Tuesday, February 10, 2009

You Are A Good Girl.. TQ Anis

Anis makan kat belakang. Bila ngantuk Anis tidur di surau..
bila jaga berlari-lari dan bermain-main di belakang dewan.
jarang menangis dan mengganggu peserta..
cuma peserta terganggu sebab geram tgk baby comel Ummi.. huhu



Alhamdulillah... ummi dah berjaya laksanakan program DERU.. walaupun kadang-kadang mencabar gak Ummi kena angkut Anis dlm program sebegini namun, itulah yang Ummi perlu harungi dalam membesarkan Anis Solehah kesayangan Ummi ni...

Ummi sgt bersyukur kepada Allah yg telah anugerahkan Ummi Anis yang Solehah.. :).. Ramai sgt yg memberi komentar demikian sehingga mak cik Peed suruh Ummi beranak byk2 sebab dpt anak mudah dijaga.. hmm.. tu kena fikir byk kali tu. Dalam program DERU ni pun Anis sgt baik dan memberikan kerjasama.. sampai Mak Cik Fida' kata Anis good girl.. bertuah dpt anak mcm ni.. Tq Anisku sayang.

Tq Allah.. moga kau pelihara anakku.. jadikan ia insan Solehah, penyejuk mata Ummi, semoga Allah permudahkan urusan Anis di dunia, dianugerahkan umur yang berkat, dijadikan hambaNya yang beriman dan bertaqwa, dijadikan Anis sebagai pembela, pejuang dan pembantu dalam urusan Agama Allah.. jadilah insan cemerlang wahai Anis Solehah sebagai pembela dan penegakkan Addin yang mulia ini.. moga kembalimu sebagai mujahidah dan syuhada... ameen.. Ya Allah perkenankanlah permohonan Ummi Anis Solehah ini..

LATIHAN DERU-JIM

LATIHAN DERU-JIM 2009
8 Feb 2009
Pusat Khidmat Rakyat, Taman Melawati


Alhamdulillah Akademi Islah dgn kerjasama JKPA telah berjaya menganjurkan Latihan DERU. Seramai 21 peserta telah mendaftar (19 telah mengikuti kursus dgn penuh) dan mengikuti latihan dengan jayanya.

Tn Hj Zairulshahfuddin Zainal Abidin yang berpengalaman dalam misi kemanusiaan di dalam dan luar negara (yang juga Naib Presiden JIM dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Antarabangsa) sebagai moderator dalam latihan tersebut telah berjaya memberikan maklumat dan ilmu pengetahuan berguna sebagai persediaan untuk menjadi sukarelawan. Di samping mendapat ilmu pengetahuan dari segi teori, para peserta juga telah 'dibawa' dlm simulasi misi kemanusiaan ke Gaza.

Program satu hari ini 9.30-6.00 ini juga telah mendedahkan kepada para peserta tentang perkara-perkara yang tidak dijangkakan akan berlaku di tempat misi dijalankan. Dengan pengalaman beliau di Afghanistan contohnya, moderator telah dpt berkongsi kejadian-kejadian yang membuka minda peserta agar bersedia sebaiknya untuk menjadi ahli misi kemanusiaan.

Sudah pasti teori akan tinggalkan teori jika tidak dipraktikkan. Manakala pengalaman menjadi ahli misi kemanusiaan sudah pasti memperkayakan lagi kita dengan ilmu pengetahuan daripada pengajaran yang ‘live’ dimedan. Oleh itu sebagaimana yang dimaklumkan oleh pengerusi JKPA, peserta yang telah mengikuti kursus ini akan menjadi TOP LIST untuk dihantar secara rasmi dlm misi-misi kemanusiaan sama ada di dalam atau di luar negara kelak.

Bersama ini disertakan gambar-gambar pada hari program tersebut.


Hj Zairul memberi penyampaian kepada peserta

Kumpulan 1

Kumpulan 2

Kumpulan yang menang - 3

Vest DERU-JIM
Sekian
---
Siti Hamisah Manan
Akademi Islah Malaysia-JIM

Monday, February 9, 2009

Asuh Fitrah

Lamanya Ummi tak updated blog.. Sibuk n kekangan kesihatan :). Alhamdulillah ari ni ada kesempatan sempena cuti Thaipusam.. Ummi nak kongsi tentang kursus Asuh Fitrah yang Ummi ikuti.. dianjurkan oleh JK Aulad Wanita JIM under Mak Cik Anfal Saari.. Thanks 2 Mak Cik Anfal.. Jom tgk ceritanya

Gambar 1 :
Ummi dan rakan-rakan kena susun gambar perkembangan baby.. ha baru tau.. walaupun dah ada anak.. salah jugak.. huhu

Gambar 2 :
Ummi dan rakan-rakan kena buat kapal terbang dan terbangkan kapal yang kami buat. Syarat menang kapal yg 'terbang' paling jauh.. tengok la.. kawan-kawan Ummi (kakak2 Anis hehe).. iaitu KakMaryam, Kak Iman, Kak Nahdia (ibu-ibu muda) turut serta dlm program ni utk timba ilmu..

Gambar 3 :
Cuba teka siapa menang? Ummi!! Huhu tak sangka plak kapal Ummi 'landing' paling jauh so dikira menanglah. Bila dah menang semua org beratur utk ucap tahniah. Tu Mak Cik (hehe) dgn Ummi. Sebenarnya trainer nak ajar pada Ummi-Ummi supaya menghargai anak yang telah mencapai kejayaan.. jgn ignore @ buat tak tahu jer.. kena hargai kebolehan anak-anak kita.

Gambar 4 :
Sebahagian peserta.. kat belakang tu adalah barisan ibu muda.. dan Ummi la yg paling senior di kalangan mereka.. Ummi kawin lambat.. dpt adikpun lambat... but you are anugerah tidak ternilai.. Ummi Love Anis!





Terima kasih Asuh Fitrah. Now Ummi belajar..
  1. Setiap anak punya keistimewaan sendiri
  2. Setiap anak dilahirkan dgn potensi. So jgn downgrade anak.. Kita yg corakkan mereka
  3. Setiap anak punya 'their own sweet time' utk adapt keadaan sekeliling so dont push them ikut kemahuan kita
  4. Jgn halang perkembangan anak untuk kesenangan kita atau utk memudahkan keje kita
  5. Sentiasa hargai apa yg anak buat. Tanamkan rasa mereka adalah insan cemerlang supaya potensi mereka tidak terbantut
  6. Akademik bukanlah segala-galanya.. jadi jgn lupakan pembelajaran dan kemahiran
  7. Ajar anak-anak dgn menggunakan alam semulajadi supaya mereka mudah diajarkan tentang PENCIPTA alam semula jadi tersebut..

Anak Belajar dari Kehidupan Kita

Jika anak diajarkan dengan celaan, ia belajar mencela
Jika anak diajarkan dengan permusuhan, ia belajar berkelahi
Jika anak diajarkan dengan ketakutan, ia belajar gelisah
Jika anak diajarkan dengan rasa hiba, ia belajar menyesah diri
Jika anak diajarkan dengan olok-olok, ia belajar rendah diri
Jika anak diajarkan dengan iri hati, ia belajar kedengkian
Jika anak diajarkan dengan permalukan, ia belajar merasa bersalah
Jika anak diajarkan dengan dorongan, ia belajar percaya diri
Jika anak diajarkan dengan toleransi, ia belajar menahan diri
Jika anak diajarkan dengan pujian, ia belajar menghargai
Jika anak diajarkan dengan penerimaan, ia belajar mencintai
Jika anak diajarkan dengan dukungan, ia belajar menyenangi diri
Jika anak diajarkan dengan berbagi rasa, ia belajar dermawan
Jika anak diajarkan dengan kejujuran dan keterbukaan...
Ia belajar kebenaran dan keadilan...

(Kata-kata di mural Tadika Islam Terpadu (TKIT), Yayasan Haroen Ali, Aceh)

----
SHM
Misi JIM Kasih Aceh 3
1 Mac 2005

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50
Bagaimanakah aktivisme pelajar bermula? Apakah pernana PBMUM dan PKPIM dalammembantuk minda pelajar yang berani membawa aspirasi dan suara rakyat? Apakah peranan ABIM, Al Arqam, Tabligh dalam membentuk gerakan dakwah di kalangan pelajar? Bagaimana Latihan Kader Dakwah berjaya membentuk semula kefahaman Islam yang murni di kalangan mahasiswa pada 1970an? Benarkah DEB gagal membentuk pelajar yg kembali dari luar negara berkhidmat utk kerajaan BN? Apakah IRC) Bagaimanakah IRC memainkan peranan dlm kebangkitan dakwah kampus? benarkah IRC sering mendatangkan masalah di kampus-kampus dan menjadi punca perpecahan gerakan dakwah? Sejauh manakah peranan IRC dalam perkembangan dakwah Islam di Malaysia? Siapakah sebenarnya ahli-ahli IRC? Buku ini menyingkap persoalan-persoalan di atas yang adakaitan dgn susur-galur keterlibatan pelajar di dalam dan di luar kampus. Perbagai persatuan dan organisasi yang wujud di sekeliling kehidupan pelajar yang membentuk dan mencerna minda mahasiswa dan akhirnya memunculkan jati diri sebenar mahasiswa dgn idealisme mereka tersendiri sebagai generasi pemuda harapan bangsa, negara dan agama. Wajar dimiliki oleh mereka yg cintakan ilmu, sejarah khususnya mahasiwa sendiri agar mereka tahu bagaimana sejarah kebangkitan mahasiswa bermula. Agar mereka tahu bahawa mahasiswa adalah suara dan jiwa rakyat!

My Box.net Files. Berkongsi beautiful powerpoint dgn rakan-rakan lain. feel free to download :)