Thursday, December 31, 2009

seronoknya menyusukan anak!!

Lama ummitak update blog berkaitan anak-anak ummi kan? Aha petang ni sambil tunggu baba ummi eager nak berkongsi apa yg ummi dapat pada hari ini. Best sebab hari ni ummi berjaya perah susu sebyk 16oz. Yg paling best buat pertama kalinya dlm 1 sesi perahan ummi dpt 10oz! pada tengahari tadi.. Ummi rasa sgt bahagia dan seronok dpt menyusukan anak-anak ummi dgn susu ibu..bak kata Wardina Safiyya.."menyusukan anak bukan satu pilihan tapi satu kewajipan"!

Hmm..paling penting ada azam dan usaha. Kunci utama kejayaannya pula ialah ilmu pengetahuan dan penyusuan susu ibu... Nnt ummi kongsikan secebis pengalaman ummi (org lain pengalaman lagi menarik spt mak cik Zai) dlm keazaman menyediakan susu ibu utk Ammar dlm keadaan ummi berkerja dan Ammar pula minum susu 14oz satu hari di nurseri! Hai anak ummi Ammar yg tembam dan sihat!

Okey tu je ummi nak kongsikan hari ni. Esok tahun baru. Selamat Tahun Baru buat semua pembaca blog ummuanis. Jumpa lagi tahun depan ye.

Tuesday, December 22, 2009

Buku ummi dilancarkan..alhamdulillah

Buku pertama ummi telah dilancarkan pada 25 disember 2009 dalam program Perhimpunan Karisma Nasional ke 10 oleh Presiden JIM. Walaupun ringkas namun ia satu sesi amat bermakna bagi ummi. Semoga buku ini akan mendapatkan sambutan yg baik bagi mereka yg cintakan ilmu, cintakan sejarah..sekurang-kurangnya mereka yg membeli dan membaca buku ummi ini akan mengetahui tentang permulaan kegiatan pelajar yang akhirnya membawa kepada kemunculan aktivisme dan dakwah di kampus. Seperti yg ummi kongsikan bersama adik-adik dlm PKN 10 yg lepas.. tanpa usaha pelajar IPT sekitar 70 dan 80an, mungkin kita tidak akan merasa kehidupan dgn suasana kesedaran Islam yang sebegini di tanah air kita. Bagi yg ingin mendapatkan buku ini boleh email kepada ummu_anis@yahoo.com.

Tuesday, December 15, 2009

Belahan jiwaku..cumm..cumm

Anak-anak ummi yang comel.. ummi rakamkan magic moment semasa Anis dan Ammar membesar. Dirimulah belahan jiwa ummi. Satu anugerah Allah yang sgt2 ummi hargai.. penyejuk mata, penawar sunyi dan pewaris perjuangan..

Semoga membesar dgn sihat dan menjadi insan soleh dan solehah dan mujahid dan mujahidah utk Islam.

video

video

video

Saturday, December 12, 2009

Lagi Melahirkan dengan tenang.. dgn Epidural..

Hmm.. entah penulisan ke berapa tentang melahirkan ni pun ummi tak tahu. Tapi takpelah. Hasrat berkongsi pengalaman melahirkan kali ini masih berbaki di sudut hati.

Sebenarnya ummi sendiri tidak menjangkakan bahawa ummi akan duduk wad selama 3 malam.. Kesian sgt Anis di rumah. Baba bagi tahu ummi Anis tak nak minum susu. Mujur selepas ummi balik ke rumah Anis nak minum susu semula.

Al kisah ummi di wad, 2 hari bukaan utk melahirkan hanya 1.5cm... bayangkanlah. Tapi Dr Fatimah sgt baik dan mmg la pakar. Beliau bagi tahu proses ini mmg lama dipanggil 'latent process'. Ada oranag 24jam. Ada yang 2 hari. Ummi dpt yg maksimum 2 hari :).

Ummi sampai hospital hari jumaat jam 4.30am. Bila hari Sabtu CTG ummi menunjukkan contraction yang semakin kurang.. ummi request utk balik rumah dulu malam tu! Namun di masa yang sama ummi berdoa agar Allah permudahkan ummi bersalin. Ummi nak balik sebab ada ANis kat umah.. kesian dan rindu Anis. Kalau masih blm bersalin tak nak bazir masa di hospital.. seblm balik Dr Fatimah nak check bukaan dulu..dan alhamdulillah bukaan dah 3cm..so Dr tak bagi balik lah. Dr kata esok (Ahad) 7.30am masuk labour room dan kita pecahkan ketuban. Dr minta ummi bincang dgn baba. Bila baba sampai lewat malam, ummi bagi tahu baba dan baba kata tgk esok mcm mana. Di masa yang sama, malam tu baba buat solat hajat lagi supaya ummi dimudahkan utk melahirkan..

Sebenarnya sebelum bukaan mencecah 3cm.. Dr Fatimah tak mahu ambik risiko utk pecahkan ketuban. Bimbang jika bukaan still tak bergerak lepas pecah ketuban. Jika ini berlaku ia dipanggil 'failure sign'..(hehe betul ke tak ummi tak ingat sgt) maka ummi perlu dibedah! Jadi Dr nasihatkan tunggu je kat hospital sampai bukaan at least 3-4cm. Kalau boleh Dr tak mahu ummi dibedah lagi kali ini setelah melahirkan Anis dgn kaedah pembedahan....sayang katanya kalau dibedah lagi. Ummi pun mmg berdoa tak mahu dibedah lagi. Ammar pun mcm tahu bila 36 minggu baru la dia berpusing ke kedudukan yang betul. Seblm tu songsang! Kalau berterusan songsang sblm melahirkan maka sudah tentu kaedah ummi bersalin kali kedua akan dibedah juga sbb kaki Ammar betul2 kat bawah! Hmm anak2 ummi..mcm2 style..

Sepanjang malam tu hanya ada 2x contraction sahaja! Namun setiap contraction berlaku ummi berdoa agar Allah mudahkan bukaan utk melahirkan..dan seblum Dr keluar bilik ummi, Dr kata "Hamisah esok kita pecah ketuban ya. Dr suggest u ambil epidural. U dah 2 hari kat sini. Utk mengelakkan tension dan kesakitan bersalin, so baik u ambil epidural".. Ummi terfikir-fikir dan masih belum buat keputusan masa tu. Bila nak kluar bilik ummi Dr kata, "hamisah fikir dulu ya. Bincang2 dengan suami. Kalau nak ambil epidural nnt bagi tahu Dr. Ok sayang" bestnya Dr Fatimah ni...

Esoknya ummi ke labour room jam 8.30am sebab 7.30 bilik bersalin full. Mlm tu baba datang teman ummi sehingga bersalin. Setelah bincang dgn baba, ummi ambil keputusan utk ambil epidural. Dan syukur.. bagi ummi ia satu keputusan yang bijak. Dr Ikram telah memberikan suntikan epidural dan ummi diberikan alat utk control ubat yang masuk ke badan ummi.. jika ummi rasa sakit dan nak elakkan sakit tu ummi boleh masukkan dos yang lebih. Tapi ummi tak pernah tekan pun utk dos yg lebih. Bukan terasa sakit sgt pun. Kalau ada sakit pun sikit2 jer... dan nak juga rasa sakit2 sikit tu..

Alhamdulillah, pagi Ahad tu setelah ambil epidural, jam 10 pagi Dr Fatimah datang nak check bukaan dan tiba2 air ketuban pecah dgn sendirinya dan bukaan utk ummi bersalin dah 4cm. Sebiji sama ketika ummi nak lahirkan ANis. Lepas pecah ketuban, Dr estimate bukaan 1 jam 1 cm. Jadi jangkaan bersalin pada jam 4 petang. Alhamdulillah ummi bersalin pada jam 3.27pm secara normal. Terima kasih doktor

Syukur ummi kerana pengalaman yang sgt best melahirkan secara normal. Ummi dpt merasakan perbezaan bersalin secara bedah dan secara normal. Perasaan yg sukar digambarkan..

Apa yang ummi nak share di sini ialah kelebihan mengambil epidural. Mcm2 org ckp dan ada yang mengatakan 'eh.. ni main tipulah' sebab tak sakit bersalin secara normal. Namun bagi ummi dlm keadaan ummi yg dah 3 hari di hospital dan membayangkan bakal menghadapi ANis pula di rumah jadi pilihan ummi tersebut sgt berbaloi-baloi..

Suntikan epidural bagi ummi tidak menyakitkan. Proses bersalin juga tidak menyakitkan. Alhamdulillah sebaik ubat epidural habis sahaja, ummi pula pulih spt sedia kala. Tidak sakit langsung! Bila balik rumah ummi rasa mcm dah seminggu ummi bersalin :). Tapi kena berjaga2 takut bentan :). Almaklumlah bila dah tak rasa sakit, rasa segar maka balik rumahpun mcm steady jer nak buat keje umah. Nasib ada kakak pembantu.. kalau tak pasti ummi dah buat semua keje umah sebaik balik dari hospital :).

Bagi ummi jika pengambilan epidural itu lebih memudahkan kita maka apa salahnya jika kita mengambil epidural tersebut kan? Bukan nak mengelat daripada sakit bersalin.. namun jika ia akan lebih memudahkan urusan kita selepas bersalin dan menjadikan kita lebih tenang dalam berpantang dan menghadapi kerenah anak yang sedia ada...why not?

Terima kasih Dr Fatimah yang telah memberikan khidmat nasihat yang baik untuk ummi. Malahan layanan yang ummi terima bagi ummi sgt special kerana kebaikan budi pekerti doktor-doktor dan staf-staf di Hospital Pakar An Nur Hasanah... ia menyebakan ummi sentiasa dlm ketenangan ketika berada di sana.. terima kasih semua ya..

next.. An Nur pilihan tempat melahirkan yang istimewa...


Wednesday, December 9, 2009

Sibuknya...Alhamdulillah!

Sibuknya..itulah yang dapat ummi gambarkan setelah ummi masuk berkerja semula selepas cuti 2 bulan. Bermula dgn Muzakarah Nasional ke-3 pada minggu pertama ummi berkerja seterusnya Perhimpunan Perwakilan Nasional Wanita JIM (PPWN) dan Perhimpunan Perwakilan Nasional JIM (PPN) pada minggu pertama bulan Disember. Tugasan ummi sgt menyibukkan sehingga 2 minggu sebelum PPN ummi terpaksa tidak menjenguk Ammar di nurseri utk menyusukannya waktu lunch! Tapi alhamdulilllah.. persediaan ummi agar kebajikan anak-anak ummi terutama Ammar yang menyusu susu ibu sepenuhnya telah dipersiapkan dgn sebaik-baiknya, maka semua urusan ummi berjalan lancar dan ummi pun senang hati dan dijauhkan dari tekanan :). Alhamdulillah. Terutama dalam memastikan Ammar terus menyusu susu ummi dan entry ummi sebelum ini ialah mendapatkan breast pump terbaik utk ummi agar dpt menyimpan stok secukupnya untuk Ammar.

Ni dia breast pump terbaru ummi :). Harganya oleh tahan... namun apalah yang hendak dibandingkan dgn harga jika ummi berjaya meningkatkan stok susu Ammar. Sehingga kini Ammar mempunyai stok susu ibu untuk advance 8 hari! Kira-kira dlm simpanan di rumah dan di nurseri ada lebih kurang 96oz susu ibu! Alhamdulillah. Dengan menggunakan breast pump ini, ummi berjaya meningkatkan hasil perahan sehingga 170z dlm satu hari... syukur di atas nikmat Allah ini dan semoga anak-anak ummi membesar dgn sihat. Nnt ummi citer pengalaman menarik dgn breast pump ini :).


Medela Swing Breast Pump




Ummi beli Medela Swing dgn Beg sekali. Mudah dibawa ke mana-mana dan sgt berjasa ketika PPN dan PPWN hari tu :).



Tuesday, November 3, 2009

Tamat sudah berenak-enak di rumah..

Semalam, tanggal 2 Nov ummi menjalani rutin biasa semula sebagai seorang isteri dan ibu yang berkerjaya. Dulu Anis di nurseri PPBA. Kini Ammar dan Anis kedua-duanya berada di nurseri yang sama. Hari pertama Ammar di nurseri, nampak ketidakselesaannya yang dah biasa di rumah dengan ummi. (ni yg buat ummi setuju agar cuti bersalin diberi 90 hari.. sian baby..).

Alhamdulillah ummi memang memilih nurseri yang berdekatan dgn tempat kerja. Supaya ummi mudah ke sana untuk menyusukan dulunya Anis, kini Ammar. Namun setelah pengalaman Anis (nnt akan kongsi pengalaman selepas melahirkan) ummi kini lebih bersedia dgn perancangan penyusuan untuk Ammar agar Ammar dpt teurs menyusu susu ummi tanpa mencampurkannya dgn susu formula.

Alhamdulillah hari pertama berkerja dgn AVENT breast pump ummi telah menambah stok susu Ammar sebyk 8oz hanya dgn sekali perah sahaja! Seronoknya ummi.. Ummi berjaya susukan Anis 1 tahun 1 bulan tanpa mencampurkannya dgn susu lain. Jadi untuk Ammar ummi berazam utk menyusukan 2 tahun tanpa mencampurkannya dgn susu formula.. untuk itu ummi akan invest membeli breast pump yang lebih baik, mudah utk di bawa ke mana-mana (isssyyyy.. ummi weekend selalu sibuk... ada pgrm) jadi mudahkan ummi memerah susu dan menyimpannya dlm beg khas. Mudah-mudahan dpt seblm weekend nie.. Ummi yakin investment ummi berbaloi-baloi demi tanggungjawab menyusukan anak-anak ummi..

Alhamdulillah hari ini Ammar telah mendapatkan imunisasi pertama dan berat badan Ammar mencecah 5.6kg.. Kakak Anis baru 9 kg..

Semoga anak-anak ummi sihat, ummi sihat dan semoga Allah terus memberi kekuatan kepada ummi menjadi ibu yang baik buat Anis dan Ammar ya.. ameen..

Saturday, October 31, 2009

Persediaan ketika hamil - bhgn 2 samb

1. Persediaan Ke Hospital. Mengetahui dan menyedari tanda-tanda untuk melahirkan sangat penting. Dengan itu mudah kita segera ke hospital apabila tanda melahirkan telah wujud. Tambahan bagi yg telah merancang bersalin di hospital yang jauh dari kediaman. Sewaktu melahirkan Ammar, ummi ke hospital jam 4.30 pagi selepas baba siap bersahur. Sesampai di Annur dan setelah diperiksa oleh bidan, ummi dinasihatkan tinggal di wad sehingga bersalin. 3 hari ummi di hospital dan meninggalkan Anis di rumah. Mujur persiapan dengan pembantu di rumah telah disediakan. Oleh itu ummi menghadapi kesakitan dan saat-saat melahirkan dengan tenang. Pun begitu ingatan terhadap Anis di rumah tidah pernah lenyap ketika berada di Wad. Sebelum ke hospital persediaan kelengkapan ibu dan bayi telah siap sedia dalam beg sejak awal lagi. Majalah pa&ma memang memberikan panduan berguna untuk bakal ibu. Jangkakanlah kita akan tinggal 2-3 hari di hospital. Oleh itu kita akan tinggal dengan selesa dengan kelengkapan yang sempurna. Bagi Annur, segala kemudahan bagi ibu dan bayi disediakan. Ummi cuma perlu sediakan baju ummi dan bayi ketika pulang. Jadi tak perlu bawa pakaian banyak utk I bu dan juga bayi kita. Dan jangan lupa penuhkan HP dengan credit, bawa charger HP dan jangan sekali-kali lupa camera kerana ia penting untuk tidak terlepas merakamkan saat-saat awal menyambut kelahiran orang baru. Mujur ketika lahirkan Anis Pak Cik Zaid Kamaruddin datang ziarah dan mengambil gambar Anis. Untuk Ammar, aha ummi telah siapkan camera sendiri.

2. Pengetahuan dan keazaman menyusukan bayi. Ini sangat penting kerana pengalaman ummi, ramai yang mengalami kegagalan menyusukan bayi secara eksklusif sejurus selepas kelahiran kerana kurangnya maklumat dan ilmu pengetahuan. Ramai yang beralasan susu tak keluar dan juga pembedahan juga sebagai alasan sukar menyusukan bayi. Alhamdulillah, walaupun dibedah sejurus selepas pembedahan Anis telah dpt ummi susukan sebaik keluar dari bilik pembedahan. Ummi tekad walau sukar dan susah, walau dikatakan Anis kurang susu, ummi teruska susukan Anis. Begitu juga Ammar. Sebenarnya pada hari-hari awal kelahiran susu kelihatan seperti sedikit kerana itu adalah kolustrum. Itulah saat yang penting. Pada hari-hari awal kelahiran bayi perlu terus disusukan tanpa putus asa kerana lagi kerap kita susukan bayi, payu dara akan distimulasikan dan akan mengeluarkan lebih banyak susu. Jangan terjebak dengan alasan kita tiada susu. Itu hanya sekadar alasan. Jadi sediakan maklumat dan ilmu menyusukan dan pelajari teknik penyusuan jika ada peluang dan pergilah ke kelas persediakan melahirkan yang dianjurkan di hospital pilihan anda untuk bersalin. Annur menyediakan kelas menghadapi kelahiran secara percuma. Ia sangat berbaloi untuk kita dan untuk suami. Baba Anis pun pergi untuk bagi sokongan kepada ummi.

3. Persediaan mental dan rohani. Sediakan persiapan jiwa dan minda dalam menghadapi kehamilan. Jangkakanlah perkara-perkara di luar jangkaan. Teringat pula ummi pesanan senior ummi ketika ummi mengikuti misi kemanusiaan membanta mangsa tsunami di Aceh tahun 2005. Dan hadapilah apa jua situasi dengan sabar dan tenang. Berbaik sangkalah dengan Allah. Dan jangan lupa perbanyakkan doa dan bacalah alquran sehingga tamat khusus untuk bayi di dalam kandungan kita. Alhamdulillah, Ammar telah dapat bacaan 30 juzuk dari ummi ketika dalam kandungan.. Anis ummi sempat 28++ juzuk je.. maaf ya sayang. Dengan persedian jiwa yang tenang, hati yang lapang, kita akan menghadapi hari-hari terutama sewaktu melahirkan dan selepas melahirkan dengan hati yang gembira dan bahagia walaupun terkadang ada unsur-unsur yang datang dan cuba mengganggu jiwa kita..

4. Kenali tanda melahirkan dan bertindaklah segera. Terutama bagi yang memilih hospital bersalin yang jauh dari tempat tinggal. Kita tinggal di Gombak. Annur pula di Bangi. Perjalanan memakan masa 1 jam. Alhamdulillah malam 7 Ramadan ummi merasa sakit jam 12 tengah malam. Jam 3 pagi ummi rasa perlu bagi tahu baba dan jam 4.30pg bergerak ke Bangi. Ummi dlm wad lebih 3 hari.. mujur ada kakak di rumah melihat Anis. Jadi ummi menghadapi saat-saat melahirkan dengan tenang di Annur. Alhamdulillah tanggal 2.37 petang, adik Anis iaitu Ammar mujahid dilahirkan secara normal! Syukur sungguh ummi. Bagi ummi, peranan Dr Fatimah yang memberikan khidmat nasihat dan saranan yang baik disertai sudah tentunya pertolongan Allah, ummi melahirkan Ammar dengan selamat dan melalui kaedah normal. Terima kasih doktor. Terima kasih...

nanti ummi sambung lagi...

Wednesday, October 21, 2009

Persedian ketika hamil - bhgn 2

1. Persediaan kewangan. Persediaan ini penting terutama bagi yang ingin mendapatkan perkhidmatan di klinik atau hospital swasta. Sekurang-kurangnya RM5000 perlu disediakan untuk bersalin sahaja. Ini kerana bersalin secara pembedahan menyebabkan kos meningkat sehingga RM5000++. Ini baru proses kelahiran. Kemudian perlu memasukkan kos berurut selepas bersalin dan juga jamu-jamu kesihatan – set bersalin bagi para wanita yang mementingkan kesihatan dan kecantikan luaran dan dalaman. Dalam keadaan-keadaan tertentu, ada yang perlukan pembantu ketika dalam pantang. Maka ada tambahan kos lagi. Pembantu ini akan memastikan kita dpt rehat sewajarnya. Jika dihitung-hitung, sekitar RM7000 juga perlu disediakan bagi menghadapi saat-saat sebelum dan selepas kelahiran. Ada yang tak kisah membayar lebih demi keselamatan dan ketenangan melalui proses-proses antara hidup dan mati ini..

2. Menyediakan pembantu. Sekiranya kita merancang untuk berpantang di rumah sendiri, carilah pembantu agar kita dapat menjaga kesihatan selepas melahirkan dengan baik. Agar juga kita cepat pulih dan bertenaga selepas proses melahirkan. Sebolehnya, tak perlu susahkan ibu di kampung untuk menjaga kita. Apatah lagi jika ibu kita uzur ataupun ibu kita sibuk dengan aktiviti harian. Apatah lagi dalam melahirkan anak kedua. Kehadiran pembantu sangat-sangat membantu kita menghadapi tempoh berpantang dengan tenang. Terima kasih kepada pembantu ummi dan sahabat yang menguruskan ummi untuk mendapat pembantu tersebut. Moga Allah menganjari anda. Buat pembantu ummi pula, ummi sangat-sangat berterima kasih kepadanya kerana melayani Anis dan menguruskan keperluan ummi dan rumah dalam saat-saat kita menempuhi ibadah puasa di bulan ramadan.. inilah pertolongan Allah buat ummi dan kita semua.

3. Persediaan Bayi. Bagi kelahiran pertama, banyak persediaan yang diperlukan. Pakaian, lampin, katil bayi, ubat-ubatan dan sebagainya. Namun setelah melahirkan anak kedua, tidak byk persediaan yang diperlukan. Cuma ummi akan memastikan semua baju dan keperluan bayi dibersihkan dan letakkan dalam bekas dan di tempat sepatutnya. Kali ni ummi cuma menambah satu benda penting iaitu tempat tukar lampin bayi. Doktor nasihatkan semua aktiviti mengurusan anak di atas meja agar luka pembedahan dpt dijaga dengan baik. Pengalaman dibedah semasa melahirkan Anis sgt memberi pengajaran kepada ummi. Ini kerana ummi berdikari dalam berpantang. Tinggal dirumah kita sendiri. Oleh itu kelengkapan pengurusan selepas melahirkan sangat penting. Bila lahir anak kedua.. segalanya akan jadi mudah walaupun menjaga diri sendiri dalam pantang. Oh ya. Ummi juga berterima kasih kepada Kak Shikin yang perkenalkan ummi laman web barang2 terpakai keperluan bayi. Jadi ummi dpt membeli sebuah rocker berjenama dgn harga yang sgt murah.Masih cantik lagi pula tu. Rocker tersebut memang sangat memudahkan ummi menguruskan Ammar di rumah dan luar rumah. Kebetulan ia pula muat diletakkan dlm stroller kakak. Wah mudah sungguh ummi membawa Ammar ke program atau shopping J.



Bersambung

Tuesday, October 20, 2009

Melahirkan dengan tenang? Langkah Ke 2

Langkah Kedua : Ketika Hamil

1. Kenal pasti hospital atau klinik yang akan kita bulan pemeriksaan bulanan terhadap kandungan kita. Sama ada klinik/hospital swasta atau kerajaan.

2. Mendapatkan doktor kita sukai, selesa dan percayai. Kalau kita dah kenal lagi baik. Jadi mudahlah kita berinteraksi, berkongsi masalah dan mendapatkan panduan sebaik-baiknya terhadap kandungan kita. Kedua-dua tips ini ummi perolehi daripada majalah pa&ma. Terima kasih team pa&ma. Alhamdulillah untuk Anis dan Ammar Dr Fauziah Hasan di APSH menjadi tempat ummi mendapatkan rawatan dan khidmat nasihat. Kebetulan ummi mengenali beliau ketika di Bangi. Jadi bila pindah ke Gombak, ummi mmg merujuk beliau sejak kandungan pertama. Ummi ni mudah keguguran. Anis adalah kandungan ummi yang kedua manakala Ammar adalah kandungan ummi yang kelima. Jadi khidmat kepakaran beliau dlm perbidanan dan sakit puan sangat-sangat membantu ummi.

3. Merancang tempat melahirkan. Pilihlah mana-mana institusi perubatan tempat kita bakal melahirkan. Kenal pasti dengan baik kemudahan yang disediakan dan harga yang ditawarkan bagi yang swasta. Ada yang sanggup bersalin jauh daripada tempat kediaman semata-mata untuk mendapatkan keselesaan dalam melahirkan. Alhamdulillah Anis dan Ammar kedua-duanya bersalin di Hospital Pakar An-Nur Bangi. Anis lahir secara pembedahan oleh Dr Fauziah Hasan sendiri, manakala Ammar dibidankan oleh Dr Fatimah. Oleh kerana ummi yakin dan selesa dengan perkhidmatan yang diberikan, maka disaat-saat akhir melahirkan ummi telah membuat pilihan untuk bersalin di Annur. Pilihan ummi bagi ummi tepat. Kerana sebelum dan selepas melahirkan ummi sgt tenang di sana di samping Dr Fatimah yang juga ummi kenali yang sentiasa memberikan khidmat nasihat dan perawatan yang terbaik buat pesakit. Nanti ummi akan tulis khusus tentang khidmat rawatan Annur yang sangat bagus.
bersambung...



Hospital PakarAnnur - Single Bad - sgt selesa. Stafnya pula sgt baik, peramah, berwajah manis dan sgt membantu pesakit ketika diperlukan.

Dr Fatimah yg friendly dan baby Ammar Mujahid

Monday, October 19, 2009

Langkah Pertama : Merancang Kehamilan

  1. Kehamilan tersebut memang dikehendaki. SANGAT PENTING!
  2. Menentukan jarak antara anak yang pertama dan kedua agar bersesuaian dengan kemampuan kita mengendalikannya. Ia juga mengambil kira kebajikan anak sebelumnya agar tidak terabai disaat kita menguruskan bayi baru kita.
  3. Merancangan kesesuaian waktu melahirkan dengan kerjaya kita. Bagi ummi ini penting kerana melahirkan dalam waktu-waktu tiada program-program besar yang berkaitan langsung dengan ummi. Ini supaya ummi dapat mengelakkan tekanan kerjaya yang mana membuatkan ummi rasa bersalah terhadap sahabat seperjuangan ummi dan juga majikan ummi.

Kehamilan yang tidak dirancang akan memberikan tekanan kepada kita dan bayi. Apatalah lagi kehamilan yang memang tidak dikehendaki berlaku. Jadi rancanglah kehidupan kita. Rancanglah kehamilan dengan sebaik-baiknya terutama untuk anak kedua.

bersambung..

Saturday, October 17, 2009

Melahirkan Dengan Tenang?

ummi dan baba. Jam menunjukkan 8.30 pg dlm bilik bersalin pada 300809



Melahirkan Dengan Tenang?

Itulah fokus tinta editor majalah Pa&Ma keluaran oktober 2009. Tajuk tersebut sgt mengena dgn hasrat ummi untuk menuliskan pengalaman ummi dalam melahirkan anak kedua ini. Ah.. minda penulislah katakan.. ummi pun berhasrat menukilkan tajuk yang sama. Cuma ummi tukar perkataan ‘bersalin’ dlm majalah tersebut kepada melahirkan. Namun, walaupun tajuk hampir sama tapi intipati fokus editor pa&ma berbeza daripada ummi. Majalah tersebut hanya memfokuskan ketenangan sewaktu bersalin sahaja. Sedangkan ummi berhajat untuk mecoretkan pengalaman melahirkan dengan tenang sejak sebelum perancangan untuk mendapatkan anak sehinggalah persediaan selepas melahirkan. Bagi ummi ia sebahagian mutiara pengalaman peribadi ummi yang perlu dinukilkan.

Pengalaman melahirkan kali pertama sangat-sangat memberikan pengajaran bermakna buat ummi. Bergelar ibu muda dan kali pertama melahirkan walaupun usia telah melewati 30an menjadikan ummi lebih berhati-hati dan membuat perancangan yang teliti sejak mula ummi merancang untuk mendapatkan anak kedua. Ummi yakin sekiranya ummi tidak merancang dengan baik, ia akan mendatangkan kemudaratan kepada ummi kerana pasti ummi akan menghadapi pelbagai tekanan yang akan memberikan kesan bukan sahaja kepada ummi seorang tetapi kepada Anis, kepada bayi yang bakal dilahirkan dan kepada baba juga.

Ummi selalu ingat kata-kata Ketua Wanita JIM yang ummi kasihi iaitu Dr Harlina bahawa apabila wanita itu hamil, kehamilan itu sebaik-baiknya adalah kehamilan yang dinantikan dan sangat dikehendaki (wanted) dan bukannya kehamilan yang tidak dirancang (unwanted). Ini kerana ia akan memberikan kesan psikologi kepada semua pihak dalam keluarga tersebut terutama bayi yang dalam kandungan.

Alhamdulillah dengan pengalaman pertama hamil dan melahirkan Anis tersebut ummi telah dapat kumpulkan beberapa perkara penting dalam persediaan melahirkan buat kali kedua. Bagi ummi perancangan ini penting terutama bagi ibu-ibu yang sering ketiadaan suami di sisi apatah lagi ibu-ibu seperti ummi yang berpoligami.

bersambung..

Friday, October 16, 2009

Anis dan Ammar


Wajah terbaru Ammar

Adik Ammar semakin membesar :). Kini adik Ammar dah 4.8kg beratnya. Belum pun dua bulan. Doktor kata adik Ammar lebih baik pembesarannya berbanding Anis :). Anis dulu nak cecah o.5kg sebulan pun payah. Tak kisahlah ya Anis.. yang penting Anis dan Ammar sihat!

Anis sekarang semakin pandai jaga adik. Awal2 dulu Anis suka pukul baby Ammar tau.. jeleslah tu.. dulu ummi sentiasa di sisi Anis. Kini ada baby. Tak sepenuhnya dengan Anis. Anis paling cemburu dan akan buat 'perangai' bila ummi dukung baby atau susukan baby.. tapi sekarang ummi boleh harapkan Anis tidurkan Ammar dlm rocker dia.. bila baby menangis, Anis akan goyangkan rocker.. kadang2 sampai baby tidur dgn baik. Kalau baby bangun menangis nak susu Anis akan panggil.. "ummi.. baby nak susu" dan ANis cakap pada baby.. "ala sian-sian dia.. kejap ya.. kejap". hehe.. kadang-kadang ummi ketawa dan tersenyum sendirian.. Anis.. Anis..

Namun terkadang cemburu tu masih ada lagi terutama sewaktu nak tidur malam. Jadi ummi akan tidurkan baby dahulu kemudian tidur dgn Anis. Bila Anis dah tidur barulah ummi akan ke tempat tidur ummi... hai.. semoga ummi dpt mendidik diri ummi untuk bersabar mendidik anak-anak ummi ni.. namun ummi bersyukur kerana baba adalah penyokong yang kuat di sisi dan di belakang ummi dlm mendidik dan melayani kerenah anak-anak ummi.. thanks to baba ya.. Anis manja sangat dgn baba tau.. jadi kalau baba ada kat umah layan Anis.. oh leganya ummi :). Apapun ummi dan baba akan layan Anis seperti biasa walaupun adik Ammar ada..



Anis dgn baju raya tahun ini di sisi Ammar

Tuesday, September 29, 2009

Buat tatapan Along Suraya..

Ummi dedikasikan gambar2 ini khusus buat Along Suraya yang kini sedang menjalani saat-saat penting menjayakan pembelajaran PhDnya di Universiti di Cardiff, United Kingdom. Semoga Along akan berjaya dengan cemerlang. Kak Misah sentiasa mendoakan kejayaan Along sejak mula persahabatan kita. Alhamdulillah persahabatan kita kini diikat dengan tali persaudaraan pertalian darah. Semoga Allah terus merahmati Along. Sesungguhnya akak yakin.. kebaikan Along akan dibalas kebaikan oleh Allah.. sabarlah.. PhD Along pasti akan jaya dengan cemerlang sebagaimana yang akak kenali Along ketika membuat MA bersama-sama di UKM :).

minggu pertama kelahiran

minggu kedua kelahiran

minggu ke 3 kelahiran


Anis Solehah dan Ammar Mujahid di tempat tidur masing-masing

Sempat ziarah mak dan ayah along pada eidulfitri yang lepas. Mak dan ayah along nampak sihat

Dari kami :

Kak Misah
Anis Solehah
Ammar Mujahid
Azahari Abdul Kadir

Sunday, September 27, 2009

Ammar berusia 30 hari

Alhamdulillah.. Selasa ni genap 30 hari Ammar Mujahid lahir ke dunia. Ammar semakin tembam :). Minum susu. Tidur. Minum susu. Tidur. Kakak Anis Solehah pula semakin menyayangi dan merasai kehadiran adiknya.



aha.. rupa saper ni?

Gambar pada 25 September. Ammar berusia 25 hari..

Hai.. mcm dan umur 3 bulan jer Ammar ni.

Wednesday, September 16, 2009

Tumpang Gembira.

Alhamdulillah.. syukur pada Allah kerana membuka pintu hati penzalim-penzalim ISA utk membebaskan akh Mat Sah suami kepada Cikgu Laila. Tumpang gembira kerana akhirnya suaminya dikembalikan di eidulfitri yang mulia tahun ini.

Terima kasih kepada kerajaan Malaysia? Akh Mat Sah deserve pembebasan itu sejak awal ditahan spt bak kata cikgu Laila tiada kesalahan dgn bukti yg kukuh dpt disabitkan ke atas beliau. Masa tujuh tahun telah diragut oleh mereka yang zalim.

Akhirnya perjuangan cikgu Laila membawa hasil. Sebenarnya Allah nak berikan lebih byk manfaat kepada cikgu Laila dgn penahanan yang lama ini.... dgn penahanan yng lama ini cikgu Laila jadi spt cikgu Laila kini dan byk yg beliau telah lakukan demi menyebarluaskan kezaliman dan kejelekan ISA..

Tahniah cikgu Laila.. ketabahan dan ujian buatmu pasti akan diganjari.. selain Wan Azizah, Ummu Urwah.. bagi saya akak juga seorang wanita waja terkehadapan yang lahir tatkala suami dizalimi.. ketiga-tiga ini isteri dan wanita tabah.. dan tak lupa juga Ummu Asiah... beliau spt isteri mangsa tahanan jugak.. tak ramai insan sepertinya yg saya kenali sejak Abu Urwah di tahan.. di mana ada Ummu Urwah di situ ada Ummu Asiah sehingga satu ketika seblm mengenalinya tertanya-tanya dan saya rasa beruntungnya Ummu Urwah kerana ke mana-mana wajah Ummu Asiah ada bersamanya.. mcm bodyguard :).

Selamat menyambut eidulfitri bersama keluarga cikgu Laila dan Shuhaib!

Thursday, September 10, 2009

Assalamu'alaikum wbt Ammar Mujahid

Assalamu'alaikum wbt Ammar Mujahid bin Azahari! Selamat bertemu dgn Ummi :). Baru hari ni ummi dpt mencoretkan sesuatu tentang kelahiran Ammar diruang maya eksklusif ummi nie..

Alhamdulillah saat yang ummi nantikan telahpun tiba. Tanggal 30.08.09, Ammar Mujahid selamat dilahirkan pada jam 3.25pm (ikut rekod doktor). Bersamaan 9 Ramadan.. berhampiran dgn saat-saat umat Islam di zaman Rasulullah berhadapan dgn Perang Badar 10 Ramadan.. Kakak Anis lahir 5 Rejab.. bersamaan Perang Tabuk. Nampaknya anak-anak ummi ni lahir pada saat-saat umat Islam berjihad menegakkan yang hak. Mudah-mudahan Anis Solehah dan Ammar Mujahid akan menjadi pejuang dan pembela agama Allah jua..

Alhamdulillah wa syukuriLLah.. Segalanya berjalan lancar dlm ummi menghadapi kelahiran pada kali ini.... tiada dpt digambarkan dgn kata-kata.. namun ummi akan mencoret perkongsian pengalaman bermakna dlm menghadapi kelahiran kali ini...
Buat permulaan.. ummi abadikan gambar adik Anis Solehah Azahari iaitu Ammar Mujahid Azahari sejurus selepas lahir ke dunia dan sehari sehari selepasnya.




Thursday, August 27, 2009

Hampir seminggu berpuasa

Begitu pantas masa berlalu. Sedar tak sedar dah hampir seminggu umat Islam berpuasa dlm bulan ramadan. Seronok dan tenang rasanya menunaikan ibdah dalam bulan yang mulia ini. Walaupun menunggu hari melahirkan adik Anis, alhamdulillah ummi masih diberi kekuatan untuk berpuasa. Walaupun baba nasihatkan supaya tidak berpuasa agar ummi beroleh tenaga ketika melahirkan, namun sayang sungguh rasanya untuk ummi meninggalkan puasa ramadan ini walaupun syarak membenarkannya.. terbayang-bayang hadith yg mengatakan bahawa walaupun puasa ini boleh diganti pasti ia tidakkan akan sama dgn puasa di bulan ramadan. Selagi terdaya ummi akan terus berpuasa insyAllah.

Teringat kata-kata seorang ustaz di radio IKIM.fm dalam slotnya di radio tersebut tentang perbezaan yg dirasai olehnya ketika bulan ramadan. Baginya waktu pagi dalam bulan ramadan tidak sama sebagaimana waktu pagi yang beliau lalui dalam bulan-bulan yang lain. Dinihari dalam bulan ramadan dihiasi dgn suasana bening.. hening.. bermakna ia melambangkan kesucian dan keindahan bulan tersebut yg tidak dirasai dlm bulan yang lainnya..

Benar sekali kata-kata ustaz tersebut.. ramadan membawa berjuta rahmat dan berkat. Alangkah indahnya peluang bersolat tarawikh yg tidak didapati dalam bulan yang lain.. maka rugilah mereka yang meninggalkan tarawikh yg dtg setahun sekali dlm bulan ramadan.. Alangkah seronoknya berbuka dan bersahur. Kegembiraan yang dijanjikan Allah iaitu ketika berbuka dan ketika bertemu Tuhannya.. Alangkah damainya qiamullail dan membaca sebanyak mungkin al-Quran dlm bulan ramadan.. jika sebelum ini beratnya bangun dinihari menghadap Ilahi.. kini.. ramadanlah masa utk mendidik diri kembali untuk hampir dgn-Nya di waktu subuh hening..

Semua ini perlu direbut oleh umat manusia yang beriman kepada Allah s.w.t.. dan ummi bersyukur kerana dapat menikmati keindahan ramadan ini walaupun mungkin seketika bersama anak dlm kandungan ummi.. mudah-mudahan anak yg lahir ini turut merasai tempias keberkatan dan keindahan ramadan beberapa hari sebelum saat-saat kelahirannya.. ameen..

Friday, August 21, 2009

Ramadan Membentang Rahmat Ilahi


Kepada semua pengunjung blog ummuanis, mohon maaf atas salah dan silap. Moga Ramadan kali ini dimanfaatkan sepenuhnya dgn ibadah...

<<<<0000>>>>

Ramadan datang dan pergi
setahun hanya sekali
kini ia menjelang lagi
membentang rahmat daripada Ilahi

Ramadan bulan mulia
menuntut umat Islam berpuasa
saat ia datang bersua
tersingkaplah pintu syurga
berlabuhlah tirai neraka
terbelenggulah syaitan durjana
inilah peluang buat manusia
membersih diri menghapus dosa
mensucikan hati gandakan pahala

kerahmatan ramadan hanya padanya
digandakan pahala tak terhitung banyaknya
bahkan ada ganjaran rahsia
daripada Sang Pencipta buat hamba-Nya
disediakan lailatulqadar
mlm yang lebih baik
daripada seribu bulan
yang harus menjadi rebutan

Ramadan Karim
jangan persiakan kehadirannya
kerana belum tentu
tahun hadapan kan bersua lagi
ramadan kali ini
jangan biar ia berlalu
tanpa kita berbuat sesuatu
hargailah
penuhilah
semarakkanlah
ramadan kali ini
dengan amalan-amalan suci
agar diri kita kembali
mendapat ampunan dari ilahi
punya bekal untuk dihitungi...

usah biarkan ramadan berlalu pergi
tanpa kita meningkatkan diri
andai ditakdir maut menghampiri
sesal tiada gunanya lagi..

Wednesday, August 19, 2009

Kehadiran yang dinanti

InsyaAllah.. beberapa hari lagi muncullah tetamu yg ditunggu-tunggu oleh umat Islam.. Ramadhan.. bulan yg penuh barakah, rahmat. Ganjaran pahala dari Yang Mana Pengasih melimpah ruah buat hamba-hambanya.

Saban tahun, kegembiraan meraikan dan merayakan ramadan tiada taranya. Pesta ibadah! Qiamullail, tadarus al-Quran, tarawikh, sahur, puasa, kegembiraan berbuka, keenakan sedekah dan.. kemanisan i'tiqaf sepuluh malam terakhir.. semuanya indah belaka..

Terimbau kembali saat-saat i'tiqaf di masjid UKM sebagai student bersama Bahiah.. dgn alunan lagi yang akan dibuka setiap kali balik dari i'tiqaf iaitu Terampun Dosa - Rabbani... setelah Bahiah ke UK menyambung PhD, ummi bersama along pula beri'tiqaf di masjid yang sama. Dan setelah berumahtangga.. ummi i'tiqaf dgn baba. Dan.. Anis pun ummi bawa sama tau :). Setiap tahun tak pernah miss..

Tahun ini? Ummi juga menantikan kehadiran adik Anis. Kini ummi menghitung hari. Bila-bila masa sahaja ummi akan melahirkan adik Anis. Menurut doktor pakar OnG, baby dalam keadaan sihat. Berat pun telah mencecah 2.8kg. Ummi pun sihat-sihat sahaja. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar.

Sebagaimana nak sambut Ramadan, ummi juga mempersiapkan keperluan untuk menyambut kehadiran adik Anis ni. Alhamdulillah segala persediaan telah dilakukan sebaik-baiknya. Moga Allah permudahkan urusan ummi melahirkan kelak. Dalam bulan Ramadan.. memang mencabar. Namun moga-moga keberkatan Ramadan mengiringi kelahiran adik Anis. Jika Anis lahir 5 Rejab bersamaan tarikh Perang Tabuk, mungkinkah adik Anis lahir 10 Ramadan bersamaan Perang Badar? :). Hanya Allah mengetahui..

Selamat datang Ramadan.. nampaknya tahun ini ummi tak dpt i'tiqaf di masjid. Dan selamat datang ke dunia anakku.. moga menjadi anak soleh, mujahid pembela dan penegak agama Allah. Ameen..



Hadiah Sebuah Kesabaran

“Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya seluruh perkara adalah baik baginya. Dan tidaklah didapati seorang pun hal tersebut melainkan pada diri seorang mukmin. Jika dia merasakan kesenangan maka dia berSYUKUR. Dan itu lebih baik baginya. Jika kesusahan menerpanya maka dia berSABAR. Dan itu lebih baik baginya.” -
Hadith riwayat Muslim





"Anis.. best tak?" tanya ummi.
"Hummm BESSSTTT!" jawab Anis sambil geleng-geleng kepala menunjukkan sgt BEST!
Alhamdulillah setelah bersabar, Anis akhirnya dpt mandi sungai dan kolam sepuas-puasnya.. Thank you Allah.. Thank you baba..
Percayalah.. setiap apa yang hilang dari kita.. Allah akan gantikan dengan yang lebih baik! Cuma sabarlah.. kerana kesabaran itu satu nikmat yang diiringi kebahagian dan ketenangan... Thank you Allah atas anugerah kesabaran ini.

Tuesday, August 11, 2009

'Moody' atau takde 'mood'?

Antara moody dan takde mood tu jauuuhhhh berbezanya. Ummi nak tulis sebab yg menyebabkan ummi takde mood dlm minggu lepas. Rupanya bukan ummi je yg takde mood nak menulis dlm blog, facebook dan yang seangkatan dgnnya tapi kawan ummi pun takde mood juga. Sebab?

Minggu lepas ummi dpt khabar kawan baik ummi, penah menjadi rakan sekerja, rakan serumah, rakan seusrah.. telah diuji dgn anaknya menghidap penyakit jantung berlubang. Anaknya lebih kurang sebaya Anis. Nama anaknya Jannah. Nama kawan ummi ni pun Anis. Nama panggilan.. Nama sebenarnya Khairunnisa'. Beliau dan anaknya akan ke India untuk menjalani pembedahan Ogos ini. Bukan sekadar jantung berlubang, namun penyakit rakan Anis ni jenis jantung berlubang yang cepat membesar lubangnya. Jadi perlu pembedahan segera. Berat badan Jannah pula kurang 12kg jadi IJN tak ada kepakaran untuk lakukan pembedahan. Sedangkan pembedahan segera sgt penting.

Alhamdulillah ummi telah menghubunginya bertanya khabar. Simpati ummi. Beliau pula rupa-rupanya ada anak kecil umur 3 bulan.. jadi akan ditinggalkan. Rakan-rakan mak cik Anis yang akan jaga anak kecilnya. Semoga Allah memberi keringanan kepada mak cik Anis dan dipermudahkan urusan dan diberikan kesembuhan kepada Jannah.

Pada esok paginya pula ummi dikejutkan dgn berita bahawa Ustazah Marhamah, kakak sejamaah ummi, sejawatankuasa bersama ummi dlm TPSM JIM menghidapi kanser payu dara...peringkat ke 3 dan agresif... Ustazah sahabat yg rapat dgn ummi... Oh tuhanku... terkedu dan tak terkata ummi dibuatnya.. semoga Allah berikan keringanan, ketabahan dan juga kesembuhan (tak mustahil) kepada kakak ummi tersebut. Mengalir air mata ummi dibuatnya.. rasa berat sgt dihati ummi menerima khabar berita tentang sahabat-sahabat ummi tersebut.. terasa sgt ujian-ujian mmg telah ditetapkan untuk setiap dari kita.. cuma bentuk sahaja yng berbeza.. oleh itu ia mengajar ummi untuk memperbaiki diri agar tidak mudah mengeluh, patah semangat dengan ujian yng sedikit.. kerana ada orang lain yang lebih hebat diuji...

Ya Allah semoga Engkau tabah dan sabarkan hati-hati kami menempuh ujian-Mu. Berikan kami kekuatan agar kami sentiasa bersyukur dengan setiap nikmat dari-Mu. Janganlah jadikan ujian ini melemahkan kami dlm perjuangan agama-Mu. Jadikanlah ujian ini sebagai keinsafan, kifarah dan peningkatan darjat disisi-Mu. Dan biarlah ujian ini menjadikan kami lebih hampir dan thabat di atas jalan dakwah-Mu wahai Yang Maha Mendengar, Wahai Yang Maha Penyayang, Wahai Yang Maha Mengasihani... Dari Engkau kami datang.. Kepada-Mu kami akan kembali... jadikanlah kami golongan yang akan kembali dgn seruan-Mu : "Wahai jiwa-jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku dan masuklah ke dalam syurga-Ku.." ameen...

Monday, August 10, 2009

Jemputan...

Memenuhi jemputan adalah salah satu hak saudara se-Islam yang perlu ditunaikan. Jika tiada keuzuran wajiblah kita memenuhi undangan sahabat kita ke majlisnya. Apatah lagi jika saudara kita tersebut pertama kali membuat majlis terutamanya majlis menerima menantu : majlis perkahwinan anak.

Alhamdulillah kita telah menghadiri majlis mak cik Julie dan pak cik Aris yg menyambut menantu sulung mereka. Tahniah kepada mak cik Julie, pak cik Aris dan kedua mempelai dan ahli keluarganya..



1 Ogos yang lepas ummi menerima jemputan daripada sahabat ummi dan baba iaitu hj Selamat Aliman. Asalnya ummi dan baba plan nak meraikan perkahwinan anak pertama beliau dgn Kak Faezah.. namun undangan ini tidak dpt dipenuhi kerana 'panggilan' program MANSUH yg berlaku pada 1 Ogos. Kenapa ummi nak sentuh berkenaan jemputan ini?



Di atas ni adalah bahagian dlm kad jemputan. Hjh Norizan itu ialah isteri kedua Hj Selamat. Alhamdulillah, walaupun yang berkahwin itu anak tiri kepada Hjh Norizan (Kak Ijan) namun Hj Selamat dan Kak Faezah turut meletakkan nama Kak Ijan dan anak-anak. Tahniah Pak Selamat dan Kak Faezah kerana memberikan penghormatan kepada Kak Izan dan anak-anak. Semoga keluarga besar antum beroleh keberkatan, kesejahteraan dan dikurniakan sakinah, mawaddah dan rahmah. Ya ia tidak semudah ABC untuk antum sampai ke tahap ini namun.. antum telah mencapainya! Tahniah..

Masa adalah rawatan untuk insan berubah, menilai diri.. namun adakalanya.. berilah sebanyak mana masapun... insan masih tidak berubah.. wallahu'alam.

Yang menzalimi akan mendapat balasan..

Berlalu sudah HIMPUNAN MANSUH ISA (HMI). Ternyata setiap kali demo, akan tersingkaplah wajah sebenar kezaliman pihak berkuasa. Yang menggunakan undangkan Ikut Suka Aku. Pihak berkuasa bukan berkhidmat untuk rakyat dan orang awam. Akan tetapi berkhidmat untuk pihak-pihak tertentu sahaja. Polis bukan lagi Mesra, Cepat dan Betul. Akan tetapi slogan itu bertukar, Ganas, Zalim dan Penganiaya. Mereka bukan menjaga keamanan perhimpunan namun mereka adalah pengalak keganasan, agen provokasi sehingga perhimpunan yg boleh berlangsung dgan aman bertukar sebaliknya. SUHAKAM sendiri telah mengeluarkan kenyataan bahawa polis telah berlebihan dlm menembak gas pemedih mata!

Apakah perasaan penzalim-penzalim ini ya? Adakah mereka akan memiliki kehidupan yang tenang? Mereka zalim terhadap rakyat yang ingin berhimpun menyatakan isi hati. Sudahlah badang kehakiman, surunjaya pilihanraya, suruhanjaya pencegah rasuah tidak dapat berfungsi dengan wibawa, apa lagi yang ada pada rakyat melainkan menyatakan hasrat menegur kerajaan di medan terbuka secara aman yang mana ia turut dibenarkan di bawah Perlembagaan Malaysia. Lihatlah kezaliman mereka yan telah menahan peserta demo hatta belum lagi penyertaan itu berlaku! lihatlah mereka yang ditahan seperti Cikgu Laila dan Ummu Asiah

Sudahlah mereka zalim kerana menahan seseorang tanpa hak pembelaan di bawah ISA.. Lantaran kezaliman itu mereka mencambahkan lagi kezaliman demi kezaliman dgn penahanan itu bila mana, mereka juga zalim kerana menafikan hak kehidupan seorang isteri di sisi suaminya, mereka zalim kerana manfikan hak seorang anak membesar dan hidup bahagia di sisi ayahnya. Mereka zalim kerana menafikan hak kehidupan sebuah keluarga yang mempunyai suami, isteri, anak-anak atau ayah, ibu dan anak-anak.. oohhh zalimnya mereka... tapi apa perasaan mereka? Orang yang menzalimi hak orang lain seolah-olah mereka insan yang tidak mempunyai hati dan perasaan...

Thursday, August 6, 2009

Eh buat apa tu?

video

dah besar dah anak Ummi ni ya. Dah masuk 35 minggu.. Alhamdulillah dah 2.4Kg. Taklah ummi bimbang sgt. Anis dulu lahir 2.3kg je. Baby pula dah pusing. Tak lagi songsang. Mudah-mudahan ummi dpt melahirkan dgn cara normal.

Apa adik Anis buat tu ya? Dr kata dia sedang korek telinga la... ish.. pandainye.. ^V^. Thanks Dr yg buat 3D ultrasound utk baby ni. Anis dulupun ada juga. Blh tgk dlm 'label' Anis.

Semoga Allah permudahkan urusan ummi melahirkan.. dan urusan-urusan lainnya.. ameen.

Ummi : sedang membuat persediaan menyambut baby baru dirumah kita :)

Saturday, August 1, 2009

Rakyat Pasti Menang!



Hari ini Himpunan Mansuh ISA berlangsung. Ramai rakyat turun bantah ISA. Seperti biasa polis mengganas. Bukan nak jaga ketenteraman tapi merekalah yg mula membuat kekecohan. Seperti biasa, rakyat berhimpun secara aman dgn hak di bawah peruntukan undang-undang masih dikacau. Ditahan sebelum berhimpun. Dah bersuraipun masih nak tembak gas pemedih mata. Pemimpin UMNO kat kayangan tu.. yang bersumpah dgn Nama Allah memegang amanah.. pasti ada jawapan dihadapan Allah kelak atau ... ?? Bersedialah. Jika sekarang menghadapi mahkamah rakyat, kelak nanti di mahkamah Allah tanpa ada daya lagi utk mengelak!

Ramai kawan-kawan Ummi di tahan termasuk ummuasiah dan merahhitam. Ummi yakin polis sengaja menahan mereka. Semoga sahabat-sahabat ummi yang ditahan tabah dan terus kuat semangat. Baba juga pernah menerima nasib yang sama.. tapi sebenarnya pihak polis tiada hak nak menahan mereka ini. Tapi begitulah yang berkuasa menyalahgunakan kuasa!

Friday, July 31, 2009

MANSUH! MANSUH! MANSUH ISA!!!


KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA (JIM)

JIM Menyeru Ahli-ahlinya Dan Orang Ramai Berhimpun Di Kuala Lumpur 1 Ogos 2009.

Sudah 49 tahun akta zalim ISA mengancam kebebasan rakyat. Ramai tokoh negara yang ditahan tanpa bicara. Ramai isteri yang dipisahkan daripada suami tanpa alasan yang diketahui. Ramai anak yang membesar tanpa kasih sayang ayah, yang dipenjara tanpa diketahui sebabnya.

ISA membolehkan sesiapa sahaja ditahan tanpa bicara. Pihak berkuasa mencari jalan mudah. Tak perlu ada bukti. Polis boleh bertindak tanpa perlu mengemukakan dalil. Mahkamah diketepikan. Nyata sekali tidak profesional.

ISA bertentangan dengan syariat Islam dan prinsip keadilan sejagat. Pemerintah yang diharap menjaga rakyat, dengan sewenang-wenang, tanpa perlu membawa bukti, mengheret rakyatnya ke lokap dan penjara. Anak isteri dan keluarga teraniaya.

Ketika Bush menahan tanpa bicara di Guantanamo Bay, pemerintah Malaysia telah berkokok riuh rendah, menjustifikasikan ISA. Namun, ketika Obama mengarahkan penutupannya, kenapa diam membisu seribu bahasa???
Cukuplah 49 tahun, semenjak 1 Ogos 1960!!!

Sabtu ini, 1 Ogos 2009, JIM menyeru semua ahli-ahlinya dan seluruh rakyat Malaysia untuk berhimpun di Kuala Lumpur bagi menyatakan bantahan dan mendesak agar ISA dimansuhkan.

Perkara besar seringkali dicapai dengan perhimpunan besar dan pengorbanan besar. Perhimpunan besar telah berjaya menggagalkan gagasan Malayan Union. Perhimpunan besar telah berjaya memansuhkan PPSMI. Perhimpunan besar juga diperlukan untuk memansuhkan ISA!!!
Ayuh! Kita ke Kuala Lumpur, esok, 1 Ogos 2009. Kita tuntut:

· Mansuhkan ISA
· Bebaskan tahanan ISA
· Tutup Kem Tahanan Kamunting

Nota: JIM adalah anggota gabungan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)

Hj Nahar Md Nor
Setiausaha Agung JIM
31 Julai 2009

Monday, July 27, 2009

Koleksi Tudung Si Kecil di SHAMENSi



dimajlis kenduri Pak Cik Omar dan Mak Cik Sahara JIM Batu


Shamensi kedai pakaian muslimah milik Pasaraya Pak Aji. Ummi berkesempatan belikan untuk Anis tudung di sana Ummi suka tengok Anis pakai tudung. Ajar sejak kecil mudah-mudahan mudah bila baligh nanti.

Hari ni Ummi takde mood nak menulis panjang. Beberapa perkara 'mengganggu' minda dan emosi Ummi. Nanti Ummi menulislah berkenaan 'gangguan' tu..

Luv U Anis.

Sunday, July 26, 2009

Sahabatku kini sedang diuji...


Anis @ Khairunnisa Masjedi pernah menjadi rakan serumah Ummi. Rakan-rakan Ummi seperti Kak Basmin, Kak Ila, Along Suraya pastinya kenal dgn Kak Anis ni. Allah sedang menguji anak pertama beliau yg lebih kurang sebaya dgn Anis Solehah mengalami sakit jantung.. Semoga Allah permudah dan melancarkan urusan beliau. InsyaAllah, kitapun akan menyumbang kepada Kak Anis ni ya Anis Solehah.. mudah-mudah dpt meringankan bebannya...

Kepada rakan-rakan seperjuangan Ummi di Bangi yang ingin membantu.. sila teruskan membaca entri dibawah yang diambil daripada blog cikgubad.

Jika sesiapa yang mengenali cikgu Anis inilah masanya untuk membantu beliau. Beliau pernah berkhidmat sebagai pensyarah Matematik di Kolej Uniti semenjak 1997/98 lagi. Kini beliau sedang berkhidmat sebagai guru di sekolah menengah di kampung halamannya di Batu Pahat, Johor.

Entri kali ini dibuat khas untuk beliau. Beliau sedang mengalami ujian maha berat kerana anak sulongnya yang berusia kurang setahun sedang menderita sakit jantung berlubang. Keadaan anak beliau dilaporkan kian kritikal hari demi hari. Ini disebabkan lubang di jantungnya semakin membesar.

Menurut pakar IJN, anak beliau perlu dibedah segera bagi menyelamatkan nyawanya. Memandang kos perubatan yang relatif mahal anak cikgu Anis dinasihatkan menjalani pembedahan tersebut di sebuah pusat perubatan jantung di Bangalore India.
Beliau dijangka ke India dalam bulan Ogos ini – tarikhnya belum diketahui lagi – dan tinggal di sana kira-kira sebulan bersama anaknya untuk tujuan pemantauan pakar jantung di sana.
Sehubungan dengan itu, bagi membantu pemergian beliau dan anaknya ke sana dan membiayai kos sepanjang sebulan di sana, entri kali ini membuat seruan kepada sesiapa yang sudi untuk menyumbangkan derma ikhlas kepada cikgu Anis dengan kadar yang seberapa yang boleh.

Semua sumbangan boleh di’bank-in’kan ke akaun Maybank Khairunisa’ Masjedi bernombor : 151146582481.

Moga keluarga cikgu Anis tabah menghadapi ujian berat ini. Kita doakan sama-sama agar anak sulong beliau selamat menjalani pembedahan tersebut dan kembali ke tanah air dengan kesihatan yang lebih baik.

Amin ya rabb

Kepada semua yang akan menderma dan mendoakan kesihatan anak beliau saya bagi pihak keluarga cikgu Anis mengucapkan jutaan terima kasih.

Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik sdr/i sekalian.

Wednesday, July 22, 2009

Intai Kami Antara Nampak..

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Batang selasih permainan budak
Daun selasih dimakan kuda
bercerai kasih talak tiada
seribu tahun kembali jua

Anak Cina pasang lukah
lukah dipasang di Tanjung Jati
di dalam hati tidak kulupa
bagaikan rambut bersimpul mati

Kalau tuan mudik ke hulu
Belikan saya bunga kemboja
kalau tuan mati dahulu
nantikan saya dipintu syurga



Di atas tu adalah lagu dlm filem lama. Ummi tak ingat filem apa tapi lakonan Nordin Ahmad dan Zaiton. Indah gurindamnya.. Bagi ummi begitulah kasih sayang kedua ibu bapa.. tiada pernah henti... 'bercerai kasih talak tiada'.. Walau dah berumahtangga, punya keluarga dan kehidupan sendiri.. moga kasih ibu bapa tidak sirna.

Alhamdulillah kita berpeluang menjenguk Atok dan Opah di Slim River, hujung minggu yang lalu. Jelas terpancar kegembiraan Atok dan Opah yg dah lama tak jumpa Anis. Alhamdulillah dapat juga kita merasa air tebu manis hasil cucuk tanam opah di depan rumah dan juga buah rambutan yang kecil molek tapi 'kesing' kata atok. Manis, tidak berair dan lekang. Tapi tahun ni buah rambutan sgt sedikit.. jadi tak dpt nak bawa balik utk beri kawan-kawan.


Walaupun penat tapi bak kata iklan celcom.. berbaloi-baloi.. Dgn balik kampung ni ummi amik kesempatan masak best-best untuk baba.. al maklumlah ummi lately ni asyik tak laratnya bila dah balik dari kerja. Hujung minggu pula selalu ada program.. jadi kesempatan balik kg ni ummi masak masakan tradisi orang Perak (Gulai Asam Rebus) dan menunaikan hajat baba yg dah lama nak makan petai ^v^.


Ini dia hasil masakan ummi.. balik dari Kg keletihan tapi humm best! Sekurang2nya tertunai hajat baba yg turut 'mengidam' air tangan ummi yg dah lama kekeringan.. hihi


Aha gambar di bawah ni pula adalah tempat singgah solat dlm perjalanan nak balik Kg. Saje ummi amik gambar ni kerana rasa puas hati dgn perkhidmatan PERTRONAS yang sebegini. Baguslah gunakan kekayaan yang ada untuk kemudahan pengguna terutama umat Islam. Cantik suraunya. Bukan saje memudahkan musafir akan tetapi penduduk setempat di pekan tu. Jadi takde alasanlah kalau peniaga atau penduduk yang keluar pasar malam ke atau beli barang-barang ke sukar untuk mencari tempat solat.

Di samping surau yg selesa, PETRONAS juga selalu menjaga tandas dgn baik ni stetsen minyaknya. Terima kasih warga PETRONAS dlm hal ini.

Klip Video Anis Sambut Besday

video

Apa pencapaian Anis dlm usia 2 tahun? Di sini ummi senaraikan untuk pengetahuan Anis

1. Boleh membaca doa naik kenderaan dan doa makan dgn lancar

2. Boleh melagukan asma al husna versi biasa dan mengikuti asma al husna versi ESQ

3. Boleh membaca a ba ta dan ABC dan mengenal sebahagian besar huruf-huruf tersebut

4. Boleh bersama membaca al fatihah

6. Boleh mewarna fokus kepada objek walaupun masih tak kemas. Nanti ummi ambil gambar buku mewarna Anis ya

7. Boleh menyanyikan lagu twinkle2, Baba Blacksheep, 123 Sayang Allah, Rasulullah, Ibu Ayah, head n sholders

8. Hafal lagu2 dlm CD belajar Al Quran 1 - Readnetwork

9. Boleh membilang 1 - 10 dlm bahasa Melayu, Inggeris dan Arab

10. Boleh menyebut bulan Jan - Disember.. ini yg paling terkini

Gunakan potensi dan kebijaksanaan Anis untuk Allah dan Addinnya ya. Setiap insan Allah anugerahkan akal dan kebijaksanaan.. jgn sia-siakannya ya sayang..

Ummi dan Baba sentiasa memberikan perhatian dan kasih sayang sebaik-baiknya buat Anis..

Tuesday, July 21, 2009

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Sayang

20.07.2009 genap umur Anis Solehah 2 tahun. Alhamdulillah. Byk ilmu pengetahuan yang Ummi belajar sejak bergelar ibu.. dari saat persediaan sebelum mengandungkan Anis sehinggalah Anis dah berumur 2 tahun dan hingga saat ini.. Semoga Allah anugerahkan Anis Solehah kesihatan dan rezeki yang baik. Dijadikan Anis Solehah hamba-Nya yang beriman dan bertaqwa dan berbakti kepada dua orang tuanya. Ummi dan Baba sayaaaaaanngggggg Anis. Semoga Allah memelihara Anis di dunia dan akhirat.

Sudah tentu pagi2 pada 20.07.09 Ummi pakaikan Anis baju baru. Dan ambil foto Anis umur 2 tahun sebagai kenang-kenangan.



Kemudian Ummi buat majlis di nurseri. Cikgu-cikgu baca doa selamat. Anis potong kek dan beri hadiah pada kawan-kawan. Sweet sgt bila dalam majlis ni anak-anak diajar cara ambil hadiah, ucap terima kasih pada Anis dan Ummi. Bagi Ummi sekadar menggembirakan anak-anak di nurseri sebagaimana Anis gembira menerima hadiah ketika hari lahir orang lain... Moga doa anak-anak ini utk ANis dan Ummi dimakbulkan Allah.. Jom lihat kegembiraan Anis ( dan kawan-kawan.. dlm video)





Video bergambar akan diupload nanti..

Saturday, July 18, 2009

Makan bukan sebarang makan

Makan bukan sebarang makan
makan bersama rakan-rakan
makan bukan sebarang makan
mengerat ukhuwwah sesama insan

1. Bubur jagung + durian.. Ummi masak untuk sahabat-sahabat kat pejabat Ummi. Alhamdulillah dalam dua bulan lepas Ummi dan Baba decide utk puasa every week hari Khamis sehingga Ramadhan. Jadi lepas berbuka dan solat, malamnya Ummi suka masakkan bubur untuk Baba yg suka makan bubur2 manis ni. Jadi Ummi buat byk skit dan bawa ke pejabat dan makan bersama-sama rakan Ummi. Ni bubur jagung durian. Yumm yumm... kawan2 Ummi kata .. sedaaappp... terutama sebab free ^v^


2. Lihatlah kegembiraan rakan-rakan Ummi. Ummi pula sgt gembira dpt jamu mereka. Jadi tidak hairanlah kalau 'opah' Rosmawati Zainal pun ;) suka menjamu orang lain terutama kalau dia marah kat seseorang dia akan masakkan makanan untuk orang tu supaya reda kemarahan dan ukhuwwah bertaut kembali.... cam bestkan buat mcm tu? Hari ni Ummi jamu mereka bubur kacang durian dan tiada durian pula.. seronok makan bersama-sama



3. Kak Eda. Kawan Ummi. Belanja Ummi makan di JJ. Sebab raikan hari ulang tahun kelahiran Ummi 25 Jun 2009. Tapi baru kesempatan beliau belanja Ummi. Teringat satu ketika dahulu.. Ummi dan Mak Cik Along Suraya pun suka belanja adik-adik usrah kami makan.



Kesimpulan :

1. Memang seronok dan best dapat makan bersama rakan-rakan
2. Makan-makan begini ada nilai yg sgt bermakna..
3. Kita boleh eratkan ukhuwwah/persahabatan
4. Kita juga merasa puas dan seronok dpt spend masa dgn kawan-kawan bukan sekadar duduk-duduk dan bual-bual kosong...

oho.. next coming monday birthday Anis.. well Ummi dah ada plan utk raikannya! Tungguuuu....

Thursday, July 16, 2009

Saat Ini Ummi Kerinduan

Saat ini kerinduan. Kerinduan kepada seorang teman. Cik Nor yang kini berada dibandar Sri Putra Bangi. Ummi selalu dan asyik teringatkannya. Utk melepaskan sedikit kerinduan ummi selalu menziarahi blognya untuk mendapatkan perkembangan terkini tentang dirinya..

Ummi menyayanginya. Ummi dpt merasai apa yg dia rasai.. Ummi dpt menyelami kesedihan dan kesepiannya. Ummi dpt merasai berat bahu dan hatinya menghadapi kehidupan.. pun begitu ummi juga mampu merasai senyum dan keriangannya.. Mengapa ya?

Mungkin kerana ummi pernah satu usrah dgnnya. Mungkin kerana status ummi yg sama dengannya. Namun segala-galanya kerana hati ummi dgnnya telah bertaut ukhuwwahfillah. Kami berkongsi rasa, sedih, kecewa, gembira, ceria..

Ummi sentiasa berdoa untuk kebaikannya.. moga Allah memberikan beliau ketabahan dlm melalui hidup ini. Semoga Allah berikan keceriaan dlm perjalanan menuju cintanya dan Nya yang hakiki di sana..

Moga Allah mudahkan dan perkenankan hasrat ummi.. satu masa ummi nak bawa Anis bermalam di rumah Untie Nor supaya ummi dpt melepaskan rindu bersembang-sembang dgnnya dan beliau dpt melepaskan rindu bermain-main dgn Anis, anak Ummi..

Moga Allah perkenankan... I Luv U Kak...

Perkongsian Fail di blog

Ummi tak pasti rakan-rakan Ummi yg bertandang ke blog ummi ni perasan atau tidak. Ummi ada masukkan gadget yg mempunyai beberapa fail presentation dlm bentuk power point. Dah lama ummi cari kaedah untuk berkongsi bahan-bahan utk rakan-rakan melalui blog. Akhirnya ummi terjumpa kaedah ini di blog cikgubad. Thanks cikgu bad di Kolej Uniti Pasir Panjang. Cikgu Bad rakan sekerja ummi satu ketika dulu. Dia juga adalah guru ummi dalam mengajar Pengajian Malaysia.

Ummi kongsikan fail2 presentation yg ummi perolehi dari mailing list alumni kursus ELIT yg ummi pernah ikuti. Presentation ni bagi ummi menarik dan bagus sebagai bahan bacaan tambahan sesekali dan mungkin boleh dikongsi dlm halaqah atau just sebagai halwa minda dan hati buat yg menontoninya.

Wednesday, July 15, 2009

Anis dan Kucing




Anis dan kucing seperti baba dan kucing.. mana la tak tumpah kuah kalau bukan ke nasi.. Anis seperti baba pantang jumpa kucing mesti nak bermain dgn kucing!

Tempat StrategiK Anis Dalam Kereta


Anis Solehah, inilah tempat duduk paling strategik dan paling Anis suka ketika menjelang umur 2 tahun.. Kat sini Anis akan masukkan badan dlm tempat yang kosong tu (pembahagi antara 2 tempat duduk di belakang) dan akan bersila pula di atas tempat letak tangan yg dikeluarkan dari seat kat belakang kereta tu. Naper Anis suka sangat duduk kat situ ya? Sebab bila baba membelok di selekoh, Anis tetap steady kat tempat duduk tu tanpa terjatuh :). Itu la sebab Anis suka duduk kat situ hehe.. Ummi rakamkan saat-saat ni utk menunjukkan betapa 'comelnya' tubuh Anis sampai kat lubang tu pun boleh masuk ^0^..

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50
Bagaimanakah aktivisme pelajar bermula? Apakah pernana PBMUM dan PKPIM dalammembantuk minda pelajar yang berani membawa aspirasi dan suara rakyat? Apakah peranan ABIM, Al Arqam, Tabligh dalam membentuk gerakan dakwah di kalangan pelajar? Bagaimana Latihan Kader Dakwah berjaya membentuk semula kefahaman Islam yang murni di kalangan mahasiswa pada 1970an? Benarkah DEB gagal membentuk pelajar yg kembali dari luar negara berkhidmat utk kerajaan BN? Apakah IRC) Bagaimanakah IRC memainkan peranan dlm kebangkitan dakwah kampus? benarkah IRC sering mendatangkan masalah di kampus-kampus dan menjadi punca perpecahan gerakan dakwah? Sejauh manakah peranan IRC dalam perkembangan dakwah Islam di Malaysia? Siapakah sebenarnya ahli-ahli IRC? Buku ini menyingkap persoalan-persoalan di atas yang adakaitan dgn susur-galur keterlibatan pelajar di dalam dan di luar kampus. Perbagai persatuan dan organisasi yang wujud di sekeliling kehidupan pelajar yang membentuk dan mencerna minda mahasiswa dan akhirnya memunculkan jati diri sebenar mahasiswa dgn idealisme mereka tersendiri sebagai generasi pemuda harapan bangsa, negara dan agama. Wajar dimiliki oleh mereka yg cintakan ilmu, sejarah khususnya mahasiwa sendiri agar mereka tahu bagaimana sejarah kebangkitan mahasiswa bermula. Agar mereka tahu bahawa mahasiswa adalah suara dan jiwa rakyat!

My Box.net Files. Berkongsi beautiful powerpoint dgn rakan-rakan lain. feel free to download :)