Tuesday, March 30, 2010

Hargai usaha anak kita


Dulu setiap kali lipat kain Anis kacau ummi. Kain yg ummi lipat akan diambil dan dibongkar kembali lipatan tu.. hmm.. tengok je la ummi. Tak boleh nak marah. Nanti terbantut pula perkembangan Anis.

Kemudian, masa ummi lipat kain lagi, Anis kacau. Tapi dah improve. Tolong lipat. Tapi lipatnya bergulung-gulung :).

Kini, Anis masih membantu ummi setiap kali ummi lipat kain. Anis tengok ummi lipat. tengok cara ummi lipat. Tengok cara ummi susun baju yg dilipat. Hasilnya seperti yang di atas :).. untuk anak perempuan ummi berumur 2 tahun 8 bulan.. ummi consider lipatan Anis di atas ada 'kelas' tersendiri.. sebab lipatan agak cantik dan kemas.. lagi satu Anis telah bezakan lipatan baju adik Ammar dan baju Anis..(seluar jeans tu Anis punya. Baju lubang2 dan bawahnya tu Ammar punya) good girl..:).

Memang sedari kecik ummi discover Anis memang independent..alhamdulillah. Dan setiap kali Anis lipat, ummi akan biarkan lipatan kain Anis. Ummi akan lipat semula bila Anis dah tak nampak :). Tapi depan Anis, ummi tak pernah ambil dan buka semula lipatan kain yang Anis lipat. Ummi hargai usahamu anakku.. dan ummi mahu Anis tahu.. ummi bangga Anis dpt lipat kain tu dgn baik dan ringan tangan tolong ummi..

Bukan sekadar lipat kain.. Anis juga rajin tolong baba jemur kain :). Kalau baba halang atau buat tak ikut peraturan Anis, Anis akan nangis dan minta baba ikut seperti arahan dia utk jemur kain.... kalau tak.. kain tu tidak akan terjemur.. Anis..Anis.. anakku.. :))).

Sepasang Penyeri Mahligai Cinta

Tatkala dirimu bermain ria
bibir ummi merekah ketawa
hati ummi berbunga bahagia
ohh tuhan.. indahnya syurga dunia
diwarnai riuh suara anak-anak tercinta..

Anak-anakku..
kau pengubat sunyi
penawar duka dihati
..pada ketika lara sesekali menghampiri
bila kupandang wajahmu
hati yang kusam segar kembali..

Ohh...alangkah bertuahnya ummi
dianugerahkan sepasang penyeri hati
kehadiranmu sangat ummi syukuri
menghias dan mewarnai
mahligai cinta baba ummi

Semoga kita bertemu kembali
di negeri abadi
dalam syurga Ilahi...



detik-detik Ammar dan Anis bermain leka
tatkala ummi buat kerja di rumah (^v^)




Monday, March 29, 2010

Bila anak sakit..

Bila anak sakit apa yang kita patut buat? Tanya Kak Yus pada beberapa orang rakannya. Bagi ubat? sebahagian menjawab pertanyaan tersebut.

Bagi Ummi pula bila diajukan soalan tu jawapan ummi : "amik cuti. jaga anak kat umah. Pastikan sihat baru keje semula".

Aha tepat sekali jawapan tu.. ye lah anak sakit perlukan perhatian kita. Hari ni Ammar demam + cirit-birit. Keracunan makanan suspek doktor bila bawa Ammar ke klinik pagi ni. So hari ni ummi cuti la jaga Ammar.

Pagi lepas hantar Anis ke nurseri, bawa Ammar ke klinik. Pastu balik rumah dan pastikan Ammar mendapat rawatan yg sewajarnya.. Alhamdulillah selepas pindah ni rumah dekat dgn hospital Damai (ada Dr Wati - Pakar Kanak-kanak). Dekat dgn nurseri ADNI dan PPBA. Dan.. dekat dgn pejabat. Semuanya ambil masa 5 minit sahaja... Alhamdulillah lokasi rumah kita ni bagi ummi sgt strategik. Tiada lagi tension jika mtg weekend sbb nak bawa Ammar dan Anis pun tak la jauh sangat... jalan pula jln dalam kawasan perumahan.. tidak perlu lagi ke jalan besar.. ummi senang sekali tinggal di sini.. (^v^).. rumahpun lapang.. senang nak tgk Anis dan Ammar kat ruang tamu bila ummi sedang kat dapur :)

Suasana rumah ni pun sejuk, tenang, damai dan malam-malam dgr bunyi deruan air bawah tanah yg deras.. hehe mula2 seram gak. Tapi lepas di explain bahawa air bawah tanah tu ada saluran yg dibina kira ok la.. mudah-mudahan kawasan ni tidak la jadi mcm bukit antarabangsa tu ye.. nnt la bila rajin ummi upload la gambar-gambar Mahligai kita ni..



nilah di mahligai kecil kita..
ni permandangan di luar rumah.
bawah tu dlm rumah.
waktu pagi berkabus, sejuk, sunyi, aman, tenang..
boleh dgr bunyi unggas, kicau burung, bunyi air terjun
Alhamdulillah.. thank you Allah atas nikmat-Nya..





kepada kawan-kawan ummi meh la datang singgah umah.
menginap pun boleh terutama bila baba tak bermalam di rumah kitakan?
mcm kak faiz ari tu :). Jemput datang!

Sunday, March 21, 2010

Idea bernas

Petang tadi ummi jumpa kawan ummi yg nak beli barang-barang jualan di blog ummi. Romper gift set + sock tu. Bagus juga idea dia.. beli 1 set gif set tu pastu kalau ada kawan-kawan yang bersalin berikan 1 set ( 1pc romper + 1 pair sock). Letakkan 1 set romper tu dlm bekas hadiah atau apa2 je la bekas yg cantik. So dah jadi hadiah yg comel.. dan murah jer. Bila balik ummi fikir bagus gak idea tu.. why not kalau ummi pun tawarkan cam tu dlm blog utk kawan-kawan ummi dan juga buat perkara yang sama di farmasi keluarga greenwood baba...

pastu ummi pun terfikir utk buat service utk mana-mana kawan2 ummi yg jauh-jauh tu utk membolehkan mereka pesan barang dari ummi utk diberikan kepada kawan atau saudara mara mereka dan ummi poskan ke alamat yg mereka inginkan. Mereka perlu byk charge pos dan wrapping la. Pasti penerima seronok mendapat kiriman hadiah yang tak disangka-sangka oleh teman dan sahabat seperjuangan atau sedara mara. Sebagai contoh Along kat UK pesan gift set utk dipos ke anak buahnya (Anak Angah). Bila Along dah pilih gift set, byr utk postage dan wrapping then ummi poskan hadiah tu ke tuan empunya.. free handmade card.. hehe bab2 kreatif ni ummi mmg suka.. sian Along jadi contoh..

So dibawah ni adalah model ummi dgn carter's rompernya.. umuq baru nak masuk 7 bulan tapi pakai romper tu saiz 12month! huh! :)


Thanks ummi pakaikan romper yg come ni utk Ammar.
Best dan selesalah!
(agaknya ni la kata-kata Ammar pada ummi :))


Friday, March 19, 2010

Anis dan Dapur Little Tikes

"Wah.. cantiknya.." itulah perkataan pertama Anis apabila melihat kitchen dia.. Apalagi.. ralitlah anak dara ummi ni di dapur dia masak-masak setiap kali balik dari nurseri.

2-3 hari lepas tu.
Ummi..ummi...... ummi nak roti bula-bula ke? (roti sapu butter letak gula hehe Anis panggil roti bula-bula. Dia suka sgt roti mcm ni sebab? Baba diapun suke.. ni anak baba Anis nih).

ummipun jawab la... "nak"
"hmm.. baba nak roti bula-bula ke? baba pun jawab "nak".

Anispun terus kata "OK". PAstu dia pun sibuk amil roti mainan tu dan letak dlm pembakar roti mainan dia.. PAstu amik roti dan action mcm ambil gula dan taburkan gula atas roti. Pasti isi dlm piring mainan dia dan bagi ummi dan baba... hehe comelnya... dulu selalu main pinggan mangkuk ummi.. now.. invest sket la beli kitchen dia ni.. tapi secondhand je.. thank niza TLC :).

Sekrg ni anak dara ummi ni mmg suka masak. Bukan setakat masak je.. siap jaga Upin dan Jambo dia.. buatkan susu dlm b otol dan bagikan susu.. semuanya dilakonkan sebiji mcm mana ummi buat kat dia...

Takpe la Anis, mak cik Rosnah kata bila anak-anak nak tolong masak jgn halang nnt bila besar anak tak nak masak kita plak marah. Tapi awal2 anak nak main masak2 (utk develop skill gak tu) kita tak bagi. Ummi masa kecik main masak2 kat bawah rumah. Mian pasir, tanah, kulit kerang jadi duit syiling, Daun jadi duit kertas.. abis bunga-bunga dan pokok2 bunga opah jadi mangsa main pondok-pondok.. huhu.. now manala anak-anak dpt main cam tu.. so sebagai sokongan supaya Anis tetap dlm menjalani kehidupan childhoodnya yg happy.. inilah kitchen utk Anis Solehah.. untuk tatapan Kak Ee juga yg nak tgk kitchen Anis.

utk Ammar nnt apa pula ya ummi?? hmm...tunggula Ammar besar nnt camner huhu..




yg ni pula kitchen ummi la......

Sleeping-cutie-contest



Nama : Ammar Mujahid Azahari
DOB : 30 Ogos 2009
email ummi : ummu_anis@yahoo.com

Tidur tidurlah Anakku Sayang

tidur wahai anakku sayang
tidurlah lena diperaduan
dendangan zikir ummi dodoikan
agar anakku tiada gangguan

anak ummi buah hati ummi
tidurmu nyenyak tidak terperi
cepatlah besar cepatlah berlari
agar ummi senang hati

aduhai sayang belahan jiwa
kehadiranmu membawa bahagia
tidurlah sayang tidurlah nyawa
ummi belaimu sepenuh raga

cepat tidur wahai sayang
lama sudah ummi berdendang
pejamkan matamu dengan tenang
layari tidur sehingga petang

Saje je nak jont contest ni utk cari kenalan :)

Sunday, March 14, 2010

Gambar Terkini Ammar Mujahid

Ammar bersama carter's romper dan Busha Legging..
hehe... ni kira promosi la gak.. sebab romper tu antara produk
jualan blogshop mumshoppe. Ammar akan jadi model kecil
produk jualan ummi :)







Sunday, March 7, 2010

Blog Bisnes Ummi dah dilancarkan!

Alhamdulillah, akhirnya hasrat ummi utk membuat blog bagi menjual brg yang ada kaitan dgn ummi, baby akhirnya terlaksana juga. blog tu ialah mumshoppe. Mudah2an satu hari nnt ummi ada outlet sendiri..emee.

So kepada rakan-rakan ummi yang selalu jumpa ummi, boleh dptkan barang2 yang ummi jual dgn harga berpatutan, cantik2 dan tak perlu lagi online dan byr postage. Ni bagi yang selalu jumpa kat mana-mana dan dlm program lah ye. Nie kat bawah ni just one of the product yg ummi jual.. baby romper gift set. cantik tak? Ha.. kalau ada kawan2 yg susah nak cari gift utk kawan, saudara mara yang baru lepas bersalin, meh beli ngan ummi. Murah je. pastu dpt byk baju lak tu + sock. Mereka yang mendpt hadiah ni mesti suke. Ummi telah hadiah kepada cucunda Rumaysa.. come sgt.. romper ni + tight dipakai mmg sgt sesuai. Boleh guna utk sleepware baby.. :). Lagi satu romper ni kemas bila dipakai, so taklah terbuka perut baby kalau baby lasak...cam Ammar Mujahid :)



romper gift set
4 romper + 5 handkerchief
Long Sleeve
100% cotton






Antara barang yang ummi akan jual ialah :
  1. fenugreek 600mg (75 n 150 capsul)
  2. baby romper gift set (romper+sock/handkerchief))
  3. Romper set (5pc/set)
  4. Baby tight (4pc/Set)
  5. Milk storage 2oz
  6. Set buku kanak-kanak

Dan ummi juga berminat nak jual :

  1. Medela Swing Breastpump
  2. Breast freeding t'shirt (labuh)

Saturday, March 6, 2010

Cucunda Rumaysa

Alhamdulillah akhirnya Allah izinkan ummi menziarahi cucunda ummi yang telah hampir sebulan dilahirkan. Anak kepada Nik Aizhah dan Abang Baib Anis nie sgt comel. Kecil cam Anis masa lahir..tapi tinggi orangnya berdasarkan badannya yang panjang :). Tahniah buat Abang Baib dan Kak Aishahkan. Ni pic Rumaysa yg sempat ummi ambil..rupa sape ni ye? :) Semoga Rumaysa menjadi anak yg solehah utk ummu dan babanya. Menjadi mujahidah dijalan dakwah. Ameen.
Nenda Misah

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50
Bagaimanakah aktivisme pelajar bermula? Apakah pernana PBMUM dan PKPIM dalammembantuk minda pelajar yang berani membawa aspirasi dan suara rakyat? Apakah peranan ABIM, Al Arqam, Tabligh dalam membentuk gerakan dakwah di kalangan pelajar? Bagaimana Latihan Kader Dakwah berjaya membentuk semula kefahaman Islam yang murni di kalangan mahasiswa pada 1970an? Benarkah DEB gagal membentuk pelajar yg kembali dari luar negara berkhidmat utk kerajaan BN? Apakah IRC) Bagaimanakah IRC memainkan peranan dlm kebangkitan dakwah kampus? benarkah IRC sering mendatangkan masalah di kampus-kampus dan menjadi punca perpecahan gerakan dakwah? Sejauh manakah peranan IRC dalam perkembangan dakwah Islam di Malaysia? Siapakah sebenarnya ahli-ahli IRC? Buku ini menyingkap persoalan-persoalan di atas yang adakaitan dgn susur-galur keterlibatan pelajar di dalam dan di luar kampus. Perbagai persatuan dan organisasi yang wujud di sekeliling kehidupan pelajar yang membentuk dan mencerna minda mahasiswa dan akhirnya memunculkan jati diri sebenar mahasiswa dgn idealisme mereka tersendiri sebagai generasi pemuda harapan bangsa, negara dan agama. Wajar dimiliki oleh mereka yg cintakan ilmu, sejarah khususnya mahasiwa sendiri agar mereka tahu bagaimana sejarah kebangkitan mahasiswa bermula. Agar mereka tahu bahawa mahasiswa adalah suara dan jiwa rakyat!

My Box.net Files. Berkongsi beautiful powerpoint dgn rakan-rakan lain. feel free to download :)