Monday, February 9, 2009

Asuh Fitrah

Lamanya Ummi tak updated blog.. Sibuk n kekangan kesihatan :). Alhamdulillah ari ni ada kesempatan sempena cuti Thaipusam.. Ummi nak kongsi tentang kursus Asuh Fitrah yang Ummi ikuti.. dianjurkan oleh JK Aulad Wanita JIM under Mak Cik Anfal Saari.. Thanks 2 Mak Cik Anfal.. Jom tgk ceritanya

Gambar 1 :
Ummi dan rakan-rakan kena susun gambar perkembangan baby.. ha baru tau.. walaupun dah ada anak.. salah jugak.. huhu

Gambar 2 :
Ummi dan rakan-rakan kena buat kapal terbang dan terbangkan kapal yang kami buat. Syarat menang kapal yg 'terbang' paling jauh.. tengok la.. kawan-kawan Ummi (kakak2 Anis hehe).. iaitu KakMaryam, Kak Iman, Kak Nahdia (ibu-ibu muda) turut serta dlm program ni utk timba ilmu..

Gambar 3 :
Cuba teka siapa menang? Ummi!! Huhu tak sangka plak kapal Ummi 'landing' paling jauh so dikira menanglah. Bila dah menang semua org beratur utk ucap tahniah. Tu Mak Cik (hehe) dgn Ummi. Sebenarnya trainer nak ajar pada Ummi-Ummi supaya menghargai anak yang telah mencapai kejayaan.. jgn ignore @ buat tak tahu jer.. kena hargai kebolehan anak-anak kita.

Gambar 4 :
Sebahagian peserta.. kat belakang tu adalah barisan ibu muda.. dan Ummi la yg paling senior di kalangan mereka.. Ummi kawin lambat.. dpt adikpun lambat... but you are anugerah tidak ternilai.. Ummi Love Anis!





Terima kasih Asuh Fitrah. Now Ummi belajar..
  1. Setiap anak punya keistimewaan sendiri
  2. Setiap anak dilahirkan dgn potensi. So jgn downgrade anak.. Kita yg corakkan mereka
  3. Setiap anak punya 'their own sweet time' utk adapt keadaan sekeliling so dont push them ikut kemahuan kita
  4. Jgn halang perkembangan anak untuk kesenangan kita atau utk memudahkan keje kita
  5. Sentiasa hargai apa yg anak buat. Tanamkan rasa mereka adalah insan cemerlang supaya potensi mereka tidak terbantut
  6. Akademik bukanlah segala-galanya.. jadi jgn lupakan pembelajaran dan kemahiran
  7. Ajar anak-anak dgn menggunakan alam semulajadi supaya mereka mudah diajarkan tentang PENCIPTA alam semula jadi tersebut..

Anak Belajar dari Kehidupan Kita

Jika anak diajarkan dengan celaan, ia belajar mencela
Jika anak diajarkan dengan permusuhan, ia belajar berkelahi
Jika anak diajarkan dengan ketakutan, ia belajar gelisah
Jika anak diajarkan dengan rasa hiba, ia belajar menyesah diri
Jika anak diajarkan dengan olok-olok, ia belajar rendah diri
Jika anak diajarkan dengan iri hati, ia belajar kedengkian
Jika anak diajarkan dengan permalukan, ia belajar merasa bersalah
Jika anak diajarkan dengan dorongan, ia belajar percaya diri
Jika anak diajarkan dengan toleransi, ia belajar menahan diri
Jika anak diajarkan dengan pujian, ia belajar menghargai
Jika anak diajarkan dengan penerimaan, ia belajar mencintai
Jika anak diajarkan dengan dukungan, ia belajar menyenangi diri
Jika anak diajarkan dengan berbagi rasa, ia belajar dermawan
Jika anak diajarkan dengan kejujuran dan keterbukaan...
Ia belajar kebenaran dan keadilan...

(Kata-kata di mural Tadika Islam Terpadu (TKIT), Yayasan Haroen Ali, Aceh)

----
SHM
Misi JIM Kasih Aceh 3
1 Mac 2005

No comments:

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50
Bagaimanakah aktivisme pelajar bermula? Apakah pernana PBMUM dan PKPIM dalammembantuk minda pelajar yang berani membawa aspirasi dan suara rakyat? Apakah peranan ABIM, Al Arqam, Tabligh dalam membentuk gerakan dakwah di kalangan pelajar? Bagaimana Latihan Kader Dakwah berjaya membentuk semula kefahaman Islam yang murni di kalangan mahasiswa pada 1970an? Benarkah DEB gagal membentuk pelajar yg kembali dari luar negara berkhidmat utk kerajaan BN? Apakah IRC) Bagaimanakah IRC memainkan peranan dlm kebangkitan dakwah kampus? benarkah IRC sering mendatangkan masalah di kampus-kampus dan menjadi punca perpecahan gerakan dakwah? Sejauh manakah peranan IRC dalam perkembangan dakwah Islam di Malaysia? Siapakah sebenarnya ahli-ahli IRC? Buku ini menyingkap persoalan-persoalan di atas yang adakaitan dgn susur-galur keterlibatan pelajar di dalam dan di luar kampus. Perbagai persatuan dan organisasi yang wujud di sekeliling kehidupan pelajar yang membentuk dan mencerna minda mahasiswa dan akhirnya memunculkan jati diri sebenar mahasiswa dgn idealisme mereka tersendiri sebagai generasi pemuda harapan bangsa, negara dan agama. Wajar dimiliki oleh mereka yg cintakan ilmu, sejarah khususnya mahasiwa sendiri agar mereka tahu bagaimana sejarah kebangkitan mahasiswa bermula. Agar mereka tahu bahawa mahasiswa adalah suara dan jiwa rakyat!

My Box.net Files. Berkongsi beautiful powerpoint dgn rakan-rakan lain. feel free to download :)