Saturday, October 31, 2009

Persediaan ketika hamil - bhgn 2 samb

1. Persediaan Ke Hospital. Mengetahui dan menyedari tanda-tanda untuk melahirkan sangat penting. Dengan itu mudah kita segera ke hospital apabila tanda melahirkan telah wujud. Tambahan bagi yg telah merancang bersalin di hospital yang jauh dari kediaman. Sewaktu melahirkan Ammar, ummi ke hospital jam 4.30 pagi selepas baba siap bersahur. Sesampai di Annur dan setelah diperiksa oleh bidan, ummi dinasihatkan tinggal di wad sehingga bersalin. 3 hari ummi di hospital dan meninggalkan Anis di rumah. Mujur persiapan dengan pembantu di rumah telah disediakan. Oleh itu ummi menghadapi kesakitan dan saat-saat melahirkan dengan tenang. Pun begitu ingatan terhadap Anis di rumah tidah pernah lenyap ketika berada di Wad. Sebelum ke hospital persediaan kelengkapan ibu dan bayi telah siap sedia dalam beg sejak awal lagi. Majalah pa&ma memang memberikan panduan berguna untuk bakal ibu. Jangkakanlah kita akan tinggal 2-3 hari di hospital. Oleh itu kita akan tinggal dengan selesa dengan kelengkapan yang sempurna. Bagi Annur, segala kemudahan bagi ibu dan bayi disediakan. Ummi cuma perlu sediakan baju ummi dan bayi ketika pulang. Jadi tak perlu bawa pakaian banyak utk I bu dan juga bayi kita. Dan jangan lupa penuhkan HP dengan credit, bawa charger HP dan jangan sekali-kali lupa camera kerana ia penting untuk tidak terlepas merakamkan saat-saat awal menyambut kelahiran orang baru. Mujur ketika lahirkan Anis Pak Cik Zaid Kamaruddin datang ziarah dan mengambil gambar Anis. Untuk Ammar, aha ummi telah siapkan camera sendiri.

2. Pengetahuan dan keazaman menyusukan bayi. Ini sangat penting kerana pengalaman ummi, ramai yang mengalami kegagalan menyusukan bayi secara eksklusif sejurus selepas kelahiran kerana kurangnya maklumat dan ilmu pengetahuan. Ramai yang beralasan susu tak keluar dan juga pembedahan juga sebagai alasan sukar menyusukan bayi. Alhamdulillah, walaupun dibedah sejurus selepas pembedahan Anis telah dpt ummi susukan sebaik keluar dari bilik pembedahan. Ummi tekad walau sukar dan susah, walau dikatakan Anis kurang susu, ummi teruska susukan Anis. Begitu juga Ammar. Sebenarnya pada hari-hari awal kelahiran susu kelihatan seperti sedikit kerana itu adalah kolustrum. Itulah saat yang penting. Pada hari-hari awal kelahiran bayi perlu terus disusukan tanpa putus asa kerana lagi kerap kita susukan bayi, payu dara akan distimulasikan dan akan mengeluarkan lebih banyak susu. Jangan terjebak dengan alasan kita tiada susu. Itu hanya sekadar alasan. Jadi sediakan maklumat dan ilmu menyusukan dan pelajari teknik penyusuan jika ada peluang dan pergilah ke kelas persediakan melahirkan yang dianjurkan di hospital pilihan anda untuk bersalin. Annur menyediakan kelas menghadapi kelahiran secara percuma. Ia sangat berbaloi untuk kita dan untuk suami. Baba Anis pun pergi untuk bagi sokongan kepada ummi.

3. Persediaan mental dan rohani. Sediakan persiapan jiwa dan minda dalam menghadapi kehamilan. Jangkakanlah perkara-perkara di luar jangkaan. Teringat pula ummi pesanan senior ummi ketika ummi mengikuti misi kemanusiaan membanta mangsa tsunami di Aceh tahun 2005. Dan hadapilah apa jua situasi dengan sabar dan tenang. Berbaik sangkalah dengan Allah. Dan jangan lupa perbanyakkan doa dan bacalah alquran sehingga tamat khusus untuk bayi di dalam kandungan kita. Alhamdulillah, Ammar telah dapat bacaan 30 juzuk dari ummi ketika dalam kandungan.. Anis ummi sempat 28++ juzuk je.. maaf ya sayang. Dengan persedian jiwa yang tenang, hati yang lapang, kita akan menghadapi hari-hari terutama sewaktu melahirkan dan selepas melahirkan dengan hati yang gembira dan bahagia walaupun terkadang ada unsur-unsur yang datang dan cuba mengganggu jiwa kita..

4. Kenali tanda melahirkan dan bertindaklah segera. Terutama bagi yang memilih hospital bersalin yang jauh dari tempat tinggal. Kita tinggal di Gombak. Annur pula di Bangi. Perjalanan memakan masa 1 jam. Alhamdulillah malam 7 Ramadan ummi merasa sakit jam 12 tengah malam. Jam 3 pagi ummi rasa perlu bagi tahu baba dan jam 4.30pg bergerak ke Bangi. Ummi dlm wad lebih 3 hari.. mujur ada kakak di rumah melihat Anis. Jadi ummi menghadapi saat-saat melahirkan dengan tenang di Annur. Alhamdulillah tanggal 2.37 petang, adik Anis iaitu Ammar mujahid dilahirkan secara normal! Syukur sungguh ummi. Bagi ummi, peranan Dr Fatimah yang memberikan khidmat nasihat dan saranan yang baik disertai sudah tentunya pertolongan Allah, ummi melahirkan Ammar dengan selamat dan melalui kaedah normal. Terima kasih doktor. Terima kasih...

nanti ummi sambung lagi...

Wednesday, October 21, 2009

Persedian ketika hamil - bhgn 2

1. Persediaan kewangan. Persediaan ini penting terutama bagi yang ingin mendapatkan perkhidmatan di klinik atau hospital swasta. Sekurang-kurangnya RM5000 perlu disediakan untuk bersalin sahaja. Ini kerana bersalin secara pembedahan menyebabkan kos meningkat sehingga RM5000++. Ini baru proses kelahiran. Kemudian perlu memasukkan kos berurut selepas bersalin dan juga jamu-jamu kesihatan – set bersalin bagi para wanita yang mementingkan kesihatan dan kecantikan luaran dan dalaman. Dalam keadaan-keadaan tertentu, ada yang perlukan pembantu ketika dalam pantang. Maka ada tambahan kos lagi. Pembantu ini akan memastikan kita dpt rehat sewajarnya. Jika dihitung-hitung, sekitar RM7000 juga perlu disediakan bagi menghadapi saat-saat sebelum dan selepas kelahiran. Ada yang tak kisah membayar lebih demi keselamatan dan ketenangan melalui proses-proses antara hidup dan mati ini..

2. Menyediakan pembantu. Sekiranya kita merancang untuk berpantang di rumah sendiri, carilah pembantu agar kita dapat menjaga kesihatan selepas melahirkan dengan baik. Agar juga kita cepat pulih dan bertenaga selepas proses melahirkan. Sebolehnya, tak perlu susahkan ibu di kampung untuk menjaga kita. Apatah lagi jika ibu kita uzur ataupun ibu kita sibuk dengan aktiviti harian. Apatah lagi dalam melahirkan anak kedua. Kehadiran pembantu sangat-sangat membantu kita menghadapi tempoh berpantang dengan tenang. Terima kasih kepada pembantu ummi dan sahabat yang menguruskan ummi untuk mendapat pembantu tersebut. Moga Allah menganjari anda. Buat pembantu ummi pula, ummi sangat-sangat berterima kasih kepadanya kerana melayani Anis dan menguruskan keperluan ummi dan rumah dalam saat-saat kita menempuhi ibadah puasa di bulan ramadan.. inilah pertolongan Allah buat ummi dan kita semua.

3. Persediaan Bayi. Bagi kelahiran pertama, banyak persediaan yang diperlukan. Pakaian, lampin, katil bayi, ubat-ubatan dan sebagainya. Namun setelah melahirkan anak kedua, tidak byk persediaan yang diperlukan. Cuma ummi akan memastikan semua baju dan keperluan bayi dibersihkan dan letakkan dalam bekas dan di tempat sepatutnya. Kali ni ummi cuma menambah satu benda penting iaitu tempat tukar lampin bayi. Doktor nasihatkan semua aktiviti mengurusan anak di atas meja agar luka pembedahan dpt dijaga dengan baik. Pengalaman dibedah semasa melahirkan Anis sgt memberi pengajaran kepada ummi. Ini kerana ummi berdikari dalam berpantang. Tinggal dirumah kita sendiri. Oleh itu kelengkapan pengurusan selepas melahirkan sangat penting. Bila lahir anak kedua.. segalanya akan jadi mudah walaupun menjaga diri sendiri dalam pantang. Oh ya. Ummi juga berterima kasih kepada Kak Shikin yang perkenalkan ummi laman web barang2 terpakai keperluan bayi. Jadi ummi dpt membeli sebuah rocker berjenama dgn harga yang sgt murah.Masih cantik lagi pula tu. Rocker tersebut memang sangat memudahkan ummi menguruskan Ammar di rumah dan luar rumah. Kebetulan ia pula muat diletakkan dlm stroller kakak. Wah mudah sungguh ummi membawa Ammar ke program atau shopping J.



Bersambung

Tuesday, October 20, 2009

Melahirkan dengan tenang? Langkah Ke 2

Langkah Kedua : Ketika Hamil

1. Kenal pasti hospital atau klinik yang akan kita bulan pemeriksaan bulanan terhadap kandungan kita. Sama ada klinik/hospital swasta atau kerajaan.

2. Mendapatkan doktor kita sukai, selesa dan percayai. Kalau kita dah kenal lagi baik. Jadi mudahlah kita berinteraksi, berkongsi masalah dan mendapatkan panduan sebaik-baiknya terhadap kandungan kita. Kedua-dua tips ini ummi perolehi daripada majalah pa&ma. Terima kasih team pa&ma. Alhamdulillah untuk Anis dan Ammar Dr Fauziah Hasan di APSH menjadi tempat ummi mendapatkan rawatan dan khidmat nasihat. Kebetulan ummi mengenali beliau ketika di Bangi. Jadi bila pindah ke Gombak, ummi mmg merujuk beliau sejak kandungan pertama. Ummi ni mudah keguguran. Anis adalah kandungan ummi yang kedua manakala Ammar adalah kandungan ummi yang kelima. Jadi khidmat kepakaran beliau dlm perbidanan dan sakit puan sangat-sangat membantu ummi.

3. Merancang tempat melahirkan. Pilihlah mana-mana institusi perubatan tempat kita bakal melahirkan. Kenal pasti dengan baik kemudahan yang disediakan dan harga yang ditawarkan bagi yang swasta. Ada yang sanggup bersalin jauh daripada tempat kediaman semata-mata untuk mendapatkan keselesaan dalam melahirkan. Alhamdulillah Anis dan Ammar kedua-duanya bersalin di Hospital Pakar An-Nur Bangi. Anis lahir secara pembedahan oleh Dr Fauziah Hasan sendiri, manakala Ammar dibidankan oleh Dr Fatimah. Oleh kerana ummi yakin dan selesa dengan perkhidmatan yang diberikan, maka disaat-saat akhir melahirkan ummi telah membuat pilihan untuk bersalin di Annur. Pilihan ummi bagi ummi tepat. Kerana sebelum dan selepas melahirkan ummi sgt tenang di sana di samping Dr Fatimah yang juga ummi kenali yang sentiasa memberikan khidmat nasihat dan perawatan yang terbaik buat pesakit. Nanti ummi akan tulis khusus tentang khidmat rawatan Annur yang sangat bagus.
bersambung...



Hospital PakarAnnur - Single Bad - sgt selesa. Stafnya pula sgt baik, peramah, berwajah manis dan sgt membantu pesakit ketika diperlukan.

Dr Fatimah yg friendly dan baby Ammar Mujahid

Monday, October 19, 2009

Langkah Pertama : Merancang Kehamilan

  1. Kehamilan tersebut memang dikehendaki. SANGAT PENTING!
  2. Menentukan jarak antara anak yang pertama dan kedua agar bersesuaian dengan kemampuan kita mengendalikannya. Ia juga mengambil kira kebajikan anak sebelumnya agar tidak terabai disaat kita menguruskan bayi baru kita.
  3. Merancangan kesesuaian waktu melahirkan dengan kerjaya kita. Bagi ummi ini penting kerana melahirkan dalam waktu-waktu tiada program-program besar yang berkaitan langsung dengan ummi. Ini supaya ummi dapat mengelakkan tekanan kerjaya yang mana membuatkan ummi rasa bersalah terhadap sahabat seperjuangan ummi dan juga majikan ummi.

Kehamilan yang tidak dirancang akan memberikan tekanan kepada kita dan bayi. Apatalah lagi kehamilan yang memang tidak dikehendaki berlaku. Jadi rancanglah kehidupan kita. Rancanglah kehamilan dengan sebaik-baiknya terutama untuk anak kedua.

bersambung..

Saturday, October 17, 2009

Melahirkan Dengan Tenang?

ummi dan baba. Jam menunjukkan 8.30 pg dlm bilik bersalin pada 300809



Melahirkan Dengan Tenang?

Itulah fokus tinta editor majalah Pa&Ma keluaran oktober 2009. Tajuk tersebut sgt mengena dgn hasrat ummi untuk menuliskan pengalaman ummi dalam melahirkan anak kedua ini. Ah.. minda penulislah katakan.. ummi pun berhasrat menukilkan tajuk yang sama. Cuma ummi tukar perkataan ‘bersalin’ dlm majalah tersebut kepada melahirkan. Namun, walaupun tajuk hampir sama tapi intipati fokus editor pa&ma berbeza daripada ummi. Majalah tersebut hanya memfokuskan ketenangan sewaktu bersalin sahaja. Sedangkan ummi berhajat untuk mecoretkan pengalaman melahirkan dengan tenang sejak sebelum perancangan untuk mendapatkan anak sehinggalah persediaan selepas melahirkan. Bagi ummi ia sebahagian mutiara pengalaman peribadi ummi yang perlu dinukilkan.

Pengalaman melahirkan kali pertama sangat-sangat memberikan pengajaran bermakna buat ummi. Bergelar ibu muda dan kali pertama melahirkan walaupun usia telah melewati 30an menjadikan ummi lebih berhati-hati dan membuat perancangan yang teliti sejak mula ummi merancang untuk mendapatkan anak kedua. Ummi yakin sekiranya ummi tidak merancang dengan baik, ia akan mendatangkan kemudaratan kepada ummi kerana pasti ummi akan menghadapi pelbagai tekanan yang akan memberikan kesan bukan sahaja kepada ummi seorang tetapi kepada Anis, kepada bayi yang bakal dilahirkan dan kepada baba juga.

Ummi selalu ingat kata-kata Ketua Wanita JIM yang ummi kasihi iaitu Dr Harlina bahawa apabila wanita itu hamil, kehamilan itu sebaik-baiknya adalah kehamilan yang dinantikan dan sangat dikehendaki (wanted) dan bukannya kehamilan yang tidak dirancang (unwanted). Ini kerana ia akan memberikan kesan psikologi kepada semua pihak dalam keluarga tersebut terutama bayi yang dalam kandungan.

Alhamdulillah dengan pengalaman pertama hamil dan melahirkan Anis tersebut ummi telah dapat kumpulkan beberapa perkara penting dalam persediaan melahirkan buat kali kedua. Bagi ummi perancangan ini penting terutama bagi ibu-ibu yang sering ketiadaan suami di sisi apatah lagi ibu-ibu seperti ummi yang berpoligami.

bersambung..

Friday, October 16, 2009

Anis dan Ammar


Wajah terbaru Ammar

Adik Ammar semakin membesar :). Kini adik Ammar dah 4.8kg beratnya. Belum pun dua bulan. Doktor kata adik Ammar lebih baik pembesarannya berbanding Anis :). Anis dulu nak cecah o.5kg sebulan pun payah. Tak kisahlah ya Anis.. yang penting Anis dan Ammar sihat!

Anis sekarang semakin pandai jaga adik. Awal2 dulu Anis suka pukul baby Ammar tau.. jeleslah tu.. dulu ummi sentiasa di sisi Anis. Kini ada baby. Tak sepenuhnya dengan Anis. Anis paling cemburu dan akan buat 'perangai' bila ummi dukung baby atau susukan baby.. tapi sekarang ummi boleh harapkan Anis tidurkan Ammar dlm rocker dia.. bila baby menangis, Anis akan goyangkan rocker.. kadang2 sampai baby tidur dgn baik. Kalau baby bangun menangis nak susu Anis akan panggil.. "ummi.. baby nak susu" dan ANis cakap pada baby.. "ala sian-sian dia.. kejap ya.. kejap". hehe.. kadang-kadang ummi ketawa dan tersenyum sendirian.. Anis.. Anis..

Namun terkadang cemburu tu masih ada lagi terutama sewaktu nak tidur malam. Jadi ummi akan tidurkan baby dahulu kemudian tidur dgn Anis. Bila Anis dah tidur barulah ummi akan ke tempat tidur ummi... hai.. semoga ummi dpt mendidik diri ummi untuk bersabar mendidik anak-anak ummi ni.. namun ummi bersyukur kerana baba adalah penyokong yang kuat di sisi dan di belakang ummi dlm mendidik dan melayani kerenah anak-anak ummi.. thanks to baba ya.. Anis manja sangat dgn baba tau.. jadi kalau baba ada kat umah layan Anis.. oh leganya ummi :). Apapun ummi dan baba akan layan Anis seperti biasa walaupun adik Ammar ada..



Anis dgn baju raya tahun ini di sisi Ammar

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50
Bagaimanakah aktivisme pelajar bermula? Apakah pernana PBMUM dan PKPIM dalammembantuk minda pelajar yang berani membawa aspirasi dan suara rakyat? Apakah peranan ABIM, Al Arqam, Tabligh dalam membentuk gerakan dakwah di kalangan pelajar? Bagaimana Latihan Kader Dakwah berjaya membentuk semula kefahaman Islam yang murni di kalangan mahasiswa pada 1970an? Benarkah DEB gagal membentuk pelajar yg kembali dari luar negara berkhidmat utk kerajaan BN? Apakah IRC) Bagaimanakah IRC memainkan peranan dlm kebangkitan dakwah kampus? benarkah IRC sering mendatangkan masalah di kampus-kampus dan menjadi punca perpecahan gerakan dakwah? Sejauh manakah peranan IRC dalam perkembangan dakwah Islam di Malaysia? Siapakah sebenarnya ahli-ahli IRC? Buku ini menyingkap persoalan-persoalan di atas yang adakaitan dgn susur-galur keterlibatan pelajar di dalam dan di luar kampus. Perbagai persatuan dan organisasi yang wujud di sekeliling kehidupan pelajar yang membentuk dan mencerna minda mahasiswa dan akhirnya memunculkan jati diri sebenar mahasiswa dgn idealisme mereka tersendiri sebagai generasi pemuda harapan bangsa, negara dan agama. Wajar dimiliki oleh mereka yg cintakan ilmu, sejarah khususnya mahasiwa sendiri agar mereka tahu bagaimana sejarah kebangkitan mahasiswa bermula. Agar mereka tahu bahawa mahasiswa adalah suara dan jiwa rakyat!

My Box.net Files. Berkongsi beautiful powerpoint dgn rakan-rakan lain. feel free to download :)