Saturday, October 31, 2009

Persediaan ketika hamil - bhgn 2 samb

1. Persediaan Ke Hospital. Mengetahui dan menyedari tanda-tanda untuk melahirkan sangat penting. Dengan itu mudah kita segera ke hospital apabila tanda melahirkan telah wujud. Tambahan bagi yg telah merancang bersalin di hospital yang jauh dari kediaman. Sewaktu melahirkan Ammar, ummi ke hospital jam 4.30 pagi selepas baba siap bersahur. Sesampai di Annur dan setelah diperiksa oleh bidan, ummi dinasihatkan tinggal di wad sehingga bersalin. 3 hari ummi di hospital dan meninggalkan Anis di rumah. Mujur persiapan dengan pembantu di rumah telah disediakan. Oleh itu ummi menghadapi kesakitan dan saat-saat melahirkan dengan tenang. Pun begitu ingatan terhadap Anis di rumah tidah pernah lenyap ketika berada di Wad. Sebelum ke hospital persediaan kelengkapan ibu dan bayi telah siap sedia dalam beg sejak awal lagi. Majalah pa&ma memang memberikan panduan berguna untuk bakal ibu. Jangkakanlah kita akan tinggal 2-3 hari di hospital. Oleh itu kita akan tinggal dengan selesa dengan kelengkapan yang sempurna. Bagi Annur, segala kemudahan bagi ibu dan bayi disediakan. Ummi cuma perlu sediakan baju ummi dan bayi ketika pulang. Jadi tak perlu bawa pakaian banyak utk I bu dan juga bayi kita. Dan jangan lupa penuhkan HP dengan credit, bawa charger HP dan jangan sekali-kali lupa camera kerana ia penting untuk tidak terlepas merakamkan saat-saat awal menyambut kelahiran orang baru. Mujur ketika lahirkan Anis Pak Cik Zaid Kamaruddin datang ziarah dan mengambil gambar Anis. Untuk Ammar, aha ummi telah siapkan camera sendiri.

2. Pengetahuan dan keazaman menyusukan bayi. Ini sangat penting kerana pengalaman ummi, ramai yang mengalami kegagalan menyusukan bayi secara eksklusif sejurus selepas kelahiran kerana kurangnya maklumat dan ilmu pengetahuan. Ramai yang beralasan susu tak keluar dan juga pembedahan juga sebagai alasan sukar menyusukan bayi. Alhamdulillah, walaupun dibedah sejurus selepas pembedahan Anis telah dpt ummi susukan sebaik keluar dari bilik pembedahan. Ummi tekad walau sukar dan susah, walau dikatakan Anis kurang susu, ummi teruska susukan Anis. Begitu juga Ammar. Sebenarnya pada hari-hari awal kelahiran susu kelihatan seperti sedikit kerana itu adalah kolustrum. Itulah saat yang penting. Pada hari-hari awal kelahiran bayi perlu terus disusukan tanpa putus asa kerana lagi kerap kita susukan bayi, payu dara akan distimulasikan dan akan mengeluarkan lebih banyak susu. Jangan terjebak dengan alasan kita tiada susu. Itu hanya sekadar alasan. Jadi sediakan maklumat dan ilmu menyusukan dan pelajari teknik penyusuan jika ada peluang dan pergilah ke kelas persediakan melahirkan yang dianjurkan di hospital pilihan anda untuk bersalin. Annur menyediakan kelas menghadapi kelahiran secara percuma. Ia sangat berbaloi untuk kita dan untuk suami. Baba Anis pun pergi untuk bagi sokongan kepada ummi.

3. Persediaan mental dan rohani. Sediakan persiapan jiwa dan minda dalam menghadapi kehamilan. Jangkakanlah perkara-perkara di luar jangkaan. Teringat pula ummi pesanan senior ummi ketika ummi mengikuti misi kemanusiaan membanta mangsa tsunami di Aceh tahun 2005. Dan hadapilah apa jua situasi dengan sabar dan tenang. Berbaik sangkalah dengan Allah. Dan jangan lupa perbanyakkan doa dan bacalah alquran sehingga tamat khusus untuk bayi di dalam kandungan kita. Alhamdulillah, Ammar telah dapat bacaan 30 juzuk dari ummi ketika dalam kandungan.. Anis ummi sempat 28++ juzuk je.. maaf ya sayang. Dengan persedian jiwa yang tenang, hati yang lapang, kita akan menghadapi hari-hari terutama sewaktu melahirkan dan selepas melahirkan dengan hati yang gembira dan bahagia walaupun terkadang ada unsur-unsur yang datang dan cuba mengganggu jiwa kita..

4. Kenali tanda melahirkan dan bertindaklah segera. Terutama bagi yang memilih hospital bersalin yang jauh dari tempat tinggal. Kita tinggal di Gombak. Annur pula di Bangi. Perjalanan memakan masa 1 jam. Alhamdulillah malam 7 Ramadan ummi merasa sakit jam 12 tengah malam. Jam 3 pagi ummi rasa perlu bagi tahu baba dan jam 4.30pg bergerak ke Bangi. Ummi dlm wad lebih 3 hari.. mujur ada kakak di rumah melihat Anis. Jadi ummi menghadapi saat-saat melahirkan dengan tenang di Annur. Alhamdulillah tanggal 2.37 petang, adik Anis iaitu Ammar mujahid dilahirkan secara normal! Syukur sungguh ummi. Bagi ummi, peranan Dr Fatimah yang memberikan khidmat nasihat dan saranan yang baik disertai sudah tentunya pertolongan Allah, ummi melahirkan Ammar dengan selamat dan melalui kaedah normal. Terima kasih doktor. Terima kasih...

nanti ummi sambung lagi...

No comments:

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50
Bagaimanakah aktivisme pelajar bermula? Apakah pernana PBMUM dan PKPIM dalammembantuk minda pelajar yang berani membawa aspirasi dan suara rakyat? Apakah peranan ABIM, Al Arqam, Tabligh dalam membentuk gerakan dakwah di kalangan pelajar? Bagaimana Latihan Kader Dakwah berjaya membentuk semula kefahaman Islam yang murni di kalangan mahasiswa pada 1970an? Benarkah DEB gagal membentuk pelajar yg kembali dari luar negara berkhidmat utk kerajaan BN? Apakah IRC) Bagaimanakah IRC memainkan peranan dlm kebangkitan dakwah kampus? benarkah IRC sering mendatangkan masalah di kampus-kampus dan menjadi punca perpecahan gerakan dakwah? Sejauh manakah peranan IRC dalam perkembangan dakwah Islam di Malaysia? Siapakah sebenarnya ahli-ahli IRC? Buku ini menyingkap persoalan-persoalan di atas yang adakaitan dgn susur-galur keterlibatan pelajar di dalam dan di luar kampus. Perbagai persatuan dan organisasi yang wujud di sekeliling kehidupan pelajar yang membentuk dan mencerna minda mahasiswa dan akhirnya memunculkan jati diri sebenar mahasiswa dgn idealisme mereka tersendiri sebagai generasi pemuda harapan bangsa, negara dan agama. Wajar dimiliki oleh mereka yg cintakan ilmu, sejarah khususnya mahasiwa sendiri agar mereka tahu bagaimana sejarah kebangkitan mahasiswa bermula. Agar mereka tahu bahawa mahasiswa adalah suara dan jiwa rakyat!

My Box.net Files. Berkongsi beautiful powerpoint dgn rakan-rakan lain. feel free to download :)