi yang wujud di sekeliling kehidupan pelajar yang membentuk dan mencerna minda mahasiswa dan akhirnya memunculkan jati diri sebenar mahasiswa dgn idealisme mereka tersendiri sebagai generasi pemuda harapan bangsa, negara dan agama. Wajar dimiliki oleh mereka yg cintakan ilmu, sejarah khususnya mahasiwa sendiri agar mereka tahu bagaimana sejarah kebangkitan mahasiswa bermula. Agar mereka tahu bahawa mahasiswa adalah suara dan jiwa rakyat!

My Box.net Files. Berkongsi beautiful powerpoint dgn rakan-rakan lain. feel free to download :)