Monday, October 19, 2009

Langkah Pertama : Merancang Kehamilan

  1. Kehamilan tersebut memang dikehendaki. SANGAT PENTING!
  2. Menentukan jarak antara anak yang pertama dan kedua agar bersesuaian dengan kemampuan kita mengendalikannya. Ia juga mengambil kira kebajikan anak sebelumnya agar tidak terabai disaat kita menguruskan bayi baru kita.
  3. Merancangan kesesuaian waktu melahirkan dengan kerjaya kita. Bagi ummi ini penting kerana melahirkan dalam waktu-waktu tiada program-program besar yang berkaitan langsung dengan ummi. Ini supaya ummi dapat mengelakkan tekanan kerjaya yang mana membuatkan ummi rasa bersalah terhadap sahabat seperjuangan ummi dan juga majikan ummi.

Kehamilan yang tidak dirancang akan memberikan tekanan kepada kita dan bayi. Apatalah lagi kehamilan yang memang tidak dikehendaki berlaku. Jadi rancanglah kehidupan kita. Rancanglah kehamilan dengan sebaik-baiknya terutama untuk anak kedua.

bersambung..

1 comment:

MamaHanan said...

Bukan untuk anak yg kedua aje kak..untuk anak ketiga, keempat dan seterusnya pun sama pentingnya utk merancang.Kalau utk anak yg kedua kira masih ok lagi sebab anak yang sebelumnya cuma seorang tapi kalau anak-anak yang sebelumnya pun sudah sedia ramai,keperluan utk merancang juga lebih besar kan..

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50
Bagaimanakah aktivisme pelajar bermula? Apakah pernana PBMUM dan PKPIM dalammembantuk minda pelajar yang berani membawa aspirasi dan suara rakyat? Apakah peranan ABIM, Al Arqam, Tabligh dalam membentuk gerakan dakwah di kalangan pelajar? Bagaimana Latihan Kader Dakwah berjaya membentuk semula kefahaman Islam yang murni di kalangan mahasiswa pada 1970an? Benarkah DEB gagal membentuk pelajar yg kembali dari luar negara berkhidmat utk kerajaan BN? Apakah IRC) Bagaimanakah IRC memainkan peranan dlm kebangkitan dakwah kampus? benarkah IRC sering mendatangkan masalah di kampus-kampus dan menjadi punca perpecahan gerakan dakwah? Sejauh manakah peranan IRC dalam perkembangan dakwah Islam di Malaysia? Siapakah sebenarnya ahli-ahli IRC? Buku ini menyingkap persoalan-persoalan di atas yang adakaitan dgn susur-galur keterlibatan pelajar di dalam dan di luar kampus. Perbagai persatuan dan organisasi yang wujud di sekeliling kehidupan pelajar yang membentuk dan mencerna minda mahasiswa dan akhirnya memunculkan jati diri sebenar mahasiswa dgn idealisme mereka tersendiri sebagai generasi pemuda harapan bangsa, negara dan agama. Wajar dimiliki oleh mereka yg cintakan ilmu, sejarah khususnya mahasiwa sendiri agar mereka tahu bagaimana sejarah kebangkitan mahasiswa bermula. Agar mereka tahu bahawa mahasiswa adalah suara dan jiwa rakyat!

My Box.net Files. Berkongsi beautiful powerpoint dgn rakan-rakan lain. feel free to download :)