Saturday, October 17, 2009

Melahirkan Dengan Tenang?

ummi dan baba. Jam menunjukkan 8.30 pg dlm bilik bersalin pada 300809



Melahirkan Dengan Tenang?

Itulah fokus tinta editor majalah Pa&Ma keluaran oktober 2009. Tajuk tersebut sgt mengena dgn hasrat ummi untuk menuliskan pengalaman ummi dalam melahirkan anak kedua ini. Ah.. minda penulislah katakan.. ummi pun berhasrat menukilkan tajuk yang sama. Cuma ummi tukar perkataan ‘bersalin’ dlm majalah tersebut kepada melahirkan. Namun, walaupun tajuk hampir sama tapi intipati fokus editor pa&ma berbeza daripada ummi. Majalah tersebut hanya memfokuskan ketenangan sewaktu bersalin sahaja. Sedangkan ummi berhajat untuk mecoretkan pengalaman melahirkan dengan tenang sejak sebelum perancangan untuk mendapatkan anak sehinggalah persediaan selepas melahirkan. Bagi ummi ia sebahagian mutiara pengalaman peribadi ummi yang perlu dinukilkan.

Pengalaman melahirkan kali pertama sangat-sangat memberikan pengajaran bermakna buat ummi. Bergelar ibu muda dan kali pertama melahirkan walaupun usia telah melewati 30an menjadikan ummi lebih berhati-hati dan membuat perancangan yang teliti sejak mula ummi merancang untuk mendapatkan anak kedua. Ummi yakin sekiranya ummi tidak merancang dengan baik, ia akan mendatangkan kemudaratan kepada ummi kerana pasti ummi akan menghadapi pelbagai tekanan yang akan memberikan kesan bukan sahaja kepada ummi seorang tetapi kepada Anis, kepada bayi yang bakal dilahirkan dan kepada baba juga.

Ummi selalu ingat kata-kata Ketua Wanita JIM yang ummi kasihi iaitu Dr Harlina bahawa apabila wanita itu hamil, kehamilan itu sebaik-baiknya adalah kehamilan yang dinantikan dan sangat dikehendaki (wanted) dan bukannya kehamilan yang tidak dirancang (unwanted). Ini kerana ia akan memberikan kesan psikologi kepada semua pihak dalam keluarga tersebut terutama bayi yang dalam kandungan.

Alhamdulillah dengan pengalaman pertama hamil dan melahirkan Anis tersebut ummi telah dapat kumpulkan beberapa perkara penting dalam persediaan melahirkan buat kali kedua. Bagi ummi perancangan ini penting terutama bagi ibu-ibu yang sering ketiadaan suami di sisi apatah lagi ibu-ibu seperti ummi yang berpoligami.

bersambung..

No comments:

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50

Buku Pertama Ummu Anis : Harga RM18 + Pos Express RM4.50
Bagaimanakah aktivisme pelajar bermula? Apakah pernana PBMUM dan PKPIM dalammembantuk minda pelajar yang berani membawa aspirasi dan suara rakyat? Apakah peranan ABIM, Al Arqam, Tabligh dalam membentuk gerakan dakwah di kalangan pelajar? Bagaimana Latihan Kader Dakwah berjaya membentuk semula kefahaman Islam yang murni di kalangan mahasiswa pada 1970an? Benarkah DEB gagal membentuk pelajar yg kembali dari luar negara berkhidmat utk kerajaan BN? Apakah IRC) Bagaimanakah IRC memainkan peranan dlm kebangkitan dakwah kampus? benarkah IRC sering mendatangkan masalah di kampus-kampus dan menjadi punca perpecahan gerakan dakwah? Sejauh manakah peranan IRC dalam perkembangan dakwah Islam di Malaysia? Siapakah sebenarnya ahli-ahli IRC? Buku ini menyingkap persoalan-persoalan di atas yang adakaitan dgn susur-galur keterlibatan pelajar di dalam dan di luar kampus. Perbagai persatuan dan organisasi yang wujud di sekeliling kehidupan pelajar yang membentuk dan mencerna minda mahasiswa dan akhirnya memunculkan jati diri sebenar mahasiswa dgn idealisme mereka tersendiri sebagai generasi pemuda harapan bangsa, negara dan agama. Wajar dimiliki oleh mereka yg cintakan ilmu, sejarah khususnya mahasiwa sendiri agar mereka tahu bagaimana sejarah kebangkitan mahasiswa bermula. Agar mereka tahu bahawa mahasiswa adalah suara dan jiwa rakyat!

My Box.net Files. Berkongsi beautiful powerpoint dgn rakan-rakan lain. feel free to download :)